CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4174|Reply: 8

"Takde Apa-apa"

 Close [Copy link]
Post time 14-3-2006 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas,
bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu
kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya
cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga!


Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya
ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak
kot. Cuba check,"katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang
boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya.
Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak
buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya
jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya
ceritakan peristiwa yang saya alami itu.


Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah
Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" "Tak ada
apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Saya
masih tak puas hati.


Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya
masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta
Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan
berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang
berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya
erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa
yang terbuku di hati mama. Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam
tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?"
Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan
mahu bersuara tapi terdiam kembali.


Akhirnya dia bersuara. "Sabri, ada satu kisah yang mama susah nak
lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama
terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis
tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih
berbekas hingga sekarang."


Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal
ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit
pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri
ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk.


"Selepas SPM, Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik
peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari
Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya
hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri
terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak
sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar
dalam hati yang penuh terpaksa."


Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika
itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama ras Sabri akan berkeras
pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!"
Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama.


"Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah
berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap
mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir
mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh
urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa
ringan yang amat sangat.


Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang
dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan
kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan
hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya
yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamn saya
ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa
yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi
kebaikan di dunia dan di akhirat.


Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi,
saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an.
"En Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang
diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti
seminggu untuk pulang kek kampung.


Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."En Sabri terima
kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak
saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya
bagaikan berteka-teki dengannya.


Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung
menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak
juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang
uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini
si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu
si anak memohon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.


"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf
bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi anak derhaka kalau mak tak
ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50
tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa
yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu
sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan
perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan
kata-kata 'Orang tua bodoh. Tak ada otak'"


Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar
yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu
kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Si ibu gosok dan lipat.
Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja,
malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya.
Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei,
orang tua bodoh! Tak ada otak ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!"
Akhirnya dosa si anak diampunkan.


Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa
di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang
ibu (or isteri
mungkin...) mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat
memilukan hati, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya.

Jagalah hati mereka, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan
hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

"... dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu
bapa. sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong
dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya..." An-Nisa':36

"...And not equal are the blind and those who see, nor are equal those
who believe, and do righteous good deeds, and those who do evil. Little
do you remember!..." Quran(24:58)


`...s'dalam2 lautan, dalam lagi hati seorang wanita...' di sebalik
ungkapan 'takde apa-apa', s'benarnya t'singkap beribu rahsia.
selamilah hati mereka...




:::  Sekadar peringatan di kala alpa....

[size=-1]source : Pe4RL's email

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2006 01:20 AM | Show all posts
Cakap pasal Mak........

urrmm... aku rasa aku pun banyak buat mak terguris secara tidak sedar...
tapi belum lagi hingga hilang akal nak mengherdik mak apatah lagi nak memaki..
kekadang darah muda ni buatkan aku degil cakap mak..
entahlah...esok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2006 07:51 AM | Show all posts

itula tommy.... tapi aku tak prasan plak ma aku ckp "takder apa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2006 09:03 PM | Show all posts
emak kuu... :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2006 02:39 AM | Show all posts
sebak ina bace artikel nih..:cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2006 09:02 AM | Show all posts
terus teringat kat mak aku ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2006 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by TommyHilfiger at 15-3-2006 01:20 AM
Cakap pasal Mak........

urrmm... aku rasa aku pun banyak buat mak terguris secara tidak sedar...
tapi belum lagi hingga hilang akal nak mengherdik mak apatah lagi nak memaki..
kekadang darah m ...


eden pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 10:29 PM | Show all posts

salam..

aisey.. yg psl kaler suar luntur tuh btul2 tringt kt mak ku.. huhu!:cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2006 12:04 PM | Show all posts
windu kat umi......................:cry::cry::cry::cry:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.226901 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list