CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 23189|Reply: 78

Khmer Rouge di Cambodia

[Copy link]
Post time 15-3-2006 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Akak rasa lah zaman pemerintahan khmer rouge lah zaman yang paling kejam di dunia. Dalam beberapa buah buku yang pernah akak baca, dan akak cadangkan supaya baca ialah First They Killed My Father, When The Broken Glass Floats, The Tears of My Soul, Stay Alive My Son, Survival in The Killing Fields...Boleh cari dalam amazon.com.
Apa komen adik2..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2006 01:51 PM | Show all posts
masih simpan buku  The Tears of My Soul oleh Hyun Hee Kim pemberian kawan Kemboja satu fakulti di UM dulu. Kawan cakap itulah realiti kehidupan masyarakat masa itu.
Reply

Use magic Report

raj-kumar This user has been deleted
Post time 15-3-2006 02:07 PM | Show all posts
memang kejam zaman pemerintahan khmer rouge tu...kesudahan akhir hayat nya juga sadis...balasan tuhan lah tu:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2006 02:12 PM | Show all posts
Terdapat  lebih  2  juta  rakyatnya  terbunuh ketika diperintah  regim khmer rouge,
Apakah tujuan pembunuhan ni, apakah matlamat regim khmer rouge ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2006 07:04 PM | Show all posts
Pemerintahan Pol Pot diKamboja 1975-1979

Impian Pol Pot pemimpin agung Khmer Rouge untuk mendirikan satu pemerintahan radikal egalitarianisme  yang terdiri daripada kaum tani Marxis mengakibatkan korban 25% rayaat Kemboja. Korban diakibat oleh kebuluran, kerahan kerja yang ektrim dan pembunuhan. Mengikut kiraan kasar sejumlah 2 juta rayaat tewas sepanjang pemerintahan Pol Pot.

Pol Pot nama asal Saloth Sar dilahirkan pada tahun 1925 dari gulungan keluarga tani di Sentral Kemboja yang  mana waktu itu adalah sebahgian French Indochina. Tahun 1949, semasa berumur 20 tahun, beliau mendapat biasiswa ke Pranchis untuk menuntut pengajian radio elektronik. Kerana terlalu banyak masa terbuang kerana mendalami ilmu Marxisme ia gagal meyempurnakan pengajianya. Pulang ke Kemboja dengan tangan kosong pada tahun 1953 dan terus terlibat dengan pergerakan kominis bawah tanah di Kemboja. Setahun kemudian Kemboja mencapai kemerdekaan dan tertubuhnya kerajaan monarchy yang diketuai oleh Putra Norodom Sihanouk.

Tahun 1962 ,sewaktu menjadi pemimpin agung Parti Kominis Kemboja , beliau melarikan diri kehutan kerana diburu oleh kerajaan Norodom Sihanouk. Di sinilah titik bermulanya pergerakan resistance bersenjata yang dipanggil Khmer Rouge (Red Cambodians)

Tahun 1975 kerajaan Putra Sihanouk tumbang , bukan oleh Pol Pot , tetapi oleh gulungan military sayap kanan yang di dukung oleh Amerika Syarikat. Putra Sihanouk mengangap dirinya telah dikhianati oleh Amerika lalu berpaling tadah dan terus bergabung dengan Pol Pot untuk menentang kerajaan military yang merampas kuasa.

Tahun 1969 hingga 1973 Amerika kerap mengebom wilayah timur Kemboja yang menjadi sarang tentera Vietnam Utara dan mengorbankan 150,000 petani Kemboja. Hasilnya ialah beribu-ribu petani menjadi pelarian di ibu kota Phnom Penh. Angkara ini menimbulkan suasana ekonomi dan keselamatan  yang tidak stabil dan meningkatnya sokongan popular untuk Pol Pot.Menjelang 1975, Amerika Syarikat menarik kembali tentaranya dari Vietnam dan pemerintah Kamboja, yang dilanda oleh korupsi dan ketidakcakapan, juga kehilangan bantuan militery Amerika.

Pol Pot di Phnom Penh tahun 1975 selepas kemenagan Khmer Rouge

Mengambil kesempatan ini, Pol Pot dengan gurilanya yang terdiri buruh tani belasan tahun telah menawan Phnom Penh pada 17 April tahun 1975.

Setelah mengambil kuasa, Pol Pot memulakan experiment radikalnya untuk membentuk satu 慳grarian utopia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2006 07:23 PM | Show all posts
Originally posted by TimahMulia at 15-3-2006 01:41 PM
Akak rasa lah zaman pemerintahan khmer rouge lah zaman yang paling kejam di dunia. Dalam beberapa buah buku yang pernah akak baca, dan akak cadangkan supaya baca ialah First They Killed My Father,  ...


Kak Timah cuba baca buku ni.
Pol Pot: The History of a Nightmare
by Philip ShortPhilip Short
John Murray

Released: 11 October, 2004
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2006 09:04 PM | Show all posts
Saloth Sar (19 Mei 1925 – 15 April 1998), lebih dikenal sebagai Pol Pot, adalah pemimpin  Khmer Rouge, dan Perdana Menteri Kemboja dari 1976 hingga 1979. Pemerintahannya banyak disalahkan untuk kematian sekitar dua juta rakyat Kemboja, meskipun  bilangan  jumlahnya adalah berbeza


Detik awal kehidupan dan revolusi

1925 - Lahir di Prek Sbauv di Indochina Perancis (wilayah di provinsi Kompong Thong, Kemboja pada masa kini).

1949 – Mendapat biasiswa  untuk mempelajari teknik radio di Paris. Dalam masa tersebut, dia menjadi seorang komunis dan bergabung dengan Partai Komunis Perancis.

1953 - Kembali ke Kemboja, di mana pemberontakan komunis melawan Perancis sedang berlangsung.

1954 - Perancis meninggalkan Indochina. Raja Norodom Sihanouk mengadakan pemilu dan membentuk partai politik. Melalui simpati dan menggunakan pengaruhnya, dia berhasil mengusir orang-orang komunis dan memperoleh seluruh kerusi pemerintahan. Pol Pot lari ke persembunyian dan melatih anggota yang direkrutnya.

Akhir 1960-an - Memulai pemberontakan bersenjata terhadap pemerintah dengan sokongan China

1970 - Sihanouk beralih ke pihak Pol Pot kerana dijatuhkan Jendral Lon Nol yang disokong  Amerika Serikat.

1973 - Pihak Vietkong meninggalkan Kemboja.

1975 - Parti Komunis Kemboja mengambil alih kekuasaan. Lon Nol melarikan diri ke AS.

1975 - Sihanouk kembali berkuasa namun mulai ditinggalkan rakan-rakanya  yang komunis, yang tidak tertarik dengan pengembalian pemerinahan monarki.

sumber :dia: Pol Pot - Wikipedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2006 09:58 PM | Show all posts
Sambungan post# 5

Semua warga asing diusir, wakil kedutaan ditutup, bantuan kemanusian dan ekonomi ditolak. Pengunaan bahasa asing diharam. Akhbar dan station television ditutup, radio dan basikal dirampas, dan surat dan telefon dihad. Semua bentuk perniagaan ditutup, agama diharam, dan kuasa ibubapa terhadap anak dihapuskan. Kemboja terputus dari dunia luar.

Semua Bandar-bandar dikosongkan dengan paksa. Phnom Penh dengan warganya jumlah 2 juta diusir ke desa dengan hujung senapang tentera Khmer Rouge. DiPhnom Penh 20,000 warga korban dalam penghijrahan paksa ini. Berjuta-juta rayaat Kemboja yang selesa dengan cara hidup kota dijadikan buruh paksa dalam program 搈edan korban

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2006 09:34 AM | Show all posts
Khmer Rouge (Red Khmer) mahukan Cambodia (kemudian ditukar kepada Kampuchea) menjadi agrarian society. Mereka menjadikan orang berpelajaran / hidup senang menjadi musuh. Mereka yang bekerja sebagai profesional dibunuh malah rakyat biasa juga. Dalam buku The Killing Fields, Dith Pran menggosok2 tangan beliau dengan pasir bagi mengasarkannya - bukti kononnya beliau bekerja sebagai buruh kasar dan bukan sebagai pembantu wartawan. Beliau juga diumpan dengan soalan dalam Bahasa Perancis oleh Khmer Rouge tetapi hanay mendiamkan dirii..kalau tidak pastinya dia akan dibunuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2006 09:36 AM | Show all posts
Ini dari Wikipedia:

The Killing Fields were a number of sites in Cambodia where large numbers of people were killed and buried by the Khmer Rouge communist regime which ruled Cambodia from 1975 to 1979. Estimates of the number of dead range from 1.5 to 3 million out of a population of nearly 8 million people. The Khmer Rouge judicial process, for minor or political crimes, began with a warning from the Angkar, the government of Cambodia under the regime. More than two warnings resulted in being sent for "re-education", which meant near-certain death. People were often encouraged to confess to Angkar their "pre-revolutionary lifestyles and crimes" (which usually included some kind of free-market activity, or having had contact with some foreign source, such as a U.S. missionary, or international relief or government agency, or contact with any foreigner or with the outside world at all), being told that Angkar would forgive them and "wipe the slate clean." This meant being taken away to places such as Tuol Sleng or Choeung Ek for torture, and/or execution.

The executed were buried in mass graves. In order to save ammunition, the convicted were often executed using only sharpened bamboo sticks. The soldiers who committed the executions were mostly young men or women from peasant families.

The Khmer Rouge regime arrested and eventually executed nearly anyone suspected of connections with the former government or with foreign governments, as well as professionals and intellectuals who were the class targets of the Khmer Rouge. Ethnic Vietnamese, ethnic Chams (who were and are Muslims), Cambodian Christians, and the Buddhist monkhood were the demographic targets of persecution.

The best-known of these sites is Choeung Ek. Today, Choeung Ek is the site of a Buddhist memorial to the terror, and Tuol Sleng has a museum commemorating the genocide

The exact number of people who died as a result of the Khmer Rouge's policies is debated. The Vietnamese-installed regime that succeeded the Khmer Rouge claimed that 3.3 million had died. The CIA estimated that between 50,000 and 100,000 people were executed by the Khmer Rouge, but executions represented only a minority of the death toll, which mostly came from starvation. A more accurate estimate of those killed in "The Killing Fields" is closer to 2 million executed by the Khmer Rouge and Pol Pot.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 09:32 AM | Show all posts
kejam sungguh khmer rouge nih....  nyawa manusia macam dah tak berharga.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 11:25 AM | Show all posts
Impian Pol pot sebenarnay mahu melaksanakan negara pertanian, tetapi seperti hitler yang bencikan
kaum yahudi, pol pot pun mengalami perkara yang sama dimana beliau begitu prajudis terhadap
golongan kaya dan cerdik pandai yang dianggap bersekongkol dengan penjajah perancis untuk menindas
golongan petani,sebab tu dia sentiasa curiga dan membunuh tanpa sebab golongan ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 11:25 AM | Show all posts
saper disini pernah tengok filem The Killing Field
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 10:50 PM | Show all posts
Political ideology of Khmer Rouge

The ideology of the Khmer Rouge was a combination of  revised form of Maoism with the anti-colonialist ideas of the European Left, which its leaders had acquired during their education in French universities in the 1950s. To this was added resentment against the Cambodian Communists' long subordination to the Vietnamese. The Khmer Rouge were dedicated to establishing Cambodia as a socialist state.

They carried out a radical program that included closing schools, hospitals and factories, abolishing banking, finance and currency, outlawing all religions, confiscating all private property and relocating people from urban areas to collective farms where forced labor was widespread. The purpose of this policy was to turn Cambodian into "new people" (Khmer: monou thmey) through agricultural labour. It resulted in massive Cambodian deaths through executions, work exhaustion and starvation.

The Khmer Rouge's defenders have justified such actions by claiming that the country was on the verge of mass starvation as a result of U.S. bombing campaigns, and that it was impossible to transport sufficient food to feed an urban population of between 2 and 3 million people. This required evacuating the cities to the countryside so that people could become self-sufficient. In fact the motive for the policy was primarily ideological.:hmm::hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2006 11:30 AM | Show all posts

Reply #6 thamrong's post

Terima kasih. Akak memang suka betul baca buku2 mcm. Untuk panduan kepada kita yang hidup senang lenang seperti sekarang, supaya sedar bahawa kesenangan bkn untuk selama2nya dan masih ada yang hidup dalam kemelaratan dan kekejaman.

Akak ada seorang kawan dari Kemboja (orang Melayu Cham), datang ke Kelantan dalam tahun 80 an, dalam masa pemerintahan KR 6 ahli keluarganya samada dibunuh KR atau pun kelaparan dan penyakit. Yang hidup cuma dia dan ibunya. Katanya 1 tin beras direbus untuk dimakan bersama 13 orang, betapa menyakitkan. Tapi sekarang nasib menybelahinya dan dia telah menjadi seorang pengusaha jualan kain yang berjaya di Pasir Mas. Di Pasar Besar Pasir Mas memang terdapat ramai orang Melayu Cham ini dan mereka kebanyakkannya berjaya sebagai peniaga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2006 11:30 AM | Show all posts

The Killing Fields

Kat mana boleh akak dapatkan DVD atau VCD The Killing Fields ni, any idea?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2006 10:01 PM | Show all posts
Originally posted by TimahMulia at 19-3-2006 11:30 AM
Akak ada seorang kawan dari Kemboja (orang Melayu Cham), datang ke Kelantan dalam tahun 80 an, dalam masa pemerintahan KR 6 ahli keluarganya samada dibunuh KR atau pun kelaparan dan penyakit. Yang hidup cuma dia dan ibunya. Katanya 1 tin beras direbus untuk dimakan bersama 13 orang, betapa menyakitkan. Tapi sekarang nasib menybelahinya dan dia telah menjadi seorang pengusaha jualan kain yang berjaya di Pasir Mas. Di Pasar Besar Pasir Mas memang terdapat ramai orang Melayu Cham ini dan mereka kebanyakkannya berjaya sebagai peniaga.


mok nik ingat lagi masa berlaku huru hara kat kemboja tahun 1978/79 satu family dari kemboja(cham Islam) datang merayu memohon penginapan dan perlindungan dari arwah ayah mok nik. Arwah ayah sediakan rumah sewa kami satu buah utk family berkenaan. Pendek kata semua keperluan mereka ayah sediakan sebab kasihan. Tetapi akhirnya dalam dok cerita punya cerita, barulah kita tahu yang dapat lepas lari keluar adalah kebanyak yg kaya atau agak berada. Jarang aje yg miskin yg dapat lepas sampai ke Msia. Mereka datang bukan tangan kosong tapi bawa emas yg banyak. Mereka inilah yg jual emas kepada ayah untuk dapatkan duit dan kehidupan di Kelantan.

Ntah mengapa kebanyakan orang kemboja ini terlibat dalam perniagaan kain. Ingat lagi mula-mula mereka ini hanya berjaja berjalan kaki aje,lepas itu beli basikal,kemudian motor dan akhirnya dapat beli van, tanah dan buat harta di Kelantan ini. Kalau di kawasan tempat mok nik nie, (Berek 12, Kota Bharu, Kelantan) ada satu kawasan dah jadi macam perkampungan orang kemboja, iaitu di belakang Sek.Keb.Paya Bemban. Mereka yg datang dgn penuh kepayahan tahun 1978 dan awal 1980-an sekarang ini telah berjaya dalam perniagaan, mampu buat harta, beli tanah,rumah  :solute:

Barangkali kerana survival mereka sanggup lakukan apa saja, tetapi kita org tempatan masih dok di  takuk lama lagi. Terbalik kot jadinya dulu mereka jadi kuli orang tempatan sekarang ini org tempatan yg jadi kuli mereka Sekarang mereka ini dah jadi warganegara pun. Dan famliy yg kami tolong itu dah kaya raya tapi mok nik respek mereka ini  sebab tetap lagi ingat budi kami sekeluarga biarpun dah berpuluh tahun. Mereka didik anak cucu mereka mengenang budi. Dah jadi cam sedara mara jadinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 02:46 AM | Show all posts
sonok betul baca thread ni ... byk betul info psl pol pot n khmer rouge ni ... ni la payahnye org2 yg salah gunakan ilmu yg dia dpt ... kenapa agaknya pol pot ni benci ngn perancis ek?pd hal dia dulu pi ngaji sana?doktrin yg dia bwk pon dia timba dr sana gak
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 07:33 AM | Show all posts
Penjenayah Pol Pot dan Henry Kissinger



Satu yang ironis. Regim khmer Rouge Pol Pot adalah ciptaan Amerika. Kissinger waktu menjadi Setiausha Negara di bawah pentadbiran Nixon telah melakukan pengeboman haram 'illegal bombing' diwilayah Kemboja. Saat itu dasar luar Kemboja' yang diketuai oleh Putra Norodum Sihanauk, jelas berkecuali dalam sengketa perang Vietnam. Amerika mendakwa bahawa perbatasan Kemboja digunnakan oleh Vietnam Utara untuk menyerang Vietnam Selatan. Program 'illegal bombing' sengaja dirahsiakan dari pengtahuan umum dan dianggarkan beribu-ribu kaum tani Kemboja terbunuh dan ladang pertanian musnah. Pengeboman dilakukan cara 'indiscriminate carpet-bombing' menggunakan pesawat B-52. Hasilnya ekonomi Kemboja merusut kerana ramai kaum tani menjadi pelarian diPhnom Penh. CIA mengambil kesempatan dan membantu pihak tentra dibawah Lon Nol merampas Kuasa. Regim Lon Nol adalah regim yang korup dan menjadi semakin lemah kerana Amerika telah berundur dari sengkita Vietnam dan inilah faktor yang utama mengapa begitu senang Khmer Rouge mengambil kuasa.

Pol Pot mati sebelum International Tribunal dapat menjeratnya. Bagi Kissinger, peranannya dalam pembunuhan beramai-ramai di Kemboja sudah jadi pengatahuan umum dan cuma masa sahaja yang menentukan  bila dia akan menghadapi pengadilan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2006 10:07 AM | Show all posts
Apakah sebenarnya yang menyebabkan tentera khmer rouge yang kebanyakkannya terdiri dari pada para remaja tergamak menjadi pembunuh yang paling kejam yang tidak terfikirkan akal kita? Sesetengahnya berumur seawal 12 tahun. Apakah doktrin yang digunakan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.091803 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list