CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11959|Reply: 50

Jangan Main Bom!

[Copy link]
Post time 14-3-2006 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Dari Berita Harian

KOTA BELUD: Seorang lelaki dan anak kecilnya terbunuh, manakala dua lagi anaknya cedera apabila sebutir bom mortar lama, dipercayai dikutip dari lapang sasar sebuah kem tentera berhampiran, meletup di rumah mereka, dekat sini pagi semalam.

Saingkin Basil (gambar kiri), 40, dan anaknya Ferinado Oliver (gambar kanan), 2, meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat Saingkin ditemui di tapak rumahnya dalam keadaan berkecai dengan kepala terpisah daripada badan.

Letupan juga memusnahkan rumah mereka di Kampung Bangkahak Baru itu. Yang tinggal hanyalah tiang, manakala dinding, cermin tingkap dan lantai empat rumah berhampiran turut terkopak dan pecah.

Seorang lagi anak Saingkin, Selvia Liana, 7, cedera parah, manakala Firdaus, 19, mendapat luka ringan.

Kejadian kira-kira jam 7.40 pagi berlaku ketika bapa kepada tujuh anak itu memeriksa mortar yang dipercayai ditemuinya di tapak latihan tentera tidak jauh dari situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II Mortadza Nazarene, berkata Saingkin mati akibat letupan bom, manakala Ferinado dihempap tiang serta dinding rumah yang musnah itu.

Ketika kejadian, Firdaus, Selvia dan Ferinado berada di tingkat atas rumah dan dipercayai masih tidur manakala ahli keluarga lain termasuk isterinya, Latifah bekerja di sawah.

"Berdasarkan maklumat saksi, mereka terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mangsa sebelum melihat ia ranap sama sekali," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sepasukan polis berkejar ke tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat orang ramai dan menjalankan operasi mencari mangsa.

Mayat Ferinado hanya ditemui kira-kira sejam selepas kejadian manakala mayat bapanya, Saingkin kira-kira jam 4 petang semalam. Beberapa serpihan mortar berukuran 81mm serta carl-gustav berukuran 84mm turut ditemui.

--------------------------------------------

Tengok footage kat TV semalam nampak ekor bom mortar dengan kelongsong bertulis FFV (Carl Gustav punya ammo la tu)......haiiii banyak lagi tempat boleh cari besi buruk...pi firing range buat apa? kena pasang papan tanda le....AWAS ADA BAHAN LETUPAN AKTIF

Ambik pelluru 84mm yang gunanya kasi hancur tank atau bunker.....kena kat rumah kayu...isyyyyyyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2006 11:00 AM | Show all posts
mungkin ini kerana desakan hidup esp dgn harga minyak melambung ni..
bukanke bom/peluru ni dibuat dari material yg bagus i.e. bukan besi biasa yg harga murah kat kedai besi buruk
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 14-3-2006 10:30 AM
Dari Berita Harian

KOTA BELUD: Seorang lelaki dan anak kecilnya terbunuh, manakala dua lagi anaknya cedera apabila sebutir bom mortar lama, dipercayai dikutip dari lapang sasar sebuah kem tenter ...

orang awam  mana la tau peluru tu aktif ke tak.. aku pun tak tau camtu sekali dahsyatnye penangan kalo peluru mortar tu meletup.. selalu tu yg orang jumpa masuk paper tak pernah meletup.. moralnye, kalau nak carik besi buruk, cari la tempat lain, jangan sesekali masuk kawasan larangan.. :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by d34n at 14-3-2006 11:24 AM

orang awam  mana la tau peluru tu aktif ke tak.. aku pun tak tau camtu sekali dahsyatnye penangan kalo peluru mortar tu meletup.. selalu tu yg orang jumpa masuk paper tak pernah meletup.. moralny ...


macam mana nak tau kalau bom tuh aktif ke tak:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2006 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by GRIPEN at 14-3-2006 11:38


macam mana nak tau kalau bom tuh aktif ke tak:hmm::hmm:


Itu masalahnya......ok la...tempat tu lapang sasar....bom kalau meletup...mesti tinggal serpih aje....kalau sebiji-sebiji lagi.....50-50 chance masih aktif. Kena tengok fius dia......masalahnya civvies tau ke rupa fius? Jadi tinggalkan aje lapang sasar.

Bahan nak recycle banyak lagi kat luar - plastik, kertas, aluminium....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by GRIPEN at 14-3-2006 11:38 AM

macam mana nak tau kalau bom tuh aktif ke tak:hmm::hmm:


Awal mula pertama mula, tepon polis kalo sangsi. Untuk kebaikan masyarakat .  Bab ordnan x meletup ( UXO - UnExploded Ordnance) ni leh carik kat thread lame2.

Bab nak tahu hidup ke tak :

1. Amik, try bukak mcm kes semalam tuh, lebih afdhal kalo dalam rumah, dekat ngan 'koleksi'2 lain. Kalo meletup, maknanya hidup la tuh.

2. Kalo mende bentuk pelik, x de cacat cela,  ato kaler biru muda, x pon tulis INERT, jauhkan la. Lebih2 lagi ade tulis HE / HE-FRAG / HEAT .

Lagi satu, bukan bom (kapal terbang/ mortar) je yg bahaya, peluru & bahan2 piroteknik lain cam claymore, periuk api, roket, grenad dsb pon same bahaye.

[ Last edited by lipanlapan at 14-3-2006 12:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2006 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 14-3-2006 11:42 AM


Itu masalahnya......ok la...tempat tu lapang sasar....bom kalau meletup...mesti tinggal serpih aje....kalau sebiji-sebiji lagi.....50-50 chance masih aktif. Kena tengok fius dia......masalahnya ...

:setuju:
carik la besi buruk kat tempat lain.. kalau nak curik pun, curik la besi pagar rumah orang ke, tutup longkang rumah orang ke.. paling teruk kena belasah reramai je, takde la sampai membabitkan anak-anak & keluarga lain yg tak berdosa.. :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by lipanlapan at 14-3-2006 11:47 AM


Awal mula pertama mula, tepon polis kalo sangsi. Untuk kebaikan masyarakat

BAb nak tahu hidup ke tak :

1. Amik, try bukak mcm kes semalam tuh, lebih afdhal kalo dalam rumah, dekat ngan ...



lagi satu...kalau bom tuh aktif,pegang trs letup ker:stp:fius dia sama ngan fius yang guna dlm eletrik/elektronik tu ke:stp::stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2006 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by GRIPEN at 14-3-2006 12:12 PM

lagi satu...kalau bom tuh aktif,pegang trs letup ker:stp:fius dia sama ngan fius yang guna dlm eletrik/elektronik tu ke:stp::stp:

Lain sesangat, persamaan dari segi nama jerk.

Fius ni leh disamakan ngan picu pada senjata, bila di'ramas', akan menggerakkan pin peletup & peledak dalam peluru.

1.Fius alat peletup nih x macam alat elektronik yg guna wayar logam; i.e akan lebur / putus bile nilai arus eletrik melebihi nilai tertentu (ikut jenis logam).

2. Ade beberape jenis fius yg biase diguna (nih yg ingat sepintas lalu) :
a. piezo-electrik - kristal yg terhentak akan hasilkan tenaga elektrik, lalu membekalkan tenaga untuk meletupkan peledak (primer), seterusnya memulakn letupan HE.  Hampir same cam quartz dalam jam kite tuh
b. delayed- fius - fius akan aktif apabila cukup mase yg ditetapkan, ade pakai spring/ ade pakai putaran  cam pade peluru Carl Gustav, bom mortar/kapal terbang

Ade beberape yg lain, tapi x ingat dah, bertahun tinggal (kene bukak balik buku2 lame)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by GRIPEN at 14-3-2006 12:12 PM

lagi satu...kalau bom tuh aktif,pegang trs letup ker:stp:fius dia sama ngan fius yang guna dlm eletrik/elektronik tu ke:stp::stp:


Opss, tertinggal lak. X semestinya, tgk jenis fius dan nasib ato Qada' & Qadar. Macam sesetengah periuk api, ade mekanisma yg akan mengaktifkan primer (meletup) kalo kena alih/ senget tanpa perlu dipijak.
Asalkan fius & peledak die masih boleh berfungsi, elok jgn usik la. Bior Engineer ato Unit Pemusnah Bom uruskan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 04:05 PM | Show all posts
gambar rumah mereka

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 05:53 PM | Show all posts
sadis jugak kes nih... aku rasa ATM kena buat kelas2 lanjutan kek org2 kampung yang berdekatan ngan lapang2 sasar... terangkan dengan nyata bahaya benda2 nih... pastu ajar cara membuka n memasang - keskeskes (lawak2)
Reply

Use magic Report

moktharuddin This user has been deleted
Post time 14-3-2006 06:54 PM | Show all posts
Bom pun org nak curi gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 07:39 PM | Show all posts
Originally posted by moktharuddin at 14-3-2006 18:54
Bom pun org nak curi gak ke?


biasa ler... bom kan besi gak... bleh jual per... :cak:
Reply

Use magic Report

moktharuddin This user has been deleted
Post time 14-3-2006 07:48 PM | Show all posts
Originally posted by venez at 14-3-2006 07:39 PM


biasa ler... bom kan besi gak... bleh jual per... :cak:

baik jual kat pengganas tu, lagi mahal tu
jual kat tokey besi ni timbang kilo tu:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by moktharuddin at 14-3-2006 19:48

baik jual kat pengganas tu, lagi mahal tu
jual kat tokey besi ni timbang kilo tu:cak:


pengganas tak main ler bom2 yang dah berkarat nih... banyak lagi sumber diorang nak beli senjata2 haram nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2006 10:10 PM | Show all posts
Originally posted by mdmee at 14-3-2006 04:05 PM
gambar rumah mereka



Tuh baru tengok rumah... belum tengok body lagi... tak bley siar woooo!!! :gila:
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2006 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by moktharuddin at 14-3-2006 06:54 PM
Bom pun org nak curi gak ke?


Pagar kubur dekat rumah pakcik aku pun pernah ada org try nak curi tapi kantoi sebab masa tu tuk siak dah datang nak bukak surau dekat nak masuk waktu Subuh...kubur tu sekali dengan surau!

[ Last edited by jazim at 24-3-2006 10:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2006 09:56 AM | Show all posts
Bom disangka bola
Oleh Rohana Mohd Nawi


TANAH MERAH: Dua kanak-kanak tidak menyangka bola bujur yang dikuis selepas menemuinya di tepi rumah mereka dekat sini petang kelmarin, adalah peluru mortar yang masih hidup.



Dalam kejadian jam 3 petang di Taman Perumahan Adabi, pinggir bandar ini, peluru mortar sepanjang 0.3 meter itu ditemui Mohd Fadzilah Tarmizi (gambar), 11, ketika bermain bersama adiknya, Fashilin, 10.

Mohd Fadzilah berkata, dia ternampak peluru mortar itu apabila mengejar adik yang berlari ke kawasan semak berhampiran rumah.

"Saya nampak benda itu macam bola bujur mempunyai ekor seperti kipas. Saya dan adik bermain benda itu dengan menguisnya.

揝elepas mendapati benda itu berat, saya memberitahu emak. Emak datang tengok dan kami diberitahu ia adalah peluru. Kami segera duduk jauh kerana takut ia meletup," katanya di sini, semalam.

Ibu kanak-kanak itu, Zainab Abu Bakar, 42, berkata sebaik menyedari anaknya menemui peluru terbabit, dia segera memaklumkan jiran yang juga seorang anggota polis dan membuat laporan penemuan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Anuar Muhammad, berkata sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dihantar ke tempat kejadian dan memusnahkannya.

------

Mak dia mmg best :solute: . Cuma mortar dipanggil bom sbb kesemuanya keluar dari laras, x de tinggal casing.katrij.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2006 10:38 AM | Show all posts
Ni ade sket gamba2 "besi buruk"  SMEO

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.097007 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list