CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MACD

Calon angkasawan yang paling layak utk Malaysia

[Copy link]
 Author| Post time 28-4-2006 12:48 PM | Show all posts

The Star 28/4/2006

Four aspiring astronauts leave for Russia

By LISA GOH

lisagoh@thestar.com.my

SEPANG: The four aspiring Malaysian astronauts, who are the pride of their families and country, left for Russia at 11.30pm last night.  

Pilot Mohammed Faiz Kamaluddin, 34, orthopaedic surgeon Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 34, dental surgeon Faiz Khaleed, 26, and senior quality engineer S. Vanajah, 35, received a send-off from Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, their family members and friends.  

Dr Jamaluddin said: 揟hese are the best of our best. All of them have an equal chance of being the first Malaysian astronaut.  

  

THE ADVENTURE BEGINS: (From left) Mohammed Faiz, Vanajah, Dr Sheikh Muszaphar and Faiz Khaleed at the KL International Airport Thursday.

揥e will let Russia decide how long their tests will take but they will be there for at least two weeks,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2006 05:54 PM | Show all posts

Utusan Malaysia 2/5/2006

Insurans nyawa angkasawan negara RM3.7 juta
Oleh Zabry Mohamad

SUBANG 1 Mei - AS$1 juta atau bersamaan RM3.7 juta. Itulah anggaran nilai insurans nyawa bagi angkasawan negara yang dijadualkan berlepas ke angkasa lepas tahun depan.

Menurut Ketua Wakil Kerjasama Antara Negara Rusia (Rosoboronexport), Kolonel Victor Kladov, anggaran tersebut dibuat berdasarkan nilai polisi insurans nyawa kebanyakan angkasawan beberapa negara.

Bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan Malaysia berhak menentukan sendiri jumlah berkenaan mengikut kesesuaian dalam pelbagai aspek.

``Apa yang penting sekiranya berlaku malapetaka ke atas angkasawan ini, pampasan yang disediakan mencukupi untuk waris meneruskan kehidupan dan menanggung segala kerugian sepanjang latihan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Khamis lalu, empat calon angkasawan negara berlepas ke Moscow, Rusia bagi menjalani satu lagi proses pemilihan terakhir sebelum memilih dua orang bagi mengikuti latihan sebagai angkasawan selama 18 bulan di Star City Moscow.

Keempat-empat calon terbabit ialah pakar bedah pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kapten Dr. Faiz Khaleed, 26; pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34; juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Mohammed Faiz Kamaluddin, 34, dan jurutera S. Vanajah, 35.

Keputusan siapa dua calon berkenaan bakal diketahui selewat-lewatnya Jun ini.

Hanya seorang calon akan mengikuti ekspedisi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang dijadualkan Oktober tahun depan.

Mengenai sesi pemilihan yang sedang diadakan di Moscow jelas Kladov, selain ujian perubatan, keempat-empat calon juga dikehendaki mengikuti kursus bahasa Rusia.

Katanya, kursus tersebut diadakan selama dua hingga tiga minggu sebagai persediaan awal sekiranya mereka terpilih.

Penghantaran angkasawan pertama negara dengan kos RM95 juta merupakan sebahagian daripada program mengimbangi pemerolehan 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2006 12:46 PM | Show all posts
Aku tak tahu pulak lembut tu salah satu kriteria yg diorang tgk dalam pemilihan angkasawan ni? Tapi what he had achieved is something beyond an average person has. Bukan senang ujian fizikal semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2006 03:29 PM | Show all posts

Reply #64 MACD's post

Betul tu.  
11 ari lg tau la sapa terpilih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2006 03:53 PM | Show all posts
SIAPA SAJA CALON YANG LAYAK DIHARAP DAPAT MENAIKKAN NAMA NEGARA
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2006 05:15 PM | Show all posts

Reply #64 MACD's post

Ha ah  aku pon tgk dia lembut cakap perlahan gila tp dia ramah dan respek gak kat dia pasal suma ujian fizikal yg susah tu dia selamba je lepas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2006 11:05 PM | Show all posts

Reply #68 kirawang's post

Aku pon cam pernah dgr gak dia ni gay, alah lelaki sekarang banyak yang hensem tapi bukan playboy cam zaman dulu lagi tapi gayboy...satu fenomena yang sungguh menyedihkan, cian anak2 dara kat mesia nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2006 10:26 PM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 13-5-2006 10:04 PM
Lembut bercakap tak pe, aku risau ada unsur gay..Aku tak menuduh, tapi cara observation aku dan geng2 gym aku secara dekat.

Hopefully tak ada lah unsur tu.

Btw, bagi aku since government dah allocate big money (guna duit kita as a tax payer), hopefully dia hantar lah calon yang bukan saja boleh merentasi halangan fizikal, tapi ianya boleh memberi inspirasi dan idola kepada rakyat malaysia yang lain..

Pertama sekali aku harap kau tak 'mark' dia sebab dia tak beli unit trust dari kau. ff:

Kedua, tuduhan kau dia gay adalah berat. Aku cabar kau dedahkan hal ini dalam suratkhabar Utusan Melayu. Kalau tak berani, sila berhenti cakap kosong tanpa mengemukakan sebarang bukti yang kukuh.

Ketiga, setahu aku government tak pernah allocate big money semata-mata untuk hantar angkasawan Malaysia yang pertama ni. Sebenarnya, program ini adalah sebahagian daripada deal government ketika diorang beli pesawat2 pejuang daripada Rusia dulu. Jadi statement kau yang cakap "since government dah allocate big money" is technically wrong. Siapa rajin boleh semak Budget 2006 dan buktikan aku salah.

Keempat, aku setuju dengan pendapat kau bahawa bakal angkasawan kita nanti boleh memberi inspirasi dan menjadi idola kepada rakyat Malaysia yang lain. Sudah cukup dengan kebanyakan orang terkena fenomena Mawi kat Malaysia ni.

Sekian, terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2006 07:21 PM | Show all posts
Btw, bagi aku since government dah allocate big money (guna duit kita as a tax payer),
Originally posted by kirawang at 15-5-2006 09:07 AM
walau dtg dr mana duit tu ianya tetap duit rakyat. Kau tahu apa oppurtunity cost...?

I have no ambition to become a lawyer, but I ask u to read ur own statement very very carefully. First, u are claiming that our government HAS allocated big money for this program when the fact that they have NOT. There is no big money allocated for this program as claimed by you.

Now in an attempt to divert attention from your original statement, you wanna talk about opportunity cost. Fine. One can claim that there exists opportunity cost in every government spending. For example, why do we build hospital instead of university and so on. And this space program is of no difference.

Kau baca elok2 statement aku ni..
Kau bukak thread ni dan kau tanya org, org bagi opinion kau melenting..Lain kali jangan bukak thread dan tanya org lain..Org bagi opinion kau marah....
Aku cakap itu cara observation aku dan bebudak lain kat gym sebelom dan selepas tahu dia calon angkasawan

Say, I suggest Mawi is gay. Sure enough I will receive many flame postings after that from his fans. What makes Dr. Sheikh is different from him? I am his big fan and I have the right to express my feelings when I read something that has the potential to underscore his chances to get selected. Why can an individual be fanatic with artists but not with scientists, astronaut candidates and the likes? Funny.

2lol:HHHaa..haa.......ini replied dr kau....? buang masa aku aje....

That was meant as a joke. I even put an "Off Topic" icon next to it. I am glad that you laugh. Hehe...:nana:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2006 10:01 PM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 15-5-2006 08:54 PM
Opputurnity cost tu tak invlve money ekkk? depa tu pakai air utk segala expenses..

Wow Mr. Unit Trust is telling me what opportunity cost is. They say dont argue with experts, but I say experts are not always right! Opportunity cost need not necessarily be assessed in monetary terms only. It can be assessed in terms of anything that is of value to the persons who are doing the assessment.

Yes, as for this program, no money was involved. The government paid using palm oil for all expenses. Tahniah, tekaan anda menggunakan air hampir tepat.:lol

what u means by suggest???????

U can't simply suggest. My statement is from my observation. Before this  at least 3 times per week we in the gym ( he more spending more time in sauna, actually). So we closely observe his behaviour, style, dan segala2 nya lah.

If u are taksub sangat dgn dia, just go ahead la. If u want to be close with him, after he return, i cud bring u to see him..

If you are smart enough to understand what I am trying to write, the whole paragraph describes consequences of an event in which I accused or suggested a person is gay. It has nothing to do with the ways I arrived at the suggestion.

Dalam sains, lepas kita buat a series of observations, kita kena come out dgn kita punya hypothesis (which u already did).

Jadi skrg ni sila pergi ke langkah seterusnya. Buat EKSPERIMEN! Bolehkah hypothesis anda diuji dan disahkan benar di dalam makmal????? (Dont do this literally tho). Kalau berani sila tampil ke hadapan dgn bahan2 bukti @ hasil eksperimen tersebut. Org hanya akan percaya bila dpt tgk bukti daripada dengar hypothesis 'kosong'.

read carefully kacang soya's post...
Aku pon cam pernah dgr gak dia ni gay, alah lelaki sekarang banyak yang hensem tapi bukan playboy cam zaman dulu lagi tapi gayboy...satu fenomena yang sungguh menyedihkan, cian anak2 dara kat mesia nih

Can Kacang Soya stands before the judge and says under oath that he is a gay? Unlike you, she arrives at the statement simply by hearing gossip! Does she has the proof? Haha kelakar juga hujah kau ni.:lol

Btw, aku tak pernah SUGGEST macam  kau simply suggest, dan aku tak parnah involve dgn khabar angin, ianya from our close observation directly. Dan kau as a big fan dia, boleh la interview gym trainer. Kalu kau nak address aku boleh bagi..

hey dude, i know what i'm writing..

Now you are confusing me. Are u accusing him gay or not? Nak tuduh tapi buat2 macam tak nak tuduh. Takkan takut kena saman malu kot?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2006 10:32 PM | Show all posts

Reply #72 kirawang's post

Yea I hope so
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2006 10:44 PM | Show all posts
"Can Kacang Soya stands before the judge and says under oath that he is a gay? Unlike you, she arrives at the statement simply by hearing gossip! Does she has the proof? Haha kelakar juga hujah kau ni."

Proof takdelah dah nama pon `dgr nya'....bila tgk live ok je cakap pon biasa cuma jenis soft spoken je la..tp cuak gak sebab dia ni ada gaya2 manja sket...tu dari apa yang aku nampak la ....lain2 aku tak tau, aku suka tgk muka dia murah ngan senyuman / muka rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2006 10:59 PM | Show all posts
itu yang korang persoalkan gay tak gay?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 08:25 PM | Show all posts
Apa yang kau merapu dan meraban ni?

Wei, what is the correlation between  U trust, hyphotesis, science, palm oil...

Setahu aku org science straight to the point. Not around the bush. ,merepek dan mengarut + melalok.

Of course there exists NO correlation between above subjects with each others. I think you just got yourself jumbled up and confused discussing this topic. Shall we blame it on previous day's closing prices of your unit trusts that led you to this kind of mental state? If you were to read my previous posting carefully, I clearly presented each subject in a different paragraph. They are not meant to be correlated to each other, rather to be read in their respective context. You may want to take a day off from replying coz today's closing prices are not that good either.

Btw, kau tak yah go detail...Kau understand word SUGGEST kau tu dulu..kau bukak dictionary, what is the meaning of SUGGEST..

simply kau nak guna..

like say, if i suggest Mawi is gay..Haaa..haa .senang nak suggest2 ye...

Read my sentence carefully. I started the sentence with the word "Say". Now it's your turn to get a good dictionary to understand what does this word implies and how does it qualifies the whole paragraph.

Anyway, as I said earlier, the paragraph was meant to describe consequences of an event in which I suggested a person is gay. It has nothing to do with the ways I arrived at the suggestion.

Hei bro (kalu kau lelaki la) nanti aku bawak kau jumpa dia.Bukan setakat dia, emak, ayah dan abang dia pon ada sekali kat our health Club.

Thank you for your gesture. You can start by sending my regards to him and invite him to this forum. Then, he will have a fair chance to clear his name rather than you guys accusing him something without having any proof.

Kau baca first statement aku dan kau understand betul2..
Lembut bercakap tak pe, aku risau ada unsur gay..Aku tak menuduh, tapi cara observation aku dan geng2 gym aku secara dekat.

Hopefully tak ada lah unsur tu.

Do as what I suggested above. Let the person himself speaks up and clears any doubts. There is no need to give someone a bad name unless, perhaps, you have vested interest in doing so.

Oppss..eksperiment? i  why not u tacke dia...(again, if u lelaki la...), and then U'll get answer.

Tell me again why should I prove something that I dont believe for a second?

dah..bazir masa layan kau, bukan dapat faedah pon..
[ Last edited by  kirawang at 16-5-2006 08:26 AM ]

Yeah. You dont contribute anything meaningful in this thread except wild speculation. Now it is my fault that your time is wasted.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 08:52 AM | Show all posts
:nerd:

aku tak pernah pulak tau pasal bende2 cam gini...

yang aku tau, ade female yg pegi rusia... :lol :nerd:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2006 08:21 AM | Show all posts

Utusan Malaysia 23/5/2006

Ujian akhir angkasawan negara lancar
KUALA LUMPUR 22 Mei - Empat calon angkasawan negara berjaya menempuh ujian terakhir di Agensi Angkasa Rusia sejak hampir sebulan berada di Moscow, Rusia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, maklum balas yang diperoleh menunjukkan keempat-empat mereka melalui ujian itu dengan baik termasuk aspek penguasaan bahasa Rusia.

Malah beliau turut difahamkan bahawa calon tunggal wanita, S. Vanajah, 35, lebih fasih menguasai bahasa tersebut berbanding tiga calon lelaki lain.

Katanya, keempat-empat mereka yang berlepas pada 27 April lalu menghadapi proses pemilihan yang lebih rumit dari segi fizikal, fisiologi dan psikologi.

``Mereka akan kembali ke tanah air beberapa minggu lagi dan hasil ujian itu akan diteliti oleh Panel Pemilihan Program Angkasawan Negara yang dipengerusikan oleh Tun Mohammed Hanif Omar,'' kata beliau pada sidang akhbar selepaskan merasmikan Kongres Bendalir Mekanik Asia Kesebelas di sini hari ini.

Bendalir mekanik merupakan elemen penting bagi membangunkan bidang bioteknologi kerana ia melibatkan peringkat molekul biologi yang paling kecil yang membolehkan saintis-saintis menghasilkan penemuan atau produk baru.

Beliau mengulas perkembangan ujian peringkat akhir yang dilalui oleh mereka selama dua hingga empat minggu bagi menentukan dua calon terbaik yang akan bersaing untuk bergelar angkasawan Malaysia pertama.

Selain Vanajah (jurutera), mereka ialah pakar bedah pergigian Angkatan Tentera Malaysia, Dr. Faiz Khaleed, 26; pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34 dan juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Mohammed Faiz Kamaluddin, 34.

Dua yang terpilih akan mengikuti latihan selama 18 bulan di Star City Moscow manakala hanya seorang akan mengikuti ekspedisi ke stesen angkasa antarabangsa (ISS).





Wow. Surprise. Surprise. Vanajah is in the lead when it comes to Russian languange mastery.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2006 08:20 PM | Show all posts

Reply #82 MACD's post

So suprise...ada chance dia yang selected ..yuhuu x sabar nak tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2006 08:42 AM | Show all posts

Utusan Malaysia 24/5/2006

Angkasawan negara ke angkasa lepas 2007
Oleh ZABRY MOHAMAD

KUALA LUMPUR 23 Mei - Angkasawan pertama negara akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada September tahun depan.

Keputusan itu dibuat hasil pemeteraian kontrak di antara kerajaan Malaysia dengan Rusia pada 19 Mei lalu.

Ia disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Subhan Jasmon dan Timbalan Ketua Pengarah Kerjasama Antara Negara Rusia (Rosoboronexport), Victor Komardin di Moscow, Rusia.

Ketua Wakil Rosoboronexport, Kolonel Victor Kladov menjelaskan, kandungan kontrak tersebut merangkumi jadual keseluruhan latihan yang disediakan untuk angkasawan negara sehingga pelancaran ke ISS.

``Bagaimanapun, perjanjian ini tidak menyebut tarikh sebenar angkasawan Malaysia berlepas kerana ia bergantung kepada beberapa faktor.

``Namun, angkasawan negara dijamin bersedia sepenuhnya menjelang Ogos tahun depan sebelum melaksanakan misi pada bulan berikutnya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis memberitahu, empat calon angkasawan negara yang kini berada di Moscow berjaya menempuh ujian terakhir dengan baik termasuk aspek penguasaan bahasa Rusia.

Keempat-empat mereka adalah pakar pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kapten Dr. Faiz Khaleed, 26; pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34; juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Mohammed Faiz Kamaluddin, 34, dan jurutera S. Vanajah, 35.

Kesemua mereka berada di sana sejak 27 April lalu bagi menjalani proses pemilihan yang lebih rumit dari segi fizikal, fisiologi dan psikologi.

Menurut Kladov, antara faktor-faktor yang akan menentukan pelancaran kapal angkasa ke ISS adalah jadual kajian saintifik, jadual pelancaran kapal angkasa logistik dan keadaan cuaca.

``Keseluruhan program penghantaran angkasawan negara, tarikh dan masa pelancaran bergantung kepada faktor-faktor teknikal begitu juga cuaca.

``Setelah semua faktor ini diambil kira, barulah Agensi Angkasa Rusia akan tetapkan tarikh setelah mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi angkasa lepas lain termasuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat,'' jelasnya.


It's on September 2007, guys!:clap:
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 10:28 AM | Show all posts
nak carik suami calon astronout boleh tak kat sini..haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2006 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by babybueno at 24-5-2006 10:28 AM
nak carik suami calon astronout boleh tak kat sini..haha

Mana satu u nak pilih daripada tiga org tu dear?:music:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.068226 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list