CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22597|Reply: 93

Cucu Hang Tuah??!! Biaq betui..

[Copy link]
Post time 24-3-2006 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Aku terbukak Harian Metro, terjumpa artikel nih.. leh caya ker ek??


Edisi Nasional: Cucu Hang Tuah

Oleh Yusri Abdul Malek dan Mohd Yatim Latif
am@hmetro.com.my

MELAKA: Seorang lelaki, Ismail Mohamed Yaacob, 40, mendakwa sebagai generasi ke-12 keturunan Laksamana Hang Tuah yang terkenal kerana kesetiaan dan jasa kepada beberapa sultan Melaka sepanjang sejarah Kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511.

Ismail yang lahir dan menetap di Singapura mendakwa mempunyai bukti iaitu dua gelang tangan yang dikatakan dipakai Hang Tuah dan berusia lebih 500 tahun serta manuskrip tulisan tangan Hikayat Hang Tuah yang ditulis Tun Kulah atau Kola yang juga sepupu Hang Tuah.

Gelang berkenaan yang didakwa bertatah batu petir dipercayai disimpan turun-temurun dan diwarisinya hingga kini.

揚endedahan mengenai keturunan Hang Tuah ini bukan mempunyai apa-apa kepentingan tetapi saya cuma mahu generasi hari ini tahu bahawa cerita Hang Tuah adalah benar dan bukan rekaan atau dongeng,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2006 10:22 AM | Show all posts
lepas ni cucu hang mana lak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2006 10:39 AM | Show all posts
HangPC2 plak.....:cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2006 10:52 AM | Show all posts
Originally posted by iTUISi at 24-3-2006 10:39 AM
HangPC2 plak.....:cak:



kah kah kah :dia:..kekadang tu cam konpius sket la berita2 kat Media Massa  nih!
SOmetimes depa ckp, Hang Tuah tu tak wujud, Hang Tuah tu bukan Melayu, Hang Tuah cuma rekaan semata-mata..

Tup tup, tgk ada org ckp dia cucu cicit Hang Tuah pulak.. funing aku :stp::stp: tp, bangga sgt kat jd cucu Hang Tuah nih??!! :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2006 11:15 AM | Show all posts
dia bukan nak berbangga... coz dia tampil utk menepis dakwaan sesetengah pihak yan hantu ah tu tara wujud....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2006 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by iTUISi at 24-3-2006 11:15 AM
dia bukan nak berbangga... coz dia tampil utk menepis dakwaan sesetengah pihak yan hantu ah tu tara wujud....



ooo... itu macam pun ada kaa?? :stp:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2006 12:28 PM | Show all posts
Takpe la dia nak claim...asal jangan dok merepek mcm 'cucu' Sultan itu hari dah le....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2006 12:51 PM | Show all posts
ibu isif cucu mat kilau..
kampung ibu dekat kuala tembeling...
ibu umur 50 tahun sekarang..
rasa2...mat kilau pahlawan pahang tuh kot...
wakakakakak...main cam tuh..best ler...hehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2006 07:02 PM | Show all posts
waaa...mcm2 org claim no
sekejap sultan melaka
sekejap cucu hang tuah la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2006 07:25 PM | Show all posts
tak taula betul ke tak pengakuan dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2006 03:18 PM | Show all posts
....sultan melaka pun dah ada...
...sekarang cucu hang tuah...
lepas ni nak tunggu cucu hang jebat, hang lekiu, hang lekir dan cucu bendahara tun perak lak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2006 05:30 PM | Show all posts
layan je lah.

anyway aku cucu cicit kepada nabi adam dan salah seorang keturunan yg selamat dlm banjir besar zaman nabi NUH.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2006 06:42 PM | Show all posts
kebangkitan melaka kot selepas kurun ke 7 :lol
bak kate cerdik pandai
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 10:11 AM | Show all posts
Edisi Tengah: Tergamak dia jual

Oleh Masni Ros Pakir Mohamad

MELAKA: Kakak sulung kepada lelaki yang mendakwa keturunan ke-12 Laksamana Hang Tuah, kesal kerana adik bongsunya itu sanggup menjual manuskrip Hikayat Hang Tuah kepada Perpustakaan Negara pada 1992 dengan harga RM20,000.

Rosleem Mohamed Yaacob, 55; berkata dia mengucap beberapa kali selepas mendapat tahu adik bongsunya, Ismail menjual manuskrip itu.

揝aya tidak menyangka dia sanggup berbuat demikian semata-mata untuk mendapatkan wang RM20,000,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 10:44 AM | Show all posts
Hmm dah mula dah......setakat manuskrip (fotostat plak tu) siap bawak kain kuning..menangis2, lemah lutut la...isssyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 02:06 PM | Show all posts
Peti besi simpan bukti cucu Hang Tuah

Oleh Masni Ros Pakir Mohamad
Metro 25/03/06

MELAKA: 揝aya mula berminat untuk mengetahui apa yang tersimpan dalam peti besi simpanan arwah ayah selepas dia meninggal dunia pada 1981 kerana sakit jantung ketika berusia 65 tahun.

揝ebelum itu arwah bapa, Mohamed Yaacob Abdullah, sering memberitahu khazanah berharga yang tersimpan dalam peti besi itu dan meminta saya menyimpan dengan baik,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2006 05:01 PM | Show all posts
ahaks!! macam2 cerita.. depa nih.. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2006 01:25 AM | Show all posts
Edisi Tengah: Ali Rustam buat sajak sebagai bukti cucu Hang Tuah


MELAKA: 揝aya pun boleh mengaku sebagai cucu Hang Tuah juga, malah kita orang Melaka semuanya cucu Hang Tuah sepertimana yang didakwa seorang lelaki kelmarin,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2006 12:40 PM | Show all posts
Edisi KL : Gelang, manuskrip saja tidak cukup

Oleh Mohd Sabran Md Sani

KUALA LUMPUR: Dua gelang tangan dan manuskrip Hikayat Hang Tuah milik Ismail Mohamed Yaacob, 40, lelaki yang mendakwa keturunan Laksamana Hang Tuah tidak cukup untuk dijadikan bahan bukti.

Tokoh sejarah, Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim, berkata meskipun kedua-dua bahan berkenaan adalah kriteria utama dalam pengkajian sejarah, tetapi ia perlu diteliti secara mendalam akan kesahihannya.

揝ekali lagi kita ingin tahu, apakah bukti sahih yang dapat menentukan Ismail adalah keturunan Hang Tuah. Ini kerana dalam bahan sejarah, kewujudan Hang Tuah belum dapat disahkan.

揝ama ada Hang Tuah wujud ataupun tidak bukan menjadi persoalannya kerana penentuan berdasarkan bukti. Bagaimanapun dua gelang itu tidak boleh dijadikan sandaran kerana kita tidak tahu adakah ia dipakai Hang Tuah,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2006 12:46 PM | Show all posts
Hang Tuah ni mcm King Arthur,servers only as a Legend and a folklore , nothing more , nothing less .. Tidak membawa apa2 manafaat pada masa sekarang , hanya nama untuk pasukan sekola,nama tauliah pada kapal2 TLDM :ah:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.067054 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list