CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Kaligrafi & Khat

[Copy link]
Post time 22-10-2006 11:12 PM | Show all posts

kaligrafi kat dlm masjid....

Masjid Aramco, Saudi...


Masjid Jame Asr, Brunei...


Masjid kat Burkinghamshire, UK...


Masjid Auburn, Sydney Australia...


Masjid kat Yemen...


Masjid Bait Al_Quran, Bahrain...


Masjid ntah apa kat Iran....


Masjid Doha, Qatar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2006 11:18 PM | Show all posts

kaligrafi yg menarik...berwarna warni...pelbagai bentuk...













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 05:16 PM | Show all posts

Bengkel Khat Negeri

Tarikh: 28/02/2007-01/03/2007

Tempat: Taman Budaya Negeri Perlis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 05:26 PM | Show all posts

Bengkel Khat 1

Tarikh: 03/03/2007-26/05/2007

Tempat: Taman Budaya Perak

Catatan: Meningkatkan kemahiran menulis seni khat dan mengangkat semula warisan khat ke tahap yang lebih tinggi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 05:26 PM | Show all posts

Bengkel Seni Khat

Tarikh: 10/03/2007-11/03/2007

Tempat: Kota Star, Kedah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 05:27 PM | Show all posts
Bengkel dan Pameran Khat Sempena Perkampungan Hadhari Peringkat Kebangsaan

Tarikh: 16/03/2007-18/03/2007

Masa: 10:00 am-7:30 am

Tempat: Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang

Catatan: Bengkel yang diadakan kepada peserta seramai 40 orang selama satu hari bersempena dengan sambutan Perkampungan Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan. Selain itu diadakan juga pameran seni khat dan demonstrasi khat kepada pengunjung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-2-2007 05:27 PM | Show all posts

Bengkel Khat Negeri

Tarikh: 23/03/2007-25/03/2007

Tempat: Kuantan

Catatan: Anjuran: JKKW Negeri Pahang

Program ini bertujuan mengangkat seni khat sebagai satu bidang kesenian dalam persuratan Melayu yang bertaraf kebangsaan dan diterima oleh seluruh masyarakat negara ini serta mampu memartabatkan warisan karya bangsa melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 02:14 PM | Show all posts
Khat bentuk manusia, binatang dilarang
31-07-2007 08:48:20 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS  


PUTRAJAYA:  Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran hari ini mengeluarkan arahan kepada orang ramai melarang mereka daripada membuat atau memiliki tulisan khat yang dibuat dalam bentuk manusia atau binatang.

Timbalan pengerusi lembaga itu Datuk Nooh Gadut berkata, perbuatan itu dilarang dari segi hukum kerana ia menghina ayat-ayat al-Quran.

"Larangan ini akan kita masukkan dalam pindaan Akta Percetakan Teks al-Quran 1986 tidak lama lagi bagi menjadikannya satu peraturan khusus untuk membendung penulisan khat dalam bentuk-bentuk yang terlarang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga itu hari ini.

Beliau juga mengingatkan orang Islam agar memastikan al-Quran dan surah Yassin yang mereka baca adalah yang dicetak oleh syarikat yang berlesen kerana naskhah yang lain daripada itu, terutama yang diimport dari beberapa negara jiran, tidak dijamin ketepatannya.

Nooh yang juga Mufti Johor berkata, baru-baru ini beliau menghadiri satu majlis bacaan Yassin, dan mendapati surah yang disediakan untuk orang ramai mengandungi beberapa kesilapan yang boleh mengubah makna ayat-ayat yang terkandung di dalamnya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai memastikan al-Quran yang mereka miliki mempunyai cap kelulusan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, kerana hanya naskhah yang berkenaan sahaja disahkan bebas daripada kesilapan.

Sebagai menjelaskan betapa seriusnya masalah itu, Nooh berkata terdapat teks-teks yang dihantar kepada lembaga itu untuk kelulusan mempunyai sehingga 6,000 kesilapan besar, termasuklah ayat-ayat yang terlalu jauh jaraknya antara satu dengan lain sehingga mengubah maksud ayat berkenaan.

Mulai tahun depan, katanya, cap kelulusan KKDN itu akan digantikan dengan cap keselamatan hologram yang disertakan nombor siri bagi memudahkan pihak berkuasa memantau jumlah naskhah dan al-Quran digital yang dikeluarkan di negara ini.

Mesyuarat itu juga, menurut Nooh, mengeluarkan garis panduan khusus bagi rehal -- iaitu ia mestilah lebih tinggi daripada lutut -- supaya kedudukan naskhah al-Quran yang diletakkan di atasnya tidak terlalu rendah sehingga mencemar kesuciannya.

Selain itu, katanya, rehal tidak digalak dihiasi ayat-ayat al-Quran, kerana ia akan diletak di hujung kaki di samping kemungkinan ia tidak disimpan di tempat sesuai.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak meletakkan pelekat kereta atau perhiasan bergantung yang mengandungi ayat-ayat al-Quran di kenderaan mereka.

"Apabila kita letak ayat al-Quran di kenderaan, kita mesti pastikan kenderaan kita tidak di bawa ke tempat tidak sesuai, seperti kelab malam, misalnya. Sekiranya mahu juga, memadailah jika kita gunakan terjemahan ayat-ayat al-Quran itu sahaja.

"Selain itu, orang ramai juga jangan mudah membeli barangan yang dihiasi ayat-ayat al-Quran. Pemantauan kita mendapati, ada perhiasan gantung seramik untuk kenderaan yang sepatutnya merupakan doa keselamatan sebenarnya terbalik," jelasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2007 10:03 PM | Show all posts
i am just curious...ada dak sesapa tau kat mana leh cari ukiran khat kayu.....kira untuk dinding umah la...tak nak yg mcm dok jual kat shoping complex tuh...sumthin yg mcm kat masjid2 lama tuh....ada info harap dpt berkongsi...tq
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 11:23 PM | Show all posts
Originally posted by LiNaLiNa at 18-10-2007 10:03 PM
i am just curious...ada dak sesapa tau kat mana leh cari ukiran khat kayu.....kira untuk dinding umah la...tak nak yg mcm dok jual kat shoping complex tuh...sumthin yg mcm kat masjid2 lama tuh... ...


U boleh cari di kedai yang menjual perabot kayu jati. Harganya agak mahal dan kalau nak yang murah sikit cuba cari di kedai Karyaneka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 08:56 AM | Show all posts
Originally posted by LiNaLiNa at 18-10-2007 10:03 PM
i am just curious...ada dak sesapa tau kat mana leh cari ukiran khat kayu.....kira untuk dinding umah la...tak nak yg mcm dok jual kat shoping complex tuh...sumthin yg mcm kat masjid2 lama tuh... ...


penah dengar nama Norhaiza Nordin tak?
he's one of the master carver kat kampung Raja, Besut terengganu..anak didik arwah ni Rashiddin [hasil kerja dia byk di'arkibkan' di Kandis Resourse Centre, kelantan..managed by his wife, Kak rosna], Wan Su & Tengku Ibrahim.

bengkel Seni Ukir Bakawali nih produced byk ukiran utk individu n korporat..specialising in  langkasuka motif
kalau pegi situ...ade ukiran khat yg dah siap kita bleh beli n bawa pulang.. n nak tempah pun bleh
harga...bleh dikatakan reasonable lah [u're paying for nilai seni tau..bukan harga kayu ]

ni add dia..[amik kat internet..me ada kad dia tapi mana letak tah..nanti kita carikkan eh..]

Seni Ukiran Bakawali, TCB 179, Kampung Raja, 22200 Besut, Terengganu
09-6950670     019-9834779    09-6950670(Faks)

kalau ada peluang..pi la tgk sendiri
sure berbaloi..
kita dah terlalu asyik dibuai dgn seni ukir luar...once in a while kene gak kembali ke pangkal jalan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2007 07:36 PM | Show all posts

salam, izin laluan

salam, saya 'eahea', ahli fresh forum kaligrafi&khat, mohon laluan turut serta. masih belum mahir internet tetapi sudi2lah ziarahi saya di sini: http://seni-khat.blogspot.com dan sebarang idea, cadangan, kritikan dan sebagainya maaat dialu2kannnn.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2008 10:44 PM | Show all posts
di mana saya boleh mencari penulis2 khat yang ada di kuala lumpur ni kerana saya mmpunyai projek yang melibatkan seni kaligrafi ini..harap sesiapa dapat membantu saya. tk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 11:07 PM | Show all posts
saya hanyalah pelukis khat junior tetapi boleh meneliti hasil lakaran saya di blog ini http://seni-khat.blogspot.com seperti di atas... tinggal di b.b.bangi,bersedia untuk menerima...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 07:07 PM | Show all posts
100 karya seni khat dipamer

JOHOR BAHRU: Kira-kira 100 karya seni khat dipamerkan sempena Pameran Seni Khat di Galeri Seni Johor di Jalan Petrie di sini, mulai Ahad lalu hingga 30 Mac depan.

Jurucakap Galeri Seni Johor berkata, pameran itu bertujuan memperkenalkan karya seni khat yang pelbagai sifat bagi tatapan masyarakat termasuk merangkumi soal kehidupan dan alam di samping penerimaan masyarakat.

Katanya, antara objektif pameran itu termasuk melahirkan hubungan dan persefahaman bersama dalam usaha memartabatkan seni budaya antara Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan karyawan seni khat Johor.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2009 09:42 AM | Show all posts
Pegi la kat NST Gallery... JLN Riong, Bangsar

Ada my friend buat pameran solo... ada catan abstrak kaligrafi ... akrilik

Shahril Awang

Tamat pd 27 Februari 2009

Ada gak catan lanskap

Kat buku pelawat ada Mawi dan Ekin dtg ... dorang minat nak beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2009 02:04 AM | Show all posts
Saturday April 18, 2009
A pencraft pastime
Stories by ROSE YASMIN KARIM

Mohd Zahir Zainal Abidin respects tradition, but he is also proud of the new contributions he is making to the art of khat.

His hand moves fluidly across the blank pages of the sketchbook. As his gestures pick up pace, words begin to take form and a composition is born.


Mohd Zahir

To the untrained eye, Mohd Zahir Zainal Abidin, 29, may as well be drawing squiggles, but the strokes are Arabic script, layered to resemble a star.

揂rabic is read from right to left, with an alphabet of 28 letters. The embellishments of the letters are what抯 called khat or Arabic calligraphy,
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 02:06 AM | Show all posts
Saturday April 18, 2009
The tools & rules of the trade

A firm believer in the strict adherence to form in Arabic calligraphy, Mohammed Yusof Abu Bakar, 78, chief of the National Calligraphy Arts Association (Persatuan Seni Khat Kebangsaan), says, 揟here are complex rules of alignment, balance and spacing in khat.

揟he size of the letters in each script is measured in dots, and it should conform perfectly to the proportions set by calligraphers through the ages,
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 02:41 PM | Show all posts
eahea posted on 24-1-2008 11:07 PM
saya hanyalah pelukis khat junior tetapi boleh meneliti hasil lakaran saya di blog ini http://seni-k ...

pembetulan alamat terbaharu:

http://yahyaLkhatib.blogspot.com
atau  http://jawi1malaysia.blogspot.com
atau ke facebook @ http://fb.com/Jawi1Malaysia ya!
tewrimakasih atas perhatian...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 12:08 AM | Show all posts
hasil kerja tak seberapa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.453768 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list