CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9608|Reply: 36

Sekolah Pondok

[Copy link]
Post time 29-3-2006 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Sebelum merdeka dgn kedatangan Islam masyarakat Melayu terdedah kpd sistem pendidikan formal.  

Sekolah2 pondok atau dayah dan madrasah didirikan oleh para ulama.

Pelajar2 sekolah pondok didedahkan ilmu2 pengetahuan spt kesusasteraan Arab, ilmu falak, sejarah, akhlak, mantik dan matematik.


Sesiapa ada info?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2006 04:39 PM | Show all posts
Menarik gak nih.. tp.. takda info la.. soweyy..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 07:15 PM | Show all posts
Pendidikan di pondok  merupakan sistem pendidikan yang tertinggi sekali pada abad ke 19. Lulusan pondok akan dilantik menjadi guru di sekolah itu. Sekolah pondok banyak terdapat di Kelantan , Perak, Kedah, Seberang Prai, Melaka dan N. Sembilan. Murid-murid akan tinggal di dalam pondok secara berkongsi. Guru besarnya dipanggil mudir,mereka kebanyakkannya berasal dari Patani dan Sumatera. Matapelajaran yang diajar ialah ialah al-Quran dan Hadis,tafsir, fiqah, saraf dan nahu Arab, tauhid, akhlak, mantiq dan sejarah Islam. Pelajaran di peringkat tertinggi ialah tasawuf dan wujudiah. Pendidikan pondok hanya popular dikalangan rakyat biasa sahaja.

Cara belajar pula adalah secara menadah kitab, iaitu  kitab dipegang atau diletakan di atas lantai. Setelah dibaca, tok guru akan menjelaskan pengertiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 07:17 PM | Show all posts
Sistem pengajian Islam pondok dijalankan di sebuah perkampungan yang berpusatkan sebuah bangunan (surau/masjid) yang bertindak sebagai sekolah dan tempat beribadat. Tempat pengajian ini dikelilingi oleh rumah-rumah kecil yang dipanggil ‘pondok’ sebagai tempat kediaman pelajar. Dari sinilah timbulnya perkataan pengajian ‘pondok’. Lokasi pondok selalunya berada di tempat pendalaman/desa, selalunya di sebuah kawasan penanaman padi, yang berhimpunnya orang Melayu beragama Islam.

Sistem pengajian ini biasanya ditadbir secara bersendirian mengikut citarasa tuan guru yang bertindak sebagai ketua. Beliau bertanggung jawab mengendalikan pengajian dan atauran hidup di kawasan pondok. Kemajuan sesebuah pondok itu selalunya bergantung kepada keilmuan dan daya kepimpinan yang ada pada tuan guru. Kebanyakkan pondok terkenal dengan nama kepada pengasas atau tuan guru di situ dan tempat kewujudannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 07:19 PM | Show all posts
Pelajar-pelajar tidak dibahagi mengikut umur, sebaliknya dibuka kepada umum dan sesiapa sahaja boleh mengikuti pelajaran daripada tuan guru, selalunya selepas meminta izin daripada beliau. Sistem pondok tidak mempunyai kelas, sebaliknya lebih berbentuk halaqah bersama tuan guru.

Kebanyakkan sekolah pondok tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap. Sebaliknya ia bergantung kepada derma orang ramai dan pelajar, terutama melalui bayaran dalam sistem Islam seperti waqaf, zakat dan sedekah. Ini mungkin berkaitan dengan lokasi pondok di kawasan penanaman padi melalui pemberian zakat padi.

Sistem pengajian di sini menggunakan kaedah pengajaran secara penyampaian oleh tuan guru dan pelajar pula mengingatinya secara hafalan terhadap pelajaran atau matan yang dipelajari. Kebanyakkan sekolah pondok mempunyai jadual pengajaran mengikut solat lima waktu, seperti lepas subuh dan lepas maghrib.

Pengajian secara pondok tidak menggunakan sukatan pelajar yang tetap, sebaliknya menggunakan kitab-kitab tertentu mengikut mata pelajaran yang diajar. Antara kitab-kitab yang selalu diajar adalah dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu tulisan Jawi seperti : Minhaj al-‘Abidin dan Ihya’ Ulumuddin (tasauf), Fath al-Muin (feqah), Tafsir Jalalain (tafsir) dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 07:25 PM | Show all posts
Selepas Perang Dunia Kedua, sistem pendidikan pondok semakin beransur-ansur mengalami perubahan. Ini termasuklah dalam kaedah pengajaran yang menekankan aspek pemahaman, selain kemudahan persekolahan seperti buku teks, jadual waktu yang tersusun dan sistem pentadbiran yang kemas.

Mengikut catatan sejarah, sistem pengajian agama moden yang dipanggil madrasah yang awal wujud ialah Madrasah al-Hamidiah di Limbong Kapal, Alor Setar oleh Tuan Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidek. Nama madrasah ini diambil sempena nama Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibn Sultan Ahmad Tajuddin Mukarran Shah. Asalnya madrasah ini merupakan tempat persinggahan bakal-bakal haji sebelum bertolak ke Pulau Pinang untuk menuju ke Mekah. Sebelum bertolak mereka akan mempelajari rukun dan cara mengerjakan haji terlebih dahulu.

Kemudian satu persatu sekolah pondok menjadi moden dengan dipanggil sebagai madrasah. Ada pula sekolah pondok yang terus mati setelah tuan guru meninggal dunia dan tiada tempat penganti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2006 07:27 PM | Show all posts
rujukan : Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik oleh   Kassim Thukiman, Bab 5 - Sistem Pendidikan Pondok dan Madrasah di Tanah Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 07:28 PM | Show all posts
nanti bersambung ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2006 11:51 AM | Show all posts
buku tu keluaran mane eh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by dolpin at 12-4-2006 11:51 AM
buku tu keluaran mane eh?


Publication - Universiti Teknologi Malaysia, 2002
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 01:33 PM | Show all posts
oo yeke? thanks mok_nik...
ni nk kena p PSZ ni...

[ Last edited by  dolpin at 12-4-2006 01:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 01:34 PM | Show all posts
mok_nik..tau tak sejarah pondok ni dlm dunia islam?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 10:11 PM | Show all posts
Originally posted by dolpin at 12-4-2006 01:33 PM
oo yeke? thanks mok_nik...
ni nk kena p PSZ ni...


cepat pergi cari , harganya dulu $30 senaskah
sekarang kot dah murah
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 10:18 PM | Show all posts
Originally posted by dolpin at 12-4-2006 01:34 PM
mok_nik..tau tak sejarah pondok ni dlm dunia islam?


sistem pondok ini kalau tidak silap mok nik hanya berkembang di rantau Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu ketika itu, Selatan Thai (Pattani) dan juga Indonesia. Cuma gelaran berbeza. Kalau di Indonesia dipanggilnya Pondok Pesantren, di Malaysia dan Selatan Thai dipanggil sekolah pondok. Tetapi asasnya hampir sama, dengan konsep pondok2 kecil didirikan disekeliling masjid atau surau yang menjadi tempat belajar.

Di luar Asia Tenggara mok nik tak pasti sistem pondok ini ada atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 11:15 PM | Show all posts
Dekat kg. saya pun   ada   sekolah pondok gak...   sekolah pondok Lumbuk Tapah, Pasir Mas ..Kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 07:59 AM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 12-4-2006 10:18 PM


sistem pondok ini kalau tidak silap mok nik hanya berkembang di rantau Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu ketika itu, Selatan Thai (Pattani) dan juga Indonesia. Cuma gelaran berbeza. Kala ...



ooo gitu...
tp kalo tgk kat msie..ada stgh2 sek pondok ni sgt daif...kalo tak dbangun kan mesti nanti hanye tinggal sejarah je...patutnyer kite kena jaga warisan sek pondok ni sbb ia salah satu institusi pendidikan terawal d tanah melayu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2006 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by dolpin at 13-4-2006 07:59 AM



ooo gitu...
tp kalo tgk kat msie..ada stgh2 sek pondok ni sgt daif...kalo tak dbangun kan mesti nanti hanye tinggal sejarah je...patutnyer kite kena jaga warisan sek pondok ni sbb ia salah s ...


kalau kita kaji perkembangan sekolah pondok sejak dari zaman awal penubuhannya memang daif dan dibiarkan berterusan daif oleh pihak Britih semasa menjajah Tanah Melayu dahulu. Ada banyak sebab mengapa kebanyakkan sekolah pondok ini begitu daif. Antaranya ia dibina oleh orang perseorangan atas dasar ingin memperkembangan ilmu tanpa memikirkan kemudahan. Ia juga biasanya didirikan dikawasan kampung yang majority penduduk adalah bergantung kepada pertanian/hasil hutan yang sudah tentu tidak mampu untuk menyumbang dari segi kewangan memajukan perkembanagn sekolah pondok. Semasa British, memang dasar British meminggirkan terus pendidikan Islam/Melayu bimbang lahirnya masayrakat yg celik/cerdik yang akan menentang pentadbirannya. Selepas merdeka pula sekolah ini terus dibiarkan daif kerana dasar kerajaan yang menekankan konsep sekolah kebangsaan
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 04:41 PM | Show all posts
mok_nik tau tak sek pondok yang terawal dibina di tanah Melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 03:37 PM | Show all posts
skrang nie ada lagi ker sklh pondok???
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by dolpin at 13-4-2006 04:41 PM
mok_nik tau tak sek pondok yang terawal dibina di tanah Melayu?


kurang pasti
tetapi rasanya terawal adalah di Kelantan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.071878 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list