CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MACD

Calon angkasawan yang paling layak utk Malaysia

[Copy link]
Post time 2-4-2006 12:05 PM | Show all posts
Originally posted by MACD at 4/1/06 06:54 AM
Agree with you on that. And I do believe that a doctor has the capacity to conduct scientific experiments on space.


yeah, i'd say the doctor may be more reliable than an image consultant. he must have been trained to do some scientific experiments too.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2006 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by zenslack at 4/1/06 06:53 PM
so does an engineer (hehehehe engineering itself is too generic) ...


yup, the engineer can be an Industral System Engineer, which is like the business of engineering (or engineering of business), which may not be the best candidate for such mission.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2006 07:37 AM | Show all posts
paling hampeh kalau dapat SYSTEM Engineer yang tugas harian cuma maintain system (tak develop pun, tapi since duduk company dapat title Engineer) hehehehe, bertimbun dah aku jumpa camni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2006 10:42 AM | Show all posts

Angkasawan pertama negara mampu ubah minda generasi muda

PUTRAJAYA 7 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pengalaman yang bakal diperoleh angkasawan pertama negara yang dijadualkan berlepas pada Oktober 2007 adalah unik dan membanggakan negara.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana tidak ramai di kalangan 6,300 juta manusia di atas bumi ini berpeluang berada dan meneroka keajaiban angkasa lepas.

Beliau berkata, ia juga mampu mengubah karektor dan minda generasi mu-da negara pada masa depan dalam menghadapi apa juga cabaran kehidupan.

``Bila dia pulang ke bumi, kita akan dapat pelajari banyak perkara daripadanya kerana dia akan menjalani banyak kerja-kerja penyelidikan saintifik sepanjang berada di angkasa lepas.

``Tetapi apa yang lebih penting, kita akan meminta dia menceritakan pengalamannya itu kepada generasi muda supaya mereka bersemangat, memahami apa bentuk cabaran dan bagaimana untuk tanganinya,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan setengah jam dengan empat calon akhir angkasawan negara iaitu Kapten Dr. Faiz Khaleed, 26, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34, Mohammed Faiz Kamaluddin, 34 dan S. Vanajah, 35, di Yayasan Kepimpinan Perdana (Yayasan Perdana), di sini hari ini.

Empat calon angkasawan negara itu akan berlepas ke Rusia sama ada akhir bulan ini atau awal Mei bagi menjalani latihan intensif dua minggu.

Bagaimanapun hanya seorang calon akan dipilih untuk berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang terletak 402.34 kilometer dari permukaan bumi untuk tempoh enam hingga lapan hari.

Dr. Mahathir memberitahu, walaupun Program Angkasawan Negara itu hanya memerlukan seorang sahaja tetapi ia sebenarnya memberi gambaran bahawa ramai rakyat negara ini yang sanggup menghadapi cabaran sedemikian.

Malah, beliau menambah, selain baik untuk imej negara, ia juga bertepatan dengan slogan `Malaysia Boleh'.

``Bila program itu diumumkan, kerajaan telah menerima kira-kira 10,000 permohonan untuk menjadi angkasawan negara walaupun kita hanya mahu seorang sahaja.

``Ia baik bagi rakyat negara ini kerana kita boleh buat apa yang orang lain telah buat atau lakukan,'' katanya.

Sementara itu, empat calon akhir angkasawan yang ditemui menganggap pertemuan mereka dengan bekas Perdana Menteri itu memberikan semangat untuk memastikan salah seorang daripada mereka akan berjaya menjejak kaki ke angkasa lepas.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Dr Mahathir pun bersetuju yang angkasawan pertama ni perlu menjadi role model kepada generasi muda.:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2006 11:29 AM | Show all posts
tapi kalau nanti balik dapat title datukdatintansri tu semua confirm spoil
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2006 11:50 AM | Show all posts
betul tu..
sebagai role model...
sebagai teladan..
sebagai contoh dan ikutan..

Kalau kita ingat dulu (mungkin sekarang pun), masa sekolah rendah, ramai yang bercita-cita sebagai angkasawan. Tetapi bila meningkat usia, dah masuk secondary school, dah takde yang nak jadi angkasawan. Sebab mereka tahu, cita-cita sebagai angkasawan tu seakan-akan mustahil dicapai.
Sekarang bila kita dah ada angkasawan pertama, ramai kanak-kanak akan kekalkan cita-cita sebagai angkasawan hingga mereka dewasa. Sebab itu dah tak mustahil dan kita mampu lakukannya..
Itu harapan kita...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2006 12:15 PM | Show all posts
voted for vote S. Vanajah, Engineer (Female)
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2006 10:17 PM | Show all posts

Reply #43 zenslack's post

Nko ingat maintain system tu tak pening kepalo ko lagi perlukan geniuis person nak fikir develop system etc...tak oercaya ko tanya dorang sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2006 08:59 AM | Show all posts

Update terkini 26/4/2006

4 calon angkasawan ke Rusia esok

SUBANG 25 April - Empat calon angkasawan negara akan berlepas ke Moscow, Rusia, Khamis ini bagi menjalani ujian peringkat akhir sebelum pemilihan angkasawan pertama negara.

Kesemua calon angkasawan berkenaan akan mengikuti ujian yang dikendalikan oleh Agensi Angkasa Rusia (RSA) itu selama dua minggu.

Ketua Perkhidmatan Persekutuan bagi Ketenteraan dan Teknikal (Luar Negara), Mikhail A. Dmitriev berkata, selepas tamat latihan, dua daripada calon angkasawan itu akan mengikuti latihan selama 14 hingga 18 bulan sebelum dibawa menyertai ekspedisi ke angkasa lepas.

``Keempat-empat calon tersebut akan berlepas ke Moscow pada 27 April ini untuk menjalani ujian seperti yang ditetapkan RSA.

``Daripada empat calon itu, dua orang akan dilatih untuk menjadi angkasawan,'' katanya pada sidang akhbar di tapak pameran Rosoboronexport di Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2006, di sini hari ini.

Empat calon angkasawan itu adalah pakar bedah pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Dr. Faiz Khaleed, 26; pegawai perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34; jurutera, S. Vanajah, 35, dan juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Mohammed Faiz Kamaluddin, 34.

Mereka dipilih daripada lebih 1,000 calon yang menyertai proses pencarian angkasawan negara pertama yang bermula sejak pertengahan tahun lalu.

Program angkasawan tempatan itu adalah sebahagian daripada program off-set pembelian 18 jet pejuang jenis Sukhoi SU-30MKM dari Rusia.

Sebagai timbal balas pembelian itu, kerajaan Rusia menawarkan tempat untuk seorang angkasawan Malaysia menyertai ekspedisi angkasawan Rusia ke stesen angkasa antarabangsa (ISS).

Daripada empat calon itu, hanya dua akan dipilih menjalani latihan selama 18 bulan di Star City Moscow dan hanya seorang calon akan mengikuti ekspedisi ke ISS.

Pengumuman calon angkasawan semakin hampir. Kalau kita tgk vote di forum Cari ini, ramai yg sokong S. Vanajah. Tapi persoalan siapa yang akan menjadi angkasawan Malaysia yg pertama hanya akan terjawab selepas ujian di Rusia ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2006 05:02 PM | Show all posts
Muslim Nations Urged on Space Exploration

By SEAN YOONG, Associated Press Writer
Tue Apr 25, 6:35 PM ET

KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's ambition to send an astronaut to space next year should inspire other Muslim countries to embark on space exploration, an Islamic professor said Tuesday.

ADVERTISEMENT
  
However, Muslims who travel to space must tackle religious challenges such as performing prayers at zero gravity and ensuring their meals fulfill Islamic dietary conditions, said Saiyad Nizamuddin Ahmad, a United Arab Emirates-based university professor in Islamic studies.

"We are all very hopeful that the efforts by the Malaysian government will inspire other Muslim countries to inaugurate space initiatives," Ahmad said on the sidelines of a conference in Kuala Lumpur to discuss Islamic perspectives on space expeditions.

The only Muslim who has flown into orbit so far is Saudi Arabia's Prince Sultan bin Salman, who went aboard the U.S. shuttle Discovery in 1985, Ahmad said.

A Malaysian might be the next Muslim in space, as the government plans to send a citizen on a Russian-led scientific mission to the international space station in October 2007. Three of the four finalists in the country's astronaut program are Muslims, while one is a Hindu.

It is unclear whether the Saudi prince encountered any problems in determining the direction of the Saudi holy city of Mecca
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2006 08:51 PM | Show all posts
23/5 ni tau la sapa dua orang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2006 08:52 PM | Show all posts
I also votes Vanajah, tp kalo muslim candidate of course la Dr Sheikh sebab dia truly determined. Good Luck to all of you Malaysian Astronauts
  
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2006 12:21 AM | Show all posts
female woman .. sbb dier satu2 nyer yg masuk top 5
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2006 07:19 PM | Show all posts

Utusan Malaysia 27/4/2006

4 calon angkasawan berlepas ke Rusia
[size=-1]KUALA LUMPUR 26 April - Empat calon angkasawan negara akan berlepas ke Rusia malam esok, untuk menjalani satu lagi ujian sebelum menentukan dua calon terakhir yang akan bersaing untuk bergelar angkasawan Malaysia pertama.

Kesemua calon terbabit akan mengikuti latihan selama dua hingga empat minggu di Pusat Angkasa Rusia sebelum dua daripada mereka dipilih mengikuti latihan selama 18 bulan di Star City Moscow.

Hanya seorang calon akan mengikuti ekspedisi ke stesen angkasa antarabangsa (ISS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis dijadual menghantar mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9 malam esok.

Calon angkasawan terbabit ialah pakar bedah pergigian Angkatan Tentera Malaysia, Dr. Faiz Khaleed, 26, pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34, jurutera S. Vanajah, 35 dan juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Mohammed Faiz Kamaluddin, 34.

``Mereka akan kembali ke Malaysia selepas menjalani latihan sebelum pihak Rusia memilih dua calon terakhir,'' kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan pameran fotografi bersempena ulang tahun ke-45 Eksplorasi Angkasa Lepas Russia di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (Angkasa) Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman, Duta Rusia ke Malaysia, Alexander Karchava dan empat calon angkasawan berkenaan.

Angkasawan pertama Malaysia akan dilancarkan dalam Kapal Angkasa Sayuz Russia pada Oktober 2007 dan menjalankan aktiviti yang akan memanfaatkan sains, teknologi dan industri Malaysia di ISS.

Majlis itu turut menemukan seorang bekas angkasawan Sepanyol, Pedro Duque yang mempunyai pengalaman dua kali ke angkasa lepas dengan empat calon angkasawan negara.

Calon angkasawan wanita tunggal negara, S. Vanajah ketika ditemui berkata, beliau sangat teruja untuk menyertai program tersebut yang diumumkan pada Ogos 2003.

``Ini adalah peluang sekali untuk seumur hidup dan kami berasa bangga untuk mewakili Malaysia bagi program ini,'' katanya.

Bagi Dr. Faiz Khaleed pula, dia berasa bangga dan gembira kerana calon-calon yang tersingkir melalui program ini masih memberikan sokongan moral kepada mereka dan harap dapat melakukan yang terbaik.

``Keempat-empat kami kini menjadi sabahat karib dan setiap orang teruja dan bersyukur sudah melangkah ke tahap sekarang,'' kata Mohammed Faiz.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2006 07:20 PM | Show all posts

Utusan Malaysia 27/4/2006

Angkasawan solat 80 waktu sehari semalam?
Oleh NORLIZAH ABAS

BANGI 26 April - Angkasawan negara yang melakukan misi penerokaan ke angkasa lepas akan bersolat 80 waktu sehari semalam jika tiada fatwa khusus dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai garis panduan mengerjakan solat.

Ia perlu selepas mengambil kira angkasawan akan melakukan 16 putaran mengelilingi orbit setiap hari yang mengambil masa 90 minit bagi setiap pusingan berbanding 24 jam di bumi.

Ini bermakna, angkasawan wajib bersolat lima waktu selepas melengkapkan setiap pusingan.

Sehubungan itu, Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa yang berakhir hari ini mengeluarkan resolusi untuk menjadi garis panduan kehidupan angkasawan Islam ketika meneroka angkasa lepas.

Pengerusi seminar itu, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, resolusi itu antara lain mencadangkan supaya kaedah `rukhsah' iaitu meringankan solat dalam keadaan terdesak atau darurat dibolehkan kepada angkasawan bagi memudahkan mereka menjalani ibadat wajib.

``Jika tiada fatwa khusus dikeluarkan, angkasawan akan bersolat sahaja dan tidak mempunyai masa untuk menjalankan penyelidikan.

``Mereka wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam sedangkan setiap pusingan mengelilingi orbit hanya mengambil masa 90 minit berbanding 24 jam di bumi,'' katanya kepada pemberita di Hotel Equatorial di sini hari ini.

Resolusi itu diserahkan kepada Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman hari ini.

Ia akan diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal dan Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum diserahkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk dimuktamadkan.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua, Persatuan Falak Syarie Malaysia berkata, seminar dua hari itu turut menyentuh aspek pemakanan, ketentuan kiblat dan bersuci dengan cara bertayamum bagi mengelakkan timbul permasalahan yang akan mengganggu kelancaran penyelidikan di angkasa.

Sementara itu, Mazlan ketika ditemui menyatakan, beliau menyerahkan kepada permuafakatan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menentukan garis panduan yang harus dipatuhi oleh angkasawan negara yang akan terpilih kelak.

Keempat-empat calon itu akan berlepas ke Rusia esok bagi menjalani ujian perubatan bagi menentukan siapa layak berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada Oktober 2007.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2006 12:45 AM | Show all posts

Berita Harian 27/4/2006

Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa: Angkasawan solat ikut waktu bumi
Oleh Sazarina Shahrim

Kaedah rukhsah, darurat boleh dipraktikkan dan tak perlu sembahyang 80 waktu di angkasa

BANGI: Angkasawan Islam dicadangkan supaya hanya menunaikan solat fardu lima kali dalam tempoh 24 jam mengikut perkiraan masa di bumi, ketika berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) di angkasa lepas.

Cadangan itu dibuat sebagai syor untuk mengatasi masalah angkasawan Islam yang mungkin terpaksa mengerjakan sehingga 80 waktu solat fardu dalam tempoh 24 jam kerana tempoh orbit ISS di angkasa lepas hanya 90 minit.

Mengikut perkiraan, ISS mampu mengelilingi bumi dalam tempoh hanya 90 minit, berbanding satu pusingan bumi yang memerlukan 24 jam dengan semua lima waktu solat fardu perlu dilaksanakan dalam tempoh itu.

Ini bermakna, setiap angkasawan Islam terpaksa melaksanakan sehingga 80 waktu solat fardu dalam tempoh 24 jam di bumi berikutan ISS mengelilingi bumi sebanyak 16 kali dalam tempoh berkenaan.

Naib Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, dalam keadaan berkenaan, pihaknya berpendapat adalah wajar supaya angkasawan Islam diberi kelonggaran berhubung tuntutan mengerjakan solat.

?elonggaran bersembahyang boleh dipraktikkan berdasarkan kepada kaedah rukhsah dan darurat yang memudahkan seorang Muslim untuk melaksanakan ibadah dalam keadaan bermusafir,? katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas antara resolusi yang dicapai dalam Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini, semalam.

Syed Kamarulzaman yang juga Pengerusi seminar itu berkata, resolusi berkenaan juga menyentuh beberapa aspek seperti arah kiblat, bersuci, cara hidup orang Islam termasuk makanan dan pemakaian ketika di angkasa lepas.

?slam adalah agama yang mudah dan relevan mengikut peredaran zaman. Semuanya sudah jelas, cuma yang diperlukan ialah sedikit kajian,? katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Dokumen resolusi itu bagaimanapun tidak diberikan kepada media berikutan belum mendapat pengesahan daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis



TETAP BERSAMA: Vanajah (kanan), Mohammed Faiz Kamaluddin,
Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Faiz Khaled tetap
memberi sokongan sesama mereka.

Yg kanan sekali tu laki ke perempuan? Hehe...Jgn marah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2006 12:47 AM | Show all posts

Berita Harian 27/4/2006

UKM cipta kalkulator tentukan arah kiblat

BANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya mencipta kalkulator yang boleh menentukan arah kiblat dan waktu solat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) di angkasa lepas.


Saintis kejuruteraan UKM, Prof Madya Dr Zainol Abidin Abdul Rashid berkata, kalkulator itu dicipta berpandukan konsep Bumi Terunjur dan Tiang Kiblat maya.

Katanya, konsep itu diasaskan kepada tafsiran Baitul Ma?ur yang dijelaskan dalam al-Quran iaitu sebagai rumah suci di langit tempat malaikat beribadat.

Beliau berkata, kalkulator itu juga dapat mengira kaedah pemetaan bagi mengurangkan 80 waktu solat kepada hanya lima dalam tempoh 24 jam di ISS mengikut kaedah yang ditetapkan.

?erlu diingat, Islam adalah agama ilmu dan tertib. Andaian membenarkan seseorang solat dalam mana-mana arah ketika darurat kurang wajar jika ada ilmu atau kaedah menentukan kiblat di tempat atau ruang berkenaan,? katanya

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Konsep Penentuan Waktu Solat dan Arah Di Angkasa di Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa di sini, semalam.

Sementara itu, Pensyarah dari Institut Agama Islam Kedah (Insaniah), Dr Abdullah Ibrahim berkata, debu tanah yang sesuai bagi tujuan bersuci atau tayammum perlu dibekalkan bagi menggantikan wuduk menggunakan air.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2006 12:37 PM | Show all posts

Utusan Malaysia 28/4/2006

Empat calon angkasawan berlepas ke Rusia

SEPANG 27 April - Empat calon angkasawan berlepas ke Rusia menaiki pesawat MH20 pukul 11.30 malam ini dengan membawa harapan negara dan impian menjadi angkasawan pertama Malaysia.

Mereka ialah pakar bedah pergigian Angkatan Tentera Malaysia, Dr. Faiz Khaleed, 26, pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34, jurutera S. Vanajah, 35 dan juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Mohammed Faiz Kamaluddin, 34.

Hadir untuk menghantar mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis dan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman.

Jamaluddin memberitahu keempat-empat calon tersebut akan melalui satu lagi proses pemilihan terakhir yang lebih rumit dari segi penentuan kriteria fizikal, fisiologi dan psikologi.

``Di peringkat itu, sebahagian besar inputnya bergantung kepada kepakaran pihak Rusia.

``Sama-samalah kita tunggu keputusannya nanti yang dijangka diketahui selewat-lewatnya Jun,'' katanya kepada pemberita.

Kesemua calon akan mengikuti latihan selama dua hingga empat minggu di Pusat Angkasa Rusia sebelum dua daripada mereka dipilih mengikuti latihan selama 18 bulan di Star City Moscow.

Hanya seorang calon akan mengikuti ekspedisi ke stesen angkasa antarabangsa (ISS).




Calon angkasawan negara (dari kanan) Dr. Faiz Khaleed, Dr. Sheikh Muzaphar Shukor, S. Vanajah dan Kapten Mohammed Faiz Kamaluddin bergambar bersama Jamaluddin Jarjis sebelum berlepas ke Rusia bagi mengikuti pemilihan terakhir sebagai angkasawan negara di KLIA semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2006 12:42 PM | Show all posts

New Strait Times 28/4/2006

Astronaut hopefuls off to Russia
28 Apr 2006
By Deborah Loh
--------------------------------------------------------------------------------
SEPANG: The four astronaut hopefuls took another step closer to space last night with their departure for Moscow, where they will undergo the semi-final selection round to determine who will become the first Malaysian astronaut.

Friends and family members of Malaysia Airlines pilot Mohammed Faiz Kamaluddin, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, dentist Dr Faiz Khaleed and engineer S. Vanajah gathered at the Kuala Lumpur International Airport last night to see their personal heroes off.

Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis was present to send them off.

"They all have an equal chance. They are the best of the best, and it will be difficult to determine who will go (to space) in the end," Jamaluddin said.



Also present was National Space Agency director-general Datuk Dr Mazlan Othman.

The four will be in Moscow for at least two weeks where they will undergo stringent physical, medical and psychological tests.

The two finalists from this round will be sent for another 18 months
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2006 12:44 PM | Show all posts

Utusan Malaysia 28/4/2006

Lebih bermakna daripada menjadi angkasawan
Oleh Zin Mahmud (WARTAWAN UTUSAN)


Antara perkataan-perkataan indah dalam bahasa Malaysia ialah 慳ngkasawan'. Cuba bandingkan dengan istilah bahasa Inggeris, iaitu astronaut. Perkataan angkasawan, sekurang-kurangnya bagi telinga orang Melayu adalah lebih indah.

Astronaut dicipta daripada perkataan astro, dalam bahasa Yunani yang bermaksud bintang. Perkataan ini dicipta oleh Amerika Syarikat (AS) ketika mereka mula melancarkan angkasawan mereka.

Tetapi penutur bahasa Inggeris bukanlah orang pertama yang pergi ke angkasa. Angkasawan pertama dunia ialah dari kalangan penutur bahasa Rusia, iaitu Yuri Gagarin.

Rusia adalah negara yang melancarkan kapal angkasa pertama, iaitu Sputnik. Ia juga melancarkan haiwan pertama, iaitu anjing bernama Laika. Ia juga melancarkan angkasawan wanita pertama iaitu Valentino Tereshkova. Semua kapal angkasa ini berjaya dilancar pada zaman Rusia diperintah komunis.

Bagaimanapun dalam bahasa Melayu, angkasawan wanita tidak pula disebut sebagai angkasawati. Mereka tetap dipanggil angkasawan. Seperti mana wartawan wanita tidaklah dipanggil wartawati.

Ketika Gagarin dilancarkan ke angkasa, bukan saja orang Rusia tidak memanggilnya astronaut, tetapi dunia bahasa Inggeris juga turut menggunakan istilah bahasa Rusia iaitu cosmonout. Perkataan ini lahir daripada istilah cosmo, daripada bahasa Yunani yang bererti semesta.

Persaingan antara AS dan Soviet dalam perlumbaan kapal angkasa adalah sengit, masing-masing berpegang pada istilah angkasawannya tersendiri walaupun dalam bahasa Inggeris. Maka apabila disebut astronaut, ia merujuk kepada angkasawan AS. Tetapi apabila merujuk kepada angkasawan Soviet, ia dipanggil cosmonaut.

Persaingan antara kedua kuasa angkasa ini hanya berakhir setelah Kesatuan Soviet tumbang. Dengan berakhirnya Perang Dingin, muncul pula kuasa baru yang asalnya komunis tetapi telah mengamalkan sistem ekonomi kapitalis, iaitu China. Mereka telah melancarkan angkasawannya sendiri. Mereka tidak mahu dipanggil astronaut atau cosmonaut, tetapi memilih untuk disebut sebagai taikonaut.

Kejayaan Gagarin dan Tereshkova dahulu sememangnya mengkagumkan dunia. Malah di kalangan masyarakat Melayu muncullah nama-nama seperti Yuri dan Valentino sebagai tanda penghargaan bapa mereka kepada kejayaan angkasawan komunis itu.

Paling bermakna terhadap kejayaan mereka ialah tersentaknya kesedaran di kalangan rakyat AS tentang kepentingan pendidikan sains. Sejak itu Washington di bawah kepimpinan Presiden John Kennedy melancarkan program besar-besaran untuk meningkatkan keupayaan saintifik mereka. langkah ini bertujuan untuk tidak dikalahkan oleh Kesatuan Soviet.

Menguasai

Jika mereka kalah, maka komunisme akan menguasai dunia. Pendidikan besar-besaran sains dan teknologi ini menrubah AS, dan dunia juga. Ia bukan saja merintis kepada kemenangan sisten demokrasi dan kapitalisme mengatasi kediktatoran komunisme. Tetapi tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa akibat tekanan ini, AS membawa dunia ke zaman komputer dan internet yang ada pada hari ini.

Kini warganegara Malaysia menumpang kapal angkasa Rusia untuk mendapat gelaran angkasawan.

Perkataan 憌an
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.471687 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list