CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8993|Reply: 17

khadam ayat

[Copy link]
Post time 18-4-2006 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum... saya ada kemusykilan sikit. sape kat sini pernah dengar tentang khadam ayat? ari tu saya ada baca dalam satu buku agama tu berkenaan khadam ayat. membaca surah tertentu kemudian akan didatangi khadam ayat tersebut dan kita bleh meminta pertolongan darinya. dalam surat kabar mingguan malaysia ari tu, Ustaz Kasimin pun ada cerita pasal khadam ayat ni. so, sesapa yg ada pengalaman tentang topik ni atau ada yg bleh bagi pandangan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2006 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by sunquick at 18-4-2006 08:15 AM
Assalamualaikum... saya ada kemusykilan sikit. sape kat sini pernah dengar tentang khadam ayat? ari tu saya ada baca dalam satu buku agama tu berkenaan khadam ayat. membaca surah tertentu kemudian  ...


Meminta tolong dari khadam memang ujud, bagaimanapun ramai yang tertipu dan terpesong, apabila sesuatu amalan dibuat menggunakan ayat suci Al-Quran, tetapi memnta kepada selain Allah, maka syaitan akan menyesatkannya, kebiasaannya orang gunakan surah Al-ikhlas untuk meminta dari khadam, memang khadam itu akan datang tetapi khadam tersebut adalah JIN yang jahat, mereka memang datang dan menolong tapi dalam masa yang sama, dia akan merosakkan Akidah org tersebut.

Kedatangan makhluk ghaib dapat dirasa oleh deria rohani kita, jika malaikat yang hadir dia akan bersama dengan sakinah yakni ketenangan, jika jin yang datang bulu roma akan meremang, terutamanya bulu tengkuk. Oleh itu jaga-jagalah, kalau boleh jangan cuba-cuba, apa-apa halpun minta terus dari Allah, dialah yang maha berkuasa atas segala sesuatu, kita tidak perlu kepada bantuan khadam.

Kenapa surah Al-ikhlas yang digunakan untuk memanggil khadam?, kerana surah Al-ikhlas menerangkan secara jelas asas tauhid atau aqidah orang beriman:

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesuatu yang serupa denganNya".

Apabila Ayat Al-Ikhlas digunakan untuk memanggil khadam, ia telah bertentangan dengan maksud surah Al-Ikhlas yaitu "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; , jadi kenapa minta pada khadam?, mintalah terus kepada Allah...Apabila niat telah salah syaitan @ jinlah yang datang untuk menolong. Nauzubillah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2006 01:37 PM | Show all posts
khadam ayat ada kaitan ngan karin ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2006 02:33 PM | Show all posts
dari apa yang saya faham mungkin tiada, sebab memang semua manusia ada qarin(tidak berpisah), tugasnya membisikkan was-was dalam dada. Sedang amalan yang sesat akan mengundang jin dan syaitan dari luar. Begitu juga bila seseorang menggunakan tangkal dan azimat, tawakkal kepada makhluk...syaitan dan jinlah yang datang.

Bertawakkallah terus kepada Allah, jangan harap kepada makhluk, Allah maha berkuasa, maha pemelihara, maha mengetahui, dia sentiasa bertanggungjawab untuk membantu orang-orang yang beriman. Sewaktu nabi Ibrahim mahu dicampak  kedalam api, datang satu malaikat mahu membantu..tetapi nabi ibrahim menolak tawaran malaikat tersebut, cukuplah Allah sebagai tempatnya bergantung, maka Allah jadikan Api itu sejuk kepada nabi Ibrahim. Inilah pelajaran tauhid dan akidah yang benar yang perlu kita amalkan. Insyaallah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2006 12:41 PM | Show all posts
Petikan

Originally posted by kuman at 18-4-2006 08:43 AM


Apabila Ayat Al-Ikhlas digunakan untuk memanggil khadam, ia telah bertentangan dengan maksud surah Al-Ikhlas yaitu "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; , jadi kenapa minta pada khadam?, mintalah terus kepada Allah...Apabila niat telah salah syaitan @ jinlah yang datang untuk menolong. Nauzubillah.



Surah Al-Ikhlas bole panggil khadam. Bole ke :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2006 11:09 PM | Show all posts
saya pulak pernah dengar pasal "khadam Kursi"..
kononnya dengan membaca sebanyak 'beberapa" kali boleh memanggil atau menggunakan khadam tuh untuk menjaga diri..
camner lak tuh ?

biasanya kita akan baca surah ni untuk jauhkan diri dari gangguan syaitan..
terutama ayat yang terakhir tuh..

boleh sesiapa tolong jelaskan..

-sekian-
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2006 03:50 PM | Show all posts
Hmmm.. menariknya.. saya memang mengamalkan bacaan 3 kul dan surah kursi sebelum tidur setiap malam untuk keselamatan diri- dan memang saya kadangkala berbisik ke bahu kanan dengan niat dikejutkan pada pukul sekian-sekian (contoh pukul 6)- ada orang berpesan, malaikat tolong kejutkan kalau kita berpesan.Tapi memang terjadi, kalau pesan pukul 6.15, 6.15 lah saya terjaga, kalau pukul 5, pukul 5 lah saya bukak mata.
Macammana pula boleh dikaitan dengan khadam? atas niat atau bagaimana? saya berserah pada Allah sepenuhnya, dia yang berkuasa atas sekalian makhluk, mungkinkan khadam yang dimaksudkan dihantar olehNya untuk hamba yang meminta bantuanNya? WA
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 04:13 PM | Show all posts
Originally posted by karengkang at 19-4-2006 11:09 PM
saya pulak pernah dengar pasal "khadam Kursi"..
kononnya dengan membaca sebanyak 'beberapa" kali boleh memanggil atau menggunakan khadam tuh untuk menjaga diri..
camner lak tuh ?
...



Meminta pertolongan kepada kuasa ghaib selain dari  Allah maka jin dan syaitanlah yang datang, apabila memohon,mohonlah terus kepada Allah, jangan harap kuasa makhluk ghaib yang  lain dari Allah, jika berharap atau minta tolong dari kuasa ghaib selain dari allah maka syaitanlah yang datang, hati2 dengan tipu daya dalam agama, apa yang nabi SAW tak buat janganlah cuba-cuba, kelak merana diri dan keluarga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2006 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by karengkang at 19-4-2006 11:09 PM
saya pulak pernah dengar pasal "khadam Kursi"..
kononnya dengan membaca sebanyak 'beberapa" kali boleh memanggil atau menggunakan khadam tuh untuk menjaga diri..
camner lak tuh ?
...



betul la. saya pun penah dengar pasal khadam kursi. tapi ada yang saya dengar, setiap ayat dalam al-quran tu ada khadamnye. x tau la plak camne tu. tapi yg pastinye dia tetap makhluk Allah . Hanya Allah jua yang tau...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by pingganbesi at 21-4-2006 03:50 PM
Hmmm.. menariknya.. saya memang mengamalkan bacaan 3 kul dan surah kursi sebelum tidur setiap malam untuk keselamatan diri- dan memang saya kadangkala berbisik ke bahu kanan dengan niat dikejutkan  ...


Tidak perlu berbisik kepada malaikat, minta terus kepada Allah, dia maha mendengar dan berkuasa. Semasa peperangan badar, Nabi SAW berdoa sambil menangis kepada Allah meminta bantuan, kemudia Allah swt menghantar malaikat yang ramai untuk menyertai peperangan, kalau nak ikutkan satu malaikat sahaja sudah cukup, tapi Allah nak muliakan Nabi dan sahabat2nya, dihantar maikat yang ramai.

Pengajaran dari kisah diatas ialah Nabi SAW minta tolong kepada Allah bukan kepada malaikat. Bila allah swt nak tolong dia hantar malaikat, malaikat adalah makhluk yang patuh, dia tidak akan buat sesuatu sebelum dapat izin Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by kuman at 21-4-2006 04:23 PM


Tidak perlu berbisik kepada malaikat, minta terus kepada Allah, dia maha mendengar dan berkuasa. Semasa peperangan badar, Nabi SAW berdoa sambil menangis kepada Allah meminta bantuan, kemudia A ...


hmm..ada betulnya.. terima kasih atas pendapat anda tu. kekadang sedikit benda pun boleh tercemar akidah kite.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by pingganbesi at 21-4-2006 04:39 PM


hmm..ada betulnya.. terima kasih atas pendapat anda tu. kekadang sedikit benda pun boleh tercemar akidah kite.


Meminta sesuatu kepada kuasa ghaib seperti meminta tolong, mengharap, meminta perlindungan, minta bantuan, berdoa, beribadah semuanya mesti hendaklah ditujukan kepada Allah semata-mata. Inilah dinamakan tawakkal, berserah bulat-bulat kepadanya, selagi tawakkal tidak cukup syarat yaitu bulat-bulat, itu tandanya keyakinan masih lemah, jika sudah sampai tahap tawakkal bulat-bulat lihatlah sendiri bagaimana Allah swt memberi pertolongan.

Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih.(Al-Israa':67)

Pengajaran dari ayat diatas, apabila putus harapan kepada makhluk..Allah swt akan membantu.

Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri."(yunus:84)
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 06:42 PM | Show all posts
saya ada baca buka dr amran ni pasal ilmu-ilmu dalam budaya melayu.
rasanya tak payah nak baca 3 qul, alikhlas atau apa-apa pun, khadam boleh datang.  baca jer jampi serapah, dengan segera dia orang datang.  dalam buku tu ada dimasukkan sekali jampi serapah tu.  bila saya baca, meremang bulu roma.  dah berapa tahun dah buku tu saya beli sampai separuh jalan jer saya baca.

sesiapa yang handal tu boleh le cuba baca buku tu.  ada jampi panggil hantu raya, hantu laut dan entah apa macam hantu lagi.
Reply

Use magic Report

Digital This user has been deleted
Post time 22-4-2006 09:38 AM | Show all posts
haku pun ader bacer buku dr amran ni. hingga buat haku terfikir betulkah ader khadam ayat ini? Nie aku quote dari tulisan dr amran

Umar Sulaiman (1985:59-60) menyatakan bahawa syaitan tidak semestinya datang menipu manusia menyuruh manusia meninggalkan perkara-perkara yang baik dan menyuruh melakukan perbuatan jahat. Sekiranya ia berbuat demikian manusia akan menyedari bahawa perbuatan tersebut adalah daripada syaitan.

Sebaliknya, makhluk itu akan melakukan pelbagai helah untuk mengelirukan, mengelakkan dirinya daripada diketahui siapakah dirinya yang sebenar menyebabkan manusia beranggapan bahawa syaitan itu adalah wali Allah lalu menganggap perbuatan yang salah itu baik.

Menurut Umar Sulaiman (1985:87) lagi, pengulas at-Tahawiyah menyebutkan tentang adanya golongan syaitan yang dipanggil oleh manusia sebagai rijalul ghaib. Ada orang yang pernah bercakap dengannya dan menghasilkan sesuatu yang luar biasa, sehingga mereka menyangka bahawa makhluk tersebut adalah wali-wali Allah.

Mereka pada hakikatnya adalah teman-teman kaum musyrikin daripada golongan jin. Mereka dinamakan ``rijal'' seperti yang tersebut dalam firman Allah (al-Jinn: 6): Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang lelaki (rijal) di antara jin, maka jin-jin itu menambah lagi mereka dosa dan kesalahan.


tu yang buat haku jadi was was nie
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2006 06:08 PM | Show all posts
bila dibacakan ayat-ayat tersebut, adakah perlu disertakan dengan niat.. maksud saya andai kata seseorang tu membaca ayat-ayat al-Quran, perlu disertakan dengan niat dalam hati ke untuk memanggil khadam ni? atau mereka tetap akan datang? mungkin menziarahi..
kalau membaca jampi serapah tu, mungkin boleh dikatakan.. niat tu sudah dipackagekan sekali dalam jampi tersebut.

Bagaimana pula kalau niat membaca ayat al-Quran tu hanyalah sebagai doa dan amalan sebelum membuat sesuatu benda.

terima kasih pada nasihat saudara kuman, saya dah memperbetulkan niat saya, meminta hanyalah pada Allah. (semasa membaca ayat amalan sebelum tidur)
dan khadam ni sebenarnya siapakah mereka? jin semata-semata? bagaimana pula dengan orang bunian? adakah mereka wujud atau sebenarnya mereka ini termasuk dalam golongan jin?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2006 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by pingganbesi at 24-4-2006 06:08 PM
bila dibacakan ayat-ayat tersebut, adakah perlu disertakan dengan niat.. maksud saya andai kata seseorang tu membaca ayat-ayat al-Quran, perlu disertakan dengan niat dalam hati ke untuk memanggil k ...



Allah swt menilai sesuatu amalan manusia berdasarkan dengan niat, dan kesan amalan tersebut juga mengikut niat, jika membaca Quran kerana Allah, maka diganjari pahala dan mendapat fadhilat2 lain yaitu penawar dan rahmat, ini cara yang benar. Kelazatan dan kemanisan juga akan dapat dirasai.

Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (Al-Israa':82)

dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.(Al-Hajj:31)

Iblis berkata : "Ya  Tuhanku,  oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali  hamba-hamba Engkau  yang mukhlis(ikhlas) di antara mereka".

Sebahagian diberi-Nya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung  selain Allah, dan mereka mengira bahwa mereka mendapat petunjuk.(Al-A'rraaf)

dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka , lalu mereka benar-benar memotongnya , dan akan aku suruh mereka , lalu benar-benar mereka merubahnya ". Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.

Kesimpulannya janganlah membaca Al-Quran dengan niat nak panggil khadam, ini salah, bacalah dengan niat kerana Allah, pahala dan kesan yang baik akan diperolehi. Insyaallah.

dan khadam ni sebenarnya siapakah mereka? jin semata-semata? bagaimana pula dengan orang bunian? adakah mereka wujud atau sebenarnya mereka ini termasuk dalam golongan jin?


Setakat yang saya tahu makhluk ghaib ada dua jenis sahaja, jin dan malaikat. khadam yang dimaksudkan dalam topik ini sebenarnya adalah jin, org bunian pun sebenarnya jin. termasuh hantu raya, polong, iblis, antu tinggi, puaka..dan berbagai2 lagi nama hantu dalam istilah org melayu..mereka semuanya dari golongan jin.

Tetapi jangan silap pula sebahagian kecil dari jin beriman kepada Allah dan beragama islam, tetapi sebahagian besar adalah kafir, dan suka melakukan kerosakan dan menyesatkan manusia.

[ Last edited by  kuman at 25-4-2006 09:02 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2006 12:18 AM | Show all posts
Originally posted by sunquick at 18-4-2006 08:15 AM
Assalamualaikum... saya ada kemusykilan sikit. sape kat sini pernah dengar tentang khadam ayat? ari tu saya ada baca dalam satu buku agama tu berkenaan khadam ayat. membaca surah tertentu kemudian  ...



Khadam surah al-Ikhlas nama Abd Wahid. Boleh minta banyak2 duit dari dia. Hehe. Takut pengsan dulu sebelum sempat minta duit.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2006 11:30 AM | Show all posts
(
Originally posted by chique at 8-5-2006 12:18 AM



Khadam surah al-Ikhlas nama Abd Wahid. Boleh minta banyak2 duit dari dia. Hehe. Takut pengsan dulu sebelum sempat minta duit.


betul ke?:::hmm::pray: nak jumpa tapi pentakut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.076047 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list