CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59757|Reply: 201

LT ADNAN SAIDI

[Copy link]
Post time 8-4-2006 08:16 PM | Show all posts |Read mode


Adnan bin Saidi

Lt. Adnan SaidiAdnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor.

Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan ? kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan King George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan ke-2, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, 'C' Coy.


Sebagai ketua keluarga
Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.

Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Melayu. Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.

Pertempuran di Bukit Candu
Pertempuran di Pasir Panjang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut. Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa tempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.

Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada 'C' Coy. 'C' Coy merupakan sebahagian rejimen Melayu 1 dan 2 yang membentuk Briged Infantri Melayu 1, Rejimen British 2nd Loyals dan Briged 44th Indian. Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, motar berat dan bedilan meriam. 'C' Coy dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada 'C' Coy. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Regiment di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).

Pada tengah malam 14 Februari 1942, 'C' Coy menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke regiment Adnan ? menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British-India British-Indian Army mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.

Kematian Pejuang
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk granet dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.

Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, dia jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Dia terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat marah kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan boynet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun membawa turun mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.

Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat tentera Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).

Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42-orang anggota Batalion Pertama dan Kedua Regiment Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah.

Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt.General A.E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:

"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
"After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)?"
Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun

Source from Wikipedia

[ Last edited by  cinoise at 8-4-2006 09:45 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2006 01:11 AM | Show all posts
lambang keberanian anak melayu..
harap2 ramai la org yg berani mcm arwah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2006 09:14 AM | Show all posts
dia jugak la yang bermatian matian mempertahankan singapura... yang bukan lagi milik kita...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 10:47 AM | Show all posts
Malaya ke Singapore ka...masa tu semuanya tanah tumpah darah orang2 Melayu.....

Yang siotnye British cuma hantar unit Askar Melayu ke barisan hadapan cuma di Singapura...semasa bertahan di malaya, Askar Melayu takde peluang nak menyekat serangan sebab pemerintah tentera British asyik perintah mereka (dan unit2 lain tentera British) supaya berundur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 10:58 AM | Show all posts
tak sanggup tengok Gambar mayat arwah digantung dan ditikam dengan Boyonet...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 11:32 AM | Show all posts
ada ke gambar mayat arwah waktu kena gantung tu ? paste la kat sini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2006 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by cinoise at 10-4-2006 04:14 AM
dia jugak la yang bermatian matian mempertahankan singapura... yang bukan lagi milik kita...:geram:


kalau arwah masih idup ..mesti dia kecewa melihat perpecahan nie
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by unRESTworld at 10-4-2006 01:11
lambang keberanian anak melayu..
harap2 ramai la org yg berani mcm arwah ni


Woih...ramai apa....yang berani tunnganng motor pakai satu tayar aje...mencilok celah2 trafik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2006 01:30 PM | Show all posts
hero malaya...
semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 02:05 PM | Show all posts
uwaa sedih nye akuu...
anak dia x sempat tgk ayah dia....
jahat tul la jepun ni... nak jajah2 ape faedah nyer???
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by lazyboss at 10-4-2006 14:05
uwaa sedih nye akuu...
anak dia x sempat tgk ayah dia....
jahat tul la jepun ni... nak jajah2 ape faedah nyer???


sama macam amerika sekarang.....nak minyak dari Indon, Sarawak ngan Brunei, getah dari asia tenggara, bijih timah.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 03:28 PM | Show all posts
perwira bangsa...yg tiada galang gantinya....
sedey tgk cite leftenen adnan dulu......
walaupun lakonan...tp leh bayangkan bagaimana susah payahnye org zaman dulu nk merdeka...perjuangkan tanah air...skang???remaja skang...air kaki mereka pon tadak.............
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2006 04:54 PM | Show all posts
al-fatihah -

rasanya nama sekolah aku dulu bersempena nama allahyarham -
SEKOLAH PANGLIMA ADNAN di port dickson -
ngeri bila dengar cerita saat2 terakhir allahyarham - especially yg digantung songsang dan di tikam bertubi2 -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 12:32 AM | Show all posts
Sedih aku membaca kisahnya...Semoga kita dapat mencontohi keberaniannya
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 11:29 AM | Show all posts
ade pendapat yg mengatakan... dia bukan digantung pada pokok ceri.. tapi pada pokok getah
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2006 01:31 PM | Show all posts
hmm tu ler aku dh konfius yg maner satu nk caye ler.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2006 06:29 PM | Show all posts
Cerita arwah ni ada dalam buku teks sekolah rendah dulu.
Kejam mayat di diperlakukan macam tu sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 12:34 AM | Show all posts
Baru sebentar tadi aku tonton filem Leftenan Adnan..Alangkah bagusnya jika pengarah filem Malaysia berani membuat filem sedemikian untuk mengbangkitkan semangat patriotik dan mengenang jasa pahlawan yang menegakkan kemerdekaan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 05:58 AM | Show all posts
aku dulu gi bukit candu tu jam takde kamera la...
nanti aku gi lagi sekali aku tangkap gambo banyak2 aku tampal sini....
banyak peninggalan battle ni kat tempat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 10:06 AM | Show all posts
aku ngk citer for the 2nd time last nite.pd aku bgs le sbb citer nih jek kureng bab cintan cintun banding ngan embun n paloh.dia lebih hilitekan lt adnan as a hero n perjuangan dia.br aku tau rupernyer lt adnan nih org sg ramal,kajang,ptt le aku ngk ada skolah nama dia kat situ which leh nampak dr hiway SILK.aku mmg salute ngan battle dia tuh..nak harap omputih n gurkha upahan tuh rsnyer lgk kejap le jepun mara.harap2..nanti 31 aug nih ada stesen tv siarkan citer bukit kepong lak..tu pun best..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.179486 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list