CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13444|Reply: 102

kongsi pendapat parent yg ader anak berpenyakit

[Copy link]
Post time 2-3-2006 09:51 PM | Show all posts |Read mode
ay4 kat sini nak kongsi cerita kepada parent yg ader anak2 yg berpenyakit....

ni pasal adik ay4 yg no. 2....dier ader leukimia...tapi alhamdulliah doktor kata dh sembuh....
so sepanjang adik i sakit i nampak ketabahan seorg ibu...(my mom)...
ialah bayangkan dier berulang-alik dr kuala pilah ke HKL...
hati ibu yg tak sedih bila dapat tahu yg anak dier menghadapi sakit dalam kategori kanser...
but she is very strong person...hanya dier yg bg pendorong pada adik i...
but my dad takut menghadapi kenyataan....
so bg parent2 yg diluar sana...setiap pengorbanan ader balasannya kelak....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2006 09:17 AM | Show all posts
semoga Allah memberikan kekuatan kepada ibu ay4 untuk menempuah dugaan ini
dan semoga ay4 serta ahli keluarga yang lain memberikan kata-kata semangat
serta dorongan kepada ayah ay4 dan adik ay4 tuh

semoga sembuh cepat adik ay4 tuh :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 09:57 AM | Show all posts
teringat waktu anak imah kena pro-long jaundis dulu..waktu tuh dia dah tiga minggu baru kena..pergi ke hkl haziq kena tahan dekat wad..dua minggu pulak, hari2 ambik darah, kuning tak turun2..sampai bengkak tangan.. sakit hati nih..memang nagis laa.. lepas tuh kena jemur pulak bawah lampu tuh.. panas...merengek..kuning tetap tak turun, last2 imah kata nak bawa balik..pihak hospital marah.. imah kata imah nak bawa balik jugak, apa2 imah tanggung...pihak hospital marah tp depa takder hak..imah bawa balik ke aloq setaq berubat...cr dr pakar private, dr adnan othman. dr tuh tua dah.. dia kasi satu enzim nih, 3 hari terus kuning anak turun...alhamdulillah!! marah betul dr adnan sebab hkl tak kasi enzim tuh sampai anak time tuh dah sebulan lebih dah.. bila teringat, sebak rasanya!! alhamdulillah sekarang anak dah dekat dua tahun, sihat walafiay..cerdik pulak tuh.. syukur!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 10:16 AM | Show all posts

Ketabahan seorang Ibu

Yum3 just nak share pengalaman sendiri.

Anak yum3 bukan menghidapi penyakit kronik tapi kami pernah melalui saat2 mungkin kehilangannya akibat kemalangan.  Yum3 memang menghadapi banyak dugaan ketika mengandungkannya dan ketika melahirkan.  Dr cakap baby dalam perut dah lemas, tak dapat kesan heartbeat dsbgainya.  Tapi Alhamdullah baby lahir juga ke dunia.

Ketika baby masih merangkak, satu kejadian pilu berlaku.  Badannya melecur 3rd degree burn, 40% badan kena. Kedua belah kaki dan tangan tak boleh digunakan.  Memang Dr pesan, be prepared, expect for the worst but continue your hope and prayer. Melecur ni bukan perkara main-main kalau kena baby.  Memang boleh membawa maut coz baby dah takde kulit dan mudah kena jangkitan.

Since hari tu (7/7/2002) yum3 menjaga dia with extra care.  Yum3 temankan dia di hospital (bilik khas Burn Unit) di salah sebuah hospital kerajaan. So keadaan tak cozy mcm hospital swasta.  Nak pegang baby kena careful, sebab dia dah takde kulit.  Bilik tu macam vakum, pelawat hanya boleh tengok dari cermin luar.  Sebulan yum3 duduk situ, makin cengkung yum3.  Makan tak menentu, tidur pun tak lena. 2 kali yum3 pitam/pengsan sebab badan yum3 pun terlalu lemah.  Takde orang lain yang bergilir gantikan yum3 sebab only mothers are allowed to sleep with the patients.  Saat paling yum3 sebak bila setiap hari nurse akan buat dressing baby dan kopek semua kulit2 dia yang rosak tu (supaya kulit baru yg elok tumbuh).  Meruntun jiwa melihat baby kecil menangis kesakitan.  Bukan ada bagi bius atau ubat kebas.  Hidup2 dia buat.  Then mereka ambil sample sel, nak tengok ada jangkitan ke tidak.  Itulah yang yum3 hadapi hari-hari.

Kuar je spital, every 3 days yum3 terpaksa time-off kerja bawak baby jumpa macam-macam Dr from macam-macam hospital.  Rawatannya bukan senang.  Dr Surgeri, Dr Plastic surgery, physiotherapist... hmm.. endless effort kami nak sembuhkan baby.  

Sekarang dah tahun 2006, rawatan masih berterusan.  Beberapa pembedahan susulan telah dibuat setiap tahun (contohnya tampal kulit dan potong daging yang tercantum di celah2 jari baby). Cuma dah berkurang kekerapan.  Dulu seminggu sekali, pastu 2 minggu sekali, then sebulan sekali.  Tapi tetap berterusan. Yum3 pun dah tambah baby lagi satu.  Kini baby yang hampir kami kehilangan tu dah besar, dah masuk Tadika pun.  Dah boleh lari, dah boleh menulis.  Sedangkan 4 tahun lepas kami termenung jauh memikirkan yang dia tak boleh lagi menggunakan tangan dan kaki.

Bukan senang menjaga anak yang sakit dan perlu perhatian serius.  Tambahan jika sakit itu masih memerlukan rawatan berterusan.  Orang kata ibu-ibu ini tabah dan sungguh tinggi pengorbanan.  Tapi yum3 tak rasa yum3 berkorban apa pun.  Memang itu tanggungjawab yum3, memang naluri keibuan yang mendorong kita tabah dan kuat begitu.  Kdg2 bila yum3 kenang balik, Maha Suci Allah yang telah memberi kekuatan pada yum3.  Padahal ketika kemalangan berlaku, lutut yum3 dan semua tulang ni rasa lembik.  Yum3 rasa nak rebah... tapi kemudian yum3 bangkit.

Sebulan lagi kena jumpa plastic surgeon lagi. Life goes on...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 05:09 PM | Show all posts
yum3,  pilunya baca citer yum3.....kalau me mesti tak blh setabah yum3.... macamana baby boleh dpt kemalangan....syukur, baby dah sihat semula.....:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by ay4 at 2-3-2006 09:51 PM
ay4 kat sini nak kongsi cerita kepada parent yg ader anak2 yg berpenyakit....

ni pasal adik ay4 yg no. 2....dier ader leukimia...tapi alhamdulliah doktor kata dh sembuh....
so sepanjang adik i  ...



Ay4,

nak tanya adik ay4 makan apa iya.....sakit luekimia boleh sembuh? leh share sket tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-3-2006 05:42 PM | Show all posts
Originally posted by WeAiNe at 3-3-2006 09:17 AM
semoga Allah memberikan kekuatan kepada ibu ay4 untuk menempuah dugaan ini
dan semoga ay4 serta ahli keluarga yang lain memberikan kata-kata semangat
serta dorongan kepada ayah ay4 dan adik ay4 t ...


alhamdulillah berkat ketabahan dan kesabaran mu mom dier dah sembuh...doktor cakap kes dier ni 1 dalam sejuta....doktor kata ini adalah satu keajaiban....
:pray:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2006 05:45 PM | Show all posts
Originally posted by isif at 3-3-2006 09:57 AM
teringat waktu anak imah kena pro-long jaundis dulu..waktu tuh dia dah tiga minggu baru kena..pergi ke hkl haziq kena tahan dekat wad..dua minggu pulak, hari2 ambik darah, kuning tak turun2..sampai ...


itulah kadang2 hospital kerajaan nih tak ambik pedulik pasal semua nih....yg tau nak marah org jer...ialah i pun masa my baby lepas lahir pun kena...tinggi lak tu abaout 300....sedihnyer biler tutup mata...lpas tu duduk dlam kotak tu pulak...ambik darah lg.....kesian dier....nangislah jugak...:cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2006 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by yum3 at 3-3-2006 10:16 AM
Yum3 just nak share pengalaman sendiri.

Anak yum3 bukan menghidapi penyakit kronik tapi kami pernah melalui saat2 mungkin kehilangannya akibat kemalangan.  Yum3 memang menghadapi banyak dugaan k ...


tabahnyer hati yum....macam mana anak u boleh melecur nih?????sedih bila dengar masa nurse dressing kesan burn....sedangkan ay4 anak kena inject pun tak snggup tengok...inikan pulak macam tu....nasib baik ada hubby yg kuat semangat.....semoga anak u cepat sembuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2006 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by Amiizaa at 3-3-2006 05:11 PM



Ay4,

nak tanya adik ay4 makan apa iya.....sakit luekimia boleh sembuh? leh share sket tak?


jangan skip/delay sebarang rawatan yg doktor suruh...especially kimoterapi.....makan ubat kene tepat pada masanyer....sebab semua yg satu wad dan sama stage ngan my bro dah pergi buat selama-lamanya...sebab apaer????sebab diorg takut untuk hadapi kimoterafi yg terakhir....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 09:54 PM | Show all posts
anak bungsu saya mengidap anaemia kronik sejak lahir.Dr kata sum sum tulangnya tak boleh menghasilkan darah merah. Dr kata ini jarang berlaku,ia bukan penyakit tapi kecacatan lahir.Setiap bulan kena masuk darah dan hampir setiap malam kena pasang mesin masukkan ubat di bawah kulit perut selama 8 jam untuk buang ion yang berlebihan dalam badan akibat kerap masuk darah.Hospital dah jadi rumah kedua kami...

Selama 4 tahun ini kami suami isteri dah mengalami   berbagai rasa membesarkan anak " bertuah " ini tapi rasanya biar lah kesusahan itu kami adukan kepada Allah sahaja sebab menceritakan kesusahan kepada orang lain bagaikan  tidak reda dengan ujian Allah.Lagi pun tak semua orang mahu faham dan simpati. Sesetengahnya memandang hina dan bertepuk sorak bila kita derita.Keluarga saya sendiri pun tak semuanya memberi sokongan.

Kepada Allah kami memohon kekuatan dan pertolongan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 12:09 PM | Show all posts
terasa ingin pula akak berkongsi kisah anak akak yg berpenyakit genetik disini...Anak sulong akak mengidap penyakit Spinal Muscular Atrophy dan dia telah meninggal dunia 7 thn yg lalu dan kini anak ketiga pula mengidap penyakit yg sama.Umurnya dah nak masuk 4 thn tetapi hidupnya bergantung sepenuhnya kepada ventilator...bayangkan dia tidak blh bergerak..hanya terbaring lemah saja...sampai sekarang akak tidak dpt mendengar dia bercakap....Akak redha...selagi dia masih disisi akak insya Allah akak arap dpt menjaga dia sebaik mungkin.Akak rela berkorban apa saja demi kegembiraannya.Hanya Allah saja yg tahu penderitaan dia..dan kami hanya mampu berdoa setiap hari....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by pinatbate at 3-3-2006 09:54 PM
anak bungsu saya mengidap anaemia kronik sejak lahir.Dr kata sum sum tulangnya tak boleh menghasilkan darah merah. Dr kata ini jarang berlaku,ia bukan penyakit tapi kecacatan lahir.Setiap bulan ken ...



nasib pinatbate samalah dgn akak...bila kita susah begini ramai adik2 dan sedara mara menjauhkan diri....mungkin mereka takut kita mengharapkan wang ringgit dari mereka...alhamdulillah tanpa pertolongan mereka akak sekeluarga hidup lebih tenang dan gembira...Hanya ketabahan dan kecekalan kita suami isteri saja yg dpt membantu kita membesarkan anak2 istimewa ini kerana bkn kehendak kita dan anak kita ianya terjadi....hanya Allah yang lebih Mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2006 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by pinatbate at 3-3-2006 09:54 PM
anak bungsu saya mengidap anaemia kronik sejak lahir.Dr kata sum sum tulangnya tak boleh menghasilkan darah merah. Dr kata ini jarang berlaku,ia bukan penyakit tapi kecacatan lahir.Setiap bulan ken ...



saya berharap dan berdoa semoga akak tabah menghadapi dugaan ini... amin...

Yerlah kita x tahu apa yg akan berlaku pd kita...
Semua itu ketentuan ilahi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2006 11:25 PM | Show all posts
Originally posted by pinatbate at 3-3-2006 09:54 PM
anak bungsu saya mengidap anaemia kronik sejak lahir.Dr kata sum sum tulangnya tak boleh menghasilkan darah merah. Dr kata ini jarang berlaku,ia bukan penyakit tapi kecacatan lahir.Setiap bulan ken ...


kadang2 org yg mengalami nya sahaja dapat merasai keperitan org lain....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2006 11:30 PM | Show all posts
Originally posted by noamee at 4-3-2006 12:09 PM
terasa ingin pula akak berkongsi kisah anak akak yg berpenyakit genetik disini...Anak sulong akak mengidap penyakit Spinal Muscular Atrophy dan dia telah meninggal dunia 7 thn yg lalu dan kini anak ...


insyallah...dah tentu anak u yg dah tiada tu akan memimpin tangan ibunya meniti titian ke syurga....amin....jangan mengharapkan pertolongan org lain...ialah bak kata org....bila ketawa semua ketawa...bila sedih hanya kiter jer menanggung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2006 12:52 AM | Show all posts
Tersentuh sungguh hati Shah bila baca pengalaman ibu2 semua kat sini...Walaupun Shah tak pernah mengalami keadaan seperti ibu2 di sini semua hadapi, but dari hati yg ikhlas, Shah berdoa agar semua parents yg tabah seperti you all diberkati Allah dan diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yg Allah beri hanya kepada insan2 yg terpilih... Amin....:pray:

P/S: Ingatlah... dalam Surah Alam Nashrah tu ada disebutkan... "Sesudah kesulitan itu ada kemudahan"... Allah ulang 2 kali ayat tersebut... Shah sentiasa ingat ayat itu semasa ditimpa masalah....
Reply

Use magic Report

ace This user has been deleted
Post time 6-3-2006 02:34 PM | Show all posts
Saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih pada ibu2 yang sudi berkongsi cerita disini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Ucapan tahniah bukan kerana "u deserve it", tapi tahniah kerana you all tabah mengharungi liku2 hidup ini beserta dengan Amanah yang Tuhan berikan. Alhamdulillah. Hanya segelintir yang dikurniakan dugaan ini.

ace tidaklah berhadapan dengan dugaan sehebat ay4, isif, mahupun yum3, pinatebate ataupun noamee. Tapi rezeki ace ialah anak ace selalu sahaja masuk hospital. Bukan kes berat tapi membimbangkan juga hati seorang ibu dan juga ayah.

1st case demam on-off sampai kena rujuk pakar, amik darah tapi takde apa2. Cuma alhamduilllah bila dah jumpa pakar, makan ubat OK walaupun sblm tu ulang alik klinik tapi takde effect.

2nd case, pada mulanya suspek gegaran otak/bhgian kepala bila anak muntah2 disebabkan terjatuh pada hari sblmnya. Bila cek kepala takde apa2.. dan by co-incidence rupanya masalah usus. Dr pakar yang merawat hanya mengatakan "takdir" (a chinese doktor kata..."ini dah takdir") co'z dia sendiri tak dapat nak explain. So, buat intussesception.

3rd case, demam on-off lagi. Demam panas yang sampai 39C - 40C. Ulang alik klinik dah banyak kali. Berlarutan dan tak puas hati terus rujuk dr. pakar.. rupanya dah affected his lung. 3hr 2mlm duduk tinggal di hospital.

My son just setahun 5bulan, tapi rezeki kami bila anak always demam setiap kali beralih bulan, tumbuh gigi baru, atau nak dapat benda baru. Tapi saya percaya, setiap amanah ini datang dengan tanggungjawab dan rezeki dariNya insyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2006 02:49 PM | Show all posts
fuh...tabahnyer hati parents nih seme...sayunyer bc...diharap semenyer tabah menghadapi dugaanNya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2006 04:06 PM | Show all posts
Teima kasih kpd kawan-kawan yang mendoakan kebaikan.

Banyak hikmah yang kami perolehi di sebalik ujian Allah ini.Semuanya mengajar untuk lebih bersyukur atas nikmat kurniaanNya dan menginsafi kekuasaanNya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.399152 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list