CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AvailBeauty

Jelebu..Oh.. Jelebu.........

[Copy link]
Post time 4-4-2009 11:59 AM | Show all posts
salam semuo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2009 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by sri_rampai at 1-4-2009 22:19
muzium adat kat kuala klawang tu ader aperr yerrrr...

masuk freee ker kena bayarrrr

setau aku smpai skrg masuk masih pree of charge...aku walaupon sojongkal jo dr umh, aku ponah poie skali jo masa mula2 bukak dulu..
kat dalam tuh macam2 ado. suma related to adat resam kito...ado adat meminang, merisik, adat berkhatan, pasal pemerintahan datuk2 undang2 kt n9 ni...bukan adat melayu je ada, mcm2 kaum ade smpaila ke sabah sarawak nun...ado bobohizan...interior design kat dalam muzium tu mmg tip top la. bila ko masuk ko takkan raso cam ado kek jolobu, raso cm kat dalam muzium negara...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by bromatt at 4-4-2009 11:59
salam semuo

salam kek ko gak bromatt..ekau oghang jolobu jugak ko? bolah mano?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by senahsirap at 4-4-2009 13:07

salam kek ko gak bromatt..ekau oghang jolobu jugak ko? bolah mano?


hai senah...sibak2 muko surat belakang tu senah...!
baghu tau den oghang mano!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 03:57 PM | Show all posts
tima kacih senah... kalau free memang kena pi lawat muzium adat tuh....

senah... ko ni ader kena mengena dengan ramli sarip kerr...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 05:26 PM | Show all posts

Reply #762 senahsirap's post

eh yo ko ...

kalau cenggini la .. ese konolah singgah selalu ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2009 10:12 PM | Show all posts
den pun tak pornah masuk muzium adat ni....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by jelebu at 13-4-2009 22:12
den pun tak pornah masuk muzium adat ni....


kalau cenggitu meh la kito poiee ... ndak ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2009 10:22 PM | Show all posts
Originally posted by quedac1 at 15-4-2009 06:26 PM


kalau cenggitu meh la kito poiee ... ndak ...



Jom....den balik jolobu minggu ni.....Boleh ajak sirap sekali....Hiihihiihih

Boleh sirap belanjo cendol Buang.....naik My...Sirap..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 10:27 AM | Show all posts

Reply #769 jelebu's post

cantik gak tuh ... insya Allah ahad neh que ke Pertang ... lalu kek pokan Klawang tuh ... buley poie pasar minggu dulu .. kendian masulah muzium ...

amacam .. ??
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 06:51 AM | Show all posts
Jelebu pengeluar utama tebu telur

JELEBU 11 Mei - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri mengenal pasti daerah ini sebagai pusat pengeluaran utama tebu telur di negeri ini.

Timbalan Pengarahnya, Sokri Mohd. Nor, berkata, secara keseluruhannya nilai jualan tebu telur yang dipasarkan FAMA negeri adalah sebanyak RM475,000 setiap tahun.

Katanya, kira-kira 90 peratus hasil tebu telur yang dipasarkan FAMA negeri ditanam di sekitar daerah ini.

''Kualiti tinggi tebu telur yang ditanam di daerah ini menyebabkan ia menjadi pilihan sebuah syarikat pengilang air tebu di Johor yang mengeksport produk keluarannya ke Singapura," ujarnya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke ladang tanaman tebu telur Ramli Ahmad di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian dekat sini baru- baru ini.

Hadir sama Pegawai Pengembangan Cawangan Kualiti dan Standard FAMA, Abdul Rahim Abdul Ghani dan Pembantu Ehwal Ekonomi FAMA Simpang Durian, Nor Effindi Liki.

''Selain pasaran dalam negara dan Singapura, FAMA berhasrat memperluas pasaran jus tebu telur ke negara-negara lain terutamanya di rantau Timur Tengah.

''Kuantiti tebu telur yang diperlukan oleh pengilang akan meningkat sebaik sahaja pasaran-pasaran baru dibuka," jelas beliau.

Sehubungan itu, ujarnya, FAMA negeri memerlukan lebih ramai pengusaha ladang kontrak khusus untuk membekalkan tebu telur berkualiti tinggi.

Sokri berkata, keutamaan akan diberi kepada pengusaha-pengusaha tanaman berkenaan yang beroperasi di sekitar daerah ini dan mereka boleh menghubungi FAMA negeri di talian 06-7635797 atau 06-7638959 serta laman web http://www.fama.gov.my untuk maklumat lanjut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 06:52 AM | Show all posts
Jus tebu telur ke Singapura

Oleh HUSSAINI AMRAN
utusanN9@utusan.com.my


RAMLI Ahmad memikul seikat tebu telur yang baru ditebang di ladangnya di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian, Jelebu, baru-baru ini.

JELEBU 11 Mei - Mungkin ramai yang tidak tahu tanaman tebu telur yang diusahakan di sekitar kawasan Simpang Durian dekat sini menjadi pilihan utama sebuah syarikat pengilang air tebu di Johor untuk dibotol serta dipasarkan sebagai jus di Singapura.

Kadar kemanisan tinggi, warna hijau keemasan serta aroma harum air yang dihasilkan merupakan antara faktor utama tebu telur dari kawasan tersebut mendapat permintaan tinggi.

Faktor persekitaran yang sangat sesuai seperti iklim panas berpanjangan serta tanah liat berpasir di kawasan itu menyumbang kepada kualiti tinggi jus tebu telur yang dihasilkan.

Seorang pengusaha tanaman tersebut, Ramli Ahmad, 38, berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri banyak memberi bantuan dari segi memasarkan air tebu telur keluaran ladangnya untuk dieksport ke Singapura.

Katanya, permintaan tinggi terhadap air tebu telur dari Simpang Durian di negara jiran itu sememangnya satu kejayaan yang boleh dibanggakan.

''Saya sangat gembira bila mengetahui FAMA negeri membekalkan tebu telur yang diusahakan di ladang saya kepada pengilang jus tebu untuk dieksport ke Singapura," ujar Ramli ketika ditemui di ladangnya di Kampung Sungai Buluh, Simpang Durian dekat sini baru-baru ini.

Beliau menambah, ladang yang diusahakan dengan bantuan dua pekerja itu mengeluarkan 500 ikat tebu telur sebulan khusus untuk dibekalkan kepada FAMA.

Secara purata, beliau memperoleh kira-kira RM10,000 setiap musim hasil jualan tebu telur keluaran ladang seluas 4.8 hektar yang disewa daripada penduduk setempat sejak tujuh tahun lalu.

Ujarnya, dia merancang untuk menambah keluasan ladang tebu sebanyak 2.4 hektar lagi menjelang pertengahan tahun ini bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

''Bagi memastikan kualiti tebu terjamin, saya mengambil langkah-langkah kawalan penyakit seperti semburan racun makhluk perosak mengikut jadual yang ditetapkan.

''Di samping itu, Pejabat Pertanian Simpang Durian banyak memberi khidmat nasihat berhubung kaedah-kaedah penanaman serta penjagaan tanaman," katanya.

Menurut Ramli lagi, kegiatan menanam tebu telur merupakan sumber pendapatan utama kepada keluarganya menjangkaui dua generasi.

Beliau memberitahu, bapanya, Ahmad Bidin, banyak memberi tunjuk ajar tentang ilmu yang diperlukan bagi menghasilkan tebu telur berkualiti tinggi.

''Kini, anak sulung saya, Mohd. Firdaus, 5, rajin menemani saya ke ladang. Dia turut membantu sekadar yang terdaya mengikut kemampuannya sebagai seorang kanak-kanak.

''Saya berharap Mohd. Firdaus akan mewarisi ilmu menanam tebu dan mengambil alih pengurusan serta memajukan ladang tebu telur yang sedang diusahakan ini apabila dia dewasa," ujarnya.

Sementara itu, Pembantu Ehwal Ekonomi FAMA Simpang Durian, Nor Effindi Liki, 32, berkata, Ramli merupakan salah seorang daripada 20 pengusaha ladang kontrak di kawasan berkenaan yang menghasilkan tebu telur khusus untuk dipasarkan oleh FAMA.

Katanya, secara keseluruhan, keluasan ladang kontrak tanaman tebu telur di sekitar kawasan tersebut adalah sebanyak 50 hektar dan FAMA Simpang Durian berhasrat menambah hingga 10 lagi pengusaha baru menjelang penghujung tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 09:42 AM | Show all posts
patut laa den balik kg jelebu banyak tanah bertanam tebu....rupanya tebu bukan sebarang tebu...tebu telurrrr.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 11:28 PM | Show all posts
Cam no rupanyer tebu tolo tu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 01:23 PM | Show all posts
Ghoman eh cam tolo yo.. bulek2 yo ghueh eh.. ah sori.. den bukan Oghang jolobu, den Oghang Jompo.. Batu Kikir Jambatan Bosi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 07:14 PM | Show all posts
Gangguan bekalan air di daerah Jelebu Isnin ini

SEREMBAN: Beberapa kawasan di daerah Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam mulai 9 pagi Isnin ini, menurut Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Zulkifli Ibrahim, hari ini.

Beliau berkata, kawasan terbabit ialah keseluruhan Mukim Teriang Hilir, Pasoh 1, 2, 3 dan 4, Kampung Putra, Air Baning dan sebahagian Simpang Pertang.

Katanya, gangguan itu disebabkan kerja-kerja memasang “strainer” di “outlet line” dan mengalihkan “pumping line” projek pemasangan paip dari kolam air Bukit Juntai ke Kampung Putra dan Pasoh 2, Jelebu.

Bekalan air dijangka pulih secara beransur-ansur mulai 9 malam pada hari berkenaan, katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982 dan talian 06-7653000 / 06-7653001 / 06-7639100. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2009 01:11 PM | Show all posts
nasib baik den dok kat hulu langat.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 01:36 AM | Show all posts
Jelebu musim Dian sekarang.........

Ado sesiapo balik kg tak...???
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 11:16 PM | Show all posts
442# mixora   salam. ese ado yo dongar eh caghi ex aspuri stduma 88/89? virgogirl nak caghi rashidah atan? PM ese yo.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 08:47 PM | Show all posts
hai org jelebu sume...i nak tanya kawasan simpang durian tu jauh tak dr bandar jelebu?....kalo dari seremban agak2 ambil masa brapa lama ek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.063184 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list