CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: fleurzsa

Sekolah Pondok

[Copy link]
Post time 14-4-2006 06:40 PM | Show all posts
Originally posted by xnakler at 14-4-2006 03:37 PM
skrang nie ada lagi ker sklh pondok???


masih ada
di Kelantan misalnya ada antaranya Sekolah Pondok Pasir Tumbuh yang ditubuhkan pada 1954 masih kekal hingga sekarang, Pondok Lubok Tapah,  Pondok Sungai Durian dll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2006 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by xnakler at 14-4-2006 03:37 PM
skrang nie ada lagi ker sklh pondok???


ada je lagi.. tp kebykkannyer dah tukar sistem pondok ke sekolah moden...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2007 03:38 PM | Show all posts

oleh Che Mat & Zahidi

Institusi pondok merupakan institusi yang paling istimewa kedudukannya dalam masyarakat Melayu tradisional. Di pondok, pengajian agama Islam diajar secara lebih sistematik. Pertumbuhan pondok berhubung rapat dengan kemunculan tokoh-tokoh ulama dan cendekiawan yang berwibawa.

Dengan wujudnya sistem pengajian pondok maka peluang untuk belajar ilmu menjadi lebih terbuka kepada seluruh anggota masyarakat, tidak tertutup sebagaimana sebelumnya di mana peluang menuntut ilmu hanya terbatas pada orang-orang tertentu seperti tok bomoh, tok mudin, tok bidan, tok pendekar dan bermacam-macam profesion yang lain lagi.

Lazimnya, mereka memperoleh ilmu secara turun-menurun daripada nenek moyang mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2007 03:39 PM | Show all posts
Kemunculan persekolahan secara pondok di Tanah Melayu tidak dapat dikesan dengan jelas, dan dalam banyak hal penulisan-penulisan dibuat daripada cerita orang tua-tua sahaja. Kemunculannya adalah dipercayai seiring dengan kedatangan agama Islam di Tanah Melayu iaitu di abad ke-14.

Kenyataan ini adalah berdasarkan penemuan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303M yang  berukuran 30
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2007 03:40 PM | Show all posts
Sekolah-sekolah pondok ini sering ditemui di kawasan berhampiran pantai dan sungai kerana kemudahan pengangkutan utama di zaman berkenaan adalah sampan dan perahu layar. Sekolah-sekolah di bina daripada papan dan beratapkan daun nipah atau daun rumbia dan kemudahan kelas hanya menggunakan papan batu dan kalam. Meja dan bangku duduk hanya dibuat oleh pelajar-pelajar.

Pada peringkat permulaan ini, mata pelajaran belum lagi meluas. Ia hanyalah meliputi perkara-perkara seperti Tauhid, Fikah, Akhlak, Hadis dan Quran. Dan kitab-kitab yang digunakan kebanyakannya kitab-kitab Jawi yang didatangkan dari Mesir dan negara-negara Arab yang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2007 03:41 PM | Show all posts
Dari segi pembelajaran pula, ia memperlihatkan mutunya yang tinggi kerana ia menekankan kaedah hafalan (rote-learning), khususnya bagi mata pelajaran al-Quran, Fiqah dan Tauhid. Menurut Abd Ghani Ismail (1972) dalam Sabihah Osman (1990):

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2007 03:43 PM | Show all posts

Susunan Organisasi Sekolah Pondok

Selalunya pondok terletak di satu kawasan tanah yang diwakafkan oleh orang kampung yang berdekatan. Selain itu ada juga daripada tanah ini kepunyaan tuan guru sendiri, kerana beliau boleh dikatakan datang daripada golongan yang berada. Oleh itu selalunya pembentukan pondok itu terhad kepada orang yang berpelajaran (agama) dan berada.

Institusi pelajaran pondok diketuai oleh Guru Besar. Beliau dibantu oleh beberapa orang guru lain. Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya atas kebajikan dan keadaan pondok tadi. Beliau sentiasa mendapat kerjasama daripada orang-orang ternama di kampung seperti Penggawa dan Penghulu.

Kerjasama juga diperlukan daripada penuntut-penuntut lama untuk sama menolong "guru penolong" bagi memimpin murid-murid baru. Penuntut-penuntut lama ini dikenali sebagai "Kepala Mutalaah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2007 03:43 PM | Show all posts
Masa belajar bagi seseorang di pondok tidak dihadkan. Ini disebabkan mereka boleh terus menyambung jadi guru penolong dan sambil itu sekali atau dua kali seminggu belajar dengan guru besar.

Pada peringkat ini mereka telah pun mampu untuk keluar mengajar sendiri. Bayaran yuran dikecualikan bagi penuntut yang baru tetapi lazimnya mereka membawa buah tangan untuk guru besar (tok guru). Bantuan biasanya diperoleh daripada orang kampung dan ibu bapa kerana tiada sebarang bantuan daripada kerajaan.

Kesimpulannya pondok merupakan sebuah institusi swasta yang memberikan pelajaran percuma, dan wang imbuhannya bergantung kepada sumbangan umum daripada hasil zakat dan fitrah, untuk menampung mana-mana perbelanjaan yang berhubung dengan pondok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2007 03:45 PM | Show all posts

Sistem Pengajaran dan Mata Pelajaran Pondok

Masa, jenis pelajaran, dan kitab-kitab yang akan digunakan adalah ditentukan oleh guru besar sendiri. Pelajar dibahagikan kepada kelas (darjah) tertentu atau tahun-tahun kursus tertentu.

Masa belajar ialah selepas sembahyang Subuh hinggalah ke pukul 11 pagi, dari pukul 2 petang hingga 4 petang, kemudian selepas sembahyang Maghrib hingga ke pukul 10 malam. Kebiasaannya hari Jumaat semua kuliah dibatalkan (cuti hujung minggu).

Cara belajar pula, umpamanya dari pukul tujuh hingga sebelas pagi, madrasah A untuk murid-murid lama dan guru besar sendiri yang mengajar. Madrasah B pula mungkin untuk murid-murid yang telah pandai sedikit dan diajar oleh guru penolong ataupun Kepala Mutalaah, dan madrasah C pula untuk murid-murid baru.

Kadangkala pada waktu petang murid-murid lama belajar di madrasah C. Penyusunan kuliah ini agak samalah dengan apa yang ada di universiti sekarang ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2007 03:45 PM | Show all posts
Pelajaran-pelajaran dan kitab-kitab tadi diatur supaya semua penuntut dapat mengikuti kuliah dalam segala bidang yang diajar oleh guru-guru tertentu di madrasah-madrasah tertentu. Dalam pada itu pun, ada setengah-setengah penuntut lama yang masih mengikuti pelajaran-pelajaran yang telah mereka lalui, untuk mengingat kembali apa-apa yang telah mereka pelajari.

Cara kuliah ini dijalankan biasanya adalah sama sahaja bagi setiap pondok. Penuntut-penuntut akan berkumpul seberapa dekat yang boleh dengan guru besar bersama kitab masing-masing, dan apa-apa yang dilafazkan oleh tuan guru dapat didengar oleh semua penuntut. Guru pula akan mengetahui siapa di antara penuntutnya yang tidak hadir, dan mereka ini hendaklah memberi keterangan yang lengkap serta alasan-alasannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2007 03:46 PM | Show all posts
Dari segi pakaian pula, Tuan guru akan memakai kain, berbaju Melayu, dan kopiah serta lilitan serban di kepala manakala penuntut akan berkopiah. Walaupun pada peringkat awal, semua penuntut diwajibkan bercukur kepala, tetapi selepas tahun 1950an, ini tidak lagi dititikberatkan.

Semasa kuliah, pelajar-pelajar akan membuat catatan-catatan yang perlu dan akan mengemukakan soalan-soalan kepada guru jika ada apa-apa kemusykilan atau perkara yang samar-samar. Mutalaah (perbincangan) adalah lanjutan daripada kuliah yang telah mereka pelajari pada kelas-kelas sebelumnya.

Pelajar-pelajar adalah diasuh dan dipupuk supaya apa sahaja yang tercatat di dalam kitab itu diterima dengan tidak boleh disangkal lagi. Sikap sebegini menghalang pelajar-pelajar daripada mengemukakan idea-idea yang diagakkan lebih konkrit serta lebih munasabah, dan juga menyekat pelajar-pelajar daripada meluaskan pendapat mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2007 03:47 PM | Show all posts
Pengajian di pondok boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, peringkat menghafal di mana pelajar-pelajar dikehendaki menghafal dan mengingatnya dengan betul terutama dalam ilmu nahu. Murid-murid juga ditugaskan menyalin ayat-ayat yang diberi oleh tuan guru.

Telah menjadi satu kebiasaan murid-murid menyalin kitab-kitab Arab dan Jawi. Ini kerana setengah-setengah mereka tidak mampu membeli, lagi pun kitab-kitab itu susah didapati. Mata pelajaran seperti nahu Arab, dan tafsir satu-satu perkataan itu mesti dibaca dan dihafal dengan bersungguh. Ini untuk membolehkan pelajar-pelajar membaca kitab-kitab Arab yang rendah-rendah. Di samping itu mereka juga mesti menghafal wirid, doa dan Yasin, kerana paling berguna di mana-mana upacara agama diadakan, terutamanya bila mereka dijemput ke kampung-kampung nanti.

Peringkat keduanya ialah peringkat menadah kitab. Penuntut-penuntut terpaksa membeli kitab-kitab sendiri; ini perlu kerana tiap-tiap penuntut mesti ada kitab semasa syarahan. Kitab Jawi dan Arab yang diajarkan akan dibaca dari ayat ke ayat dan diberi ulasan oleh tuan guru satu persatu.

Selalunya bahasa yang digunakan oleh tuan guru ini ialah bahasa tempatan, serta punya rentak irama tertentu. Bacaan kitab dimulakan dengan pujian-pujian kepada Allah dan Rasul, begitu juga masa penutup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2007 03:48 PM | Show all posts
Bila penuntut-penuntut telah mahir dengan ilmu saraf dan apa-apa yang perlu untuk menguasai bahasa, mereka akan mempelajari ilmu Fikah. Kemudian hadis-hadis pula dipelajari. Jika diperhatikan sistem pengajian pondok bolehlah dikatakan sama dengan yang terdapat di sebuah universiti Islam.

Kecuali, di pondok, penuntut-penuntut dikehendaki mempelajari dan menghabiskan kitab-kitab tertentu, tetapi di universiti Islam penuntut-penuntut boleh memilih aspek-aspek yang mereka sukai. Sungguhpun demikian mutu ilmu pengetahuan yang mereka pelajari adalah sama dan kadangkala penuntut pondok lebih alim. Itu pun mereka tidak mempunyai kelengkapan-kelengkapan seperti perpustakaan seperti yang ada di universiti-universiti Islam.

Satu lagi perbezaan antara institusi pondok dengan lain-lain pusat pengajian ialah tentang ujian. Mereka tidak mempunyai ujian untuk menilai taraf kebolehan tiap-tiap seorang penuntut.

Walau bagaimanapun di beberapa pondok, ada juga dikeluarkan ijazah kepada mereka yang menuntut lebih daripada sepuluh tahun dan kebolehannya, serta kitab-kitab yang dipelajarinya dijamin oleh guru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2007 03:49 PM | Show all posts
Ijazah dan surat kenyataan ini adalah untuk mereka membuat permohonan kepada pihak Majlis Agama bagi memohon tauliah mengajar serta menjadi kenyataan bila memohon jawatan seperti Kadi, Imam dan pelawat-pelawat agama di negeri masing-masing.

Tetapi buat masa ini, oleh kerana institusi-institusi lain lebih banyak, maka ijazah/akuan pondok ini tidak lagi diiktiraf oleh pihak Kerajaan. Walaupun begitu sekarang kita masih dapati ramai bekas penuntut pondok yang memegang jawatan-jawatan seperti Kadi, Ketua Pelawat Agama, Imam dan Ustaz di sekolah-sekolah.

Pada hari kelepasan am, hari Jumaat penuntut-penuntut akan diberi pulang ke kampung untuk mengambil bekal dan lain-lain, begitu juga bagi mereka yang datang dari luar negeri akan berpeluang balik ke tempat mereka dan masa cuti panjang ialah pada bulan puasa (Ramadhan), kerana pada bulan ini persekolahan akan dihentikan selama sebulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2007 03:51 PM | Show all posts

Tok Kenali (1870-1933M)

Lahir tahun 1870 di Kampung Kenali dari satu keluarga petani yang soleh. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Yusuf b Ahmad. Beliau dilahirkan kira-kira 3 tahun setelah di bina masjid besar Kota Bharu (masjid Kayu).

Beliau belajar di Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajaran di Makkah 1886M dan kembali semula ke Kelantan pada tahun 1906 sewaktu usia hampir 40 tahun dan membina Pondok Kenali. Tok Kenali meninggal dunia pada 19 November 1933 dalam usia 63 tahun.

Kejayaan atau sumbangan besar Tok Kenali ialah kejayaannya melahirkan satu angkatan ulama yang besar dalam mengembangkan agama Islam bukan sahaja di negeri Kelantan dan Malaya, malah ke Thailand, Kemboja, dan Indonesia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2007 03:52 PM | Show all posts

Tuan Husain Kedah (1863-1936M)

Lahir pada 2 November 1863 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Nama sebenar beliau ialah Tuan Husain b Hj Muhammad. Beliau dilahirkan dalam keluarga ulama. Ayahnya bernama Hj Muhammad Nasir b Hj Muhammad Taib.

Dalam mempelajari ilmu agama, beliau telah mengembara ke Patani, Kelantan, Terengganu, Singapura, Melaka, dan Sumatera sebelum berangkat ke Makkah tahun 1893M. setelah 6 tahun menuntut ilmu di Makkah, Tuan Husain  pulang ke Kedah dan mengajar di tempat asal kelahirannya di Titi Gajah sebelum mengajar di Pokok Sena dan lain-lain tempat.

Tuan Husain Kedah meninggal dunia pada 10 Februari 1936 dalam usia 74 tahun. Kejayaan Tuan Husain Kedah ialah beliau telah mengarang lebih daripada 13 buah kitab termasuklah terjemahan kitab hadith Jawahir al-Bukhari, sebuah kitab hadith yang sangat berguna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2007 03:53 PM | Show all posts

Tuan Guru Hj Omar Besut (

Lahir tahun 1878M di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Nama sebenar beliau ialah Hj Omar b Che Ahmad. Beliau mendapat pendidikan awal dengan bapa saudaranya di Besut sebelum berangkat ke Makkah dan menuntut ilmu agama selama berbelas-belas tahun. Beliau pulang ke Besut dan membuka pondok di Kampung Palembang, Besut pada tahun 1908M.

Sekitar tahun 1932M, berlaku kebakaran besar di Kampung Palembang dan merosakkan pondok Tuan Guru Hj Omar menyebabkannya memindahkan pusat pengajian ke tapak baru di Beris, Kg Raja, Besut. Tahun 1935, Tuan Guru Hj Omar sekali lagi ke Makkah dan tinggal di sana selama 6 tahun. Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang 23 Disember 1941.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.115517 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list