CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135474|Reply: 1210

PUISI CINTA

[Copy link]
Post time 16-4-2006 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Sorry kalau thread ni ff: .tetapi tujuan aku..bagi sesiapa yang sedang dilanda problem dalam cinta....bolehla ringankan kepala membaca sajak sajak dalam thread ni.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2006 07:00 PM | Show all posts
Aku Mahu Menyintaimu
(Tetapi aku tidak dapat...)


Aku mahu menyintaimu
tetapi aku tidak dapat
telah kucuba berulangkali
tetap rebah tewas sendiri
dengan perasaan yg sebaliknya
tentu kau kecewa jika mengetahuinya...

Bahkan aku sendiri tidak mengerti
mengapa setelah kukerah segenap kekuatan
masih cinta itu tidak hadir
sebagaimana yg kau harapkan dariku....

Aku mahu menyintaimu
demi membalas baik budimu
pengorbananmu tak terungkap dengan kata-kata
terlalu besar kasih sayangmu
namun kenapa aku masih kalah
tidak berdaya menyintaimu
sepertimana cinta yg kau taburkan padaku?

Aku mahu menyintaimu
tetapi aku tidak dapat
mampukah aku membohongi hatiku selamanya
dengan kata-kata cinta
sedangkan aku mahu menyintaimu
setulus hati tetapi aku tidak dapat....
hatiku masih tidak bergetar utk
menyintaimu sepertimana kau menyintaiku....

Kukerah tenaga sehingga lelah
tetap cinta itu tak mahu hadir
adakah aku tak cukup berjuang
hingga getaran itu tak terasa....

Aku berusaha meraih perasaan itu
tapi aku tidak dapat
oh! aku benar-benar kecewa
kenapa hatiku ini begitu degil
utk melepaskan kenangan lalu
dan menerima cintamu yg tulus suci???

Tuhan..
sekiranya dia jodohku
titipkan perasaan kasih sayang dan cinta
dalam hatiku kepadanya
kerana tanpa kurniaan cinta dariMu
aku tak mampu berbohong lagi

Aku tak berdaya menyintai seseorang
tanpa Kau izinkan perasaan itu
bersatu dihati segenap ragaku..

Aku masih cuba
dan akan terus mencuba
utk menyintaimu
sehingga aku benar-benar pasti
bahawa kaulah lelaki itu
yg ditakdirkan untukku

Aku mahu menyintaimu
sepertimana kau menyintaiku
aku tidak mahu menghampakanmu
harapanmu padaku tak pernah surut
bahkan kasih sayangmu
terus membanjiri hidupku
tanpa dapat aku membalasnya
sebaik budimu......

Aku benar-benar mahu menyintaimu
biarkan aku terus mencuba
kerna aku sungguh2 tidak mahu
hatimu dikecewakan lagi.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2006 07:03 PM | Show all posts
Buat temanku yg sedang bersedih
setelah kuamati luahan perasaanmu
diriku turut terasa sayu
kerana apa yg kau rasakan
seolah jiwaku yg merasakan
kita berkongsi kisah duka
walau berlainan aturan ceritanya
rasa itu tetap sama
suatu kesedihan yg berat
kita terbelenggu di dalamnya...

Kita mahu keluar dari silam
dan melupakan segala
tetapi kenangan itu tak terpadam
ia bukan seperti karya novela
yg boleh diubahsuai jalan cerita
mengikut kata hati pengarangnya...

Kita meniti perjalanan realiti
takdir Tuhan yang Maha Mengetahui
segalanya dibawah lembayungNya
kita berusaha tetapi Dia jualah yg menentukan
percayalah sayang...
apa yg berlaku ada hikmahnya
kerana Dia jualah Maha Menyayangi
takkan ditimpakan ujian kepada hambaNya
sekiranya kita tak mampu menanggungnya....

Kau berkata, sayang
tiada siapa yg tahu selama ni tentang dirimu
sebahagian kisah hidupmu adalah suatu rahsia
nasibmu yg malang hanya kau pendam
kau menangis kesedihan keseorangan
oh sayang...betapa kita ada persamaan
aku juga tak mahu orang tahu
betapa aku juga mempunyai kisah sedih
namun ketahuilah sayang
setiap insan pasti ada secebis rahsia
yg seboleh mungkin mahu dipadamkan
walau berkali-kali mencuba tidak mungkin
mustahil kita menidakkan
sesuatu yg telah terjadi....

Sayangku...
kumengerti perasaanmu
bersabarlah sayangku..
ujian itu tanda Tuhan sayang kita...
Tuhan mengasihi orang yg sabar
pasti doamu suatu hari kan terjawab
jgn kau berputus asa pada rahmat Tuhan
kepadaNya sahaja kita berserah....

Sahabatku yang sedang bersedih
sapulah air matamu yg sedang mengalir
aku begitu sayu melihatmu begitu
mahu kusapu air mata itu dari pipimu
dan memelukmu dalam dakapanku
sambil berkata "Segalanya akan baik-baik saja"
ya...harapanku ada senyuman dibibirmu
senyuman yang bukan dipaksa
tapi terbit dari hati...

Sahabatku jangan bersedih..
kuizinkan kau menabir dirimu
hakikatnya bukan kau saja
percayalah ramai lagi yg berteduh di sini
dengan identiti yg berbeza-beza
namun punya hati yg sama....

Tidak mengapa sayang
ia bukan suatu dosa
asal saja ia dapat meringankan bebananmu
itulah yg paling kudoakan
luahkan segala curahan hatimu
selagi ia terpendam di lubuk jiwa
selagi itu kutahu ia memedihkan
bagai hati kita dirobek-robek
menjadi kepingan-kepingan
yg terbang dek angin
tapi pulang kembali memakan diri...
alangkah sadisnya..
bertahan sayang..bertahan...
Tuhan mendengar rintihanmu...

Buat sahabatku yang membaca puisi ini
benarlah puisi ini dikarang khas buatmu
sekiranya kau sudah habis membacanya
ingatlah bahawa ada seseorang
yg mendoakan kebahagiaanmu
percayalah bahawa dalam dirimu ada kekuatan
kau pasti dapat bangkit semula
dan menyapu rasa sedih dan kecewa
lantas membina semangat baru
suatu kehidupan yang tenang
dan diselangi keceriaan dan tawa...

Sayangku...
Senyumlah...
kerana aku turut tersenyum
melihat kau mula mengesat airmatamu
dan menguntum senyuman.....

Aku yakin sayangku...keceriaan akan kembali semula....
Reply

Use magic Report

cherrycherry This user has been deleted
Post time 16-4-2006 07:09 PM | Show all posts
tell me why

u let our love die???

:cry::cry::cry::cry::cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2006 07:13 PM | Show all posts
KETERLANJURAN YANG TERLARANG

Di suatu malam?
kita tidak lagi berdua
tetapi 慴ertiga,
lalu kealpaan mula menjelma?.
godaan menyerang...
benteng mula goyah....
dan akhirnya roboh jua
akibat sesuatu kelalaian

Kita semakin hanyut...
dan tenggelam...
mengemudi lautan syurga...
duniawi..
hingga lupa akan dosa...
agama dan adat

Penyesalan sudah tidak berguna?.
masa depan sudah punah
aku kehilangan sebuah mahkota?..
seorang gadis?.

Namun kau tidak terkesan..
dengan tangisan penyesalanku.
malah ka uterus meminta
agar diulangi kenikmatan?
keterlanjuran pertama...
dan akulah yang tertekan....
begitu takut kehilanganmu?.
kerana yang menanggung sengsara
adalah aku
bukan dirimu?.

[ Last edited by  nizam_muse at 16-4-2006 08:34 PM ]
Reply

Use magic Report

cherrycherry This user has been deleted
Post time 16-4-2006 07:40 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by nizam_muse at 16-4-2006 07:13 PM
KETERLANJURAN YANG TERLARANG

Di suatu malam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2006 08:42 PM | Show all posts
Originally posted by nizam_muse at 16-4-2006 07:03 PM
Buat temanku yg sedang bersedih
setelah kuamati luahan perasaanmu
diriku turut terasa sayu
kerana apa yg kau rasakan
seolah jiwaku yg merasakan
kita berkongsi kisah duka
walau berlainan atura ...



indahnyerr kata2 namun alagkah indah jika ia benar2 lahir drpd insan yg bnr2 aku
harapkan:cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2006 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by nizam_muse at 16-4-2006 07:00 PM
Aku Mahu Menyintaimu
(Tetapi aku tidak dapat...)


Aku mahu menyintaimu
tetapi aku tidak dapat
telah kucuba berulangkali
tetap rebah tewas sendiri
dengan perasaan yg sebaliknya
tentu kau k ...



perempuan rupanyer si nizam_muse nih:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2006 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by Salehasz at 16-4-2006 08:45 PM



perempuan rupanyer si nizam_muse nih:hmm:


aku laki la.....
kadang kadang kalau nak buat sajak...
kiter kena andaikan diri kita sebagai pompuan,ayah,ibu n hatta seekor kucing...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2006 09:17 PM | Show all posts
Originally posted by nizam_muse at 16-4-2006 07:13 PM
KETERLANJURAN YANG TERLARANG

Di suatu malam?
kita tidak lagi berdua
tetapi 慴ertiga,
lalu kealpaan mula menjelma?.
godaan menyerang...
benteng mula goyah....
dan akhirnya roboh jua
akiba ...


tak per....biar aku sambung sebagai lelaki sejati..

usah ragui kesetiaanku sayang
sememangnya aku begitu menyintaimu
usah bimbang dengan apa yang kan terjadi
akan ku sentiasa di sisimu...

aku kesali apa yang terjadi
meninggalkanmu tidak sekali
peliharalah cinta kita
agar terus mekar mewangi
sesungguhnya....
aku menyintaimu.....

wow...jiwang karat beb...:dia::cool:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2006 09:55 PM | Show all posts
ramai jugak yang pandai bersajak ni...
hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2006 12:52 AM | Show all posts
harap korang semua dapatla letakkan sajak sajak yang bertepatan ngan tema kita ok.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2006 01:01 AM | Show all posts
TENANG....

sunyi..
sepi..
mendongak ku ke langit
terlihat awan yang biru
hati ini berbisik,
adakah aku seperti awan itu jua?
sentiasa biru
pabila cuaca berubah,
hatiku turut terubah?
biru itu tenang.. sejuk terasa..
terus ku berjalan tanpa
memandang langit..
terbisik hatiku,
adakah aku cukup tenang..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2006 01:13 AM | Show all posts
TAJUK :: SIAPA YG CURI HATIMU


Bertentang mata aku tidak lagi melihat cinta, menyelami hatimu aku tidak bisa merasakan cinta,

siapa yang telah curi hatimu
hingga cintaku hilang bisanya..
siapa yang sedang kau rindu
hingga di matamu tiada lagi bayang cintaku.. tiada rindu untukku!

Tapi mahukah kau mengerti
ku menantikan saat kau kembali
melupakan semua..
memulakannya semula..

ku bisa menanti..
aku juga bisa melangkah pergi..
tapi biarlah aku tahu..
siapa yang telah curi hatimu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2006 01:15 AM | Show all posts
TAJUK :: SAYANG, RINDU DAN CINTAKU...

Bila sayang terpaut cinta...
Bila rindu bertamu kasih...
Hati resah menanti kau hadir...
Hadir menemani malam sepiku...

Sayang...
Saat sayang itu hadir...
Aku terpaku membisu...
Terpaku mengenangkan dirimu...
Kerna dirimulah yang aku rindu...

Saat cinta pula yang hadir...
Aku menanggung rasa pilu...
Pilu yang terus terpahat di hati...
Pilu yang masih belum terubati...

Kadangkala hati berdetik...
Adakah benar aku yang kau nanti...
Adakah benar aku yang kau rindui...
Namun,
Sehingga kini...
Semuanya masih lagi teka-teki...
Tiada jawapan yang pasti menanti...

Sayang,
Katamu akulah kekasihmu...
Katamu akulah yang kau rindu...
Namun,
Hati ini masih lagi sangsi...
Perasaan ini masih lagi bingung...
Sangsi dengan kata-katamu...
Bingung dengan cara perlakuanmu...

Sayangku,
Hanya satu yang perlu kau tahu...
Bila hati ini mula mencintaimu...
Bila diri ini mula mendambakanmu...
Aku akan terus menantimu...
Aku akan terus menyayangimu...

Benarkanlah masa mengubatinya...
Semoga rinduku terubat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 10:16 PM | Show all posts
Originally posted by nizam_muse at 16-4-2006 08:57 PM


aku laki la.....
kadang kadang kalau nak buat sajak...
kiter kena andaikan diri kita sebagai pompuan,ayah,ibu n hatta seekor kucing...hehe



yelahtuhh.soryler sal numpang baca jer thread nih:nyorok:,kalo nk reka sajak sendiri tak gheti...:geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2006 03:20 AM | Show all posts
Originally posted by Salehasz at 17-4-2006 10:16 PM



yelahtuhh.soryler sal numpang baca jer thread nih:nyorok:,kalo nk reka sajak sendiri tak gheti...:geram:


ala...x semestinyer sajak....
pantun ker...
luahan hati pun boleh..macam dalam majalah tu.....
sajak sajak kat atas tu...ader gak yang aku ambik...ader yang aku reka....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2006 03:22 AM | Show all posts
alo sahabat ku..nak jengah rumah ko ni jap eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2006 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by Pak_Jen at 18-4-2006 03:22 AM
alo sahabat ku..nak jengah rumah ko ni jap eh


takper jen...
boring aku duk thread man u tu..asyik nak kena bukak jer memanjang...
Reply

Use magic Report

network59 This user has been deleted
Post time 19-4-2006 02:31 AM | Show all posts
Originally posted by nizam_muse at 16-4-2006 07:03 PM
Buat temanku yg sedang bersedih
setelah kuamati luahan perasaanmu
diriku turut terasa sayu
kerana apa yg kau rasakan
seolah jiwaku yg merasakan
kita berkongsi kisah duka
walau berlainan atura ...


aku ske puisi nih, nak pinjam bleh kih kih best tul baca... buat la lg aku ske baca...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.091405 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list