CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: marquez

Perang Salib/Crusade (merged jerai)

[Copy link]
winzip This user has been deleted
Post time 22-12-2003 03:24 AM | Show all posts
Originally posted by Andrea_Pirlo at 19-12-2003 08:53 PM:
dpt..dpt.
ini persepsi ongputih tue sendiri, kan?


yep.. even orang putih ngaku bukan umat islam jadi punca perang salib..
dan kalau you kaji sejarah perkembangan eropah zaman itu..
it will justify everything..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Lone_Ranger This user has been deleted
Post time 22-12-2003 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 18-12-2003 06:46 PM:
Orang Kristian LR, dia berasal dari Lubnan, kalau tak silap aku, tapi sekarang ni dia tinggal kat Pareee....Aku dah baca dua tiga buku dia...(Crusades Through Arab Eyes, Mark of Identity (?), dan R ...


Thank marquez for your info. Banyak buku yang kau baca...bagus gak untuk kita share bersama-sama dalam forum ini...
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 23-12-2003 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by Andrea_Pirlo at 19-12-2003 08:53 PM:
ah, setuju yg nie, kalau merujuk Muqaddimah-ibn khaldun
pun mnyebut putaran sesebuah tamaddun (`umran) tue pun disebabkan
kelalaian generasi baru dalam menggerakkan tamaddun /kerajaan yg sedia ada
dan mengamalkan hedonisme, dan pemerintahan lintang pukang,
dan berlaku ler the fall of civilization..

model kejatuhan peradaban versi ibn khaldun adalah antara yang femes
dalam pengkajian sejarah turun naik peradaban dunia..
puncanya adalah masyarakat pemerintah di kota mula lalai
sehingga ikatan assabiyah musnah..
ibn khaldun gunakan konsep assabiyah..
tapi secara amnya konsep percahan model ibn khaldun dapat dilihat
dalam hampir semua peradaban yang tumbang..
Reply

Use magic Report

Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 23-12-2003 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 2003-12-18 08:25 PM:
Malah, aku berpendapat, kenapa Ali tewas kepada Muawiyah dari segi sokongan orang banyak pun, adalah sebab Muawiyah membawa peningkatan ekonomi sedangkan Ali menjurus kepada ascetism yang berkehidupan sederhana.




masa tue muawwiyah r.a nie gabenor damascus, ker?
leh ko trgkan tak hapa kejayaan2 nya membuatkan
ramai sokogan pdnya, termasukla balu nabi s.a.w.?
Reply

Use magic Report

Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 23-12-2003 11:39 PM | Show all posts
Originally posted by winzip at 2003-12-22 03:24 AM:
yep.. even orang putih ngaku bukan umat islam jadi punca perang salib..
dan kalau you kaji sejarah perkembangan eropah zaman itu..
it will justify everything..



kasila lagi contoh...omputeh
dakwa org islam berlaku zalim...nie aku taktau, la..dolu2 aku ada tgk satu
docu tajuknya 'the road 2 jerusalem', saya tgk bayk artifek2
berbentuk lokisan dan sculture pasal kekejaman muslim cm memnagng idup2, membelah tawnana dr punngung etc..


Originally posted by winzip at 2003-12-23 09:31 PM:
model kejatuhan peradaban versi ibn khaldun adalah antara yang femes
dalam pengkajian sejarah turun naik peradaban dunia..
puncanya adalah masyarakat pemerintah di kota mula lalai
sehingga ikata ...


tapi aku tak brp setuju ngn asabiyyah tue...
(asyik x setuju jer ak nie0:stp:

Originally posted by Lone_Ranger at 2003-12-22 01:16 PM:
Thank marquez for your info. Banyak buku yang kau baca...bagus gak untuk kita share bersama-sama dalam forum ini...



banyak sumber boleh tuka2 share...
ada kepelbagaian dlm mentafsir sejarah

[ Last edited by Andrea_Pirlo on 23-12-2003 at 11:43 PM ]
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 25-12-2003 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by Andrea_Pirlo at 23-12-2003 11:39 PM:
tapi aku tak brp setuju ngn asabiyyah tue...
(asyik x setuju jer ak nie0

konsep 'assabiyah' ibn khaldun tu tak sama
macam assabiyah zaman jahiliyah di tanah arab pra-nabi tu..
isu nih diperdebat ngan hangat dalam kelas master aku..
prof pun takleh buat keputusan.. (dia sengaja tu..)
tapi yang pasti, konsep assabiyah ibn khaldun adalah
berasaskan budaya orang afrika utara..
boleh jadi ibn khaldun nak maksudkan 'nasionalisme' kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
racerX This user has been deleted
Post time 26-12-2003 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by Andrea_Pirlo at 23-12-2003 23:33:
masa tue muawwiyah r.a nie gabenor damascus, ker?
leh ko trgkan tak hapa kejayaan2 nya membuatkan
ramai sokogan pdnya, termasukla balu nabi s.a.w.?


Mengikut pemahaman aku, tindakan Aisya dan dua-tiga Sahabat memerangi Ali tak de kena-mengena dengan menyokong Muawiyah. Complicated sikit kalau nak cerita ni, maklum la Muawiyah dan Ali tu dua-dua dari golongan Sahabat, dan Nabi larang kita komen pasal Sahabat ni. Tapi secara ringkasnya bolehlah dikatakan begini: Muawiyah menang sebab dia bijak berpolitik, sedangkan Ali tewas sebab dia berjuang berasaskan prinsip Kebenaran dan tak boleh compromise.

To me, the Battle of Siffin is the clearest illustration of Ali and Muawiyah's principles. Ali dah dekat nak menang, kemudian Amr al-As (kalau tak sila aku lah) jeneral tentera Muawiyah suruh askar dia pasang Quran pada tombak mereka. Jadi kita tengok dari situ sikap mereka: Ali perang macam gentleman sesuai dengan tuntutan Quran, Muawiyah perang pakai muslihat.

Muawiyah ni sedara-mara khalifah Usman yang kena bunuh tu. Jadi dia tuntut Ali suruh serah siapa yang bunuh khalifah pada dia untuk dihukum. Tapi Ali kata tak boleh; nak serah macamana - siapa yang bunuh pun dia tak tahu (sebab malam tu ada dekat 20 orang masuk rumah khalifah, cuma dua atau tiga saja yang bunuh). Ali kata dia nak siasat pun tak boleh juga, sebab keadaan masa tu tengah kelam-kabut. jadi Ali mintak Muawiyah sabar dulu, bila Ali dah settle revolusi yang tengah berlaku kat bahagian Iraq tu, baru dia boleh settle isu tu.

Tapi sementara tu Ali mintak Muawiyah bai'yat (pledge allegiance) kepada Ali sebagai khalifah. Muawiyah tak mahu. Dia guna pembunuhan khalifah yang tak selesai sebagai alasan nak rampas kuasa. Padahal, kita tahu daripada membaca antara garisan, sebenarnya puak Muawiyah tak nak lepas kuasa (misalnya, kita tengok: bila Ali hantar gabenor baru, ada orang dari puak Muawiyah cuba bunuh gabenor tu on the way). Muawiyah kata, kalau Ali tak leh selesaik kes bunuh tu, maka Ali tak layak jadi khalifah. Jadi Muawiyah suruh Ali serah pada dia jawatan khailfah.

Itu yang jadi perang kat Siffin tu. Pertama kali tentera Islam bertemu antara satu sama lain. Sebelum tu pun dah ada perang kecik antara Ali dengan tentera Aisya, plus dua-tiga Sahabat lain (aku lupa lak nama depa).

Yang Aisya perang Ali tu, ceritanya begini: masa khalifah kena bunuh di Madinah, orang jadi gempar dan cemas, sebab lepas tu beberapa minggu Madinah jadi tempat orang mengamuk. Para sahabat ada yang mintak Ali ambil-alih, mulanya Ali tak nak, sebab dia tak mahu bertanggungjawab atas fitnah yang sangat besar ni. Lepas tiga kali orang pujuk baru Ali setuju, itupun sebab keadaan dah tenat, jadi Ali tak mahu orang awam jadi mangsa.

Tapi ada pulak Sahabat tak setuju Ali jadi khalifah. Pendapat mereka, selagi pembunuh khalifah tak dihukum, maka tak leh lantik khalifah baru. Mereka ni tak faham agaknya, apa yang Ali faham, iaitu dalam keadaan kelam-kabut macam tu, camna nak jalankan keadilan? Siapa kawan siapa lawan pun mereka tak tahu siapa?

Jadi dua-tiga Sahabat ni gi jumpa Aisya di Makkah, komplen pasal Ali naik jadi khalifah. Mereka mintak Aisya sebagai ahli keluarga Nabi gi selesaikan. Jadi Aisya buat tuntutan-tuntutan ke atas Ali. Jawab Ali sama: tak leh nak settle selagi keadaan tak kembali damai. Lepas dua-tiga kali berutus mesej, Aisya kumpul tentera, nak lucut jawatan khalifah daripada Ali. Masa tu Ali dah berkubu di Iraq, sebab bandar Madinah masa tu dah tak selamat - mana musuh dalam selimut Ali tak kenal.

Lalu terjadilah Perang Gajah antara tentera Ali dan Aisya. Dua-tiga Sahabat yang support Aisya gugur; syahid ke tak, wallahualam. Tentera Aisya kalah, dan Ali perintah Aisya balik dok Makkah. Lepas tu Aisya tak lagi campurtangan dalam urusan politik. Lepas Perang gajah tu lah Ali gi perang dengan Muawiyah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2003 12:12 PM | Show all posts
okay
salam oh dah bercerita ttg peperanagn Siffin - ini bukan yg pertama kan ?
Apa pula motif di sebalik peprangn Jamal yg berlaku antara 2 pihak yg sama
tjujan saya utarakan benda ini ialah pada thn 1995 saya terbaca buku yg ditulis oleh seorg pensyarah ? Pangajian ? tamdun Islam lah yg kalau tak silap cuba cari tajuknya- Kupasan terhadap pembohongan ? penyelewengan ? .....terhadap Khulafa' Ar-RAsyiddin dlm buku ini diceritakan apa yg berlaku  apabila penulis itu membuat ppenilaian semula.
Beliau beranggapan bhw Aisya' tidak salah , so as ALI . But ade pihak yg mengapi-apikan. So ia berlaku tanpa kawal.
Itu shj
wassalamua'laikum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


racerX This user has been deleted
Post time 26-12-2003 12:42 PM | Show all posts
Akupun rasa dua-dua tak salah; masing-masing ada valid reasons for believing what they believed. What happened was meant to happen.

Kalaupun ada orang api-apikan keduanya, takkan kita nak percaya Aisya dan Ali begitu lemah sampai boleh kena influence oleh orang yang tak bertanggungjawab - aku percaya they acted on what they believed was right. Sebab tu lepas tewas perang unta (heheh kat atas tu aku kata perang gajah) Aisya sedar yang dia ter-silap dan Ali yang benar.

Itu Aisya: mengaku bila dah silap. Tak macam gabenor Damsyik tu. (Nope, not a Muawiyah fanboy, this one).
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 27-12-2003 11:32 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 26-12-2003 12:12 PM:
Beliau beranggapan bhw Aisya' tidak salah , so as ALI . But ade pihak yg mengapi-apikan. So ia berlaku tanpa kawal.

aisyah tak salah.. ali tak salah..
yang salah ialah abdullah bin saba..
dia ialah abdullah bin ubay versi baru..
dia yang melaga-lagakan team ali dan aisyah masa mereka
berkhemah bersebelahan.. the rest is history..

apa yang malangnya, umat islam yang terbunuh sesama sendiri
pada SATU malam itu mengatasi jumlah seluruh umat islam yang terkorban
semasa berjuang bersama-sama nabi dalam sejarah 23 tahun baginda..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2003 11:12 PM | Show all posts
Originally posted by winzip at 2003-12-27 23:32:
aisyah tak salah.. ali tak salah..
yang salah ialah abdullah bin saba..
dia ialah abdullah bin ubay versi baru..
dia yang melaga-lagakan team ali dan aisyah masa mereka
berkhemah bersebelahan ...

SALAM DEAR.
YES THAT NAME!!! ring a bell..terima kasih.

ini bukan shj ttg peperanagn Jamal etc ttp juga " golongan penulis sejarah ini yg mempunyai maksud lain" dgn mudah memanipulasikan cerita ttg Sayidina Usman -  hilang  cincin- itu pun boleh dimanipulasikan.Doputarbelitkan.
Dan adakah sumber yg dipeolehi dlm penceritaan ttg perang Crusade ini mempengaruhi tafsiran kita terhadap golongan yg terlibat dlm perang itu sendiri??
dan lagi satu WINZIP - what about majlis timbang tara antara Muawiyah and the gang?

[ Last edited by mbhcsf on 28-12-2003 at 11:13 PM ]
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 1-1-2004 01:39 PM | Show all posts
cikgu aku kata.. majlis tahkim (macam majlis timbang tara / tribunal)
antara ali dan muawiyah tu punca utama umat islam
berpecah kepada 4 puak pada masa tu..
wakil ali ialah abu musa al-ashaari yang lurus, tokoh ulama..
wakil muawiyah ialah amru al-as yang licik, pakar putar belit politik..
dalam majlis tahkim, team ali tewas sebab manipulasi amru al-as
yang menyebabkan seolah-olah ali terlucut jawatan khalifah dan
muawiyah terlantik sebagai khalifah..
abu musa balik tanpa berani mengadap muka ali, sampailah dia mati..

empat golongan yang muncul lepas majlis tahkim ialah
- gol yang sokong muawiyah (based di syria)
- gol pengikut ali yang setia (terus jadi syiah)
- golongan yang kata dua2 tak salah (sunnah)
- golongan yang marah ali dan muawiyah (khawarij)

bagi golongan khawarij, ali dan muawiyah adalah punca pecah belah umat islam..
oleh itu darah mereka halal.. demi perpaduan islam..
mereka lantik tiga orang untuk bunuh ali, muawiyah dan amru serentak..
bila masa paling senang bunuh pemimpin islam? masa sembahyang..
ali mati ditikam masa sebahyang.. oleh abd rahman muljam
amru ponteng sembahyang sebab tak sihat, pengganti dia mati dibunuh.. (kesian..)
muawiyah hanya dapat dicederakan (sebab sembahyang pakai bodyguard)..

perpecahan umat islam berpanjangan hingga kini..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2004 09:51 AM | Show all posts

Hmmm...

Originally posted by winzip at 1-1-2004 13:39:
cikgu aku kata.. majlis tahkim (macam majlis timbang tara / tribunal)
antara ali dan muawiyah tu punca utama umat islam
berpecah kepada 4 puak pada masa tu..
wakil ali ialah abu musa al-ashaar ...




Dari dulu sampai sekarang ni satu jer conclusion boleh buat berkenaan dengan perpecahan dalam umat Islam ni... Gila kuasa...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2005 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by AceHand at 21-1-2004 09:51 AM:




Dari dulu sampai sekarang ni satu jer conclusion boleh buat berkenaan dengan perpecahan dalam umat Islam ni... Gila kuasa...


[co ...



:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2005 08:57 AM | Show all posts
ff:
"APAKAH kesannya JIKA SALADIN - SALAHUDDIN AL  AYUBI berjaya Merentasi BANJARAN PYRENNES" ..hmm sudah tentu effectnya ..tak terjangka oleh fikirankan?


Sori, selain kehebatan Salahuddin semasa Perang Salib, tak banyak yang saya baca mengenai pahlawan terbilang ini. Sure ini bukan confusion dengan Abdul Rahman Al-Ghafiqi yang berjaya menyusup masuk ke Perancis sehingga ke Tours dimana beliau syahid dalam pertempuran dengan Charles Martel?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2005 10:32 AM | Show all posts

salam,

Semua ahli sejarah bersetuju mengatakan bhw dr kaca mata peperangan, perang salib yg berlarutan selama 200 tahun lebih itu tamat dgn kemenangan tentera Islam.

Dlm peperangan itu mereka berjaya mengorbankan byk tentera dan harta benda umat Kristian.  Sedangkan umat Kristian pula gagal utk merampas tempat suci Palestine dan gagal mempertahankan kerajaan2 Latin yg mereka dirikan di Timur, apa lagi utk menakluki Kerajaan Islam di Mesir atau salah satu negeri di Timur Tgh itu.

Goustaf Le Bon menulis:

"Korban yg diberikan Eropah, baik korban jiwa atau pun korban harta selama 2 abad adalah terlalu byk, sedangkan kaum Muslimin masih tetap menguasai negeri2 itu yg bertahun2 org Kristian hendak merampasnya".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2005 10:39 AM | Show all posts
Tetapi dlm bidang masyarakat, politik, ekonomi dan ilmu pengetahuan, Benua Eropah pd umumnya tlh memperolehi faedah yg tidak ternilai harganya.

Contohnya, dlm bidang ilmu pengetahuan...

Kedatangan org Eropah Kristian ke Timur memberi keuntungan yg besar bg mereka.  Berbagai cabang ilmu pengetahuan yg bertulis dlm bahasa Arab diterjemahkan kpd bahasa mereka.

Sistem persekolahanjuga ditiru sebagaimana sekolah2 yg terdapat di kota2 Aleppo, Hims, Baklabakka dll.

Org Eropah mula mengetahui ilmu bumi dan cara menggunakan kompas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2005 01:01 PM | Show all posts
PERANG SALIB (488-690 H/1095-1291 M)

Perang Salib atau dalam bahasa Inggeris disebut The Crusades (Arab: al-Humb al-Salibiyah) merupakan siri peperangan yang dilakukan oleh orang Kristian dari bahagian barat Eropah ke atas orang Islam di wilayah Asia Barat (Timur Tengah) antara tahun 488-690 H/1095-1291 M.

la digelar 'Perang Salib' oleh sebab tentera-tentera Kristian telan memakai salib di leher mereka (atau melukis salib di dada atau memakai selendang merah disangkut ke bahu dengan gambar Salib (Asyur, 1 /134) semasa berperang.

Oleh itu Perang Salib boleh dianggap sebagai ekspedisi ketenteraan yang bermotifkan agama. Pada mulanya tentera Salib hanya berusaha mengambil semula BaitulMaqdis di Palestin daripada tangan orang Islam. Tetapi setelah itu, setiap peperangan yang berlaku antara orang Kristian dengan orang Islam dalam tempoh tersebut dinamakan Perang Salib.

Sejarah permusuhan dan peperangan antara orang Islam dengan orang Kristian Eropah sudah bermula sejak zaman Nabi s.a.w. lagi. Beberapa siri peperangan telah berlaku antara kedua-dua pihak termasuklah Perang Mu'tah dan Tabuk.

Setelah itu diikuti dengan penaklukan ke atas beberapa wilayah Byzantine yang mewakili kerajaan Kristian Eropah termasuklah Syria dan Mesir pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.

Dalam ekspedisi penaklukan ini tentera Islam berjaya menguasai Baitul Maqdis di Palestin. Penaklukan ke atas Baitul Maqdis yang dianggap sebagai tanah suci oleh orang Kristian telah membangkitkan kemarahan mereka, kerana dengan penaklukan itu terhalanglah mereka daripada mengerjakan haji ke situ.

Oleh sebab terdapat permusuhan ini menyebabkan berlaku siri peperangan yang lama antara tentera Islam dengan tentera Byzantine, dan ia terus berlanjutan hingga ke zaman Bani Umaiyyah dan Abbasiyah. Kota Constantinople (Istanbul), pusat pemerintahan Byzantine sering kali diserang oleh tentera Islam.

Pada akhir-akhir pemerintahan Abbasiyah permusuhan antara oraiig Islam dengan orang Kristian terus berlaku. Pemerintah Seljuq, walaupun telah mengalami krisis dalam negeri dan perbalahan antara pemimpin-pemimpin wilayah (atabeg) sesama mereka, tetapi perasaan benci terhadap orang Kristian tetap wujud.

Pihak Atabeg Seljuq telah menghalang orang Kristian menziarahi tanah suci Baitul Maqdis. Tujuan mereka ke tanah suci adalah untuk menghapuskan dosa dan kejahatan mereka masa lalu. Tetapi jalan mereka. ke sana telah disekat oleh tentera-tentera Atabeg Seljuq yang memerintah di sekitar Syria dan Palestin di sebelah utara Laut Maditerranean dan di sebelah selatan disekat oleh tentera Fatimiyyah. Selain itu, puak Atabeg telah mengenakan cukai yang tinggi ke atas orarig-orang Kristian yang melalui wilayah-wilayah mereka sebelum sampai ke
Baitul Maqdis.

Selain itu kemarahan orang Kristian timbul kerana kerajaan Fatimiyyah telah membinasakan Gereja Suci pada tahun 1009 M dan gereja ini dikatakan dibina di atas kubur Nabi Isa a.s. dan dijadikan tempat orang Kristian berkunjung setiap tahun.

Oleh sebab adanya motif-motif agama, ekonomi dan juga politik, ini rnenyebabkan berlakunya Perang Salib. Sebagai langkah awal, seorang pendeta dan pengembara berbangsa Perancis bernama Peters Amiens yang telah mengembara di kawasan Asia Barat bagi menyebarkan agama Kristian telah dapat menyaksikan sendiri tentang penderitaan yang dialami orang Kristian sewaktu beliau berada di Palestin.

Justeru itu, beliau bercita-cita supaya Baitul Maqdis dikuasai oleh orang Kristian. Beliau kemudiannya kembali ke Eropah dan menghadap Raja Paus Urban II. Dalam pertemuan itu beliau mengatakan kepada Paus Urban II tentang penderitaan orang-orang Kristian di Palestin.

Setelah itu beliau berkempen kepada raja-raja dari pembesar-pembesar Kristian di Eropah supaya menentang orang Islam atas nama agama. Semangat keagamaan di kalangan orang Eropah pada masa itu masih kuat. Lantas Peters Amiens dilantik oleh Paus Urban II sebagai propagandis bagi menaikkan semangat orang Kristian di Eropah.

Pihak Kaisar Alexius Comnenus di Constantinople pula menyeru seluruh raja di Eropah supaya memerangi orang-orang Islam. Dengan cara ini sahaja kerajaan Byzantine (Rom Timur) dapat diselamatkan daripada terjatuh kepada tangan tentera Seljuq Islam.

Pada tahun 1095 M, atas seruan Paus Urban II telah diadakan perjumpnan besar-besaran di Clermont (Perancis) yang dihadiri tokoh-tokoh agama Kristian dan pembesar-pembesar negeri bagi merancang serangan ke atas orang Islam.

Dalam pidatonya, Paus Urban II sebagai seorang paderi besar telah mengisytiharkan bahawa setiap vang menyertai peperangan ini akan dilindungi segala harta bendanya oleh pihak gereja.

Demikian juga dengan kaum keluarganya yang tinggal akan dilindungi oleh gereja. Segala dosa pejuang walau sebesar mana pun akan diampuni dan mereka yang terkorban akan dimasukkan ke dalam syurga[Said Abd.Al-Fattah Asyur,al-harakah al-Salbiyah,1/134.

Katanya, 'Adalah kehendak Allah'(Deus lo volt).[A.A Vasiliev,History of the Byzantine Empire,Madison,1961,2/402; Hamka,hal.226]

Apabila mendengar jaminan yang diberikan oleh Paderi Paus Urban II itu, maka ramailah yang mendaftarkan diri untuk pergi berperang sama ada tua atau muda, berpangkat tinggi atau rakyat biasa.

Suasana pemerintahan kerajaan Seljuq pada masa itu dalam keadaan berpecah belah berikutan kematian Sultan Muhammad. Keadaan ini sudah tentu memudahkan kerja tentera Salib bagi menewaskan orang Islam. Bagi pihak kerajaan Fatimiyyah di Mesir berasa gembira dengan serangan-serangan tentera Salib ke atas Syria kerana dengan serangan itu akan terhapuslah kuasa Seljuq di wilayah itu dan seterusnya diperintah semula oleh kerajaan Fatimiyyah. Sementara di Eropah raja-rajanya di Perancis, Jerman, England, Scotland, Denmark,Itali dan Sepanyol sedang menggembleng tenaga untuk bersatu di bawah lindungan "Agama Kristian bagi menyerang orang Islam.[Runciman, A History Of The Crusades,Cambridge,1957,hal.321.

Sebelum Perang Salib tercetus tentera Norman yang memerintah di selatan Itali telah berjaya menakluki pemerintahan Islam di Pulau Sicily pada tahun 1091 M. Dengan kejatuhan Sicily kepada tangan orang Kristian telah memberi perangsang yang kuat kepada mereka untuk meneruskan perluasan jajahan takluk mereka.

Berikutan perhimpunan besar tokoh-tokoh Kristian Eropah pimpinan Paus Urban II tahun 1095 M telah mencetuskan semangat Perang Salib di kalangan orang-orang Kristian bagi mempertahankan agama mereka serta memperluaskan kuasa agama Kristian di bumi orang Islam.

Pada tahun 1096 M, telah berhimpun di ibu kota Constantinople serama 25 000 orang tentera dengan lambang Salib.[G.Ostrogorosky,History Of The Byzantine State,Oxford,1956,Hal.321]

Tentera ini diletakkan di bawah pimpinan Godfrey of Bouillon dan beberapa orarg lagi pemimpin tentera daripada bangsa Norman dan Perancis termasuklah Baldwin I, Count Raymond, Bohemond, Graaf Toulouse, Tancred, Robert Hertog dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2005 01:02 PM | Show all posts
Pada awal Ogos 1096 M tentera Salib menyerang Selat Bosporus menghala ke Asia Kecil bagi menghadapi tentera Islam di bawah kuasa Seljuq. Dalam serangan pertama mereka gagal.

Akan tetapi mereka berjaya dalam serangan kedua untuk menawan kawasan-kawasan seperti Armenia, Roha, Nicia, Antakiyah (Antioch), Alippo (Halab) dan kawasan-kawasan di hulu Sungai al-Furat. Kawasan-kawasan itu telah dikuasai dengan mudah oleh tentera Salib kerana pihak Seljuq tidak mendapat bantuan daripada kerajaan pusat Baghdad. Tentera Salib telah melakukan keganasan dengan membunuh orang-orang Islam tanpa belas kasihan, seperti-mana yang dilakukan oleh tentera Norman ke atas orang Islam Sicily.

Tentera Salib telah melakukan serangan ke atas dua pihak: di sebelah selatan dan utara Syria. Dari Antakiyah di bawah pimpinan Baldwin I, mereka mara ke utara Syria dan menawan Edessa dan menubuhkan pemerintahan Kristian di situ. Di sebelah selatan pula pimpinan Godfrey menuju ke Baitul Maqdis dari Baghdad.

Pada 15 Jun 1099 M Godfrey dengan mudahnya memasuki kota Baitul Maqdis tanpa mendapat tentangan serius daripada tentera Islam dan beliau seterusnya bertindak ganas dengan membunuh ramai penduduk Islam di situ.

Godfrey dikatakan menerima bantuan daripada tentera laut yang mengandungi 12 buah kapal perang Itali dari Venice dan Genoa bagi mengukuhkan kedudukan tentera Kristian di selatan Baitul Maqdis.[K.M.Setton, A History Of The Crusades, Pennsylvania,1958,1/252.

Pada tahun ini juga beberapa kota lain telah jatuh kepada tangan mereka di bawah pimpinan Count Raymond.Godfrey kemudiannya dilantik menjadi raja di Baitul Maqdis. Apabila beliau meninggal dunia (1100 M) tempatnya diganti oleh Baldwin I. Sementara Count Raymond, salah seorang amir Perancis yang pernah menyertai tentera Salib menentang tentera Islam di Sepanyol dan pernah juga melawat tanah suci Baitul Maqdis dilantik sebagai pemerintah di Antakiyah.

Setelah itu (1101 M) Baldwin I memerintahkan Count Raymond menakluki Tripoli (Tarablus). Hanya selepas lapan tahun barulah kota Tripoli dapat ditawan. Datem-pada itu Count Raymond meninggal dunia. Dengan itu maka hampir seluruh wilayah Syria, Palestin dan kawasan-kawasan sekitarnya jatuh kepada tangan tentera Kristian. Akan tetapi dengan terjatuhnya tanah suci Baitul Maqdis kepada tangan tentera Kristian menyebabkan kedudukan orang Islam terjejas.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2005 01:10 PM | Show all posts
Kebangkitan Tentera Islam (Perang Salib Peringkat Kedua)

Hampir setengah abad iaitu dari tahun 492-542 H/1099-1147 M Baitul Maqdis ditawan oleh tentera Salib. Dalam tempoh tersebut orang Islam hidup menderita di bawah pemerintahan orang Kristian. Namun demikian semangat jihad sentiasa berkobar-kobar di dalam jiwa umat Islam. Mereka merasa tidak aman dan tidak tenteram selagi negara mereka dijajah.

Kekuatan orang Islam muncul semula dengan kelahiran seorang tokoh yang tidak asing lagi pada zaman Seljuq, iaitu Imad al-Din Zanki. Beliau ialah Atabeg (gabenor) Mawsil. Beliau memerintah Mawsil, utara Iraq sejak tahun 1127 M sebagai wakil Alp Arslan dan Farrukh Shah. Imad al-Din Zanki seorang ahli politik, diplomat dan pentadbir yang bijak, jujur serta suka menolong sesiapa sahaja dalam kesusahan. Wilayah kekuasaannya hampir meliputi seluruh kawasan Jazirah hingga ke utaranya di mana terdapat satu lagi kuasa yang diperintah oleh kaum Ortoqad.

Pada tahun 1144 M Zanki telah berjaya menawan semula Edessa dan beberapa kawasan di wilayah Syria daripada tangan orang Kristian.

Pada tahun 1146 M Zanki telah mati dibunuh oleh salah seorang hambanya. Setelah itu kawasan pemerintahannya telah dibahagikan kepada dua orang anaknya : Saif al-Din al-Ghazi dan Nur al-Din Muhammad.

Saif al-Din memerintah di Mesopotamia (Jazirah), sementara Nur Al-Din memerintah di Syria.

Nur al-Din telah disifatkan oleh Ibn al-Athir sebagai pemimpin Islam yang patuh pada ajaran agama, telah mewarisi sifat-sifat kepimpinan bapanya serta mempunyai semangat jihad yang tinggi bagi membebaskan.bumi Palestin daripada kekuasaan tentera Kristian.

Beliau telah menggunakan segala kekayaan negara bagi membina kekuatan orang Islam tanpa mempunyai perasaan tamak atau kepentingan diri sendiri. Dalam pada itu beliau tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi, tetapi lebih banyak memberi bantuan serta menyediakan kemudahan-kemudahan asas. Di samping itu, beliau membina rumah-rumah kebajikan, hospital, rumah tumpangan, dan pusat-pusat pengajian.

Di Damsyik beliau telah mendirikan sebuah sekolah pengajian Hadis (Dar al-Hadith) dan sebuah hospital yang diberi nama Hospital Nur al-Din yang kemudiannya di tukar menjadi sebuah pusat pendidikan perubatan.

Dasar luar kerajaan, secara langsung, dikaitkan dengan rnasalah tentera Salib dan usahanya untuk menyingkir mereka dari bumi orang Islam. Nur al-Din telah berjaya membebaskan semua wilayah Edessa setelah terjatuh kepada tangan tentera Salib beberapa tahun berikutan kematian Zanki.

Penawanan semula ke atas Edessa oleh orang Islam telah membangkitkan kemarahan orang-orang Eropah dan berazam meneruskan Perang Salib. Bagi tujuan ini mereka telah berhimpun di St Bernard of Clairvaux di bawah pimpinan Pope Eugene III.

Pada tahun 1146 M, Raja Louis VII dari Perancis dan Hohenstaufen Conard II turut memberi sokongan moral kepada tentera Salib. Dalam perjalanan ke Hungary ramai daripada tentera Salib mati akibat ditimpa sakit dan kebuluran. Hanya sebilangan kecil daripada mereka sahaja yang meneruskan perjalanan ke Baitul Maqdis. Dari sana mereka merancang untuk menyerang Damsyik yang mana pada ketika itu diperintah oleh Mu'in al-Din Anar, seorang berketurunan hamba (Mamluk) wakil kerajaan Buriyah pimpinan Mujir al-Din daripada keturunan Atabeg Seljuk.

Apabila tentera Salib menghampiri kota Damsyik, pihak Mu'in al-Din meminta bantuan daiipada Nur al-Din. Akan tetapi sebelum bantuan sampai tentera Salib telah menarik diri dari kota Damsyik akibat berlaku perbalahan sesama mereka. Kesempatan ini digunakan oleh Nur al-Din untuk melakukan serangan balas ke atas tentera Salib.

Pihak Count Raymond yang memerintah Tripoli, Syria, telah diancam oleh Count Bertrand of Toulouse yang memerintah kawasan Arimah. Oleh itu beliau meminta bantuan daripada Nur al-Din dan Mu`in al-Din. Kesempatan ini diambil oleh Nur al-Din dan Mu`in al-Din untuk menyerang tentera Salib. Dalam serangan ini tentera Islam berjaya rnenawan Arimah dan menangkap Raymond dan dibawa ke Aleppo.

Dalam tempoh beberapa tahun berlaku pula pertempuran kecil-kecilan antara tentera Islam dengan tentera Salib. Pada bulan April 1154 M, Nur al-Din telah berjaya menamatkan pemerintahan tentera Salib di Hims. Berikutan daripada itu berlaku pula perebutan kuasa antara kedua-dua pihak ke atas Kubu Harim yang terletak antara Antakiyah (Antioch),dengan Halab (Aleppo). Dalam pada itu Maharaja Byzantine, Manuel I, tiba di Syria pada 1158 M bagi menghukum putera mahkota Raynald yang memerintah Antakiyah kerana melakukan serangan ke atas Cyprus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068122 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list