Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
35191
View
142
Reply

Calon angkasawan yang paling layak utk Malaysia

[Copy link]

Author: MACD       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 23-5-2006 08:21 AM | Show all posts

Utusan Malaysia 23/5/2006

Ujian akhir angkasawan negara lancar
KUALA LUMPUR 22 Mei - Empat calon angkasawan negara berjaya menempuh ujian terakhir di Agensi Angkasa Rusia sejak hampir sebulan berada di Moscow, Rusia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, maklum balas yang diperoleh menunjukkan keempat-empat mereka melalui ujian itu dengan baik termasuk aspek penguasaan bahasa Rusia.

Malah beliau turut difahamkan bahawa calon tunggal wanita, S. Vanajah, 35, lebih fasih menguasai bahasa tersebut berbanding tiga calon lelaki lain.

Katanya, keempat-empat mereka yang berlepas pada 27 April lalu menghadapi proses pemilihan yang lebih rumit dari segi fizikal, fisiologi dan psikologi.

``Mereka akan kembali ke tanah air beberapa minggu lagi dan hasil ujian itu akan diteliti oleh Panel Pemilihan Program Angkasawan Negara yang dipengerusikan oleh Tun Mohammed Hanif Omar,'' kata beliau pada sidang akhbar selepaskan merasmikan Kongres Bendalir Mekanik Asia Kesebelas di sini hari ini.

Bendalir mekanik merupakan elemen penting bagi membangunkan bidang bioteknologi kerana ia melibatkan peringkat molekul biologi yang paling kecil yang membolehkan saintis-saintis menghasilkan penemuan atau produk baru.

Beliau mengulas perkembangan ujian peringkat akhir yang dilalui oleh mereka selama dua hingga empat minggu bagi menentukan dua calon terbaik yang akan bersaing untuk bergelar angkasawan Malaysia pertama.

Selain Vanajah (jurutera), mereka ialah pakar bedah pergigian Angkatan Tentera Malaysia, Dr. Faiz Khaleed, 26; pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34 dan juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Mohammed Faiz Kamaluddin, 34.

Dua yang terpilih akan mengikuti latihan selama 18 bulan di Star City Moscow manakala hanya seorang akan mengikuti ekspedisi ke stesen angkasa antarabangsa (ISS).





Wow. Surprise. Surprise. Vanajah is in the lead when it comes to Russian languange mastery.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2006 08:20 PM | Show all posts

Reply #82 MACD's post

So suprise...ada chance dia yang selected ..yuhuu x sabar nak tau
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-5-2006 08:42 AM | Show all posts

Utusan Malaysia 24/5/2006

Angkasawan negara ke angkasa lepas 2007
Oleh ZABRY MOHAMAD

KUALA LUMPUR 23 Mei - Angkasawan pertama negara akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada September tahun depan.

Keputusan itu dibuat hasil pemeteraian kontrak di antara kerajaan Malaysia dengan Rusia pada 19 Mei lalu.

Ia disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Subhan Jasmon dan Timbalan Ketua Pengarah Kerjasama Antara Negara Rusia (Rosoboronexport), Victor Komardin di Moscow, Rusia.

Ketua Wakil Rosoboronexport, Kolonel Victor Kladov menjelaskan, kandungan kontrak tersebut merangkumi jadual keseluruhan latihan yang disediakan untuk angkasawan negara sehingga pelancaran ke ISS.

``Bagaimanapun, perjanjian ini tidak menyebut tarikh sebenar angkasawan Malaysia berlepas kerana ia bergantung kepada beberapa faktor.

``Namun, angkasawan negara dijamin bersedia sepenuhnya menjelang Ogos tahun depan sebelum melaksanakan misi pada bulan berikutnya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis memberitahu, empat calon angkasawan negara yang kini berada di Moscow berjaya menempuh ujian terakhir dengan baik termasuk aspek penguasaan bahasa Rusia.

Keempat-empat mereka adalah pakar pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kapten Dr. Faiz Khaleed, 26; pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34; juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Mohammed Faiz Kamaluddin, 34, dan jurutera S. Vanajah, 35.

Kesemua mereka berada di sana sejak 27 April lalu bagi menjalani proses pemilihan yang lebih rumit dari segi fizikal, fisiologi dan psikologi.

Menurut Kladov, antara faktor-faktor yang akan menentukan pelancaran kapal angkasa ke ISS adalah jadual kajian saintifik, jadual pelancaran kapal angkasa logistik dan keadaan cuaca.

``Keseluruhan program penghantaran angkasawan negara, tarikh dan masa pelancaran bergantung kepada faktor-faktor teknikal begitu juga cuaca.

``Setelah semua faktor ini diambil kira, barulah Agensi Angkasa Rusia akan tetapkan tarikh setelah mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi angkasa lepas lain termasuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat,'' jelasnya.


It's on September 2007, guys!:clap:
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 10:28 AM | Show all posts
nak carik suami calon astronout boleh tak kat sini..haha
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-5-2006 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by babybueno at 24-5-2006 10:28 AM
nak carik suami calon astronout boleh tak kat sini..haha

Mana satu u nak pilih daripada tiga org tu dear?:music:
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 12:29 PM | Show all posts

Reply #86 MACD's post

kalau boleh nak dr. Sheikh...tapi org kata dia tu gay...betul ke? :nyorok:

tak dpt astronout, dpt penulis thread astronout ni boleh tak?? :malu:
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 12:31 PM | Show all posts
Avatar u tu gambar apa ek? kata nak letak gambar sendiri sampai letih i ajar u macam mana nak letak avatar, tapi gambar pelik pulak u letak :stp:
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-5-2006 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by babybueno at 24-5-2006 12:29 PM
kalau boleh nak dr. Sheikh...tapi org kata dia tu gay...betul ke? :nyorok:

Ada orang cakap Mona Lisa tu self potrait Leonardo Da Vinci sebagai seorang perempuan. Lepas tu datang pula speculation yang mengatakan Leonardo ni seorang gay.

Everyone is free to speculate but what I want to see is proof. Dalam kes Dr. Sheikh, takde siapa yg berani tunjukkan bukti yg dia tu gay walaupun dah dicabar.

tak dpt astronout, dpt penulis thread astronout ni boleh tak?? :malu:

Ada banyak penulis dalam thread ni. Mana satu yg u minat tu? Hehe..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-5-2006 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by babybueno at 24-5-2006 12:31 PM
Avatar u tu gambar apa ek? kata nak letak gambar sendiri sampai letih i ajar u macam mana nak letak avatar, tapi gambar pelik pulak u letak :stp:

Tak nak taruk pic sendiri. Nanti byk org kasi mesg nak berkenalan. Hehe.

Pic kat avatar I tu gambar strings. Dua strings bergabung untuk membentuk string yg ketiga. Nak tahu apa itu string? Cuba tgk kat gambar bawah ni.



Thread khas: String Theory (Theory of Everything!)
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 12:51 PM | Show all posts

Reply #89 MACD's post

Everyone is free to speculate but what I want to see is proof. Dalam kes Dr. Sheikh, takde siapa yg berani tunjukkan bukti yg dia tu gay walaupun dah dicabar.



harap2 dia bukan gay lah :pray:...kalau betul gay...what a waste :mll: melepas den..haha...dah rupa punya lah handsome boleh cair wanita dibuatnya termasuk i...hehe

Ada banyak penulis dalam thread ni. Mana satu yg u minat tu? Hehe..


hehe...iyeke ramai penulis kat sini...x perasan pulak...i cuma perasan si pembuka thread ;)

-------------

dah2..rosak thread ni kalau i dah borak.

Bila dpt tahu keputusan 2 org yg berjaya naik ke bulan tu? x sabar lah nak tahu keputusannya.
kita bet nak tak??? hadiah pertama ikut pergi ke bulan :lol
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 12:59 PM | Show all posts

Reply #90 MACD's post

oic...makin pening i dibuatnyerrr...hehe
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-5-2006 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by babybueno at 24-5-2006 12:51 PM
harap2 dia bukan gay lah ...kalau betul gay...what a waste  melepas den..haha...dah rupa punya lah handsome boleh cair wanita dibuatnya termasuk i...hehe

Chef Wan yg ala2 lembut tu pun kahwin gak dan ada anak. Jadi lembut tu tak semestinya gay rite?

hehe...iyeke ramai penulis kat sini...x perasan pulak...i cuma perasan si pembuka thread
Ramai yg tulis kat sini. I cuma rajin post news updates je.

dah2..rosak thread ni kalau i dah borak.

Bila dpt tahu keputusan 2 org yg berjaya naik ke bulan tu? x sabar lah nak tahu keputusannya.
kita bet nak tak??? hadiah pertama ikut pergi ke bulan

Tak pasti tarikh keputusan tu akan diumumkan. Tapi I rasa dah tak lama lagi. I rasa Dr. Sheikh akan terpilih. :pray:
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-5-2006 08:25 AM | Show all posts

Utusan Malaysia 26/5/2006

Lihat aktiviti angkasawan pertama negara secara langsung
Daripada: SVET ZAKHROV

MOSCOW 25 Mei - Rakyat Malaysia berpeluang mengikuti perkembangan angkasawan pertama negara sepanjang 10 hari berada di angkasa lepas pada bulan September tahun depan secara langsung.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Subhan Jasmon berkata, selain melihat sendiri aktiviti yang dijalankan, orang ramai juga boleh berkomunikasi dengan angkasawan berkenaan.

``Sepanjang 10 hari di angkasa lepas termasuk dua hari perjalanan pergi-balik, kita akan cuba berkomunikasi dengan angkasawan negara bagi membolehkan rakyat Malaysia mengikuti kemajuannya.

``Insya-Allah, dengan teknologi serba canggih kita akan dapat berkomunikasi secara langsung dengan dia,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis sebelum ini menyatakan bahawa orang ramai berpeluang menyaksikan aktiviti calon angkasawan negara yang menjalani latihan selama 18 bulan di Rusia menerusi laman web.

Angkasawan pertama negara akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada September tahun depan.

Keputusan itu dibuat hasil pemeteraian kontrak di antara kerajaan Malaysia dengan Rusia pada 19 Mei lalu.

Ia disempurnakan oleh Subhan dan Timbalan Ketua Pengarah Kerjasama Antara Negara Rusia (Rosoboronexport), Victor Komardin di Moscow, Rusia.

Menurut Subhan, perjanjian yang ditandatangani itu amat penting kerana ia menandakan bermula program pelancaran angkasawan negara secara rasmi.

Jelasnya, penyelidikan yang bakal dijalankan angkasawan negara di ISS bukan sahaja terhad kepada perubatan tetapi juga bidang-bidang lain.

``Bantuan yang disediakan pihak Rusia nanti akan dapat dimanfaatkan oleh institusi-institusi penyelidikan dan universiti-universiti di Malaysia,'' katanya lagi.

- Utusan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-6-2006 09:15 AM | Show all posts

Utusan Malaysia 12/6/2006

Dr. Sheikh Muszaphar calon favourite angkasawan

KUALA LUMPUR 11 Jun - Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor merupakan calon favourite untuk menjadi angkasawan pertama negara.

Keputusan undian oleh 15 bekas calon angkasawan mengenai individu yang dirasakan paling layak untuk menjadi angkasawan, meletakkan Sheikh Muszaphar di tempat pertama.

Siri undian ahli kumpulan Yahoo! itu terdiri daripada 59 bekas calon angkasawan dari seluruh negara.

Sebanyak 46 peratus undi disalurkan kepada Sheikh Muszaphar, 34, sekali gus meletakkannya jauh di hadapan tiga calon yang lain.

Juruterbang Penerbangan Malaysia, Mohammed Faiz Kamaluddin, 34, berada pada tangga kedua dengan 26 peratus undi.

Beliau diikuti pakar pergigian Angkatan Tentera Malaysia, Kapten Dr. Faiz Khaleed, 26, yang meraih 20 peratus undian.

Calon wanita tunggal, jurutera S. Vanajah, 35, hanya berupaya memperoleh enam peratus undian.

Bagaimanapun, keputusan undian itu tidak akan mempengaruhi keputusan muktamad yang akan ditentukan oleh pihak kerajaan Malaysia.

Sumber memberitahu, Sheikh Muszaphar dilihat sebagai paling berkelayakan berdasarkan kepada kekuatan yang ditunjukkan sepanjang sesi ujian.

Pertama, beliau memiliki kemahiran komunikasi yang amat baik dan jauh mengatasi tiga calon yang lain, selain berkeyakinan tinggi dan mempunyai semangat waja,'' kata sumber itu.


You rock dude! Malaysians want you to be the our first astronaut :hatdown:
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-6-2006 09:17 AM | Show all posts

Hey check this out will ya!

Looking good and good-looking as well, these astronaut hopefuls

BY IZATUN SHARI

PETALING JAYA: Girls may swoon over him, as he is arguably the most good looking one among the five single male astronaut candidates.

However, Dr Sheikh Muszaphar Shukor from Kuala Lumpur does not consider himself the most eligible bachelor and claims that looks do not matter to him.

Thank you if you think I'm good looking. I'm flattered,
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 02:38 PM | Show all posts
Kalo tak umum pun memang tau dah dia suma criteria angkasawan comply ngan dia, suma aspect kena. Sok balik sure dapat title datuk la dr sheikh ni, and kena la cari datin cepat2. Kalo still tak kawen kang cam janggal je jadik datuk.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-6-2006 11:50 PM | Show all posts

Reply #91 kacang^soya's post

So u pun support dia ke sekarang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2006 11:40 AM | Show all posts

Reply #92 MACD's post

Ye ar rasa tak baik plak nak tuduh2 org, tah betul entah tak, bukan perr aku tgk dari dulu smp skang, dia ni memang steady, nak kutuk lebih2 pun tak de apa yang kurang kat dia...suma excellent...nak kata sombong tak sombong, perasan ...dah dia memang hensem, nak kata bodo lagi la tak bleh sebab dia ni memang genius..at least lembut2 dia pun dia tough kalo tak takkan la bleh lepas training berat2 tu...

Lagi pun earlier aku dah cakap, kalo pilih calon aku ske Vanajah coz she's a lady 2nd choice @ first male choice dr sheikh. Kalo between this 2 dr sheikh yang terpilih of coz la aku ske siap aku bet belanja buffet per ngan member opis aku yg vote dr faiz khalid tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 10:47 AM | Show all posts
sehari dua lg announce le sapa yg dapat pegi moscow tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 11:01 AM | Show all posts
Tak tau lagi latar belakang diorang... Kemungkinan layak mungkin Vanajah... female? Err... harap2 sorang pompuan yg agak lasak. Medical doctor tu pun ada harapan :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 07:58 PM | Show all posts

Reply #94 mamaorait's post

lambat lagi kot... takde persiapan lagi...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-7-2006 09:42 PM | Show all posts
I pun tak dengar apa2 update pasal pemilihan ni lagi. Tak sabar nak tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2006 12:06 PM | Show all posts
Angkasawan: Vanajah rela berhenti kerja

KUALA LUMPUR 10 Julai - Satu-satunya calon wanita yang masih meneruskan cabaran sebagai angkasawan pertama negara, S. Vanajah, 34, sanggup meninggalkan kerjaya profesional demi memberi tumpuan kepada Program Angkasawan Negara.

Jurucakap Teknion Furniture System (M) Sdn. Bhd. memberitahu, Vanajah meletakkan jawatan sebagai jurutera di syarikat itu yang terletak di Klang, Selangor kira-kira sebulan lalu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana menyifatkan perkara itu sebagai sulit.

Vanajah berhenti kerja sejak sebulan lalu atas alasan mahu memberi tumpuan kepada program angkasawan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Vanajah bertugas di syarikat berkenaan sejak tahun 2002.

Jawatan terakhir beliau di situ ialah jurutera kualiti kanan.

Selain Vanajah, tiga calon lain yang bersaing ialah juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Mohammed Faiz Kamaluddin, 34; pakar pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kapten Dr. Faiz Khaleed, 26, dan pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34.

Daripada empat calon tersebut, Panel Pemilihan Calon Angkasawan Negara yang dipengerusikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan memilih dua orang untuk menjalani latihan sebagai angkasawan di Rusia selama 18 bulan.

Nama dua orang yang terpilih dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bulan depan.

Sementara itu, Vanajah gagal dihubungi untuk mendapatkan komen.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2006 12:08 PM | Show all posts
Siap benti keja tu Vanajah so aku rasa dia antara 2 yang terpilih mungkin ngan dr sheikh muszaphar...uikss lambat lagi dorang nak annouce bulan dpn la plak...lama sungguh
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-7-2006 02:23 PM | Show all posts

Semalam punya news 10/7/2006

Latar keluarga antara kriteria pilih angkasawan

KUALA LUMPUR 9 Julai - Latar belakang keluarga merupakan salah satu faktor yang diambil kira oleh Panel Pemilihan Calon Angkasawan Negara dalam membuat keputusan untuk memilih angkasawan pertama Malaysia.

Ini kerana kehidupan seharian keluarga mampu mempengaruhi keperibadian seseorang.

Sumber Kementerian Pertahanan menjelaskan, melalui latar belakang serta perwatakan setiap ahli keluarga, panel tersebut boleh menilai keupayaan calon.

Melalui penilaian itu, katanya, mereka dapat menentukan sama ada calon itu sesuai atau tidak untuk menjadi seorang angkasawan.

Dari hasil ujian bertulis dan temuduga, dinamik keluarga calon dinilai untuk mengetahui peribadi mereka, contohnya adakah dia seorang antisosial, pemarah, mudah putus asa atau sebagainya.

Berdasarkan sejarah keluarga pula, keluarga yang bermasalah boleh mempengaruhi tingkah-laku serta cara calon bertindak terhadap sesuatu,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.060188s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list