CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mimzzzy

[MERGE] Witch, Wizard, Ahli Sihir, Ilmu Hitam etc

[Copy link]
Post time 8-2-2006 01:15 PM | Show all posts

ntah lerrr

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2006 01:40 PM | Show all posts

sejarah sihir ....

Sihir telah difirmankan oleh Allah SubhanAllah Wa Taala. di dalam kitab suci Al Quran di
mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. S ihir juga ada diriwayatkan di
zaman Nabi s.a.w.


ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR
Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal
ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang
bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan
bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak
mendatangi mereka"
(Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit".

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa
penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa
ia berlaku atas keizinan Allah SubhanAllah Wa Taala. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut


TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu
sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol
sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak
dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.


CARA MENGHADAPI SIHIR
Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla.

Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk
penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu
dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah SubhanAllah Wa Taala.
mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah SubhanAllah Wa Taala.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.


RASUKAN
Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk
oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit,
meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada
golongan jin dan syaitan.

Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh
terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin,
ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi" - pengikut-pengikut
9. Al Qarna" - pengawan-pengawan
10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur


PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian
sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu"alam).
Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan elaungkan
azan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2006 02:23 AM | Show all posts
info yg menarik.usaha yg murni...syabas...........
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 02:55 PM | Show all posts

indonesia & ilmu hitam

MENGAPAKAH DIKATAKAN NEGARA INDONESIA YG MELIPUTI PENDUDUK YG BERAGAMA ISLAM PALING RAMAI DI ASIA MERUPAKAN PENGAMAL ILMU HITAM ATAU ILMU KEBATINAN YG PALING HEBAT DI RANTAU INI.
CUBA BAGI PENDAPAT SKET.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 03:01 PM | Show all posts
KALAU BAB SANTAU, ILMU GUNA2, SUSUK ATAU PE2 JER LAH YG BERKAITAN..MESTI NEGARA INDON MEDUDUKI CARTA TOP 5......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 03:05 PM | Show all posts
PERNAH LA JUGAK TEMANKAN KAWAN YG SAKIT NAK PERGI BERUBAT CARA KAMPONG...SO YG SAUDARA DER PON INTRODUCE LA KAT BOMOH NI....YG PELIK DER NAK TAU PENYAKIT TU DARI SEBIJIK TELUR AYAM KAMPONG JER...
BILA DAH ABEH SESI MANTERA TUH..YG PELIK NYER MAKA KLUAR LA SEHELAI RAMBUT & KAPAS DLM TELOR YG TELAH DIPECAHKAN DIDLM MANGKUK....BOMOH TU KATA LER YG KWN AKU TU KENA BUATAN ORG...SO AKU MCM PERCAYA & IDAK LER.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2006 03:09 PM | Show all posts
AKU BUKAN NYER APE...BENDA2 MCM NI SUSAH SKET AKU NAK PERCAYA....TAPI BENDA2 GHAIB NI MMG ADE....SEBAB ITU PON KEJADIAN YG ALLAH TELAH BERIKAN & MEREKA SEBAHAGIAN DARIPADA MAHLUK ALLAH.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 03:28 PM | Show all posts
Eh... ilmu hitam. Ilmu putih pun banyak gak kat sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2006 02:12 AM | Show all posts
Awas .........syirik dek oi. Apa2pun jin dan syaitan memang ada. Hami fikir deme punya kerjo!!

[ Last edited by  hamizao at 13-8-2006 01:21 AM ]
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 16-7-2006 10:16 PM | Show all posts
Semua negara ada pengaruh ilmu hitam. Siam lagi teruk. Sampai PM pun istihar secara rasmi penggunaan bomoh untuk pastikan menang pilihanraya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 01:00 AM | Show all posts

Reply #4 bootylicious77's post

Memang terang dan nyata makhluk jin, iblis dan syaitan tu ujud dan nyata sekali bahwa manusia ni di jadikan lebeh sempurna dari mereka. Jadi janganlah kita mempertuankan mereka dan mengharap pertolongan mereka. Betul kata Hamizao tu syirik. Bomoh ni lebeh dari syaitan kerana macam-macam trick di gunnakan untuk memperdayakan manusia dan buat fitnah. Bomoh yang mengubat cara menurun tu lah manusia yang paling lemah kerana melacurkan jasad kepada jin dan syaitan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 11:30 AM | Show all posts
Nak tanya lah....berdasarkan statistik ker?
Rasa nyer Siam n Org Asli pun selalu juga disebut pengamal yang handal dalam ilmu2 sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 06:59 PM | Show all posts
Eloklah kita sama-sama terus berusaha untuk membina keyakinan kita pada Allah SWT. Kerana Dia sahaja Maha Kuasa. MakhlukNya semuanya tak berkuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 09:45 PM | Show all posts
Originally posted by bootylicious77 at 14-7-06 02:55 PM
MENGAPAKAH DIKATAKAN NEGARA INDONESIA YG MELIPUTI PENDUDUK YG BERAGAMA ISLAM PALING RAMAI DI ASIA MERUPAKAN PENGAMAL ILMU HITAM ATAU ILMU KEBATINAN YG PALING HEBAT DI RANTAU INI.
CUBA BAGI PENDAPA ...



maybe kebanyakkan nak dpt duit senang dgn blaja bomoh
bomoh nie kan menguntungkan
plus kat sane .. nama jer islam
tp bab2 lain .. diorg x amik peduli
tp x sume bomoh tuh jahat
ada setengah tu mengamal bomoh cara islam
yg berdasar quran .. xde main campur2 .........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 02:22 PM | Show all posts
Originally posted by nal at 16-7-2006 22:16
Semua negara ada pengaruh ilmu hitam. Siam lagi teruk. Sampai PM pun istihar secara rasmi penggunaan bomoh untuk pastikan menang pilihanraya.

:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 03:58 PM | Show all posts
Hami tak nak kata banyak2 tentang keislaman orang lain .......akan tetapi, memang ada terbaca komen2 orang barat yang di Indonnesia tu, mereka mengamalkan "a loose form of Islam". Minta maaf kalau ada yang tak bersetuju...Dari rakan Hami sendiri yang selalu kesana, ada bercerita bahawa ada ramai yang tidak berpuasa tetapi terawih tak tinggal. Juga, ada sekali dahuli dia pergi melawat  seorang rakan yang telah meninggal dunia. Diterangkan bahawa orang keluar masuk ugama berkali2 ni disana ialah perkara biasa. (Ni kata rakan Hami) . Jadi, diapun tak pasti apa ugama simati ..??

Samalah kalau kita sakit, kita pergi jumpa doktor, dedulu orang pergi jumpa dukun, bomoh dll sebab doktor tak ramai. Walau apa carapun kita sebagai orang Islam harus sentiasa meminta pertolongan dari Allah supaya ubat2 dan rawatan(sebagai ikhtiar) yang diterima akan menyembuhkan. :pray:

Yang banyak juga ada kita dengar ialah seperti ilmu hitam. Kot ada warna2 lain Hami kurang pereksa......putih Hami tahu ada. Kepercayaan ini meluas dalam budaya masyarakat mereka sehingga nak menang pilihan raya, permainan bola  dan apa2 sajalah ada saja ilmu ini diperguna sehingga pernah ada usul untuk mengharamkannya dari segi undang2. Ramai telah mati dibunuh oleh ahli2 komuniti sendiri atas disyaki mengamalkan ilmu hitam. Semua sukses atau kegagalan di kreditkan kepada ilmu hitam. Waaaduh! :hmm::hmm:

Mengikut cerita  ia banyak di amalkan di Jawa Timur seperti Bayuwangi dan Jawa Barat seperti Banten dan Lombok. Heheheh .......sesiapa ada bibik dari kalangan orang2 dari situ ...awas2....manalah tahu! Hami fikir kepercayaan ini berdasarkan animisma yang masih kuat dikalangan mereka.  Mungkinkah juga cara hidup mereka bercucuk tanam telah mendorong mereka merapati alam kebatinan? Ada yang kata pertemuan kepercayaan anamisma dan mistik Islam pada zaman Mataram pada abad ke-16 telah memutikkan budaya ilmu hitam yang di praktikkan sekarang.

Ada satu cerita tentang pengamalan sejenis menurun "leyak"  di Bali  bahawa pengamal akan berhubung dengan "dewa2" mengikut kemahuan masing2. Biasanya yang jahat2  supaya boleh membuat maksiat. .jin dan iblis le tu! Mereka boleh bertukar keperwatakan binatang2 seperti ular, monyet, harimau , serigala dll. dan juga mereka boleh terbang..........

Tetapi, hairan ya, mengapakah  mereka tak boleh mengalahkan Belanda!!!!

[ Last edited by  hamizao at 20-7-2006 04:03 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2006 05:10 PM | Show all posts
zaman islam disebar kan oleh Wali Songo terpaksa menghadapi golongan mengunakan Sihir untuk menentang Wali Songo

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by hamizao at 20-7-2006 03:58 PM
Hami tak nak kata banyak2 tentang keislaman orang lain .......akan tetapi, memang ada terbaca komen2 orang barat yang di Indonnesia tu, mereka mengamalkan "a loose form of Islam".


:setuju:

kalau x salah sebelum ni org islam kawin dgn org agama lain boleh.
x payah convert. cthnya mcm couple artis indon tu. jamal mirdad ke
sapa ntah. x sure plak nama tp artis yg dah lama jugak la
Reply

Use magic Report

hantu1 This user has been deleted
Post time 19-9-2006 12:41 PM | Show all posts
indon mmg hampeh..
Reply

Use magic Report

hantu1 This user has been deleted
Post time 19-9-2006 12:42 PM | Show all posts
betul la...dukun2 ni power kat sana..tapi tak leh pakai arr depa ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.067236 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list