CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

  [Copy link]
 Author| Post time 7-4-2014 07:23 PM | Show all posts
jkkkj posted on 31-3-2014 04:05 PM
Boleh tak kawan-kawan kat sini bagi petua untuk saya pilih kain songket yang berkualiti?

nanti saya usahakan cari maklumat lebih lanjut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2014 10:01 PM | Show all posts
HangPC2 posted on 7-4-2014 07:23 PM
nanti saya usahakan cari maklumat lebih lanjut

Terima kasih di atas janji pihak Tuan itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 10:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2014 10:47 AM | Show all posts
Traditional Malay (Southern Thailand ) Circumcision Ceremony







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 11:35 AM | Show all posts
Makassar Revolt @ Makassar Rebellion (1686)







Makassar Weapon





Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2014 05:00 PM | Show all posts
hebat! kenapalah tak difilem kan? nie mitos barat jugak yang dihadapkan buat filem
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-6-2014 02:39 PM | Show all posts
Memanah demi warisan Melayu



Oleh RAJA INTAN dianna raja azaham




KELAB memanah Keris Warisan Subang mahu seni memanah tradisional Melayu diteruskan dan diperturunkan kepada generasi akan datang.


MELIHAT kumpulan yang berbusana Melayu lama lengkap dengan tanjak dan sampin sedang mengadakan latihan memanah di pinggir hutan Kampung Melayu Subang Tambahan, Shah Alam, pasti ada yang merasakan ia satu `kerja gila’.

Setiap Ahad bermula 8.30 pagi, ahli Kelab Memanah Keris Warisan Subang di bawah komuniti Pencinta Warisan Melayu Keriswarisan.com (Keris Warisan) akan berkumpul di sana dan melakukan latihan yang amat berbeza dengan sukan memanah moden.

Jika memanah moden lebih mengharapkan ketepatan sasaran dengan bantuan kecanggihan peralatan, memanah tradisional lebih mengharapkan kemampuan dan kebolehan diri pengguna dengan tidak mengharapkan peralatan canggih sebagai kekuatan utama, membuatkan ia lebih mencabar.

Latihan memanah tradisional Melayu amat lasak dan mempunyai lebih banyak teknik memanah seperti semasa bergerak, berdiri setempat, duduk, baring dan sebagainya, berbeza dengan memanah moden yang hanya memanah sasaran lurus dan tidak bergerak.


© Utusan Melayu (M) Bhd




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2014 05:44 PM | Show all posts
Old Mimbar, Poom-rieng Mosque (Chaiya, Thailand)










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2014 10:36 AM | Show all posts
Keris Melayu H.M.King Rama 4 royal tribute to Napoleon 3rd of France (1861)







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2014 05:32 PM | Show all posts
Pemahaman Busana Tradisional Melayu (Adat & Adab)



1. Pemakaian Baju Melayu telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer).. Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi.. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja..

2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan.. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki.. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar).. Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak..

3. Baju sikap / baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya.. Jadinya bukan semua orang boleh memakai baju sikap ini..

4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan.. puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan Di Raja.. Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana.. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang.. Begitu juga dengan lapisan ‘ tingkat ’ lipatan.. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya..

5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘ teluk belanga ’.. Baju cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja..

6. Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu.. golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya ‘Gunting Aceh’ yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘Gunting Cina’..

7. Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana.. di luar istana pula adalah ‘optional’.. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam style Orang Johor sekarang – Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di selit ke dalam kain).. Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat.. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu:

a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)

Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana kita terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya melihat cara ia berpakaian..










Credit : Muhammad Farul Azri Kuala Lumpur

http://blog.farulazri.com/



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2014 02:47 PM | Show all posts
Hukuman Penzina Pada Abad Ke 19






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:05 AM | Show all posts

Baju Pendek Lelaki Kelantan





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2014 08:04 AM | Show all posts
Tengkolok warisan Melayu



Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar shiddieqiin





TEKNIK lipatan dan membentuk tengkolok di lakukan dengan cermat.



TENGKOLOK, tanjak, atau destar, biar apapun nama yang diberi, ketiga-tiganya merujuk kepada kain ikat kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki.

Merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu sejak berkurun la.manya, tengkolok adalah warisan yang mencerminkan simbol kemuliaan dan masih diguna pakai sehingga hari ini.

Walaupun ia bukanlah aksesori yang dipakai secara harian oleh golongan lelaki Melayu hari ini, tetapi ia masih mempunyai kedudukan yang tinggi terutamanya dalam adat istiadat diraja.

Lazimnya, tengkolok dipakai bersama baju Melayu yang dilengkapi kain samping, keris, dan capal, malah aksesori kepala ini juga dipakai mengikut aturannya sendiri.

Jika dahulu tengkolok digunakan sebagai senjata dan alat pelindung diri bagi kebanyakan orang (untuk melibas bagi mengelak hunusan senjata ketika bertarung), hari ini selain dipakai dalam majlis-majlis rasmi atau kebesaran, ia juga dipakai sebagai perhiasan dalam busana pengantin.

Uniknya, seni pembuatan tengkolok dari setiap negeri adalah berbeza dan ia mempunyai nama-nama khas bagi membezakan setiap rekaan.

Malah ketika bertemu dengan pembuat tengkolok di ibu kota baru-baru ini, ternyata terlalu banyak informasi yang tidak diketahui berkaitan dengan tengkolok.

Tidak hanya mempunyai pelbagai reka bentuk, tengkolok yang dihasilkan turut mempunyai nama masing-masing mengikut negeri.

Menurut Kasman Yahya, 53, tidak semua orang, malah sekarang tidak ramai yang boleh membuat tengkolok, kerana ia memerlukan kemahiran walaupun pada dasarnya dilihat begitu mudah untuk membentuknya.

Tambahnya, tanpa kemahiran, tengkolok yang ingin dihasilkan tidak akan menjadi.

Untuk menghasilkan satu-satu tengkolok bukanlah tugasan mudah kerana kemahiran amat diperlukan untuk membentuk jenis-jenisnya.

Penghasilannya juga perlulah dilakukan secara berhati-hati kerana tengkolok mempunyai seninya tersendiri dan setiap pembuatannya perlu menitikberatkan beberapa syarat.

Antaranya, sebelah belakang tengkolok mestilah mempunyai secebis kain yang tegak atau disimpul ke atas.

Apa yang pasti, hari ini tidak ramai generasi muda yang tahu mengubah tengkolok apatah lagi untuk mempelajari membuatnya," ujar Kasman ketika ditemui di kedai jahitnya, Kas Tailor yang terletak di Wisma Yakin, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Bercerita mengenai cara gubahannya, jelas Kasman, ia bukanlah sekadar lipatan dan seni mengikat tanjak atau tengkolok juga tidak dilakukan sembarangan, sebaliknya turut dihasilkan mengikut kesesuaian sifat si pemakai.

Katanya, kebiasaannya, tengkolok digubah berdasarkan empat prinsip utama iaitu duka, tegas, megah, dan garang.

Malah terdapat juga gubahan yang direka untuk menaikkan watak berdasarkan permintaan si pemakai.

Menurut Kasman, proses pembuatan tengkolok ini sebenarnya mengambil masa sekurang-kurangnya satu hari untuk disiapkan dengan sempurna.

Bagaimanapun, sekiranya ada berlaku peristiwa-peristiwa tertentu seperti kemangkatan kerabat diraja, pihaknya berupaya menyiapkan tengkolok dalam masa kurang 24 jam.

Berbicara lebih lanjut mengenai penglibatannya dalam pembuatan tengkolok ini, tutur bapa kepada tujuh orang cahaya mata ini, dia mempelajarinya daripada bapa saudara yang juga merupakan seorang pembuat tengkolok.

Begitupun katanya, bukan mudah untuk belajar kerana tidak semua ilmu diperturunkan kepadanya.

Namun, dek kerana minat yang mendalam, dia curi-curi melihat bagaimana bapa saudaranya membuat tengkolok dan kadang kala belajar sendiri dengan membuka satu persatu ikatan yang telah terhasil lalu melipatnya semula sehingga mahir.

Lebih daripada 30 tahun berkecimpung dalam bidang itu, Kasman turut mendedahkan mood turut memainkan peranan penting dalam penggubahan tengkolok kerana ia akan menjadikannya lebih fokus.

Bercakap pula mengenai jenis fabrik yang digunakan, Kasman berkata, kebiasaannya ia dibuat daripada kain songket tetapi pada dasarnya apa juga jenis kain boleh digunakan.

Sebenarnya tengkolok yang dihasilkan lebih cantik sekiranya daripada songket, tetapi terserah kepada si pemakai untuk menggunakan fabrik jenis apa.

Malah tengkolok hari ini boleh dihasilkan mengikut reka bentuk serta cita rasa si pemakai itu sendiri dan ia boleh dipelbagaikan berdasarkan kreativiti," katanya lagi.

Menggunakan kain bersaiz 32 x 32 inci, Kasman menambah, kain tersebut akan dialas terlebih dahulu dengan kertas coklat sebelum ia dilipat menjadi bentuk segi tiga.

Penggunaan kertas coklat bertujuan sebagai alat sokongan supaya lipatan tengkolok ini menjadi lebih kukuh.

Seterusnya kain yang berbentuk segi tiga ini akan dijahit tepi sebelum ia digubah menjadi tengkolok.

Menghasilkan sehingga 20 tengkolok setiap bulan, Kasman berkata, harga satu-satu tengkolok mampu mencecah hingga ribuan ringgit dan ia bergantung kepada kualiti kain songket yang dipilih.

Mengikut kepercayaan, rekaan tengkolok biasanya berkait rapat dengan status si pemakai dan rakyat tidak boleh memakai bentuk tengkolok yang sama dengan bentuk tengkolok raja atau sultan.

Mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, usaha-usaha mempergiat seni pembuatan alat tradisional sebegini perlu diperluas agar warisan bernilai ini tidak hilang ditelan zaman.




© Utusan Melayu (M) Bhd











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2014 08:28 AM | Show all posts
Cara Pemakaian Tanjak/ Tengkolok / Destar










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2014 08:31 AM | Show all posts
KERAJAAN BUTON : KERAJAAN MELAYU DEMOKRATIK.



Mungkin ramai yang belum maklum tentang kerajaan Melayu buton yang terletak di tenggara Sulawesi ini. Buton adalah sebuah pulau yang terletak di sebelah tenggara Pulau Sulawesi. Pulau buton pernah tercatat sebagai sebuah kerajaan di dalam naskah Nagarakretagama karya Prapanca pada Tahun 1365 Masehi dengan menyebut Buton atau Butuni sebagai Negeri Keresian atau tempat tinggal para resi dimana terbentang taman dan didirikan lingga serta saluran air. Rajanya dipanggil sebagai Yang Mulia Mahaguru. Patih Gajah Mada dalam Sumpah Palapanya juga ada, menyebut nama Pulau ini.

Dipercayai kerajaan ini diasaskan oleh kelompok kaum bangsawan atau golongan elit dari luar yang digelar Mia Patamiana (si empat orang) yaitu Sipanjonga, Simalui, Sitamanajo, Sijawangkati yang dari sumber lisannya mereka dikatakan berasal dari Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke – 13. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa ada dikalangan orang besar tersebut adalah dari kerajaan Majapahit dan juga dari China selain Srivijaya atau Semenanjung. Pengaruh Melayu yang ketara di Buton dapat dibuktikan dengan penggunaan bahasa Melayu yang sangat meluas terutama bahasa Melayu Semenanjung iaitu dari Malaka, Johor dan Patani selain daripada bahasa Wolio.

Para pendatang awal Melayu ini dikatakan telah membina perkampungan yang dinamakan Wolio serta membentuk sistem pemerintahan tradisional dengan menetapkan 4 Limbo (Empat Wilayah Kecil) yaitu Gundu-gundu, Barangkatopa, Peropa dan Baluwu yang masing-masing wilayah dipimpin oleh seorang Bonto yang lebih dikenali dengan Patalimbona. Selain empat Limbo yang disebutkan di atas, terdapat juga beberapa kerajaan kecil seperti Tobe-tobe, Kamaru, Wabula, Todanga dan Batauga. Maka atas usaha dan inisiatif Patalimbona, kerajaan-kerajaan tersebut kemudian bergabung dan membentuk kerajaan baru iaitu kerajaan Buton dan menetapkan Wa Kaa Kaa (seorang perempuan yang bersuamikan Si Batara seorang yang berketurunan bangsawan Kerajaan Majapahit) menjadi Ratu I pada tahun 1332.

Sistem pemerintahan Buton tidak serupa dengan konsep kekuasaan di kerajaan-kerajaan lain di Nusantara. Struktur kekuasaan raja ditopang oleh dua golongan bangsawan: golongan Kaomu dan Walaka. Kuasa pemilihan Sultan berada di tangan golongan Walaka yang terdiri daripada Bonto atau Patalimbon tadi, namun yang menjadi Sultan harus dari golongan Kaomu. Jadi boleh dikatakan bahawa seorang raja dipilih bukan berdasarkan keturunan, tetapi berdasarkan pilihan yang terbaik. Hal ini menunjukkan bahawa bukan sistem kerajaan Minangkabau dan Negeri Sembilan sahaja yang bersifat demokratik, malah kerajaan Melayu Buton juga dilihat sangat demokratik dalam membentuk kerajaan.

Kelompok Walaka atau para Bonto memiliki tugas untuk mengumpulkan waris-waris terbaik untuk dilatih dan dididik sehingga calon-calon raja ini memiliki ilmu yang cukup ketika berkuasa nanti. Selain itu sistem pentadbirannya juga boleh dikatakan terkehadapan dari zamannya. Sistem pentadbiran kerajaan Buton dibahagi kepada tiga. Sara Pangka sebagai lembaga eksekutif, Sara Gau sebagai lembaga legislatif, dan Sara Bhitara sebagai lembaga judikatif. Hal ini menunjukkan bahawa sistem ini sudah muncul seratus tahun sebelum Montesquieu mencetuskan konsep TRIAS POLITICA.

Dalam Sejarah Buton telah tercatat dua fasa penting iaitu masa Pemerintahan Kerajaan sejak tahun 1332 hingga pertengahan abad ke – 16 dengan diperintah oleh 6 orang raja diantaranya 2 orang raja perempuan yaitu Wa Kaa Kaa dan Bulawambona. Kedua-dua raja perempuan ini membuktikan bahawa sejak dahulu lagi darjat kaum Hawa sudah mendapat tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu Buton. Fasa kedua pula adalah semasa Pemerintahan Kesultanan sejak masuknya Islam ke Kerajaan Buton pada tahun 948 Hijriah ( 1542 M ) iaitu zaman pemerintahan Laki La Ponto sebagai Sultan Buton I dengan Gelaran Sultan Murhum Kaimuddin Khalifatul Khamis hingga zaman pemerintahan Muhammad Falihi Kaimuddin sebagai Sultan Buton ke – 38 yang berakhir pada tahun 1960.

Sejarah umum menyatakan, bahawa Kerajaan Bone di Sulawesi lebih awal menerima Islam yang dibawa oleh Datuk ri Bandang yang berasal dari Minangkabau sekitar tahun 1605 M. Sebenarnya Sayid Jamaluddin al-Kubra lebih dulu sampai di Pulau Buton, iaitu pada tahun 815 H/1412 M. Ulama tersebut diundang oleh Raja Mulae Sangia i-Gola dan baginda terus memeluk Islam. Lebih kurang seratus tahun kemudian, Syeikh Abdul Wahid bin Syarif Sulaiman al-Fathani yang dikatakan datang dari Johor pula telah datang berdakwah. Baginda berhasil mengislamkan Raja Buton yang ke-6 sekitar tahun 948 H/ 1538 M. Selain pendapat yang menyebut bahawa Islam datang dari Johor, ada juga pendapat yang menyebut bahawa Islam datang ke Buton dari Ternate.

Tambahan lagi, apa yang unik tentang bidang kehakiman masyarakat Melayu Buton ialah, hukuman yang dilaksanakan adalah sangat tegas dan tidak membezakan diantara pemerintah mahupun rakyat. Hal ini dapat dilihat daripada 38 orang Sultan yang memerintah Buton , ada 12 orang Sultan yang menyalahgunakan kekuasaan dan melanggar sumpah kerajaan, akibatnya mereka telah dihukum. Salah seorang daripadanya iaitu Sultan ke VIII yakni Sultan Mardan Ali, yang telah dijatuhkan hukuman mati dengan cara leher dililit dengan tali hingga meninggal yang dalam bahasa wolio dikenali dengan istilah digogoli .

Selain itu kerajaan Buton juga terkenal dengan binaan kubu pertahanannya. Antara yang terkenal ialah Benteng Keraton Buton yang dibina pada abad ke-16 oleh Sultan Buton III bernama La Sangaji Sultan Kaimuddin (1591-1596). Pada masa pemerintahan Sultan Buton IV yang bernama La Elangi atau Sultan Dayanu Ikhsanuddin, benteng berupa longgokan batu tersebut diperkukuh dan diperbesarkan. Benteng ini memiliki 12 pintu gerbang yang disebut Lawa dan 16 lubang meriam yang mereka sebut Baluara. Kerana letaknya di puncak bukit yang cukup tinggi dengan lereng yang cukup curam, membolehkan ianya dijadikan tempat pertahanan terbaik.

Kerajaan ini bertahan sehingga 600 tahun namun setelah kematian Sultannya yang terakhir, Kesultanan ini sudah tidak wujud dan menjadi sebahagian daripada wilayah Republik Indonesia. Daripada penulisan ini jelas bahawa bangsa Melayu Nusantara ini sebenarya adalah sangat bijak dan hebat dalam ilmu pentadbiran.

Kita boleh lihat kebijakan ini dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Buton dan tidak lupa juga Kerajaan Negeri Sembilan di Semenanjung yang boleh dikatakan sebagai kerajaan Melayu yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pentadbiran negeri dan pemilihan pemerintah. Sekian, wallah hu a’lam.


Sumber :

•Mengenal Kerajaan-Kerajaan Nusantara, Deni Prasetyo, 2009.
•Kerajaan tradisional Sulawesi Tenggara: Kesultanan Buton, Susanto Zuhdi, G. A., Departmen Pendidikan dan Kebudayaan RI, 1996.


- Al Semantani Jones -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2014 07:23 PM | Show all posts
SRI LANKA PERNAH DIJAJAH MELAYU



Lebih kurang dua ratus tahun setelah seorang putera Melayu dari kerajaan Tambralinga atau Sri Dharmaraja menjadi pemerintah dan pengembang empayar Angkor di Kemboja, seorang lagi Raja berdarah Melayu dari negeri Melayu Segenting Kera ini telah membuktikan supremasi bangsa Melayu di peringkat antarabangsa. Nama beliau ialah Dharmaraja Chandrabanu dan beliau telah menyerang Pulau Celyon atau Sri Lanka yang letaknya 1300 batu dari kerajaanya sebanyak dua kali berturut-turut. Hal ini mungkin adalah sesuatu yang dianggap mustahil oleh golongan yang mengalami inferioriti yang senentiasa menganggap Melayu adalah bangsa yang lemah dan tidak ubah macam suku-suku asli lain.

Begitu juga golongan Chauvinist India yang sentiasa menganggap semua kebudayaan, kebijaksanaan dan ketamadunan yang dikecapi orang Melayu adalah hasil daripada kolonialisasi bangsa mereka ke atas negeri-negeri Melayu di Asia tenggara. Mereka menganggap bahawa bangsa Melayu tidak mampu menyaingi bangsa lain apatah lagi bangsa dari benua kecil India dan sekitarnya yang dianggap sebagai ‘ Highly Civilized People ’. Namun itulah hakikatnya, bangsa ‘ Malay ’ ini bukan sahaja mampu untuk berlayar di lautan luas sehingga ke teluk Aden dan Madagaskar tetapi juga mampu menakluki benua dan negara lain.

Ianya bermula apabila Chandrabanu berjaya membebaskan diri daripada penguasaan kerajaan Srivijaya pada tahan 1230 dan terus mengembangkan kekuasaannya. Baginda juga telah menakluk sebuah lagi kerajaan Melayu di Segenting Kera iaitu Grahi dan memerintahnya selama 40 tahun. Dalam pada masa inilah beliau telah menyerang Sri Lanka. Dalam catatan dari rekod-rekod Sri Lanka, orang –orang Melayu yang menyerangnya di panggil sebagai JAVAKAS atau Malakas iaitu panggilan khas oleh masyarakat India dan Ceylon terhadap bangsa-bangsa di seluruh kepulauan Melayu. Kali pertama baginda melanggar Sri Lanka adalah pada tahun 1247 untuk mendapatkan sebuah patung Buddha yang bernama Pra Sihing yang dianggap keramat dan disimpan oleh kerajaan Sri Lanka.

Baginda telah menawan bahagian utara pulau tersebut dan memerintahnya buat beberapa lama. Namun demikian baginda tidak dapat menawan terus Raja Sri Lanka Parakramabahu ii di kotanya di Anuradapura. Bagi mendapat sokongan dan mengambil hati masyarakat tempatan Sri Lanka, beliau telah membina candi-candi dan lain-lain kemudahan yang memberi faedah terhadap agama Buddha. Baginda telah berjaya dalam mencapai matlamatnya ini. Hal ini sekali lagi menunjukkan sikap toleransi dan diplomasi bangsa Melayu terhadap bangsa lain. Peristiwa ini juga boleh dilihat dari sudut kepimpinan dan kebijaksanaan pemimpin Melayu dalam mengatur strategi politik.

Setelah beberapa lama, beliau pun meninggalkan Sri Lanka dan pulang ke Tambralinga. Beliau telah meninggalkan anaknya sebagai Gabenor bagi orang-orang Melayu dan penduduk tempatan di utara Sri Lanka. Pada tahun 1258 dan 1263, Sundara Pandya, seorang raja di India selatan telah menyerang dan menakluki utara Sri Lanka termasuklah kawasan-kawasan yang berada di bawah penguasaan orang Melayu. Anak Chandrabanu telah ditawan oleh raja tersebut. Bagi membebaskan anaknya Chandrabanu telah menyerang buat kali keduanya pada tahun 1270/1271M dengan bantuan dari askar-askar sebuah lagi kerajaan India selatan yang bermusuh dengan kerajaan Pandyan iaitu Chola. Jika Srivijaya sebelumnya bermusuhan dengan Chola, Chamdrabanu nampaknya mengambil langkah yang berbeza. Lagipun pada waktu tersebut kekuatan Chola sebenarnya sudah semakin sirna.

Baginda telah mendarat di Mahathirta satu tempat diutara pulau tersebut. Setelah berjaya mengalahkan beberapa pasukan tentera Sri Lanka akhirnya baginda sendiri mendapat kekalahan di Yapavu di tangan Vijayabahu iaitu putera Raja Sri Lanka. Walaubagaimanapun Chandrabanu dapat melepaskan diri dan balik ke Tambralingga. Sesungguhnya kekalahan ini telah menyebabkan kerajaan Tambralingga menjadi lemah akibat daripada perbelanjaan yang besar bagi membiayai peperangan tersebut.

Akhirnya Tambralingga tidak dapat menahan serangan dari bangsa Thai 20 tahun kemudiannya. Pada 1294 Tambralinga telah menjadi jajahan takluk Sukhothai secara langsung. Walaupun sesetengah sarjana berpendapat tindakan baginda menyerang Sri Lanka bukanlah suatu langkah yang bijak, namun kita patut menyanjungi keberanian dan semangat serta cita-cita yang ditunjukkannya. Beliau bukan sahaja telah berjaya melakukan penyerangan terhadap sebuah kerajaan di luar batas georafi Nusantara malahan telah berjaya meletakkan sedikit sebanyak pengaruhnya di pulau tersebut dengan projek-projek pembinaan dan kerja awam yang beliau laksanakan.

Selain itu kita juga patut melihat peristiwa ini sebagai suatu kejayaan dalam perhubungan antarabangsa dimana beliau berjaya mengikat persekutuan dengan kerajaan Chola bagi sama-sama menyerang Pandyas. Kesan dan jejak-jejak pemerintahan orang Melayu di Sri Lanka masih wujud hingga sekarang dimana banyak nama tempat yang dikaitkan dengan Melayu atau Javakas. Sekian. Wallah hu a’lam.


• Fujita Kayoko, Anthony Reid, Offshore Asia: Maritime Interactions in Eastern Asia before Steamships, Singapore. 2013.
• Ahmad Jelani Halimi , Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu,Utusan Publication, Kuala Lumpur. 2008.
• Abdul Rahman Haji Abdullah, Kay Kim Khoo, Yusoff Iskandar, Asia Tenggara Tradisional: politik dan kebudayaan, Teks Publishing. 1985.


- Al Semantani Jones -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 12:19 PM | Show all posts
HangPC2 posted on 10-4-2014 10:47 AM
Traditional Malay (Southern Thailand ) Circumcision Ceremony

menarik la adat sana...sayangnya selatan thai tu bukan milik kita...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2014 04:37 PM | Show all posts
The Flags of the Malay Peninsula




















Sources : Published in the Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, No. 75, April, 1917.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2014 02:02 AM | Show all posts
RAJA SRIVIJAYA DIPUJA SEBAGAI DEWA



Om Namo Photisat Jatukam Ramadhewa Srimaharacha Chulamanee Woramadhewa Sriwichai Prasamati Dhewaracha Photisat PangpakarnSuriya

Chantra Chantarapanu

Nillaracha Dhewakuru Racha Puroheta Mahaprasit Chaiyalapa Swaha



Mungkin dalam bahasa Sanskritnya atau Melayu kuno berbunyi begini : Om Nama Bodhisatva Jatukama Rama Deva Sri Maharaja Culamani Warmadeva Srivijaya Prasamati Devaraja Bodhisatva Pangkarana Surya Chandra Chandrabanu Nilaraja Devakuru Raja Mahaperita Jayalapa Svaha.

Jatukham Ramathep, satu nama yang sangat asing bagi kita malah bagi sesiapapun yang tidak mengetahui bahasa Thai. Malahan nama ini juga adalah tidak popular di Thailand sebelum tahun 1987. Pada tahun 1987 seorang pegawai polis bersara bernama Phantharak Rajjadej telah mendedahkan rahsia kejayaan beliau menangkap penjenayah dengan mudah dan dapat menyelesaikan kes-kes berat dengan pantas. Beliau juga berkata rahsia tersebut membuatkan beliau masih kuat dan sihat walaupun sudah lanjut usianya. Beliau mendedahkan bahawa selama ini beliau mengamalkan penyembahan kepada dewa khas Wilayah Nakhon Sithammarath iaitu Jatukham Ramathep. Ada apa dengan Jatukham Ramathep ? Mengapa ia begitu istimewa dan dianggap begitu hebat oleh pesara polis Buddha tersebut ?

Pada tahun 1986 seorang Mejar Jeneral telah menghadiri suatu upacara keagamaan di sebuah kuil di Wilayah Nakhon Sithammarath. Dalam upacara itu seorang medium atau perantara roh telah diresapi roh seorang raja pahlawan pada zaman kegemilangan Negara Sri Dharmaraja iaitu Jatukam. Melalui medium atau perantara tersebut beliau disuruh mendirikan sebuah tiang tugu untuk kota Nakhon Sithammarath. Namun beliau juga disuruh merujuk kepada seorang tua yang tahu akan ilmu-ilmu khas bagi mendirikan tugu tersebut serta upacara membuatnya. Orang tersebut adalah pesara polis Phantharak Rajjadej.

Tugu tersebut akhirnya siap dibina pada tahun yang sama dan pada tahun 1987 dengan panduan yang diberikan oleh Phantharak Rajjadej maka sebuah azimat berbentuk bulat dibuat khas yang mempunyai ukiran Jathukam Ramathep diatasnya. Sejak dari peristiwa itu akhirnya nama tersebut menjadi buah mulut seluruh rakyat Thailand dan mereka semua inginkan kesejahteraan dan keselamatan seperti yang telah dikecapi si pesara polis tersebut. Maka berbuyung-buyunglah orang datang kekuil dimana ianya dibuat sehingga harganya melambung tinggi. Sehingga kini harga tertinggi yang pernah dibayar seseorang untuk mendapatkan azimat ini adalah melebihi 1 juta bath.

Namun persoalannya siapakah Jatukham Ramathep ini ? betulkah dia seorang raja kerajaan Negara Sri Dharmaraja ? Jika semua persoalan ini benar maka sudah semestinya si raja adalah seorang Javaka atau Melayu ! Hal ini kerana Negara Sri Dharmaraja adalah sebuah kerajaan Melayu pada zaman dahulu sebelum ditakluki oleh Sukhotai dan Ayuthiya. Dan kita juga sudah tahu bahawa kerajaan Melayu segenting kera ini juga mempunyai pertalian yang sangat rapat dengan Srivijaya. Oleh itu kajian ini adalah sangat penting untuk kita. Kita juga akan tahu betapa besarnya impak Srivijaya dan kekuasaan Thalasocrasinya terhadap orang-orang Thai sehinggakan mereka sendiri sanggup menyembah seorang raja yang berlainan bangsa dengan mereka. Tetapi siapa dia ? Pewaris Siwichai ?

Banyak versi mengenai siapa sebenarnya Jatukham berlegar di seluruh Thailand. Salah satu daripadanya ialah versi dua dalam satu. Apa yang dimaksudkan dengan dua dalam satu ? Yang dimaksudkan dengan dua dalam satu adalah Jatukam itu sendiri. Sebenarnya menurut lagenda orang-orang Thai Jatukham Ramathep adalah dua orang adik beradik iaitu satunya Inthara Sairen dan seorang lagi Inthara Khao Kheo. Mereka berdua dikatakan sebagai anak kepada Raja Jantharaphanu (Chandrabhanu), yang memerintah Sri Dharmasokaraja, yang dianggap orang thai sebagai pusat bagi empayar Siwichai atau Srivijaya.

Menurut lagenda tersebut lagi akibat daripada ketiadaan ayahanda mereka selama 20 tahun kerana melancarkan perang di selatan India atau Sri Lanka, kerajaan Sri Dharmaraja menjadi lemah. Oleh hal yang demikian kedua adik beradik ini telah menubuhkan sebuah pusat pemerintahan yang baru di Chang Khom Sirithammarat yang sekarang berada di kota Nakhon Sithammarath. Dua beradik tersebut juga dikatakan telah menamakan semula kerajaan mereka sebagai Siwichai Suphannabhumi.

Satu lagi versi lagenda asal usul Jatukham Ramathep mengatakan bahawa dia adalah Chandrabanu sendiri. Mengikut catatan yang terdapat di wat tertentu di Nakhon Sithammarath, Jatukham Ramathep digelar oleh masyarakat selatan Thai sebagai KING OF THE SOUTHERN SEA. Beliau digambarkan sebagai seorang pahlawan yang gagah dan berkulit gelap. Beliau juga digelar sebagai Raja Hitam Penguasa Laut Selatan atau Phraya Pungparn.

Kononnya beliau berjaya bermeditasi hingga mencapai tahap nirvana dan bersatu dengan Buddha. Oleh sebab itulah dia disembah oleh masyarakat Buddha selatan Thai. Tapi ini semua menurut kepercayaan mereka yang beragama Buddha. Maka betul lah kata orang cerdik pandai, dari peristiwa menjadi sejarah, dari sejarah menjadi lagenda dari lagenda menjadi mitos dan jika tidak direkod dan dikaji dengan betul oleh anak cucu cicit maka jadilah dongeng tok nenek ala merong. Jadi versi mana sebenarnya yang betul?

Namun apa yang pasti mengenai Jatukham adalah baginda seorang elit Melayu yang disembah tahap dewa oleh orang-orang Buddha Thai. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana jika dia Chandarbanu maka tokoh ini bukan lagi asing bagi kita dan kita memang tahu perkaitan tokoh ini dengan wilayah bekas jajahan Srivijaya iaitu Tambralingga atau Ligor. Jika bangsa asing boleh menghargai sejarah nenek moyang kita mengapa tidak kita?

Bukanlah saya menyuruh anda semua mendewa-dewakan atau menyembah tokoh sejarah semacam yang dilakukan kaum kafir ini. Cukup sekadar penghargaan dengan mengetahui dan menyedari betapa hebat dan pentingnya sejarah dan pendidikan sejarah kepada jati diri anak-anak Melayu Nusantara. Kita perlu tahu bahawa bangsa kita mempunyai raja-raja dan kerajaan-kerajaan hebat pada zaman kuno Hindu-Buddha dan tidak sekadar kerajaan Melaka dan para sultannya sahaja. Sejarah Melayu itu amat purba melakaui ribuan tahun dan bukan bermula pada tahun 1400-an. Sekian, wallah hu a’lam.



Sumber :-


• http://www.nationmultimedia.com/ ... tional_30032023.php
• Rachelle M. Scott, Nirvana for Sale? Buddhism, Wealth, and the Dhammakaya Temple, SUNY Press, 2009.
• Stuart C. Munro-Hay, Nakhon Sri Thammarat: The Archeology, History and Legends of a Southern Thai Town, White Lotus Press, 2001.



- Al Semantani Jones -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 06:03 PM | Show all posts
PROPHET MUHAMMAD OWNED A KRIS-LIKE SWORD





In 1154 AD al-Idirisi, an Arab traveller and geographer wrote in his book ' ar-Rujjar ' :


" The people of Zabag (Javaka : Srivijaya or Old Kedah) went to the land of Sofala (in modern Mozambique) and exported iron. From there, they brought the supplies to the whole Hindia. No iron can challenge their iron in terms of quality and sharpness.




Pedang (qala'i) '' Al-sayf al-Qadaram @ al-sayf al-Hind " (Pedang Kedah @ Pedang Hindi)


One of Prophet Muhammad SAW sword named al-Qal'iy. The name indicates that it was forged in the land named ' Kalah ' , which is the Arabic and Persian name for modern Kedah. See how the sword wavery style resembles a shape of a long kris .




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 1.225262 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list