CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nizam_muse

PUISI CINTA

[Copy link]
 Author| Post time 20-5-2006 01:59 PM | Show all posts
Aku Tak Suka Kau....



"Iqa, mari sini sekejap!" Warghh! Apa lagi yang Along nak ni? Dengan langkah
yang malas, aku menuju ke dapur. "Nah! Tolong hantar puding ni pada Mak cik Sofiah." Along menghulurkanku sepiring puding jagung yang sudah siap dipotong. "Eh, kenapa Iqa pula? Kenapa Along tak pergi sendiri?" Aku membantah. "Along nak jaga gulai ni. Takkanlah rumah sebelah pun, susah sangat nak pergi? Bukan apa pun. Keluar rumah, masuk halaman rumah diorang, beri salam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2006 02:00 PM | Show all posts
"Oi, dah okey ke kaki kau tu?" "Apa kau sibuk?" Aku tidak memperdulikan pertanyaan
Azhar. Sikit pun aku tak memandang wajahnya. Aku terus menyiram pokok-pokok bunga di sekeliling laman rumahku itu. "Sombong nak mampus!" Aku mengelap mukaku yang basah disiram air. Kurang ajar! Lesap sudah budak seekor ni! Geramnya aku! Aku membasuh kembali mukaku yang terasa licin itu. Apa taknya, ada ke patut muka aku yang lawa ni Azhar siram guna air basuhan kereta bapa dia! Tunggulah kau, kau keluar kejap lagi, kenalah kau! Aku memutar paip hingga ke paras maksimum. Ha, aku dah agak, dia memang keluar balik. Dari pintu rumah utama Azhar, aku ternampak ada bayang-bayang tubuh yang menuju ke luar rumah. Okey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 02:00 PM | Show all posts
Aku menguap panjang. Sekejap lagi sampailah aku kat perhentian bas ni. Waa! Ngantuknya! Cepatlah kaki oi.. Aku dah letih sangat ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 02:02 PM | Show all posts
"Along dah kena risik!"
Ha? Mataku membulat memandang Angah. "Eh, biar betul?" Angah tersengih. "Bulan depan kita nak buat majlis pertunangan Along." "Angah cakap betul-betullah!" Aku mencubit lengan Angah kuat. "Orang cakap betullah ni!" Angah memuncungkan mulutnya sambil mengusapusap lengannya yang merah tadi. "Siapa?" Tanyaku berbisik. Angah memandang sekeliling. Kemudian Angah merapatkan mulutnya ke telingaku. "Orang sebelah!" "Ha?" Aku menelan air liur. "Eh, mana boleh!" Aku memekik. Angah terkejut melihat reaksiku. "Kenapa pula ni?" "Dia tu masih bersekolah! Lagipun, kan Along lebih tua dari dia! Tak sesuai!" Aku membentak kuat. Wajah Angah berubah. Kemudian dia tersenyum. "Jadi, apa masalahnya? Bukan ke Siti Khadijah tu jauh lebih tua dari nabi?" "Tak boleh! Iqa kata tak sesuai! Takkan Along nak kahwin dengan budak sekolah! Lagipun dia tu baru enam rendah. Belum kerja lagi. Macam mana dia nak menampung perbelanjaan mereka nanti?" Aku terus membentak. Kalau Azhar yang
Along pilih, aku tidak boleh berdiam. Kenapa harus dirampas hak aku? "Tapi, dia tak kisah. Lepas STPM nanti, boleh dia cari kerja. Buat sementara ni, bertunang sajalah!" Angah tersenyum lagi. "Yang kau marah sangat kenapa? Kau suka dia ke?" Sebaik saja Angah menghabiskan kata-katanya, aku segera meluru masuk ke bilik. Dum! Pintu itu kuhempas kuat. Biar Angah tau yang aku benar-benar marah. Aku benar-benar hairan. Kenapa Along yang Azhar pilih? Dan kenapa Along terima Azhar? Takkan Along tak tahu yang aku dan Azhar rapat? "Iqa!" Aku dapat mendengar suara Angah dari luar pintu bilikku. "Tak baik begitu. Kan Along tu kakak Iqa juga?" Aku diam. cuma esakanku saja yang kedengaran.

* * *

Along kelihatan begitu ayu dengan pakaian kebaya berwarna kuning langsat itu. Sebentar lagi majlis pertunangan Along akan bermula. Aku melangkah masuk ke bilikku. Malas aku dengan keadaan sebegini. Daripada sakit hati, lebih baik aku berkurang dalam bilik.
"Iqa! Kenapa berkurung ni? Majlis dan nak bermula ni!" Dapat kudengar suara Achik. "Keluar! Jangan nak buat hal lagi!' Arghh!! Aku melangkah keluar dari bilikku dalam keterpaksaan. "Hei, janganlah masam muka lagi. Kan hari ni Along nak bertunang!" Angah menarik rambutku perlahan. Segera aku menepis tangan Angah. Aku keluar ke halaman rumah. Biarlah aku tidak dapat melihat Along dan bakal tunangnya itu. "Ehem, sorang saja ke?" Aku menoleh. Ah, muka kau lagi? Tak puas lagi ke kau nak menyakitkan hati aku, ha? "Kenapa kau tak masuk dalam? Kan dah nak mula tu?" Soalku tanpa memandang wajahnya. "Patutnya aku tanya soalan ni pada kau!" "Suka hati akulah!" Aku menjawab malas. "Aku pun, suka hati aku juga!" Azhar membalas sinis. Aku memandang Azhar geram. "Kau ni nak bertunang ke tidak? Kalau nak, pergilah masuk!" "Eh, buat apa aku nak bertunang?" Berubah riak muka Azhar. Aku menggigit bibir. "Kau nak mainkan kakak aku ke?" "Mainkan apa pula? Bukan akulah yang nak bertunang dengan kakak kau!" Aku tercengang seketika. "Habis tu? Siapa lagi kalau bukan kau?" "Kan aku ada abang? Kau dah lupa? Abang aku kan baru keluar dari UIA." Kata-kata Azhar membuat mukaku merona merah. "Hari tu, abang kau ada cerita. Bila kau tau yang kakak kau nak bertunang, kau ingatkan dia nak bertunang dengan aku. Abang kau kata, punyalah kau marah waktu tu!" "Eh, bila pula? Tolong sikit ya?" "Eleh, mengaku sajalah yang kau tu sukakan aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2006 02:11 PM | Show all posts
camner citer ni???
ok tak??
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 05:02 PM | Show all posts

Reply #65 nizam_muse's post

Salam ...

Nie Nizam karang sendiri ... ?? Original punya ... ??

Waa ada bakat la ... Napa tak masuk BOD Writers Room ... Boleh asah bakat kat sana ...



p.s:-Nanti abang bg kedit ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-5-2006 05:13 PM | Show all posts
Originally posted by halimijuliana at 20-5-2006 05:02 PM
Salam ...

Nie Nizam karang sendiri ... ?? Original punya ... ??

Waa ada bakat la ... Napa tak masuk BOD Writers Room ... Boleh asah bakat kat sana ...



p.s:-Nanti abang bg kedit ...


tq abg alim......:tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2006 09:36 PM | Show all posts
best citer ni nizam...
ada lawak2 sket.......
suka la kat azhar tuh...

tp citer 2 camni mcm dh biasa baca...
baru baca 2 paragraph,dh dpt tau camner ending dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2006 09:44 PM | Show all posts

Reply #68 penglipur's post

Salam ...

Tu kadang2 kelemahan kita mengarang ... Penghujung dah tau apa kesudahannya ... Tapi sekurang2nya bakat yg ada jangan disia-siakn ... Lepas tu kelemahan serba sket tu boleh diperbaiki ...

Anyway BESH ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2006 09:31 AM | Show all posts
hello......lama tak update thread nie....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2006 09:34 AM | Show all posts
sesapa boleh beri tajuk sajak ini


andai kau tak menzahirkan kemampuanmu
takkan ku mampu menyelami dasar hatimu
andai kau meragui kasih sayang dan kejujuranku
takkan ku relakan diriku di cintaimu.......


bagaimana harus ku bawa damai yang dipinta
andai kau pasrah menyimpul rasa
bagaimana harus aku hadir menghulur cinta
andai kita hanya kawan biasa.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2006 09:36 AM | Show all posts
Semalam, Hari ini dan Esok


Semalam itu adalah kenangan
Hari ini adalah kenyataan
Dan Esok adalah harapan


Takkan ku biar pemergianmu
menjadi tragis dalam hidupku
Takkan ku biar kerinduan padamu
menjadi luka dalam hatiku


Biarlah pemergianmu itu
Berlalu seperti angin yang lalu
Takkan ku cuba untuk menyapa
Kerna aku sudah tak cinta kamu......:nerd:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2006 08:26 PM | Show all posts
In a Garden
(by Amy Lowell )


Gushing from the mouths of stone men
To spread at ease under the sky
In granite-lipped basins,
Where iris dabble their feet
And rustle to a passing wind,
The water fills the garden with its rushing,
In the midst of the quiet of close-clipped lawns.


Damp smell the ferns in tunnels of stone,
Where trickle and plash the fountains,
Marble fountains, yellowed with much water.


Splashing down moss-tarnished steps
It falls, the water;
And the air is throbbing with it;
With its gurgling and running;
With its leaping, and deep, cool murmur.


And I wished for night and you.
I wanted to see you in the swimming-pool,
White and shining in the silver-flecked water.


While the moon rode over the garden,
High in the arch of night,
And the scent of the lilacs was heavy with stillness.


Night and the water, and you in your whiteness, bathing!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2006 12:31 AM | Show all posts
"cinta ibarat sebuah rumah, tak perlu cantik, tak perlu mewah..yang penting kita bahagia di dalamnya"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2006 12:34 AM | Show all posts
Mahalnya harga cinta seorang gadis hanya akan mampu dibayar dengan ketabahan dan kesabaran dari seorang lelaki untuk memiliki apa yang diinginkan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2006 12:35 AM | Show all posts
AKU

Aku bukan lah penyair,
jauh sekali seorang pujangga,
Bait kata ku sekadar biasan hati,
Yang ingin berkata tapi terkunci.

Aku seorang manusia,
Yang lahir sebagai pelengkap dunia,
Yang kerdil di pandangan,
Yang lemah untuk diperbandingkan.

Namun...
Kerdil ku tidak beerti aku lemah,
lemah ku bukan alasan aku untuk mengalah,
Kalah ku tidak beerti aku menyerah.

Jangan kau ukur kekerdilan ku,
jangan kau lihat kelemahan ku,
Jangan kau kira kegagalan ku.

kekerdilan ku hanyalah pada mata,
Tetapi bukan pada minda,
kelemahan ku hanyalah pada rupa,
Tapi bukan pada daya,
Kegagalan ku hanyalah sebagai penyeri,
Untuk aku terus perbaiki diri.

Aku rela menjadi orang bodoh,
Yang sentiasa bersuluh,
Tidak ku ingin menjadi orang yang bijak,
Tetapi mati terpijak.
Biarlah maju ku berpandu,
Bukan undur ku tersungkur.

Aku rela menjadi semut merah,
Dari gajah dirimba,
Yang gah mengusung nama,
Namun terlalu lemah akalnya.

Biar aku fakir harta,
Asal akal aku berharga,
Biar tulag ku rapuh,
Asal semangat ku kukuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2006 02:43 PM | Show all posts
Salam ...

UTk memberi keadilan ... Boleh letakkan nama penulis bait puisi/sajak utk sbg tanda penghargaan atau sumbernya ... Kalau tulisan forumer sendiri sila tuliskan juga KARYA ANDA sendiri ...

Kredit tambahan utk penulis yg menulis puisi/sajak sendiri ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 12:57 PM | Show all posts

Reply #71 BingkaUbi's post

aku balas ni...xde tajuk gak...

sungguh tiada ku menyangka
sekian lama kasih bersulam cinta
rupanya kita hanya kawan biasa...

aku tak punya apa-apa
hanya secebis rasa
andai peluang tersedia
akan ku bahagiakan mu setiap masa
seumur hidup yang ada
kerana bagiku...
KAU ANUGERAH ILAHI YANG AMAT BERHARGA...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 01:03 PM | Show all posts
MENGAPA KAU MEMBISU
APAKAH RAHSIAMU
ATAU ALASANMU
ADAKAH IANYA SATU PETANDA
KAU AKAN MENINGGALKANKU

USAH BIAR AKU MENUNGGU LESU
MELEWATI HARI PENUH SENDU
SENDIRIAN KEPAYAHAN MEMADAM RINDU
KU PANJATKAN DOA MEMUJUK HATIKU
SEMOGA SEMUANYA KEMBALI SEPERTI DULU...


ni pun xde tajuk gak..aku tajuk2 ni fail arrr...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 01:06 PM | Show all posts
MAHU TAK MAHU

dulu...
aku tak mahu
mengapa kau mahu
kini...
aku mahu
mengapa kau tak mahu

kau mahu ke tak mahu
kerana ada lagi yang mahu
tapi aku tak mahu
kerana yang ku mahu
HANYA KAMU!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.061659 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list