CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23051|Reply: 14

bapa undang-undang malaysia: prof. tan sri ahmad ibrahim

[Copy link]
Post time 10-3-2006 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Pengenalan
Prof.Tan Sri Datuk Ahmad bin Mohamed Ibrahim dilahirkan pada 15 Mei 1916 di Singapura. Beliau berasal daripada keluarga yang berlatarbelakangkan pendidikan agama. Bapa beliau merupakan seorang doktor yg aktif di dalam aktiviti sosial berkaitan umat Islam.


Pendidikan
Beliau menerima pendidikan awal di Victoria Bridge School, Singapura dan menyambung pengajian peringkat menengahnya di Raffles Institution, SIngapura. Beliau seterusnya menyambung pelajarannya dia Raffles College, Singapura sebelum meneruskan pengajian di dalam bidang undang-undang di London. Beliau menerima biasiswa Queen抯 Scholarship dan belajar di St. John抯 College, Cambridge dan Middle Temple, London. Pencapaian beliau boleh diringkaskan seperti berikut:
B.A. (London) 1935
Queen抯 Scholar, Singapore 1936
1st class Economics Tripos I, University of Cambridge
1st class Law Tripos II, University of Cambridge
George Long Prize for Roman Law
Certificate of Honour, Bar Final, Middle Temple, London (beliau satu-satunya calon peguam di waktu itu yang mengambil peperiksaan di Singapura sedangkan calon-calon lain menduduki peperiksaan tersebut di London)
M.A. 1965, Cambridge
Beliau juga dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang (LLD) dari Universiti Nasional Singapura pada 5th June 1965.  


Pekerjaan
Beliau memualakan kerjayanya sebagai Majistret di Singapura pada 1946 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Hakim pada 1947. Pada 1948 beliau menjadi pensyarah di Raffles College sebelum menjadi peguambela dan peguamcara dari tahun 1949 hingga 1955. Salah satu kes kontroversi yang pernah dikendalikannya ialah kes Natrah @ Maria Hertogh di mana beliau merupakan peguambela bagi pihak ibu angkat Natrah. Beliau juga merupakan ahli Penggubal Undang-Undang dari 1952 hingga 1955. Pada 1955, beliau sekali lagi bertugas sebagai Hakim sebelum dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya pada 1956. Seterusnya beliau dilantik sebagai Pendakwaraya pada 1957 dan pada tahun 1959, beliau dilantik sebagai Peguamcara Negara. Pada tahun 1963, beliau dinaikkan pangkat menjadi Peguam Negara Singapura. Kerjaya beliau tidak terhenti di situ kerana pada 1967, beliau dilantik sebagai Duta Singapura ke Mesir sehingga 1968.
Setelah 22 tahun berkhidmat untuk Singapura, beliau memohon kerakyatan Malaysia dan berkhidmat di dalam bidang pendidikan undang-undang di Malaysia. Pada tahun 1969, beliau dilantik sebagai Professor Undang Undang di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (1969

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2006 05:46 PM | Show all posts

laporan akhbar berkaitan...

Utusan Malaysia 11 April 2000

Memanfaatkan warisan Ahmad Ibrahim

Oleh: SALLEH BUANG
SAYA amat tertarik dengan artikel "Memperingati Ahmad Ibrahim" tulisan Zin Mahmud yang disiarkan dalam akhar Utusan Malaysia semalam.

Seperti yang dikatakan oleh wartawan Utusan dalam artikelnya itu, Allahyarham Prof. Ahmad merupakan satu-satunya tokoh ilmuan negara yang telah begitu berjaya sekali menguasai dua dunia atau dua aliran undang-undang dalam satu masa yang sama - iaitu undang-undang sivil dan undang-syariah.

Benar, ada beberapa tokoh ilmuan lain yang boleh kita sebutkan sebagai bertaraf "pakar" dalam bidang undang-undang sivil; begitu juga kita boleh sebutkan beberapa tokoh lain yang pakar atau arif dalam perundangan Islam. Tetapi sukar bagi mengenal pasti seorang yang benar-benar telah menguasai dua bidang ini secara serentak, dalam satu masa dan zaman.

Siapa Pengganti

Persoalan yang selalu menjadi tanda tanya antara sahabat-sahabat saya (di kalangan peguam, peguam syarie dan hakim-hakim mahkamah syariah) semenjak Prof Ahmad meninggal dunia setahun yang lalu ialah siapakah agaknya yang boleh dikira sebagai pengganti beliau? Kata orang "patah tumbuh, hilang berganti".

Ramai sahabat saya yang berpendapat kehilangan Prof. Ahmad sukar diganti dalam masa yang terdekat. Hendaknya dalam abad-abad yang mendatang, akan tampil beberapa tokoh ilmuan negara ini yang akan mampu menjejaki langkah yang telah diambil, dan bidang yang telah diterokai, oleh Prof. Ahmad dalam zamannya.

Sementara saya alu-alukan inisiatif sahabat lama saya, Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob (IKIM), dalam usahanya menganjurkan acara "Majlis Syarahan Memorial Almarhum Prof. Ahmad itu (dijadualkan pada 24 April depan) itu, saya kira langkah-langkah lain yang boleh kita ambil ialah dengan meneruskan tradisi yang dimulakan oleh beliau semasa hayatnya dulu, iaitu -

(a) tradisi mencari ilmu yang tak tahu penat lelah;

(b) tradisi untuk terus membaca (menimba ilmu) dan menulis (menyumbangkan karya), tanpa memikirkan sangat tentang ganjaran, pulangan atau manfaat bagi diri; dan

(c) tradisi sentiasa bersedia menjawab semua soalan dan cuba menyelesaikan semua masalah yang diajukan oleh pihak lain kepada kita.

Andainya orang bertanya kepada saya apakah warisan paling termahal yang Prof. Ahmad telah tinggalkan untuk saya, jawapan saya adalah ketiga-tiga perkara di atas itu tadi. Dan mungkin perkara keempat yang saya tidak akan lupa hingga bila-bila masa adalah sifat beliau yang berselamba sahaja, ramah mesra dan bermanis muka dengan semua orang, tak kira lapisan masyarakat. Istilah ''hidung tinggi'', ''sombong'' atau ''angkuh'' tidak ada dalam kamus Prof. Ahmad, walaupun beliau bergelar Tan Sri.

Kursus Diploma Syariah

Saya mula kenal Prof. Ahmad sejak awal tahun 70-an lagi. Waktu itu saya masih bertugas di Jabatan Peguam Negara manakala beliau mengajar di Universiti Malaya.

Perkenalan ini menjadi lebih mesra dan rapat pada awal tahun 80-an apabila saya mula mengajar di Universiti Islam Antarabangsa. Waktu itulah saya memujuknya supaya memperkenankan cadangan saya untuk mewujudkan kursus lepasan ijazah yang dinamakan "Diploma in Syariah Law" bagi peguam-peguam sivil di sekitar Kuala Lumpur yang ingin mempelajari lebih lanjut lagi tentang perundangan Islam.

Tak tahulah saya sama ada kursus diploma ini masih lagi ditawarkan di universiti tersebut. Apapun, ia merupakan salah satu warisan Prof. Ahmad hasil cetusan cadangan awal yang saya kemukakan kepada beliau. Menerusi kursus diploma ini ramai peguambela bukan Muslim di sekitar Lembah Kelang dan di beberapa negeri lain menjadi anak didiknya dalam perundangan Islam. Hendaknya, setelah terdedah kepada apa yang diajar dalam kursus diploma itu, peguam-peguam bukan Muslim ini dapat memahami mengapa beliau bekerja begitu keras sekali untuk meningkatkan martabat mahkamah syariah di seluruh negara.

Memori masih segar

Disebabkan pemergian beliau baru setahun, memorinya masih segar dalam minda anak-anak didiknya. Di mana sahaja saya pergi, misalnya ketika menyahut undangan pihak-pihak tertentu mengendalikan pelbagai seminar dan bengkel yang ada sangkut paut dengan mahkamah syariah, anak-anak didik beliau (yang kini menjadi hakim-hakim mahkamah syariah) sering sahaja mengingatkan saya tentang pelbagai cerita dan kisah melibatkan diri beliau.

Saya sendiri pun sekali sekala bercerita mengenai diri Prof. Ahmad, bukan sebagai tokoh ilmuan yang disegani ramai, tetapi sebagai seorang insan biasa. Cerita tentang bagaimana beliau begitu berselera sekali makan masakan kari kepala ikan di sebuah restoran di Sri Lanka, tentang amalannya yang mesti tidur sebentar selepas waktu Zohor (untuk mengecas semula bateri diri), tentang rahsia di sebalik kesihatan badannya, dan tabiatnya suka mengejutkan saya pagi-pagi lagi supaya bangun mengerjakan solat Subuh secara berjemaah dengannya, dan cerita-cerita seumpama itu.

Kehadiran yang berterusan

Bagi saya selagi buku Prof. Ahmad "Sistem Undang-Undang Malaysia" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka terus menjadi salah satu buku teks yang mesti dibaca oleh pelajar universiti tahun pertama yang mengambil pengajian dalam jurusan undang-undang, selama itulah nama beliau akan tetap segar dalam minda masyarakat generasi akan datang. Selagi makalah dan artikel yang ditulisnya dalam pelbagai majalah dan jurnal masih lagi dijadikan bahan rujukan oleh pengamal undang-undang, selama itulah pendapatnya mengenai sesuatu isu akan terus mewarnai dunia perundangan negara ini.

Dan selagi penghakimannya dalam begitu banyak kes Mahkamah Rayuan Syariah negeri dibaca dan dirujuk oleh peguam syarie dan hakim-hakim mahkamah syariah yang lain, selama itulah "kehadiran" Prof. Ahmad dalam mahkamah syariah negara ini akan terus dirasa.

Projek masa depan

Mungkin, sebagai satu projek lain bagi masa depan, IKIM boleh mencipta satu laman web khas di mana di dalamnya dimasukkan segala karya hasil Prof. Ahmad, baik yang baru ataupun yang lama. Dalam zaman multimedia ini, sudah menjadi perkara biasa bagi kita "membaca" sebuah buku atau makalah itu secara elektronik di ruang siber. Selain mengumpulkan semua karya lama beliau itu, kerja-kerja suntingan atau kemas kini juga mungkin perlu dibuat (apatah lagi jika undang-undang sudah berubah).

Setelah ini selesai, senarai lengkap karya beliau boleh dipaparkan dalam laman web itu. Sesiapa sahaja yang ingin membaca atau membuat rujukan kepadanya hanya perlu menekan butang komputer dan akan terus dibawa ke makalah atau artikel yang dicari.

Seperkara yang menarik lagi, andainya IKIM boleh juga menyediakan audio files di laman web itu, sesiapa sahaja yang ingin mendengar rakaman sesuatu kuliah awam atau syarahan yang pernah disampaikan oleh Prof. Ahmad semasa hayatnya, hanya perlu menekan butang komputernya sahaja.

Kalau itu dapat kita usahakan, warisan peninggalan Prof. Ahmad bukan hanya dapat dimanfaatkan oleh warga negara kita ini, bahkan juga oleh seluruh warga Internet di ruang siber untuk sepanjang zaman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2006 05:49 PM | Show all posts
Utusan Malaysia 10 April 2000


Memperingati Ahmad Ibrahim

MAAL Hijrah mempunyai banyak pengertian bagi Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim.

Awal Muharam tahun ini, 1421 merupakan ulang tahun pertama Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim meningal dunia.

Allahyarham meninggal dunia pada 18 April 1999 bersamaan dengan 1 Muharam 1420. Sebelas tahun sebelumnya, Allahyarham telah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah, iaitu pada 1988 kerana sumbangan beliau terhadap pembinaan undang-undang Islam di negara ini.

Bagi memperingati beliau, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mendahului badan-badan Islam negara ini dalam menghormati beliau dengan menganjurkan Majlis Syarahan Memorial Almarhum Profesor Tan Sri Ahmad bin Mohamed Ibrahim.

Syarahan utama akan disampaikan oleh Profesor Tan Sri Syed Agil Barakbah dari Kulliyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Turut dijangka menyampaikan syarahan ialah Profesor William Alford dari Sekolah Undang-Undang Harvard, Amerika Syarikat.

Sultan Perak akan menjadi tetamu kehormat dan dijangka melancarkan buku maha karya akhir Almarhum bertajuk The Administration of Islamic Law in Malaysia (Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia).

Buku ini dianggap sebagai teks undang-undang Islam di negara ini dan dijangka akan menjadi bahan rujukan bagi pelaksanaan undang-undang Islam di seluruh dunia.

Menurut Penolong Ketua Pengarah IKIM, Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob yang mengendalikan penerbitan buku ini, buku ini merangkumi segala aspek undang-undang Islam dan pelaksanaannya di negara ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa undang-undang Islam di negara ini merupakan rumusan paling maju dan lengkap untuk dilaksanakan dalam sesebuah negara moden.

Abdul Monir mempelawa kenalan rapat, rakan seperjuangan dan penuntut-penuntutnya supaya menghubungi IKIM untuk turut menyertai majlis syarahan memorial ini.

Majlis ini akan diadakan pada 24 April ini di Dewan Besar IKIM, Lot 2, Langgak Tunku off Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pencapaian besar Allahyarham ialah menjadi perantara bagi dua dunia undang-undang, iaitu undang-undang Islam dan undang-undang sekular. Kebolehannya telah memastikan hak-hak orang Islam dilindungi oleh undang-undang di Malaysia dan Singapura.

Allahyarham dilahirkan pada 15 Mei 1916 di Singapura. Kecerdikannya menyebabkan beliau sentiasa menduduki tempat pertama di kelasnya hinggakan pihak selolah iaitu Sekolah Victoria Bridge, Singapura menetapkan peraturan supaya seseorang hanya boleh meraih tiga hadiah dalam setahun, bagi mengelakkan beliau daripada membolot semua hadiah akademik.

Allahyarham tamat sekolah di Institusi Raffles ketika berusia 14 tahun, terlalu muda untuk memasuki Kolej Raffles, satu-satunya pusat pengajian tinggi di Singapura ketika itu.

Kemudian beliau memasuki Kolej Raffles di bawah keputusan khusus dari Universiti London. Daripadanya, beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera pada tahun 1935. Pada tahun berikutnya, beliau memenangi biasiswa Queen yang berprestij untuk memasuki Kolej St. John's, Universiti Cambridge.

Di sana beliau dianugerahkan kepujian kelas Pertama dalam ujian Tripos Ekonomi, dan kemudian berpindah ke bidang undang-undang. Beliau mendapat kedudukan tertinggi dalam senarai penuntut Undang-undang Rom yang mana beliau dianugerahkan hadiah George Long yang terkenal. Beliau memperoleh kepujian kelas pertama dalam ujian Tripos Undang-Undang dan menerima Anugerah McMahon. Pengajiannya di Cambridge memberikannya asas kuat dalam undang-undang Inggeris.

Sekembalinya ke Singapura pada tahun 1939, beliau bekerja untuk jurnal undang-undang Malayan Law Journal (MLJ). Selepas tamat Perang Dunia Kedua, beliau menjadi peguambela dan peguamcara pertama dilantik di Singapura.

Selepas itu, bermulalah kerjayanya dalam perkhidmatan awam, bermula sebagai majistret, kemudian Hakim Daerah, Crown Counsel, Ketua Peguamcara Negeri Singapura (1959-63), Peguam Negara Singapura (1963-67) dan akhirnya menjadi duta Singapura di Kaherah, Mesir, ketika itu bersama Syria merupakan sebahagian daripada Republik Arab Bersatu.

Di Singapura, beliau berperanan besar menyatukan undang-undang Islam dengan institusi negara. Allahyarham menderaf Piagam Wanita (1961) dan Akta Undang-undang Pentadbiran Islam 1966 (AMLA).

AMLA meliputi penubuhan Majlis Ugama Islam, Mahkamah Syariah, peruntukan kewangan, masjid dan sekolah agama, undang-undang mengenai perkahwinan dan perceraian, harta, penukaran agama dan kesalahan-kesalahan.

Majlis itu merupakan penghubung langsung antara Presiden Singapura dengan institusi-institusi Islam seperti Mahkamah Syariah. Majlis itu juga mengeluarkan fatwa dan menjadi pelindung kepada kesucian dan kewibawaan agtama Islam di negara itu.

Pada tahun 1968, Allahyarham bersara daripada perkhidmatan awam Singapura dan berhijrah ke Malaysia. Beliau berperanan menubuhkan pengajian undang-undang di Universiti Malaya. Bermula sebagai Profesor Pengajian Undang-undang, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, UM (1969-72), profesor Undang-undang Malaysia, UM (1972-83), Dekan, fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (1972-83), Profesor Undang-undang dan Syeikh Kuliiyah Undang-undang, UIA (dari 1983) dan Profesor Emeritus UM (1984).

Allahyarham kuat bekerja, 18 jam sehari, tujuh hari seminggu. Menurut rakan-rakannya, beliau tidak pernah mengambil cuti sakit sepanjang kerjayanya selama separuh abad.

Allahyarham kelihatan tergesa-gesa hendak melaksanakan undang-undang Islam dalam zaman yang sedang berubah, iaitu daripada penjajahan kepada pasca kemerdekaan supaya kepentingan umat Islam di negara ini terlindung.

Beliau sentiasa dalam keadaan sihat hinggalah pada akhir hayatnya, apabila mengalami sesak nafas dan rasa tidak selesa beberapa jam sebelum meninggal dunia di pangkuan anak sulungnya, Dr. Muhamad Tahir, seorang doktor perubatan.

Pada hari akhirnya itu, beliau telah memanggil kesemua anak-anaknya untuk berhimpun di rumahnya di Kuala Lumpur, di mana dengan tenang, beliau mengumumkan bahawa beliau akan meninggal dunia malam itu.

Beliau berusia 82 tahun ketika itu dengan meninggalkan isterinya, Puan Sri Salmah Mohamed Tahir dan sembilan anaknya.

Antara jawatan-jawatan awam yang beliau pegang ialah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Sivil, Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri; ahli Badan Perunding Islam, Jabatan Perdana Menteri; ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, ahli Mahkamah Rayuan Syariah, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan; Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; ahli Jawatankuasa Fatwa, Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan; ahli Jawatankuasa Undang-undang, Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Selangor; ahli Lembaga Pengarah IKIM, ahli Lembaga Kelayakan Undang-Undang di bawah Akta Profesion Guaman; ahli Jawatankuasa Peguan Syarie, Wilayah Persekutuan; ahli Lembaga Pemegang Amanah Pengajian Tinggi Islam; Naib Presiden Persatuan bagi Penggalakan Pengajian Tinggi Malaysia; ahli Jawatankuasa Pengawasan Syariah, Bank Islam; ahli jawatankuasa Pengawasan Syariah, Takaful Malaysia Sdn. Bhd.; ahli Jawatankuasa Penasihat Institut Latihan dan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP); Naib Pengerusi Panel Penasihat Kementerian Undang-Undang; Editor Penyumbang Malayan Law Journal dan Pengerusi Panel Lembaga Penasihat bagi Buku Undang-Undnag, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sesungguhnya beliau merupakan tokoh undang-undang Islam negara yang telah mencorakkan pelaksanaan undang-undang Islam bukan saja di Malaysia dan Singapura tetapi pengaruhnya akan sampai juga ke seluruh dunia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2006 05:50 PM | Show all posts
Utusan Malaysia 20 April 1999

Mengingati Ahmad Ibrahim

Oleh SALLEH BUANG

PADA Sabtu lalu, saya dikejutkan oleh dua panggilan telefon. Panggilan pertama dari adik kandung saya di Muar, memaklumkan saya bahawa ibu sakit kuat dan saya perlu pulang dengan serta-merta. Dalam masa saya kelam-kabut bersiap sedia hendak berlepas dengan kereta (perjalanan dari Alor Setar ke Muar melalui lebuh raya mengambil masa kira-kira 7 hingga 8 jam), saya terima panggilan kedua dari seorang peguam di Alor Setar. Beliau (lulusan kumpulan pertama mahasiswa Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Petaling Jaya) memaklumkan bahawa Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim telah meninggal dunia dan bertanya di mana agaknya jenazahnya akan dikebumikan. Saya maklumkan peguam itu, oleh kerana UIA telah pun berpindah dari kampus asalnya di Petaling Jaya ke kampus barunya di Gombak, dan Allahyarham Prof. Ahmad telah pun berpindah rumah ke kawasan yang berdekatan dengan kampus baru universiti itu, sudah pasti pengebumian jenazahnya tidak jauh dari kampus universiti tersebut.

Disebabkan urusan keluarga yang tidak dapat saya elakkan itu, saya katakan kepada peguam itu bahawa amat sukar sekali bagi saya untuk singgah di Gombak bagi maksud mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan. Dalam pada itu, saya katakan kepadanya sudah pasti sahabat-sahabat kita yang lain yang masih menetap di Kuala Lumpur dan di sekitar Lembah Klang akan menziarahi kaum keluarga beliau dan kemudian menghantar jenazahnya ke tanah perkuburan.

Pertama kali saya menemui Allahyarham Prof. Ahmad ialah di awal tahun 70-an. Pada masa itu, beliau menjadi Dekan Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya sementara saya bertugas sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara.

Disebabkan pada ketika itu, salah seorang pensyarah kanan di fakulti itu (Prof. Nik Rashid, kini sudah meninggal dunia) mahu berangkat ke luar negara untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana, saya telah 'dipinjamkan' oleh Jabatan Peguam Negara untuk mengajar secara sambilan di fakulti itu.

Tempoh saya mengajar di situ tidaklah lama. Ia 'terhenti' dengan tiba-tiba apabila satu rusuhan pelajar besar-besaran meletus di kampus (yang semua tahu apa sebab ia berlaku dan siapa yang terlibat dalam rusuhan itu). Ekoran rusuhan itu, saya maklumkan kepada fakulti bahawa saya tidak berminat untuk meneruskan khidmat saya di situ.

Dalam pertemuan kami yang pertama itu, saya dapati Allahyarham Prof. Ahmad seorang yang peramah, lemah lembut, suka senyum dan berhemah tinggi. Oleh sebab dia cepat mesra dengan sesiapa sahaja, saya tidak merasa kekok atau serba kekurangan bila berbual dengannya _ hingga saya terlupa buat seketika bahawa orang yang saya temui itu adalah bukan sebarang orang. Sebelum ini Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Peguam Negara Singapura dan menjadi duta negara itu di sebuah negara di Asia Barat.

Pada masa 10 tahun selepas saya meletak jawatan di Jabatan Peguam Negara (iaitu antara 1974 hingga 1984 semasa saya meneruskan kerjaya saya di bidang undang-undang dan korporat), sekali sekala saya ada menghubungi Allahyarham bila timbul keperluan. Bagi saya (dan saya pasti bagi ramai lagi di kalangan peguam yang pernah pada satu ketika menjadi 'muridnya'), Allahyarham Prof. Ahmad menjadi 'pakar rujuk' yang amat senang sekali dihubungi, kerana Allahyarham senantiasa bersedia membantu dan memberi buah fikirannya. Saya sering menggelar Allahyarham (bila kami di kalangan peguam berbincang sesama sendiri) sebagai walking encyclopaedia of Malaysian law (ensiklopedia bergerak undang-undang Malaysia).

Mulai 1984 hingga akhir 1989 (semasa saya memegang jawatan sebagai pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang UIA), hubungan saya dengan Allahyarham bertambah rapat. Kadangkala sebagai anak dengan bapa, kadangkala sebagai pelajar dengan gurunya (mentor), kadangkala sebagai sahabat dengan sahabat. Dalam masa inilah saya mempelajari satu dua rahsia kekuatannya _ kenapa dia diiktiraf oleh banyak pihak sebagai seorang tokoh undang-undang yang amat disegani.

Allahyarham adalah seorang yang suka membaca dan menulis. Bukan hanya setakat satu hobi. Malahan kadang kala saya lihat sebagai satu obsession (obsesi).

Ramai antara kita yang suka membaca, tetapi tidak semuanya rajin, tekun atau berani menulis. Ada juga di antara kita yang suka menulis, tetapi tak semua yang suka menulis ini sanggup atau mahu terus menerus membaca dan membuat kajian _ apatah lagi di bidang-bidang yang tak ada kaitan dengan bidang pengkhususannya itu. Allahyarham Prof. Ahmad tidak begitu. Kerajinan dan kesungguhan beliau, baik menulis atau membaca, melampaui semua bidang _ baik sivil mahupun syariah, baik bidang komersial, jenayah, perlembagaan, keluarga, atau apa sahaja.

Setiap kali bila saya berkunjung ke pejabatnya dan bertanya kepada setiausaha peribadinya di mana Allahyarham, jawapan yang saya terima ialah (jika Allahyarham tidak ada dalam dewan kuliah atau menghadiri mesyuarat di luar kampus) salah satu antara tiga:
* Allahyarham ada di biliknya sedang menulis
* Allahyarham ada di perpustakaan sedang membaca, atau
* Sudah pulang ke rumah kerana berehat sebentar.

Antara kita di kalangan pensyarah di UIA, kita faham benar bahawa waktu selepas zuhur, Allahyarham biasanya rehat (tidur) sebentar. Tak akan ada sesiapapun yang berani mengganggu beliau dalam jangka waktu itu.

Pada satu hari saya bertanya Allahyarham, ''Apakah rahsia di sebalik kesihatan Tan Sri?''. Allahyarham senyum sahaja, enggan menjawab. Saya tanya soalan itu kerana saya lihat Allahyarham sentiasa sihat dan ceria, jarang-jarang sakit seperti kita (batuk atau selesema dan sebagainya), dan walaupun usianya makin lanjut, saya tahu Allahyarham tidak ada pantang larang bila makan. Walhal seleranya kadang kala mengalahkan selera orang yang lebih muda.

Pada satu ketika semasa saya berada di Sri Lanka bersamanya (kerana menghadiri satu persidangan), saya mempelawanya makan malam di sebuah restoran. Makanan special yang saya pesan pada malam itu ialah kari kepala ikan. Barang siapa yang sudah biasa makan lauk kari di Sri Lanka, akan tahulah betapa pedasnya masakan orang di negara itu. Namun begitu, saya lihat Allahyarham makan dengan penuh selera, setanding dan tak kalah dengan selera saya dan kawan-kawan lain.

Juga pada satu ketika lain, Allahyarham mengajak saya makan murtabak bersamanya di sebuah restoran kegemarannya di Singapura. Tak cukup dengan apa yang dimakan di situ, Allahyarham menasihatkan supaya saya membawa bekal pulang untuk anak-anak. Kata beliau, sudah pasti isteri dan anak-anak saya akan sukakannya.

Berbalik kepada rahsia kesihatannya, setelah puas bertanya, akhirnya saya peroleh rahsia tersebut. Pertama, Allahyarham Prof. Ahmad jarang sekali putus wuduk (tidak batal air sembahyang). Kedua, setiap hari, selepas zuhur, Allahyarham mesti tidur buat seketika. Tidak perlu tidur lama, 15 minit sudah memadai. Yang penting mesti ada masa untuk benar-benar rehat. Ketiga, setiap petang antara asar dan maghrib (kecuali masa dan tugas rasmi tidak mengizinkan), Allahyarham membuat riadah secara mudah (simple walking exercise di kawasan pekarangan rumah). Dan keempat, akhir sekali, Allahyarham pastikan dirinya tidur awal (tidak pernah tidur lewat).

Yang rumitnya bila kita melawat ke luar negara dengan Allahyarham ialah disebabkan Allahyarham sudah masuk tidur awal-awal lagi, sebelum subuh Allahyarham sudah bangun untuk wirid dan membaca di biliknya. Sebaik sahaja masuk waktu subuh, Alalhyarham akan mengetuk pintu kita supaya kita ramai-ramai boleh menunaikan fardu subuh bersamanya. Dan bila kita sembahyang berjemaah, jarang sekali Allahyarham yang menjadi imam.

Pada saya, kekuatan Allahyarham Prof. Ahmad adalah pada ilmu yang ada padanya, dan kesanggupannya untuk terus mengajar dan mendidik orang lain. Allahyarham bukan seorang pemidato (public speaker) yang hebat. Malahan ramai di kalangan bekas pelajarnya yang mampu memberi pidato yang lebih baik daripadanya. Kekuatan Allahyarham bukan pada public speaking. Kekuatan beliau adalah pada penulisannya yang sentiasa mencerminkan ilmu yang ada di dadanya.

Jika kita selidiki latar belakang di sebalik penggubalan berpuluh-puluh enakmen Islam di semua negeri di negara kita ini, kita akan diberitahu peranan Allahyarham Prof. Ahmad. Jika baca makalah undang-undang Islam di mana-mana jurnal undang-undang, kita tak akan dapat lari daripada rencana dan makalah yang dihasilkan olehnya. Jika tanya semua pelajar undang-undang yang lulus dari mana-mana universiti tempatan, kita akan jumpa 'anak didiknya' (sama ada yang diajar olehnya sendiri atau setidak-tidaknya telah mempelajari buku teks yang dihasilkan olehnya).

Bagi pemimpin negara ini, kematian Allahyarham adalah satu kehilangan yang besar. Bagi Mahkamah Syariah di negara ini, pemergiannya sudah pasti susah dicari ganti. Bagi saya, jasadnya sahaja yang sudah tidak ada lagi. Tapi suara Allahyarham, buah fikiran Allahyarham, nasihat Allahyarham, tulisan Allahyarham _ semua ini akan tetap kekal bersama saya hingga ke akhir hayat. Allahyarham Prof. Ahmad tidak akan mati selagi 'anak-anak muridnya' masih hidup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2006 05:51 PM | Show all posts
lupe lak gambar


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2006 05:52 PM | Show all posts
Utusan Malaysia 3 Februari 2006


Meneruskan kerja perintis
Oleh: SALLEH BUANG

Dua dekad yang lalu, ketika masyarakat Islam di negara ini menyambut Maal Hijrah 1407, saya baru bertugas setahun dua di Kulliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya. Antara tugas saya sebagai timbalan dekan pada masa itu ialah membantu Dekan (sahabat saya Prof. Dr. Razali Nawawi) dan Sheikh Kulliyyah (Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim) mentadbir dan menyelenggara program lepasan ijazah Diploma Kehakiman Islam.

Pada masa itu, kumpulan perintis (pertama) yang mengambil program itu masih lagi sibuk menghadiri kuliah dan menyiapkan kertas projek mereka, sambil bersiap sedia menghadapi peperiksaan akhir.

Kini, setelah dua dekad berlalu, ramai di antara siswazah program lepasan ijazah itu (kumpulan perintis dan kumpulan lain selepas itu) telah mengukir nama dan berjasa besar kepada institusi kehakiman Islam di negara ini.

Antaranya, yang boleh saya sebutkan di sini ialah Datuk Sheikh Ghazali Abd. Rahman (kini Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JKSM), Dato Sheikh Hasbullah (bekas Ketua Hakim Syarie Kedah, kini Mufti Negeri Kedah), Dato Asri Abdullah (bekas Ketua Hakim Syarie Perak, kini bertugas sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di JKSM), Datuk Ismail Yahya (kini Ketua Hakim Syarie Terengganu), Datuk Sheikh Abu Naim (bekas Ketua Hakim Syarie Selangor dan Hakim Mahkamah Rayuan JKSM), Datuk Johdi (Ketua Hakim Syarie Selangor), Datuk Ali (Ketua Hakim Syarie Johor), Awang Pon (bekas Ketua Hakim Syarie Sarawak), dan ramai lagi.

Kata orang, satu-satunya kebanggaan seorang guru ialah kejayaan dan kecemerlangan anak didik mereka. Pastinya kebanggaan Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim dan ahli tenaga pengajar program lepasan ijazah ini ialah kejayaan dan kesungguhan semua pelajar yang namanya telah saya sebutkan di atas (dan ramai lagi yang tidak sempat saya sebutkan secara satu persatu) yang terus gigih dan bersemangat memperbaiki, meningkatkan dan memartabatkan Mahkamah Syariah di seluruh negara.

Dua dekad lalu, Mahkamah Syariah negeri masih daif lagi. Prasarananya menyedihkan. Infrastruktur perundangannya masih kucar-kacir. Profesionalisme kerja masih pada tahap paling rendah. Akhbar tempatan, termasuk yang berbahasa ibunda, seringkali memanggilnya (secara salah dan tidak adil) sebagai kangaroo court.

Pada waktu itu, Mahkamah Syariah masih lagi terletak di bawah bayang-bayang Mahkamah Sivil. Ia belum mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Mahkamah Sivil.

Kini, dalam tempoh masa dua dekad (yang pada saya amat singkat sekali), banyak perubahan telah berlaku. Ia tidak daif lagi. Prasarananya sudah bertambah baik. Infrastruktur perundangannya sudah banyak diperbaiki, walaupun belum sempurna. Profesionalisme kerja sudah meningkat.

Pun begitu, walau sudah jauh berjalan, hakikatnya perjalanan masih jauh lagi. Pada hemat saya, kesempurnaan mungkin mengambil masa satu dua dekad lagi.

Salah satu peristiwa penting yang berlaku pada ketika itu ialah penghakiman Datuk Lim Beng Choon dalam satu kes keluarga yang difailkan di Mahkamah Tinggi (Sivil) di Kuala Lumpur. Keputusan hakim bicara ini menggemparkan seluruh tenaga pengajar program lepasan ijazah di universiti tempat saya mengajar.

Kes ini merupakan paling mutakhir (pada masa itu) dalam rentetan kes-kes lain yang serupa di mana mahkamah sivil terus mempertahankan kuasanya mendengar semua kes, walaupun melibatkan kes-kes keluarga di kalangan warga Islam di negara ini.

Ramai warga Islam di negara ini yang tidak tahu apa yang berlaku di sebalik tabir dalam kes ini selepas itu, terutamanya tentang usaha gigih yang dilakukan oleh sekumpulan peguam sivil beragama Islam (dengan bantuan tenaga pengajar di universiti saya pada ketika itu) semasa persediaan dijalankan untuk merayu keputusan Datuk Lim itu ke Mahkamah Agung.

Hasil usaha gigih yang dijalankan ini, seluruh masyarakat Islam negara ini akhirnya dihadiahkan oleh Mahkamah Agung dengan keputusannya yang bersejarah dalam kes Habibullah lwn Faridah (1992) 2 MLJ 793.

Kes Habibullah ini menempatkan Mahkamah Syariah di landasannya yang betul, sekali gus memberi nafas baru kepada perjuangan memartabatkan semula institusi kehakiman Islam di negara ini. Tindakan bersejarah Mahkamah Agung ini akhirnya menjadi penggerak dan pemangkin yang kuat kepada Badan Eksekutif negara mengusulkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Akibatnya, pada 10 Jun 1988, Parlimen meminda Perlembagaan, dengan mewujudkan Fasal (1A) kepada Perkara 121. Mulai detik itu, Mahkamah Syariah negeri menempah satu lembaran sejarah yang baru dan paling mencabar.

Kini, hanya disebabkan satu dua kes yang mendapat liputan sensasi oleh akhbar tempatan, sudah timbul cadangan liar oleh beberapa pihak agar Perlembagaan Persekutuan disemak semula, pastinya dengan harapan agar Perkara 121 Fasal (1A) ini dipinda, dan kalau boleh, dimansuhkan terus.

Andainya tuntutan pihak-pihak ini dituruti oleh kerajaan, ia merupakan bukan hanya satu tindakan yang ke belakang, sekali gus menjadikan segala-gala yang diusahakan selama ini sebagai sia-sia sahaja, bahkan menjadi satu mala petaka besar kepada institusi kehakiman Islam di negara ini.

Dalam pada itu, walaupun kita membantah segala saranan untuk memansuhkan peruntukan Perlembagaan yang keramat ini, ini tidak bermakna perundangan negara ini sekarang sudah sempurna. Perlu ditegaskan, ia belum lagi.

Kita masih lagi belum berjaya menyelesaikan masalah konflik bidang kuasa. Hakikatnya, kita masih lagi berdepan dengan situasi di mana Mahkamah Syariah tidak boleh mendengar kes dan memberi remedi kerana pihak yang memohon (menjadi pihak kepada pertikaian) adalah bukan Islam, dan dalam masa yang sama Mahkamah Sivil tidak boleh mendengar kes kerana pertikaian itu melibatkan undang-undang keluarga Islam yang terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Satu mekanisme untuk menyelesaikan konflik bidang kuasa ini mesti diwujudkan segera.

Dua dekad yang lalu saya telah pun menyarankan agar satu Mahkamah Keluarga Khas ditubuhkan. Pada saya, jika kerajaan boleh menubuhkan satu Mahkamah Khas untuk menyelesaikan masalah imuniti raja, kenapa tidak boleh satu Mahkamah Khas untuk kes-kes keluarga melibatkan pihak-pihak yang berlainan agama?

Mengikut saranan saya itu, mahkamah ini boleh dianggotai ahli panelnya yang terdiri daripada hakim-hakim Mahkamah Sivil dan hakim-hakim Mahkamah Syariah, dan diberi kuasa di bawah undang-undang bertulis untuk mendengar apa jua kes di mana pihak-pihak yang bertikai adalah berlainan agama. Malangnya, cadangan ini tidak mendapat sambutan.

Akhir-akhir ini, ada pula cadangan agar ditubuhkan satu Mahkamah Perlembagaan (Constitutional Court), yang mana bidang kuasanya adalah seumpama yang disebutkan dalam saranan awal dulu itu. Pada saya, apa juga nama yang hendak diberi adalah kurang penting. Yang penting adalah mahkamah itu wujud. Soalnya, apakah cadangan terbaru ini juga akan menerima nasib yang sama?

Maal Hijrah 1427 merupakan peringkat awal zaman kedewasaan Mahkamah Syariah di negara ini. Zaman berkhidmat untuk kumpulan perintis pelajar program lepasan ijazah (termasuklah diri saya sendiri) akan segera berlalu. Kumpulan pelapis, yang datang selepas ini, perlu faham sejarah silam untuk meneruskan kerja kita.

Tanpa mengetahui dan mengambil pengajaran dari sejarah silam, tidak mustahil kita nanti akan kecundang dalam perjalanan, yang masih jauh lagi.

Jika kumpulan perintis telah berjaya menempatkan Mahkamah Syariah ke landasannya yang betul, kumpulan pelapis perlu merangka penjenamaan semula institusi kehakiman Islam di negara ini untuk dua dekad yang mendatang.

Penjenamaan bukan suatu gimik. Ia telah menjadi satu alat yang nyata berjaya digunakan dalam zaman moden yang serba canggih dan berteknologi tinggi ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-3-2006 05:53 PM | Show all posts
Utusan Malaysia 22 Januari 2006

Artikel 121 (1A): Masa untuk satu penyelesaian

Oleh: NOOR AZAM SHAIRI

KENYATAAN tegas Perdana Menteri kelmarin bahawa Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang mengasingkan bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah syariah tidak akan dipinda adalah satu keputusan yang tentunya melegakan umat Islam.

Kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu secara langsung mengukuhkan maruah mahkamah syariah sebagai sebuah institusi kehakiman, yang kedudukan dan kebebasannya dikhuatiri terancam sekiranya cadangan pindaan itu diterima dan dibenarkan.

Kenyataan Perdana Menteri itu setakat ini bagaimanapun tidak dapat diterima oleh masyarakat bukan Islam.

Tetapi pandangan mereka itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang melampau. Ia sebaliknya agak berasas dan terbentuk daripada beberapa isu perundangan yang dihadapi oleh orang bukan Islam dalam tempoh 17 tahun pelaksanaan pindaan Artikel 121 (1A) itu.

Isu yang mereka hadapi ialah di manakah ruang keadilan untuk orang bukan Islam dalam kes-kes yang menyentuh bidang kuasa mahkamah syariah?

Inilah isu yang dibangkitkan dalam kes Muhammad Abdullah atau nama asalnya, M. Moorthy serta beberapa kes lain sebelumnya.

Ekoran itu pelbagai cadangan dilontarkan sebagai jalan penyelesaiannya, dan cadangan yang lantang terdengar dan diulang-ulang ialah tentang perlunya atas Artikel 121 (1A) dipinda untuk merungkaikan kekusutan.

Pindaan itu diyakini boleh menjelaskan kekeliruan yang tercetus daripada pembahagian bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Pindaan itu dari satu sisi barangkali boleh menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh orang bukan Islam. Tetapi dari sisi yang lain ia dikhuatiri akan melemparkan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini terperosok jauh ke belakang, kembali kepada zaman sebelum 1988.

Dalam kelantangan masyarakat bukan Islam mendesak supaya Artikel 121 (1A) ini dipinda, mereka hendaknya janganlah sama sekali terlupa - atau sengaja melupakan - sejarah perundangan negara ini terutamanya sebab-musabab pindaan itu diperkenalkan 17 tahun yang lalu.

Orang Islam mempertahankan Artikel 121 (1A) itu atas keinsafan daripada konflik apabila mahkamah sivil mempertikaikan keputusan mahkamah syariah, misalnya mengenai isu wakaf dalam kes Commissioner for Religious Affairs, Terengganu v. Tengku Mariam [1969] 1 MLJ 110.

Ini diburukkan lagi dengan keputusan mahkamah sivil tidak mengguna pakai undang-undang Islam dalam kes melibatkan kepentingan orang Islam, sebaliknya melaksanakan undang-undang yang malah bertentangan dengan Islam.

Kes Ainan v. Syed Abubakar [1939] MLJ 209 adalah contoh yang klasik. Dalam kes itu mahkamah memutuskan seorang bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita Islam empat bulan selepas perkahwinannya dengan seorang lelaki Islam sebagai anak sah taraf kepada lelaki itu.

Ada banyak lagi kes lain yang menyeksa batin orang Islam, termasuklah dalam soal harta sepencarian yang dirujuk sebagai adat Melayu dan bukannya undang-undang Islam serta harta wakaf yang ditentukan kesahihannya bukan mengikut undang-undang Islam tetapi undang-undang sivil.

Kekeruhan yang berpunca daripada penerapan undang-undang Inggeris yang datang bersama penjajahan itu kemudiannya dijernihkan melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memperkenalkan Artikel 121 (1A).

Dalam hal ini, wajar disebut bahawa Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim - cendekiawan undang-undang yang sangat disegani itu - hampir seorang diri mengusahakan perubahan besar tersebut.

Itulah yang dikerjakannya secara konsisten sehingga akhir hayatnya, kesan daripada penglibatannya secara langsung cuba menyelamatkan Natrah di Singapura pada tahun 1960-an dulu.


Namun apa yang ternampak daripada kes Moorthy ialah masalah bidang kuasa itu - dari satu sisi - masih belum selesai.

Sungguhpun sesuatu perkara itu terletak dalam bidang kuasa mahkamah syariah tetapi kekeliruan timbul apabila salah seorang daripada pihak yang bertelagah ialah orang bukan Islam. Kekeliruan mungkin juga timbul apabila perkara yang berbangkit itu boleh dibicarakan di kedua-dua mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Tetapi kalau dihalusi betul-betul masalah yang dihadapkan kepada kita sekarang bukanlah soal bidang kuasa semata-mata tetapi hak kepada orang bukan Islam untuk diwakili dan didengar suaranya oleh mahkamah syariah.

Adalah dihujahkan bahawa meminda Artikel 121 (1A) bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian yang ada dalam hal ini.

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu dalam keadaannya sekarang tidak menghalang mahkamah sivil daripada memutuskan perkara yang menyentuh hukum syarak misalnya yang ditegaskan dalam kes G. Rethinasamy v. Majlis Agama Islam, Pulau Pinang [1993] 2 MLJ 166.

Malah dari satu segi, kes-kes melibatkan perbankan Islam dan takaful yang terang-terang melibatkan hukum Islam juga sekarang dikendalikan oleh mahkamah sivil.

Secara ringkasnya elok kalau dijelaskan bahawa selagi sesuatu perkara itu tidak ada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah - tidak termasuk dalam Senarai 2, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada dalam mana-mana enakmen negeri - bidang kuasanya jatuh kepada Mahkamah Sivil.

Jadi apakah jalan penyelesaian yang ada untuk menarik rambut dari dalam tepung - rambut biar jangan putus dan tepung jangan berselerak?

Inilah masanya untuk kita memberikan perhatian dengan lebih serius kepada saranan-saranan yang dinyatakan dalam kes-kes sivil seperti Lim Chan Seng [1996] 3 CLJ 231 dan Abdul Shaik Md. Ibrahim [1999] 5 MLJ 618 serta kes syariah Jumaaton dan Raja Delila.

Dalam dua kes sivil itu, Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad membuat dua cadangan. Pertama, kes-kes seperti itu didengar oleh hakim mahkamah sivil yang bersidang bersama seorang hakim mahkamah syariah. Kedua, dan cadangan ini lebih drastik, mencantumkan kedua-dua mahkamah sivil dan mahkamah syariah di semua peringkat.

Dalam melaksanakan cadangan yang kedua ini, hakim-hakim hendaklah dilantik dari kalangan mereka yang fasih dan mahir dalam kedua-dua bidang, undang-undang sivil dan syariah.

Cadangan ini malah pernah lama dahulu sebelum ia dibangkitkan oleh Hakim Abdul Hamid dilontarkan oleh Allahyarham Ahmad Ibrahim. Hal yang sama juga pernah diulas oleh Allahyarham Tan Sri Harun Hashim. Tetapi malangnya, semasa hayat mereka ada, buah bernas daripada pemikiran geliga dua tokoh undang-undang itu seperti tidak ada makna apa-apa.

Mahu tidak mahu, inilah masa yang terbaik untuk kita mencari penyelesaian mutlak kepada masalah-masalah yang sejak sekian lama membelenggu dunia perundangan.

Kita harus akur bahawa inilah masanya kita menjelaskan kekeliruan yang menjadi konflik kepada masyarakat bukan Islam, seperti yang dihujahkan oleh pihak-pihak yang menyokong pindaan kepada Artikel 121 (1A).

Tetapi kita jangan sama sekali terlupa bahawa inilah juga masanya untuk kita melengkapkan pindaan-pindaan yang sepatutnya dilakukan seiring dengan pindaan yang memperkenalkan Artikel 121 (1A).

Kita harus juga melihat kepada peruntukan undang-undang yang tidak adil kepada orang Islam - seksyen 112 Akta Keterangan, seksyen 51 Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian), seksyen 4 Courts of Judicature Act 1964 dan beberapa akta lain.

Kita jangan terlepas peluang ini. Kalau tidak sekarang, bila lagi?

Barangkali inilah yang dikatakan oleh pengarang besar Perancis, Victor Hugo bahawa apabila masanya tiba tiada siapa pun dapat menghalang gelombang sebuah idea.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2006 02:29 PM | Show all posts
emmm....yang pastinya....

aku menggunakan buku hasil karya beliau masa study dulu...

Malaysia Legal System (kalu tak silap)


[ Last edited by ena80 at 12-3-2006 02:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2006 06:22 PM | Show all posts
org kebanyakan maybe tak kenal sape ahmad ibrahim ni...
tp kalo tanye semua yg ada law education, semua kenal ahmad ibrahim...
dr setinggi2 pangkat, sampaila serendah2, hakim sivil, hakim syarie, semua kenal dia...
agak ralat sbb tak penah sempat berjumpe dia...

atas jasa2nye jugak, fakulti undang2 universiti malaya menamakan perpustakaan fakulti tu bersempena nama beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2006 12:31 PM | Show all posts


aku bangga beliau pnah serve ntuk kita suma kat uia nieh ... huu huu good job iscol ~
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2006 11:08 PM | Show all posts
aku sbgi graduan dr ahmad ibrahim kuliah undang2 turut gembira..sekian,terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 10:31 AM | Show all posts
aku turut tumpang gembira...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2006 08:49 PM | Show all posts
MEMORIAL NOTICE: PROFESSOR TAN SRI DATUK AHMAD MOHAMED IBRAHIM (1916-1999)
(diekstrak dari [1999] 3 MLJ i)

AUTHOR: Tan Sri Harun Hashim (former Supreme Court Judge, Malaysia)


The signs of the intellectual academic were there early in his life. Ahmad Mohamad Ibrahim was born in Singapore on 15 May 1916. At the age of 13, he passed the Junior Cambridge examination and at 14, he obtained honours in the Senior Cambridge examination. Too young to start college, he spent the next two years at Raffles Institution taking courses and at 16, he entered Raffles College where he obtained the London Bachelor of Arts degree at 19.

At 20, he won the coveted Queen's Scholar award and attended St John's College, Cambridge. He was admitted to the Middle Temple in London and won many awards and graduated with first class honours.

In time, he was Singapore's first Advocate General and subsequently Attorney General from 1963 to 1967. He then went on as Singapore's Ambassador to Egypt.

After 22 years in Singapore's public service he joined the University of Malaya as a law professor in the Faculty of Economics and Administration and became the first dean of the Law Faculty of that University in 1972. the International Islamic University Malaysia ('IIUM') was established in 1983 and Prof Ahmad Ibrahim became the first dean of the Law Faculty.

By then Prof Ahmad Ibrahim had established a reputation for scholarship and deep knowledge of both common law and Islamic law. He wrote numerous articles and books on law, which are now reference materials to students and academics. For years, he edited the judgments of the courts for law journals.

I first became personally acquainted with Prof Ahmad Ibrahim when he became the dean of the Law Faculty of the University of Malaya. I was then a judge of the High Court. Prof Ahmad had from the very beginning of the Law Faculty sought to establish close links with the Bar and the judiciary. I had then suggested to him that he should establish the tradition of law dinners at the faculty on the lines of the dinners we had at the Inns of Court in London. He agreed but at the first function I was invited to, only tea was served!

When I retired from the Bench in 1994 he invited me to join the Law Faculty of the International Islamic University Malaysia as a full time Professor. He was a tireless worker, always teaching, writing, and attending several meetings of the many committees he was appointed to both within the campus and in outside organizations. He was a master at time management and did not think much of people who say they are busy or have no time to take on extra work.

At meetings, he was always the first to arrive and expected others to be punctual. When chairing a meeting, he would come straight to the point and discussed the business of the meeting only. He did not indulge in idle chatter. The meetings were thus brief. But when a superior chaired a meeting which went on for hours on end, he endured in silence and humility.

His concern for upgrading the Shariah Courts found practical expression when he established the Diploma for the Administration of the Islamic Judiciary course at IIUM for Qadis, Shariah Court judges and Religious Department officials, which were well attended for many years. He also established at IIUM the Diploma in Shariah Law and Practice which has become increasingly popular with practising Advocates and Solicitors.

He also started the Jurnal Hukum which regularly publishes the judgments of the Shariah Courts. Shariah Court judges have now acquired the practice of referring for authority to these reports in writing their judgments.

Through him, I was appointed to the Panel of the Shariah Court of Appeal of the Federal Territory. He chaired the Shariah and Civil Law Technical Committee of the Prime Minister's Department and made me a member. The work of the Committee is to codify and standardize Islamic Laws applicable in all States of Malaysia. It is now obvious that through these appointments he wanted the work to carry on after he had passed on.

On Friday 16 April 1999 he was still at work at the Faculty, at 5.00pm, when he wrote, "At last I have completed writing my book" and handed the manuscript he had been working on for some time to his secretary.

In the early hours of April 17 he breathed his last. He worked tirelessly all his life. He had never been hospitalized. At the age of 83 he always enjoyed his meals and astonished much younger people for being able to eat anything.

His example of scholarly leadership and research will always be a beacon for those who come after him. In spite of the public's admiration and respect for his brilliance and leadership he was a shy and humble person. Truly, he was Allah's chosen servant.



*Tan Sri Harun Hashim dah meninggal dunia 3 tahun lepas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2007 06:22 PM | Show all posts

utusan malaysia 26 januari 2007

Hargai kehebatan ilmuwan
Oleh: WAN AZHAR WAN AHMAD


AHMAD Ibrahim menerima Anugerah Profesor Emeritus pada Ogos 1984.
--------------------------------------------------------------------------------


HARI ini berlangsung majlis pelancaran rasmi Projek Akademik Mega 慉hmad Ibrahim: Sebuah Biografi & Telaah Pemikiran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2007 06:26 PM | Show all posts

utusan malaysia 19 januari 2007

Menilai sumbangan tokoh
Oleh: NORAINI ABDUL RAZAK (WARTAWAN UTUSAN)


ESOK 1 Muharam 1428 genap lapan tahun (mengikut kalendar Islam) Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim kembali ke rahmatullah. Di kalangan warga perundangan, nama Allahyarham memang tidak asing lagi.

Ahmad Ibrahim terkenal kerana kesungguhannya mengangkat martabat undang-undang syariah terutama yang menyentuh undang-undang keluarga Islam di negara ini.

Saya sendiri berpeluang menjadi salah seorang daripada ribuan pelajar Allahyarham. Menimba ilmu secara terus daripada Allahyarham sememangnya satu peluang yang amat tinggi nilainya bagi saya.

Seperti yang ditegaskan oleh pengamal undang-undang Prof. Salleh Buang, Allahyarham menjadi 'pakar rujuk' yang amat senang sekali dihubungi, kerana Allahyarham sentiasa bersedia membantu dan memberi buah fikirannya. Allahyarham juga diberi gelaran walking encyclopedia of Malaysian law (ensiklopedia bergerak undang-undang Malaysia).

Manakan tidak ilmu perundangan yang dimiliki oleh Allahyarham tidak pernah ada batasnya. Saya masih ingat betapa kemarahan Allahyarham terhadap pelajar-pelajarnya yang enggan menghabiskan masa di perpustakaan sebaliknya gemar membuat salinan bahan rujukan.

Allahyarham pernah berkata, perkara pertama yang beliau ingin lakukan ialah membuang mesin-mesin fotostat di perpustakaan kerana ia mengikis sifat cinta perpustakaan di kalangan pelajar.

Hakikatnya, kegigihan dan ilmu yang dimiliki oleh Allahyarham begitu dikagumi. Menyedari ketokohan yang dimiliki oleh Allahyarham, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengorak langkah menganjurkan Projek Akademik Mega Ahmad Ibrahim: Sebuah Biografi dan Telaah Pemikiran pada 30 Jun depan.

Tentunya pemilihan Allahyarham untuk menjadi perintis Projek Akademik Mega ini bersandarkan kepada ketokohan beliau yang sehingga kini sukar dicari pengganti.

Pengerusi IKIM, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid ketika ditanya mengenai pemilihan Ahmad Ibrahim sebagai tokoh dalam Projek Akademi Mega pertama anjuran institut itu berkata:

"Kehebatan pemikiran Allahyarham terutama sebagai tokoh perundangan yang amat membanggakan masyarakat mendorong pemilihan Allahyarham untuk projek ini."

Katanya, selain Malaysia Allahyarham turut dikenali di rantau Asia Tenggara dan dunia Islam. Pemikiran ilmiahnya yang segar dan pemikiran undangundang mencerminkan sahsiahnya yang harus dikaji, diteliti dan dihayati.

"Jika kita abaikannya, kita rasa ia satu kerugian," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut Ahmad Sarji, projek tersebut adalah sebuah daya usaha ilmiah yang melampaui sempadan geografi, bangsa, agama dan politik. Ia bertujuan menghormati Allahyarham sebagai seorang tokoh perundangan yang disegani dan berjasa kepada Malaysia khasnya dan rantau Asia Tenggara serta dunia amnya.

Bekas Ketua Setiausaha Negara itu menyingkap pengalamannya berkenalan dengan Allahyarham pada tahun 1970 semasa Ahmad Ibrahim berkhidmat di Universiti Malaya bersama bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman.

Katanya, ketika itu beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dan bertanggungjawab menyediakan biasiswa untuk pelajar Malaysia di luar negara.

"Allahyarham bersama Hamid berjumpa saya dan meminta biasiswa untuk menaja pelajar jurusan undang-undang syariah ke luar negara di bawah Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAP)," katanya.

Ditanya pandangan beliau terhadap Allahyarham, Ahmad Sarji yang menjangkau usia 70 tahun mengakui bahawa Ahmad Ibrahim walaupun mempunyai reputasi yang hebat tetapi amat sederhana dan sentiasa merendah diri.

Sumbangan Allahyarham terhadap IKIM bermula apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad meminta ditubuhkan IKIM pada tahun 1992. Allahyarham Ahmad Ibrahim dan Datuk Ahmad Nordin Mohd. Zin (bekas Ketua Pengarah Kementerian Penerangan) menjadi pengasas IKIM.

Dalam pada itu, Allahyarham turut dilantik sebagai ahli lembaga pengarah IKIM dan beliau tidak pernah putus menghadiri mesyuarat lembaga pengarah, menyediakan program kerja IKIM, memberi pendapat mengenai hal ehwal Islam terutama yang bersangkutan dengan undang-undang syariah.

Katanya, Allahyarham juga sentiasa mengambil bahagian dalam seminar anjuran IKIM sebagai pembentang kertas kerja.

"Allahyarham tak kisah tak jadi moderator atau pengerusi seminar asal saja dia dapat membentangkan kertas kerja dan menyampaikan pendapat. Oleh kerana meritnya yang tinggi pendapat-pendapat beliau amat dihormati," katanya.

Allahyarham Ahmad Ibrahim meletakkan satu perjuangan yang konsisten dalam kehidupan Islam itu sendiri. Gagasan perundangan dan wawasan perjuangannya bersifat analitikal dan ilmiah.

Pemikiran undang-undang yang diterjemahkan Allahyarham amat berguna sampai bila-bila dan memberi satu tanda aras terbaik untuk rujukan generasi sekarang dan akan datang di negara ini.

"Kita berasakan pemilihannya untuk projek ini juga sesuai dengan statusnya sebagai pemikir yang bergelar Profesor Emeritus dalam perundangan Islam dan pengalamannya dalam bidang perundangan ketika berkhidmat di Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Jabatan Peguam Negara," katanya.

Ketokohan Ahmad Ibrahim terbukti apabila Allahyarham diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Anugerah Allama Muhammad Iqbal pada 1979, profesor undang-undang di UIAM, Profesor Emeritus UM, tokoh Maal Hijrah 1988 dan Kursi Tun Abdul Razak 1992.

Banyak juga bukunya yang dihasilkan mengenai artikel yang menggambarkan pemikirannya seperti Malaysia Legal Essay oleh MB Hooker dan Makalah Undang-Undang Menghormati Ahmad Ibrahim yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1998.

Beliau telah menghasilkan dua buah buku iaitu Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia (1997) dan The Administration of Islamic Law in Malaysia (2000).

Menyorot sumbangan Allahyarham, Ahmad Sarji menarik perhatian mengenai keupayaan Ahmad Ibrahim menzahirkan pandangan dari pelbagai jurusan sehingga menjadikannya lebih menyerlah jika dibandingkan dengan pakar perundangan yang lain.

"Beliau mempunyai sikap rasmi padi begitu berisi begitu dia tunduk, dan dia ada ilmu daripada jurusan apa pun.

"Sekiranya ada isu yang kita nak beliau huraikan, Allahyarham akan buat penyelidikan sebelum menyampaikan pendapat," katanya.

Ahmad Sarji dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada hari Ahmad Ibrahim kembali ke rahmatullah iaitu pada 18 April 1999.

Beliau turut ditanya mengenai sumbangan badan-badan korporat terutama yang mempunyai hubungkait dengan dengan Allahyarham untuk menjayakan Projek Akademik Mega itu.

Katanya, setiap badan korporat seperti Bank Islam yang draf penubuhannya disediakan oleh Allahyarham sepatutnya menghargai sumbangan tokoh hebat itu.

"Tokoh yang mengasaskan sesuatu pertubuhan itu wajar diberi pengiktirafan tapi dalam apa bentuk terpulanglah. Pada prinsipnya siapa saja yang mengasaskan sesuatu organisasi mesti dihargai.

"Misalnya Tun Ismail Ali yang mengasaskan Permodalan Nasional Berhad (PNB), jadi PNB wujudkan Yayasan Tun Ismail untuk hargai sumbangan beliau," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.082410 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list