CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: muor76

gambar klasik/lama johor

[Copy link]
 Author| Post time 2-4-2006 05:30 PM | Show all posts
anggota polis yang terkorban


kpl mohd yassin abd wahab


lans kpl jidin omar


mm hamzah ahmad


mm hassan othman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2006 05:33 PM | Show all posts
anggota yang terkorban


mm ibrahim adam


mm jaafar hassan


mm mohammad jaafar


sarjan jamil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2006 06:10 PM | Show all posts
muhammad indera aka mat indera--- saper nih?



mat indera yg duduk no 4 dr kanan (depan budak yg senyum)
gambar nih diambil pada 1941, kenyataan kat papan hitam "Selamat pertukaran guru, sekolah agama parit setongkat muar" diambil pada tahun 1941(kalo tak silap)
mat indera nih org bakri (tak tau bakri batu bape)
dia nih lepas zaman jepun, tentang british. bila british nak tangkap dia, dia join komunis pada june 1948
same cam shamsiah fakeh-dr AWAS join PKM dan Ibrahim Chik dr API join PKM
mat indra nih adelah general officer komunis melayu selatan yang merangkumi muar, bp, segamat dan melaka
seorang bekas komunis ade menyatakan sekiranya mat indra dpt ditangkap ramai melayu yang join komunis akan menyerah diri.
mat indera adalah salah seorang perancangan serangan balai polis bkt kepong.. tapi kata org dia just tengok jer dr jauh mase balai polis kene serang.. mase tu ade 2 org polis yg cedera nak kene bunuh ngan komunis, mat indera tahan komunis dr bunuh polis tu. yg citer nih salah seorang polis yg terselamat..
mat indera nih byk ilmu.. byk tangkal.. org kata dia nih kebal hanya lut ngan peluru perak (dah cam warewolf lah pulak)
kata org dia kene tangkap 3 kali
kali pertama kene tangkap, dia cakap nak semayang, mase amek air semayang dia ghaib
kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kene hukium bunuh, mase dia sentuh jer, dia terus ghaib
kali ketiga kene tangkap mase ade dia kat umah seorang pakcik/wak. wak tu pakat ngan komunis bagi dia buah kecubung, bile dia termakan kecubung terus mabuk, polis terus tangkap dia dan tanggalkan semua tangkal dia..
wak yg tolong polis tu terus pindah dr situ , kalo tak silap umah nyer dekat ngan sempadan muo-bp
mat indera di bawa ke ipoh, dan dijatuhkan hukuman gantung
mase dlm tahanan dia ade mintak sekepal tanah, tapi polis tak bagi takut dia leh ghaib lagi..
menurut sedare mat indera... sedare mare semua tak tau kat mane kubur dia.. dan diorang rase mat indera nih disimpan sebab ilmu dia dan juga untuk membantu polis untuk memburu dan memusnahkan komunis.

entahlah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2006 04:03 AM | Show all posts
pic sultan ibrahim memburu harimau di parit samsu muar


gambor reramai


gambor sorang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2006 11:02 AM | Show all posts
gambor gambor kat muor


sungai muo-diambil pd tahun 1986


sungai muo berlatarbelakang gunung ledang-dimabil pada tahun 1966


tepi sungai muo


tanggabatu-tempat ferry muo


dr udara diambil oleh tentera ostolia, jeti feri muo sebelum ade jambatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2006 11:27 AM | Show all posts
pic kat muo


masjid jamek muo yg asal, dikenali sebagai masjid kubor


gambar di depan masjid di muo (tak tau lokasinya) pada kurun ke 19


makam sultan alaudin


makam sultan alaudin


peta muo zaman belanda


peta muo zaman potugis
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-4-2006 11:39 AM | Show all posts
pic kat muo


permandangan di sebuah kampung di bakri zaman perang


bakri -tempat tentera jepun campak mayat tentera ostolia



muar state railway lokomotif
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2006 12:46 PM | Show all posts
gambo lama..





kat lokasi baru.. jd bahan sejarah di Tg Emas, Muar




[ Last edited by  achu at 3-4-2006 12:47 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2006 04:02 PM | Show all posts

maklumat tambahan mat indera

mat indera



mat indera ditangkap pada oktober 1952 di kampung baru seri medan




nama penuh:  ahmad bin indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlaan siak seri inderapura yang menjadi panglima kanan sultan sharif di siak.

memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji.  berguru kepada kiayi haji fadzil bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat dymm sultan ibrahim

dilahirkan pada 1920 di kampung gombak, peserai, batu pahat.  

menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar.
melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris

menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin dr burhanuddin al-helmy dan ishak haji mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik

mat indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris.  satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga.  nak taknak mat indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.

dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis bukit kepong.  sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama abu bakar yang terselamat dalam serangan, mat indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.  mat indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan mat indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan.  mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.  namun salah seorang pengikutnya bergelar mat tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera.  mat tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban.  bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.  

pada malam 14 oktober 1952, mat indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan.  tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan.  dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

mat indera dipamerkan.  ada yang suka, ada yang sedih.  beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke johor bahru, pulau pinang, pudu dan taiping.  dalam penjara didera.  akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara taiping.  keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.

persoalannya, adakah mat indera seorang petualang atau pejuang?
pendapat peribadi saya, mat indera ialah seperti tok janggut, mat salleh, datuk dol said, dan datuk maharajalela yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmani dan rohani, intelek dan emosi, demi bangsa dan negara.  tiada kepentingan peribadi di mana-mana.  justeru bagi saya, dia ialah seorang pejuang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2006 09:21 AM | Show all posts
good work Vvenus...

dan kita nak savekan pic tu... leh kan?

teringat satu dialog dlm citer bkt kepong antara komunis cina n bukit kepong
dialog nih camnih la lebih kurang...
komunis 1 :'mat pergi mana?'
komunis 2: ' wa tak tau'
kengdian mat indra pon dtg
komunis 1 : 'eh mat lu pegi mana?'
mat indra : ' gua pegi semayang lah..'
komunis 1:'lu join komunis, buat ape lu pose, lu semayang?'
mat indra :'gua org islam, gua mesti buat lah'

cam tu lah lebih kurang dialog dia..

Vvenus... kalo ade ape-ape yg leh dimasukkan sekali utk tatapan kita semua... masukkan lah yerkk
at least org lain dpt gak tau bende yg baru...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2006 09:30 AM | Show all posts
insya-allah, sama2 kita menambah pengetahuan pasal negeri kita

hidup johor darul ta'zim :love::love::love:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2006 11:01 AM | Show all posts
pasukan polis johor



Pusat Latihan Polis Johor dalam tahun 1920


Insp Uda bin Awang dan anggota-anggota Polis Negeri Johor di hadapan Balai Polis Segamat, Johor - 1917


Pegawai dan anggota polis Johor di Pusat latihan Polis, Johor - 1920


Sarjan Mejar dan beberapa anggota polis Negeri Johor di luar bangunan  Balai Polis Segamat, Johor - 1925


Sarjan Mejar Abdullah daripada Balai Polis Segamat, Johor - 1925

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2006 11:08 AM | Show all posts
gambo n info pasal polis johor


Pasukan Polis Negeri Johor dalam tahun 1932


Pasukan Menembak Senapang Rifle "Warren Shield" Pusat Latihan Polis Johor tahun 1939


Kawalan Kehormatan Polis Negeri Johor pada tahun 1935

info
Dalam tahun 1910, Sultan Ibrahim menerima seorang Penasihat Am Inggeris untuk menyusun semula pentadbiran Johor. Mulai tahun 1914, Penasihat Am diberi kuasa lebih akibat perjanjian diantara Johor dengan Britain.

Catatan sejarah menunjukkan bahawa pasukan polis telah pun wujud secara rasmi sejak sebelum ketibaan Penasihat Inggeris lagi. Pesuruhjaya Polis yang pertama ialah Dato' Bentara Luar. Beliau memegang jawatan tersebut mulai 1882. Sejak tarikh itu hingga 1912, jawatan Pesuruhjaya Polis Johor dipegang oleh pegawai Melayu.

G.P. Cuscaden, Pesuruhjaya Polis bangsa Eropah yang pertama mulai menjalankan tugasnya dalam tahun 1912. Beliau diberi tugas menyusun semula Pasukan Polis Johor mengikut konsep kepolisan moden. G.P. Cuscaden adalah seorang pegawai yang berkebolehan. Dalam tahun 1915, Pasukan Polis Johor mempunyai 16 pegawai dan 540 anggota pangkat rendah. Terdapat 4 pegawai dan 44 anggota pangkat rendah detektif. Cascaden digantikan oleh M.G. Simpson mulai tahun 1920.

Sejak disusun semula, Pasukan Polis Johor terus memperlihatkan kemajuan. Dalam tahun 1928, terdapat lebih 60 balai   Polis di seluruh Negeri. Dalam tahun 1937 "Police Depot" baru dibuka di Johor Bharu. Johor dibahagikan kepada tiga formasi polis yang dipanggil `lingkongan' (Circle) iaitu Muar, Batu Pahat dan Johor Bharu. Menjelang Perang Dunia Kedua, keanggotaan pasukan polis Johor telah meningkat ke seramai   1,400 orang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2006 04:07 PM | Show all posts
gambar gambar di merisng yg diambil oleh tentera ostolia











Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2006 08:59 PM | Show all posts
tahniah abang muo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2006 10:05 AM | Show all posts
Originally posted by sayang_mulut at 4-4-2006 08:59 PM
tahniah abang muo...


terima kasih sayang....

ni semua sebab minat dan berminat nak share ngan org lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2006 11:27 AM | Show all posts
gambor-gambor jb klasik (real atau poskad)


pic panorama


permandangan dlm masjid


pemandangan dr udara

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2006 12:12 PM | Show all posts

poskad


poskad


poskad

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2006 12:15 PM | Show all posts

poskad


poskad


panorama


panorama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2006 12:17 PM | Show all posts

starits guest house di jalan skudai tahun 1964


poskad-main street jb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.070013 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list