CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam

  [Copy link]
 Author| Post time 18-9-2017 12:54 PM | Show all posts
Astro Awani - Khazanah Kita (Dokumentari)






























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2017 02:56 AM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 27-10-2017 11:06 PM

Kuil Menara Po Rome (Sultan Nik Mustafa)


Di Panduranga (Phan Rang), Vu Bon Vietnam



Kelantan (Kelantan Annals), a Cham prince arrived in Kelantan in the mid-seventeenth century who was known as Nik Mustafa. After residing in Kelantan for many years, he returned to Champa and was made king, reigning with the title of Sultan Abdul Hamid. Another Cham ruler who is believed to have been Muslim was Po Rome’s son, Po Saut (1660–1692), the last ruler of independent Champa. He used the Malay title “Paduka Seri Sultan” in a letter he sent to the Dutch governor at Batavia in 1680. In 1685, he requested a copy of the Quran from Father Ferret, a French missionary serving in Champa.









Makam Puteri kelantan Isteri Po Rome atau Sultan Nik Mustafa (Po Rome) di Champa














Sumber : Rasmin Nititham


https://www.facebook.com/rasmin.nititham.9


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2017 10:56 PM | Show all posts
PENGGAWA (PANGLIMA) BUGIS



Artwork : La Bougiez






Artwork : Jefri Din (JetAeroplane)




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2017 12:22 AM | Show all posts
FUNAN : EMPAYAR MELAYU TERAWAL







Funan, nama yang dinyatakan dalam Rekod Dinasti Liang (Liang-shu) adalah sebuah negara melayu yang gemilang, yang akhirnya menjadi sebuah empayar dengan wilayah takluk yang besar.

Nama Funan atau Fou-nan adalah slang cina kepada nama negara tersebut, yang mana kebanyakan sarjana sejarah berpendapat Nama Sebenar Kerajaan tersebut ialah " Bnam " atau Phnom dalam bahasa melayu dan khmer kuno yang membawa maksud gunung. Nama Phnom ini masih digunakan di Kemboja dengan ibukota Phnom Pehn.

Sebelum wujudnya Funan, terdapat beberapa kota melayu yang telah wujud, dengan gelaran raja-rajanya Ku atau Kun atau Hun. Antara yang disebut dalam Kronik Liang tersebut, sama ada wujud terlebih dahulu mahupun wujud seiring dengan Funan termasuklah Negara Ki (atau Kiao), Tun-sun, Pi-kien, Lin-yi dan sebagainya.

Negara Ratu Soma atau Mayang Mengurai


Daripada sebuah negara kecil yang diperintah oleh Ratu Soma atau Liu-ye (Liu = Niu : Nyiur atau kelapa dalam bahasa melayu kuno memungkinkan namanya ialah Mayang Mengurai), Seorang Ratu yang dilagendakan sebagai Anak Raja Naga. Sewaktu pemerintahan baginda, negara kecil itu menjadi makmur dan berkembang pesat sebagai sebuah negara yang berdaya saing.

Walaubagaimanapun, masyarakat Funan di masa itu tidak berpakaian. Hipotesis admin, mereka hanya memakai daun-daun atau kulit pokok sebagai cawat. Muzium hidup pakaian secara Funan ini masih boleh dilihat dalam masyarakat Kaum Penan yang tinggal secara tradisional di pedalaman Sarawak.

Mungkin jumlahnya kecil kerana ramai kaum Penan yang telah mengenakan pakaian (berbaju-T) mengikut arus kemodenan negara. Masyarakat Funan bukanlah bertelanjang sepenuhnya, cuma tidak memakai baju. Hal ini kerana dalam catatan K'ang T'ai dan Zhung Yi, dikatakan pakaian Funan sama dengan Lin-yi (Champa).

Terdapat banyak pendapat lokasi asal Kerajaan Ratu Liu-ye ini. Ada yang menyatakan asalnya di Kuala Sungai Mekong, iaitu di Selatan Kemboja moden, bertepatan dengan Pusat arkeologi Angkor Borei. Ada juga yang berpendapat bahawa Ibukota asal kerajaan tersebut di Lembangan Sungai Chao Phraya, tidak kurang juga ada yang berpendapat ia terletak di Leher Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Petchaburi.

Tapak asal ibukota kerajaan Liu-ye tidak dapat dipastikan, namun kota Vyadhapura yang dikunjungi oleh dua pengembara China itu dikatakan terletak lebih 3000 li ke arah barat daya Lin-yi (Champa). 1 li: 418m atau 0.418m di zaman tersebut (dinasti Wu).

Oleh itu, jarak ibukota Funan ialah lebih 1254 km. Jika dilihat daripada peta moden, didapati jarak antara Indrapura (Quang Nam Province, Vietnam) ke Angkor Borei (Vyadhapura mengikut pendapat Vickery, 1996), jaraknya ialah 1,003 km sahaja. Walaubagaimanapun, jalanraya di zaman lampau mungkin lebih panjang kerana menyusuri sungai dan kurang jambatan seperti jalanraya moden. Ibukota Funan di zaman itu berkemungkinan besar Angkor Borei.

Hal ini bertepatan dengan penemuan tapak arkeologi Bandar Pelabuhan Oc Eo dan jarak antara Pelabuhan dengan Vyadhapura ialah 500 li (209km). Terdapat sebuah terusan purba yang menghubungkan pelabuhan Oc Eo dengan Angkor Borei memendekkan perjalanan dari Oc Eo ke Angkor Borei.

Pusat Pentadbiran Funan


Pusat Pentadbiran Funan di awal pemerintahan Ratu Soma tidak dapat dipastikan dengan tepat. Terdapat beberapa tapak yang dicadangkan sebagai ibukota Funan dari awal pemerintahan Liu-ye. Antara yang popular ialah Ba Phnom, Angkor Srei, Angkor Borei, Preah Pathom dan Oc Eo (Daerah An Giang, Selatan Vietnam moden). Pada pendapat admin, kota yang paling mungkin ialah di Oc Eo kerana semasa kedatangan Hun-tian, tentera Ratu Soma dengan ratunya belayar ke tengah lautan untuk bertempur dengan tentera Hun-tian. Namun, Hun-tian dengan mudahnya menewaskan angkatan tentera Liu-ye dan akhirnya berjaya mengahwini Liu-ye.

Pemerintahan diserahkan kepada Hun-tian, yang memindahkan pemerintahan jauh ke pedalaman Sungai Mekong. Keadaan ini berkemungkinan kerana Hun-tian mahu memastikan negara Funan selamat dari ancaman negara-negara selatan. Hun-tian yang berasal dari Kiao, mungkin dari Wilayah Kelantan (Kha-la-tan) atau Langkasuka (Pattani). Kiao, Jiao atau Xiao ada persamaan nama dengan Lang-Xia-shu atau Langkasuka. Dari perkahwinan mereka, lahirlah Hun-pan-kuang, raja Funan ketiga, yang mewarisi tujuh negarakota dalam Funan (melalui penaklukan dan diplomasi denga adik-beradik yang lain). Dengan Vyadhapura sebagai ibukota yang kekal sehingga ditakluki oleh Chenla dari utara.


Budaya Funan


di awal Funan, iaitu di zaman Liu-ye, masyarakat Funan tidak berpakaian, atau hanya memakai cawat dari kulit pokok bagi melindungi kemaluan sahaja. Lelaki mahupun perempuan tidak mengenakan pakaian.

Kemudian, kedatangan Huntian merubah pola pemakaian Funan, dengan wanita disuruh menutup tubuh menggunakan kain yang ditebuk lubang di tengah-tengah untuk dimasukkan ke dalam kepala, sementara lelaki masih tidak berpakaian.

Cara pemakaian ini kekal sehingga 200 tahun. Budaya Funan juga suka bertatu di badan dan ia masih diamalkan di seluruh kepulauan melayu dan Austronesia, kecuali yang telah memeluk islam seperti melayu.

Selepas kedatangan K’ang T’ai dan Zhu Ying, mereka memperkenalkan kain Hengfu (Hanfu) yang dijadikan kain sarung kepada lelaki dan perempuan. Budaya menjahit bermula dari zaman ini dengan jahitan kain hengfu (Hanfu) dan dinamakan sarung oleh masyarakat tempatan. Kain hengfu (Hanfu) atau gangman digunapakai sehingga zaman Liang dan Jin, namun mengalami beberapa transformasi berpakaian.

Orang yang kaya akan mengenakan sarung dari kain kapas yang mahal dan diimport dari China. Orang yang miskin akan mengenakan sarung dari kain belacu yang murah dan dibuat di Funan. Kain sarung ini mungkin diwarisi kepada kita dalam bentuk kain batik dan kain pelikat. Jika kita melihat baju kurung melayu, kita akan dapati ia ibarat kain yang ditebuk di kepala dan dijahit disisi kain tersebut. Mungkin baju kurung adalah transformasi dari baju yang diperkenalkan oleh Hun tian tadi.


Funan dan pelabuhan Oc Eo menjadi pelabuhan entreport, dengan pertukaran pelbagai jenis barangan dari timur ke barat. Produk asli Funan pula termasuklah emas, perak, timah, batu jade, gading, burung kakak tua dan gaharu. Negara Funan menjadi kaya dengan perdagangan, pelabuhan yang pesat (terdapat 90 bangunan yang telah diekskavasi di Kota Pelabuhan Oc Eo) serta ufti dari negara-negara bawahan.

Funan adalah lambang kepada Perbandaran Proto yang wujud dan dikesan di saat ini, sebelum penemuan Tamadun Sungai Batu. Terdapat tembok-tembok Batu di istana dan kediaman pembesar, bangunan-bangunan batu dari blok pentadbiran, kediaman dan rumah ibadat, serta tembok-tembok kayu (palisade) atau tanah mampatan di sekitar kampung-kampung dan rumah-rumah yang diperbuat daripada kayu.

Terdapat terusan purba yang menghubungkan Oc Eo dengan Angkor Borei, yang memendekkan perjalanan dari lebih kurang 200 km dalam Sungai Mekong kepada lebh kurang 90 km sahaja. Sistem bekalan air pula ialah pembinaan kolam-kolam air yang berpusat dan digunakan oleh lebih kurang 10 keluarga bagi satu kolam air.


Dari segi agama dan kepercayaan, di awalnya Funan menganut ajaran animisme, kemudian mereka menganut ajaran Hindu (Sivaism), sebelum diubah kepada Buddha di zaman Rudravarman. Namun, Bhavavarman menukar kembali ajaran Hindu sebagai agama rasmi Funan.

Sistem hukuman di Funan sangat teruk. Tiada penjara di Funan, orang yang melakukan kesalahan sama ada melecur teruk di tangan (mencuri) kerana disuruh memegang kapak yang panas atau emas yang diletakkan dalam telur yang mendidih (dalam air mendidih) atau mati dimakan buaya atau harimau. Oleh itu, msayarakat Funan tidak berani membuat jenayah.

Kejatuhan Funan

Setiap tamadun pasti ada jatuh bangunnya. Funan pula merupakan wilayah yang besar dan sering berlaku revolusi sosial, namun ia tidak melenyapkan terus empayar yang besar itu. Wilayah-wilayah bawahan seperti Tun-sun, Lin Yang, Pegu, Dvaravati dan Chenla masih menghantar ufti dan tunduk kepada penguasaan Funan.

Namun, serangan Bhavavarman dan Citrasena di tahun 544-545M yang berkemungkinan berlarutan hingga 5 tahun menyebabkan Funan mengalami kemerosotan. Apatah lagi, selepas Bhavavarman menaiki takhta pada 550M dan menukar Funan kepada Khmer, banyak wilayah-wilayah Funan memerdekakan wilayahnya sebelum ditakluk kembali oleh Suryavarman.

“ Kalau Roboh Kota Vyadhapura,
Tembok di Pan Pan kami dirikan ”

Begitulah agaknya ungkapan Rudravarman yang berjaya melarikan diri ke Panpan dan bersama-sama dengan penguasa asal Panpan membuka empayar baru berbentuk maritim iaitu Empayar Tanah Merah (Chihtu).





- Nizam GTZ -

http://nizamgtz.blogspot.my/



Sumber :


1) 2012, Takashi Suzuki, History of Srivijaya, Under The Tributary Trade System of China, JPCA

2) 2003, Michael Vickery, Funan Reviewed : Deconstructing the Ancients, Bulletin de l'Ecole française d'Extrême-Orient.

3) 2006, Miriam T. Stark, From Funan to Angkor, Collapse and Regeneration in Ancient Cambodia, The University of Arizona Press

4) 1966, Megumu Honda, The Han-Chey Inscription of Bhavavarman, Journal of Indian and Buddhist Studies, The Japanese Association of Indian and Buddhist Studies.

5) 2014, John Guy, Lost Kingdoms: Hindu-Buddhist Sculpture of Early Southeast Asia, Metropolitan Museum of Art.

6) 2004, Charles F. W. Higham, Encyclopedia of Ancient Asian Civilizations, Facts On File, Inc.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2017 05:26 PM | Show all posts
TANJAK / DESTAR / TENGKOLOK ALAM MELAYU









Ilustrasi : Mohd Agg (Ageg77)



Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 06:47 PM | Show all posts
HangPC2 replied at 19-11-2017 12:22 AM
FUNAN : EMPAYAR MELAYU TERAWAL

saja tanya betulka empayar melayu terawal itu wujud dna benar adanya bukan setakat tafsiran dari pensyarah malaysie sahaje??

kalau betul ade video peninggalan sejarah sebarang inrkipsi peninggalan kerajaan  macam ini tak??

[youtube]0qUqfl9ja-Q[/youtube]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2017 02:29 PM | Show all posts
Pakaian lama tradisi rumpun Malayo-Polinesia




Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 02:31 PM | Show all posts
Asal Usul baju Melayu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2017 02:32 PM | Show all posts
Seni Lipatan Tengkolok Melayu





Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 02:33 PM | Show all posts
Tanjak Urban Tutorial

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 03:34 PM | Show all posts
'Tengkolok bukan pakaian purba'

Fairuz Jumain, Riduan Ashaha, Janatul Firdaus
16 Oktober 2017




PERKEMBANGAN teknologi dan pengaruh luar yang memisahkan budaya Melayu kini semakin membimbangkan.

Ramai budayawan dan pakar sejarah mula menyuarakan kerisauan bahawa bangsa Melayu akan kehilangan budaya jika sesuatu tidak dilakukan mulai hari ini.

Anak-anak muda pula semakin menjauhi diri dari budaya mereka, malah ada yang mengakui malu dilahirkan sebagai Melayu! Kenapa ini berlaku? Di mana silap kita?

Bagaimana kuatnya cabaran hari ini dan masa depan, ia tidak menghalang segelintir anak-anak Melayu memartabatkan budaya mereka terutama dalam konteks berpakaian.

Hari ini juga, kita lihat ada anak-anak muda bertengkolok dan berbusana lama Melayu 'bersiar-siar' di KLCC, lepak bersama rakan dan mula mendapat rentak semula.



Tular di laman sosial ada pemilik warung mengenakan busana tradisonal. Begitu juga dengan artis, mereka turut memainkan peranan penting dalam usaha memartabatkan kembali budaya Melayu. Ramai lelaki memakai tengkolok bukan sahaja di majlis perkahwinan tetapi lokasi lain.

Walaupun usaha ini murni dan mengangkat martabat budaya, namun setiap pakaian Melayu mesti ada tertibnya.

Apabila berbicara mengenai tengkolok, pasti terlintas di fikiran kita figura sultan, bangsawan, pendekar serta lelaki zaman dahulu kala.

Tetapi kini, aksesori itu kembali dipakai rakyat biasa secara harian tanpa janggal malah penuh kebanggaan.

Layak digelar 'trendsetter', Khairil Ridzwan Annuar, 39, atau lebih popular dengan nama Loque menggayakan tengkolok kontemporari sekali gus memadam ideologi dan mentaliti jumud orang kita yang menganggap tengkolok ialah pakaian purba.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini terkenal dalam industri muzik tanah air sejak 1990-an bersama kumpulan Butterfingers yang membawa genre grunge.

Kini Loque mengubah haluan muzik yang berbeza genre menerusi kumpulan Monoloque yang mengetengahkan irama Lenggok Melayu Deli, gendang Melayu dan Nusantara yang disampaikan secara moden.

Komposer, penyanyi dan gitaris ini berkata, tengkolok ialah pakaian turun temurun nenek moyang kita dan turut mempersoalkan kenapa perlu dipertikai apabila digayakan pada abad 21?

“Tengkolok ialah 'cop mohor' identiti Melayu, tidak salah jika digayakan dalam era globalisasi. Dunia nak tengok keunikan kita.

“Tidak keterlaluan jika saya katakan masyarakat kita ni mengagungkan budaya Barat dan Arab tapi malu dengan identiti sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Tampil dengan imej Melayu klasik, bertengkolok dan bersampin, Loque menjadi bahan kritikan.

“Sebenarnya saya terima banyak kritikan cerdik pandai yang menuntut di luar negara, balik sini terus nak jadi ‘orang Amerika Syarikat (AS)’.

Menurut Loque, dia juga menerima kritikan kelompok 'Arab baharu' dan Melayu asli yang janggal dengan gaya sebegini.

“Persoalannya kenapa kita bangsa Melayu sanggup biarkan tengkolok mati di muzium sebab tak nak kongsi dengan orang lain? Orang muda di Malaysia tak ada budaya, tak seperti di Jepun dan Korea,” tegasnya yang turut memberitahu belum pernah menerima kritikan pihak protokol istana atau kesultanan Melayu.

Loque yang pernah mengadakan persembahan di hadapan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menerima pujian sultan kerana berani menggayakan fesyen bertengkolok.

“Cara solek tengkolok ada beza antara raja dan rakyat biasa, saya guna lipatan kontemporari merujuk reka bentuk Salikin Sidek bukan pakai sembarangan tanpa kajian,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) itu berkata, dia cuba menerapkan ideologi supaya masyarakat tidak malu dengan tradisi itu.

“Semasa menuntut di AS saya tidak malu menyanyikan lagu bahasa Melayu, orang sana (AS) tidak pula merungut tak faham bahasa kita, mereka nikmati saja kepelbagaian itu.

“Mentaliti orang Melayu sekarang, dia ingat dah urban, dah global sanggup buang identiti warisan sendiri. Itulah yang dikatakan buta pemahaman globalisasi. Berpakaian Melayu dan bercakap bahasa kebangsaan bukan tonjolkan kita ni rasis," ujarnya yang tidak malu berjalan memakai sampin, sarung dan tengkolok.

Loque mengingatkan generasi akan datang akan keliru dan ketandusan identiti jika kita mula lupakan budaya klasik purba.

Bercerita koleksi tengkoloknya, pelantun lagu Jangan Puja Sampai Kecewa ini berkata, kesemuanya disolek pereka fesyen tersohor, Salikin Sidek.

“Saya juga menjual tengkolok di laman Instagram Tengkoloque dengan imej yang dievolusi sesuai peredaran zaman. Ini adalah seni.

“Selain saya, Generasi Y juga tidak lagi malu mengenakan tengkolok untuk ke stadium, pasar raya atau bersiar-siar. Tengkolok bukan milik saya, ia warisan Melayu, semua orang ada hak menggayakannya tanpa rasa malu,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2017 03:42 PM | Show all posts
LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL



ketika waktu muda





Illustrasi : Mohd Agg (Ageg77)







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 12:42 PM | Show all posts
BAJU ZIRAH MAKASSAR & SULU



Artwork : La Bougiez






PERTARUNGAN HANG TUAH & HANG JEBAT



Artwork : Mohd Agg (Ageg77)









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2017 04:39 PM | Show all posts
BAHASA MELAYU  I  BAHASA PERSEKUTUAN MALAYSIA







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2018 07:25 PM | Show all posts
PEK PERMULAAN BERBUSANA MELAYU






Credit : Kerawang Merah 1477


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2018 10:27 AM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 1-4-2018 10:31 AM

Puteri Saadong III @ Puteri Mariam ''Puteri Vijaya Mala'' (1549 - 1671)



Artwork : Dani Warguide & Minos HalfBlack




Puteri Saadong III or Mariam (reigned 1663–1667), was the adopted daughter  of Siti Wan Kembang II (Che Siti), the legendary Queen of Kelantan. Her  full title is Tuan Puteri Saadong binti Raja Loyor, Puteri Vijaya Mala, daughter of Raja Loyor bin Raja Sakti, Raja of Jembal.

Puteri Saadong III was brought up in Bukit Marak by Che Siti Wan Kembang II, after her mother died.She succeeded her father as Raja of Jembal in 1663, and was later installed as Raja of Kelantan in 1667. She was captured by the Siamese and forced to become a concubine of King of Siam ''Ayutthaya'' (now Thailand) in order to spare her husband's life. Raja Abdullah vowed to wait for her return and never to remarry. However, after several years Raja Abdullah gave up and remarried.

When Puteri Saadong returned to Bukit Marak to find Raja Abdullah remarried, a quarrel ensured. It was believed that Puteri Saadong, overwhelmed with rage, killed Raja Abdullah with her hair pin. After the incident, Puteri Saadong left Bukit Marak and subsequently disappeared. Raja Abdullah's tomb can still be seen at Padang Halban, Melor in the district of Bachok, Kelantan.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2018 12:27 AM | Show all posts
BAJU KURUNG PATANI & KAIN TUDUNG LEPAS








BAJU KEBAYA PATANI




BUSANA BERKEMBAN PATANI










Model : Mynn Maylada มลดา นันทานุรักษ์ (Miss Grand Krabi 2018)

https://www.instagram.com/mynnlada/

Photographer : Hunn Hannan อับดุลฮันนาน มาหะมะ

https://www.instagram.com/hunnhannan/

Location : Khunnlahan Museum





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2018 04:06 PM | Show all posts
Pendaratan Armada Belanda (Van Braam) Di Pantai Melaka, Menyerang Kubu Raja Haji Di Teluk Ketapang (1784)


Artwork : Engel Hoogerheyden (1740 - 1807)






Panji Angkatan Bugis (Riau & Selangor) Dirampas Oleh Van Braam [Belanda] (1784)






Panji Angkatan Bugis (Yang Di-Pertuan Besar Selangor & Yang Di-Pertuan Muda Riau (1784)






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2018 09:15 AM | Show all posts
Raja Muda Laut Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (1880)



Raja Laut merupakan wakil Kesultanan Selangor di Kuala Lumpur yang di lantik oleh Sultan Abdul Samad.

Raja Laut antara Pembesar Melayu terawal menganggotai “ Kuala Lumpur Sanitary Board”.






Rujukan : Leiden University Library



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2018 11:31 AM | Show all posts
Kenapa Ada Ramai Kaum Lain Yang Mempertikai Dan Memperlekehkan Bangsa Melayu?



Penulisan : Mohd Salleh Mazukhi

https://www.facebook.com/mohdsalleh.mazukhi


Kalau saya


Pendapat saya ini banyak berpunca dari pemerintah dan penguasa penguasa, pengarah-pengarah dan orang orang yang berkuasa itu sendiri.


Ramai sebenarnya pengkaji pengkaji yang buat berbagai kajian tentang bangsa Melayu dan tamadun Melayu. Tetapi jarang mendapat sokongan dari pemerintah atau pihak berkuasa.Lebih tepat lagi kalau kita katakan para pengkaji ini tidak mendapat sokongan yang sewajarnya , kurang diberi peluang dan ruang untuk mengetengahkan hasil kajian mereka , dan banyak hasil kajian itu terbengkalai.

Contohnya

Komplek Sungai Batu di Kedah yang kekurangan dana untuk kajian , begitu juga kandungan buku teks sejarah di sekolah yang kurang menceritakan secara meluas , buget memanjang tak ada untuk apa apa projek berkaitan sejarah dan macam macam masalah lagi.

Akibatnya kaum kaum lain tidak tahu dan tidak faham senario sejarah lama Semenanjung Tanah Melayu. Bukan kaum lain saja, orang Melayu sendiri tidak ramai yang benar benar faham tentang sejarah silam Semenanjung Tanah Melayu .Sebab yang dipaparkan sekarang hanya sebahagian kecil part sejarah terutamanya Sejarah Melaka. Tentang kisah Semenanjung Tanah Melayu yang dah lama kurang diwar-warkan. Contohnya kisah penemuan Perakman di Lenggong yang dah berusia 10000 tahu, Penemuan rangka manusia di Guar Kepah , Kedah (5000 tahun), penanaman padi di Kedah yang dah belangsung semenjak 6000 tahun, Penemuan artifak di Klang (2000 tahun), Penemuan artifak di Jenderam Hilir (2000 tahun) ., Penemuan artifak di Pulau Kelumpang . Perak (1000 tahun) , dan macam macam lagi.

Bila ini semua tidak diwar warkan maka ramailah kaum lain dan juga orang Melayu sendiri yang menganggap dulu Semenanjung Tanah Melayu ini adalah tanah kosong yang tidak berpenghuni, lalu ramai orang dari Sumatra datang lalu itu yang dikatakan sebagai orang Melayu. Memang ada tapi itu dalam tempoh baru. Tetapi ribu ribu tahun sebelum itu pun Semenanjung Tanah Melayu ini sudah ada penghuninya.

Dibawah ini ialah filem dokumentari Kosmologi Alam Melayu terbitan Layar Consult Production , yang mana saya juga turut terlibat sama.





Malang sekali sudah bertahun tahun siap tapi tidak ada pihak media TV yang sudi menayangkannya. Orang politik buat tidak tahu sahaja langsung dan tidak menyokong.

Jadi salah siapa kalau masyarakat tidak faham sejarah alam Melayu dan tamadunnya ?





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.081079 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list