CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kegagalan didik anak punca masalah sosial

[Copy link]
Post time 20-4-2006 05:34 PM | Show all posts
iyer ker kak fie?fuh..lega jap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2006 05:39 PM | Show all posts
Originally posted by akubest at 20-4-2006 05:01 PM


tapi kak fie....masa issue nak bawak sekolah handphone ke tak tuh....aku mmg cons giller ahhh budak g sekolah bawak henpon......mmg aku kutuk rapat la parents yang sokong tuh...bagi aku parents ...



Ya Allah...isu tu lagilah.  Apa rationalenya pun  tak tahulah...
Boleh guna waktu rehat boleh guna lepas kelas.  Nak guna untuk apa??? Tak contribute apa-apa pun untuk pembangunan minda ataupun pembangunan insan.  

Alhamdulillah dah tarik balik.  Kalau tidak panjang lagilah hujah nak kena tulis ni...
:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 20-4-2006 05:34 PM
iyer ker kak fie?fuh..lega jap...


Akak pun selama-lama ni tak perasan pun ada sixth sense...tetiba je. heh..heh...

Tak de lah...mungkin sebab kita dah masak bebenar dengan perangai anak bila dia dah besar sikit.  Dah boleh baca riak wajah dan gerak geri dia.  Body language  akan berkata-kata.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 09:31 AM | Show all posts
ptt le dulu2..mmg rs takleh menipu mak..rs walaupun tak cakap musti mcm mak tau2 jer...mmg tuh anugerah utk ibu bapa kot...
erm ada dulu terbc artikel kat bh..punyer ler nak simpan bc,but ilang gak..igt yg dihilite jek...anak2 by 13 musti kita dah mantapkan ilmu agama secara menyeluruh...like akidah,fekah,sirah,akhlak...kalo ini anak2 kita blaja dan amakan..alangkah leganya hati mak bapak....fuhhhh...mungkin syd leh tolong carik artikel nih kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2006 09:48 AM | Show all posts
dikalangan kawan-kawan, teman sekerja dan makcik2 jiran kat kaw perumahan
aku nih boleh dikategori kan sorang yang 'garang' dan laser.

boleh dikatakan budak-budak akan 'takut' dan tak buat tak tentu pasal kalu dgn aku
sbb mesti dorang kena wallappp baik punye kalu dgn aku.

mungkin perwatakan aku sebagai anak yang sulong mempengaruhi cara aku

kalau dulu, mungkin banyak tanggung jawab jaga adik2, jaga rumah etc dikatakan terpikul kat bahu aku
tapi benda tuh dah terlekat dan terbiasa dgn aku, sampailah aku dah tua nih

hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2006 12:03 PM | Show all posts
Kesilapan Lazim Mendidik Anak - Bahagian 1
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Mendidik anak-anak merupakan suatu perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa.  Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar sebagai orang gagal dan bermasalah.  Sebagai ibu bapa kita perlu ingat bahawa anak-anak adalah amanah Allah s.w.t. kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya.  Mereka lahir seperti kain yang putih bersih tanpa sempurna tanpa sebarang cacat celanya.  Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna yang tertentu.  Sebahagian besarnya mengikut acuan yang telah kita sediakan untuk mereka.

Dalam membesarkan anak-anak kita tidak menyedari pelbagai kesilapan telah dilakukan tanpa kesedaran kita.  Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan tentang aspek keibubapaan.  Dalam mendidik anak-anak perlu diingatkan bahawa didikan bukan melalui paksaan tetapi tauladan.  Anak-anak lebih percaya apa yang dilihat dari apa yang didengar.  Kalau kita suruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati masa serta sering bertangguh, maka mereka lebih terikut-ikut kepada apa yang mereka lihat kita lakukan.  Maka wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita dalam masa yang sama perlu mendidik diri kita juga.

Kesilapan yang sering dilakukan dalam mendidik anak-anak bolehlah dibincangkan seperti dibawah:

Membanding-bandingkan. Ibu bapa seringkali membanding-bandingkan sama ada kebolehan atau kelemahan anak dengan orang lain.  Ada ketikanya perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan atau sesiapa sahaja.  Memanglah tujuan perbandingan ini dibuat ialah untuk mendorong atau memberi semangat kepada anak.  Tetapi kerap kali anak-anak akan salah tafsir akan tujuan ibu bapa berbuat demikian.  Sekiranya perbandingan dibuat antara adik beradik, maka kita telah menyuburkan sifat cemburu dan iri hati dalam diri anak.  Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak akan merasa rendah diri dan hilang kekuatan untuk bersaing.

Perbandingan hanya boleh dibuat ketika tiada tekanan emosi. Maknanya ketika perbincangan berlaku secara terbuka.  Bukan ketika anak sedang dimarahi. Kita boleh jadikan orang lain sebagai contoh untuk ditauladani tanpa membandingkannya dengan anak kita.  Barulah mereka boleh menerimanya.  Cuba lihat contoh perbualan dibawah:

Contoh 1:  "Apa nak jadi kau ni... lihat si Ali tu, tiap kali petang pasti dia balik awal.  Lepas tu terus mandi, solat dan belajar.  Tak macam engkau ni, entah apa nak jadi nanti".

Contoh di atas ternyata ibu bapa membuat perbandingan langsung antara anak dengan si Ali.  Anak kita cukup tidak menggemarinya.

Contoh 2: "Orang berjaya ialah orang yang sentiasa menepati waktu.  Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya perlu diseimbangkan pula.  Kalau kita balik ke rumah awal sempatlah untuk solat dan mandi sebelum belajar.  Badan pun tak penat, betul kan?"

Lihat, contoh diatas tiada langsung unsur perbandingan.  Maksudnya tetap sama dengan contoh yang pertama, malah diselitkan pula dengan alasan yang munasabah disamping meminta anak berfikir dengan menjuruskan perkataan... betul kan?

Jadi cubalah cari jalan agar kita tidak lagi membuat perbandingan ketika memarahi anak.  Seperti yang telah dikatakan awal-awal tadi, contoh kejayaan orang lain boleh diceritakan sewaktu tiadanya tekanan atau desakan emosi dalam diri anak.
Merendahkan kebolehan anak.  Kita sering kali tanpa sedar merendahkan kebolehan anak secara langsung.  Kerap kali ibu bapa yang resah tentang masalah anak akan meluahkan keluhannya kepada orang lain dihadapan anak-anak.  Ada ketikanya apabila bertemu jiran, kita beritahu mereka akan kelemahan anak kita.  "Anak saya ni Cik Jah... entah apa lagi saya nak cakap.. malas betul nak belajar".  Itu salah satu contoh ungkapan.  Ungkapan ini pula dibuat dengan kehadiran anak, maka anak percaya apa yang didengarnya.  Secara tidak langsung si ibu telah suburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.

Ada ketikanya pula ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah.  "Kau ni besar nanti apa nak jadi?  Dah lah malas, degil pulak tu..".  Kata-kata begini menghiris perasaan anak-anak dan tentunya bila sentiasa diulang-ulang akan membuatkan mereka percaya itulah sahaja kemampuan diri mereka.  Ibu bapa perlu ingat setiap patah perkataan yang kita ucapkan atas diri anak-anak merupakan suatu doa.  Janganlah nanti kata-kata yang tidak baik pula dimakbulkan Allah s.w.t.  OLeh itu, carilah kebaikan dalam diri anak walaupun kecil.  Subur-suburkanlah kebaikan itu.  Mendidik anak-anak merupakan suatu proses yang berterusan.  Jangan menyangka untuk melihat perubahan yang mendadak dalam diri anak.  Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.

Memarahi anak tidak pada tempatnya. Ibu bapa seringkali memilih waktu yang salah memarahi anak-anak.  Ramai ibu bapa dalam sessi kaunseling saya mengadu bahawa anak-anak mereka tidak suka berterus terang atau berbincang masalah dengan mereka.  Sebenarnya kenyataan sedemikian agak kurang tepat.  Anak-anak tidak mahu berbincang atau berterus terang sebab ibu bapa sendiri tanpa disedari telah menutup pintu perbincangan tersebut.  Waktu anak masih kecil, sama ada di alam tadika atau sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa.  Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung kita.  Misalnya, anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru telah memarahinya.  Kita pasti bertanya kenapa guru marah.  Anak memberitahu yang dia telah dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul atau mengambil barang kawan.

Apa tindak balas kita?  Ramai ibu bapa apabila mengetahui bahawa guru memarahi anak disebabkan kesilapan anak itu sendiri akan segera marah anak itu sekali lagi.  Apa pula perasaan anak?  Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit.  Apabila perkara sebegini berlaku berulang-ulang kali maka anak tidak akan berterus terang dan berbincang lagi.  Sebab mereka tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah.  Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar.

Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang.  Jangan pula menyebelahi mereka.  Jelaskan secara bijak bahawa perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.  Dengan cara begini anak-anak akan belajar dari kesilapan.  Hubungan ibu bapa dan anak juga makin akrab.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2006 12:04 PM | Show all posts
Kesilapan Lazim Mendidik Anak - Bahagian 2
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Dalam artikel bahagian 1 yang lepas, tiga kesilapan utama dalam mendidik anak-anak telah dikupas iaitu:

    * membanding-bandingkan pencapaian anak-anak;
    * merendahkan kebolehan anak; dan
    * memarahi anak tidak pada tempatnya.

Dalam siri kali ini beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak dikupas lagi iaitu:

    * tidak menjadi pendengar yang baik;
    * tidak mewujudkan kemesraan sebelum menegur atau memarahi;
    * suka membebel dan mengkritik;
    * terlalu memanjakan anak;
    * tidak menjadi 'role model' yang baik.

Tidak menjadi pendengar yang baik.  Ramai ibu bapa yang tidak merasa penting tentang aspek ini.  Menjadi pendengar yang baik bukanlah sesuatu yang sukar dipraktikkan cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.  Anak-anak apabila dewasa cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa disebabkan sewaktu kecilnya luahan dan keluhan hati mereka tidak diberikan perhatian oleh kedua ibu bapa.  Cuba perhatikan kehidupan anda dengan anak-anak.  Adakah anda berhenti membaca akhbar apabila anak anda datang dan bertanyakan sesuatu soalan?  Adakah anda sebagai ibu berhenti menggoreng ikan apabila tiba-tiba anak anda ke dapur dan bertanya sesuatu?  Jawapannya berkemungkinan ialah tidakkk.....  Anda menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar.  Anda melayan anak sambil menggoreng ikan.  Pada anda apa yang ditanya itu tidak penting.  Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting tetapi cara anda memberikan perhatian itu penting.  Maka jangan salahkan anak-anak kalau apabila dewasa mereka tidak mengganggap anda sebagai penyelesai masalah yang boleh diharap.

Tidak mewujudkan kemesraan.  Ini juga satu masalah yang sering kali timbul.  Dapatkah anda bersabar sebelum memarahi atau menegur kesilapan anak?  Ramai ibu bapa yang tidak sabar.  Apa tindakan anda apabila guru sekolah memberitahu bahawa anak anda ponteng sekolah?  Pastinya anda terus memarahi anak tanpa terlebih dahulu cuba memahami situasi atau konflik emosi dalam diri anak itu.  Kalau itu merupakan kesilapannya yang pertama, maka anda perlu menasihatinya dengan baik.  Ceritakan kepadanya yang anda juga pernah jadi pelajar.  Anda juga pernah ada ketikanya rasa jemu belajar, tertekan dan sebagainya.  Katakan pada anak yang anda memahaminya.  Tanya anak apa yang dia fikirkan sebelum dia mengambil tindakan tersebut.  Setelah anak anda mula rasa selesa berbincang, jelaskan padanya betapa tindakannya itu boleh mendatangkan malu dan merosakkan masa depan.  

Sekiranya anak terus ponteng, sekali lagi anda duduk berbincang.  Sekali lagi cuba fahami perasaan dan fikirannya.  Gunakan sentuhan (body contact) bagi menambahkan kemesraan.  Pegang bahunya ketika berkata-kata.  Lihat tepat ke wajahnya.  Kalau anak anda masih kecil maka melulutlah agar kedudukan mata anda berada separas dengan matanya.

Setelah dia mula selesa, kali ini anda ubah pendekatan.  Anda katakan sukar untuk anda terima yang dia masih melakukan kesilapan yang serupa.  Anda perlu memarahinya.  Memarahinya bukan kerana anda mahu lepaskan geram tetapi marahi anak kerana anda mahu mengajar dan membentuknya.  Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu.  Anak-anak akan lebih menghormati anda sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan anda atas kesalahan yang mereka lakukan.  Sebab kalau anda selalu marah maka anak akan katakan pada dirinya, " Alah... bapa aku memang macam itu".  Lihat!  walaupun anda benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.  Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Suka membebel dan mengkritik.  Ada pula ibu bapa yang suka membebel pada anak.  Sikap ibu bapa yang sedemikian membuatkan anak rasa hidup dirumah tidak selesa dan tiada ketenangan.  Sebab itu ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa diluar.  Mereka rasa diri mereka bebas dan merdeka.  Cuba lihat anak-anak kecil anda apabila ada tetamu berkunjung ke rumah.  Kenapa ketika itu perangainya cukup berbeza?  Mereka berani melakukan perkara-perkara yang anda larang.  Mereka melompat-lompat kusyen.  Mereka buat ragam dan sebagainya.  Sebab mereka tahu bahawa diri mereka merdeka ketika itu.  Mereka juga mahu tunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu.  Mereka tahu anda tidak akan membebel ketika itu.  Ada ketikanya bebelan anda sampai ketahap mengkritik anak-anak.  Kritikan yang tidak membina hanya akan membuatkan keyakinan diri anak-anak anda luntur.  Anda boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada anak apa yang mereka perlu lakukan.  Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina.  Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.

Terlalu manjakan anak.  Sekiranya anda terlalu manjakan anak-anak maka mereka akan kehilangan sikap berdikari.  Mereka akan malas berusaha.  Mereka mengharapkan orang lain mengubah kehidupan mereka.  Anda rosakkan masa depan anak-anak sekiranya anda memanjakan mereka.  Ingat sayangkan anak tangan-tangankan bukan manja-manjakan.  Memang benar anda hidup dizaman susah.  Anda terpaksa bekerja keras untuk mencapai tahap kehidupan seperti hari ini.  Anda terpaksa mengayuh basikal atau berjalan kaki ke sekolah.  Ada ketika jaraknya berbatu-batu.  Memang benar hari ini segala-galanya mudah diperolehi.  Tetapi itu semuanya bukanlah tiket untuk anda memenuhi setiap kehendak dan permintaan anak anda.  Tidak perlu terlalu sentimental dalam mendidik anak-anak hinggakan anda tidak mahu mereka merasa susah seperti anda dahulu.  Kalau anda tidak mahu mereka susah hari ini, mereka akan tetap hidup susah kemudiannya nanti kerana tiada keyakinan diri dan tidak boleh berdikari.   

Walau pun anda susahkan sedikit kehidupan mereka, pasti tetap tidak akan sama seperti susahnya anda sewaktu kecil dulu.  Perhatikan mana-mana permintaan anak-anak yang tidak wajar maka katakan sahaja yang anda tidak akan penuhi.  Ada ketikanya anda sengaja lambat memenuhinya (dengan syarat anda tidak pernah berjanji pada anak).  Ada ketikanya permintaan anak dipenuhi pada ketika mereka tidak sesekali menyangkanya.   Sekiranya mereka capai kejayaan, ada ketika anda belikan hadiah.  Ada ketikanya pula anda berikan sekadar puji-pujian sahaja.  Ada ketikanya sekadar membawanya makan diluar.  Pelbagaikan cara anda memberikan mereka ganjaran, dengan cara ini mereka akan kekal melakukan yang terbaik dalam hidupnya.

Tidak menjadi 'role model' yang baik.  Ketika anak perempuan saya, Suhaila, masih kecil saya memerhatikan gelagatnya.  Dia mahu pakai pakaian yang sama warna dengan ibunya.  Mahu memakai lipstik ibunya.  Mahu memasak dan mengemas rumah, juga seperti ibunya.  Pendek kata apa sahaja yang yang dilakukan oleh si ibu mahu diturutinya.  Kalau dalam aspek sebegini anak-anak mahu mencontohi ibu bapa maka pastinya mereka cuba mencontohi aspek-aspek yang lain juga.  Sebab itu ada pepatah yang menyebut, "bapa borek anak rintek".  "Kemana kuah kalau tidak tumpah ke nasi". "Seperti ketam mengajar anak berjalan betul".  "Kalau bapa kencing berdiri anak pula kencing berlari".  Semua ini membuktikan bahawa kalau anak-anak bermasalah maka faktor utama yang perlu dilihat terlebih dahulu ialah ibu bapa mereka.

Ibu bapa perlu faham, didikan sebenarnya melalui tauladan bukannya melalui paksaan.  Anak-anak lebih percaya apa yang dilihat berlaku sekelilingnya daripada apa yang didengar.  Kalau ibu bapa menyuruh anak menghormati masa tetapi mereka sendiri tidak menghormatinya, maka anak-anak tetap tidak akan mendengar saranan ibu bapa ini.  Kalau kita mahukan anak-anak berjanji berkelakuan baik dan sebagainya, kita mesti buktikan yang kita sebagai ibu dan bapa sentiasa berpegang teguh pada janji.  Cuba hitung berapa banyak janji anda dengan anak-anak, sejak mereka kecil, yang belum anda tunaikan?  Dimana kredibiliti anda?  Ingat mereka membesar dengan anda 24 jam sehari.  Mereka tahu kehebatan anda dan juga kelemahan anda.  Buktikan kepada mereka yang anda sentiasa memperbaiki diri barulah anak-anak akan mencontohi anda.  Begitu juga dalam soal ibadah.  Ramai anak-anak malas sembahyang semata-mata sebab ibu bapa mereka sendiri tidak pernah mengambil berat tentang sembahyang.  Apatah lagi untuk berjemaah satu keluarga.  Kalau anda tidak memperbaikinya hari ini maka bila lagi?  Apakah anda mahu tunggu sehingga anak anda tidak boleh ditegur dan diperbaiki lagi?

Ingat hubungan seorang anak dengan kedua ibu bapa tidak akan putus sehingga ke akhirat.  Apabila anda mati, hanya tiga perkara sahaja yang akan bersama iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan anda.  

Oleh itu jadilah ibu bapa yang baik.  Ibu bapa yang boleh dijadikan contoh tauladan oleh anak-anak.  Dalam siri Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan, 90% anak-anak tidak meletakkan ibu dan bapa sebagai model ikutan mereka.  Mereka lebih melihat orang lain yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin sebagai idola mereka.  Malah 95% pula tidak memilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan mereka.  Salah siapa apabila semuanya ini berlaku?  Mulakanlah perubahan, dan perubahan itu perlu dilakukan SEKARANG!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2006 01:31 AM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 21-4-2006 09:31 AM
ptt le dulu2..mmg rs takleh menipu mak..rs walaupun tak cakap musti mcm mak tau2 jer...mmg tuh anugerah utk ibu bapa kot...
erm ada dulu terbc artikel kat bh..punyer ler nak simpan bc,but ilang ga ...


Hmm....by 13 tahun....logikla...masa tu hormon tengah mengganas. We were young once anyway...:cool:

Kena gi jenguk board "Teens and youth" kat bawah ...nak tahu whats hot and whats not di kalangan anak remaja ni.

[ Last edited by  KakFie at 22-4-2006 01:32 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2006 12:25 PM | Show all posts
Ufuk Minda: Pendekatan ibu bapa didik anak pengaruhi pembentukan peribadi
Bersama Prof Dr Sidek Baba


Kemahiran urus masalah, tekanan wajar jadi unsur ketrampilan utama

KAEDAH membimbing dan mendidik adalah sesuatu yang amat fitrah dalam binaan watak dan peribadi anak. Mereka belajar daripada tidak tahu kepada tahu. Anak mengenal sesuatu daripada yang dekat kepada yang jauh, daripada yang konkrit kepada yang abstrak.

Mereka mengalami pertumbuhan minda, perkembangan emosi dan aktif jasmani. Potensi ini perlu dibimbing supaya ia subur dalam keadaan seimbang.

Pembimbing tentu orang yang lebih dewasa, tahu dan berpengalaman mengenai sesuatu. Pembimbing awal anak ialah ibu bapa. Mereka yang mempunyai ilmu dan pengalaman keibubapaan yang tinggi bakal membimbing anaknya dengan baik.

Kualiti keibubapaan mesti ada untuk menjadi pembimbing yang baik. Ibu bapa mesti berilmu dan peka terhadap perubahan.

Kaedah membimbing mengambil pendekatan psikologi yang serasi dengan jiwa anak. Ia mesti bermula sejak dari perut ibu, anak lahir ke dunia, sehingga akil baligh adalah tempoh kritikal bagi membimbing anak. Tempoh ini anak menempuh proses bimbingan awal yang memerlukan perhatian, jagaan rapi, belaian dan kasih sayang serta tunjuk ajar yang membina. Pada waktu ini juga memberikan input asas kepada anak kerana naluri ingin tahunya berkembang, perasaan mencuba tinggi, rasa ingin dibelai dan disayangi subur serta kecenderungan mencontohi selalunya aktif.

Oleh itu, memberi bimbingan terhadap bahasa badan menerusi agahan dan bisikan positif, timangan, pelukan dan kelekan erat adalah corak bimbingan yang amat berkesan membina kasih sayang dan rasa kepercayaan. Anak kemudiannya memerlukan bimbingan untuk bersuara, bercakap, mengenal sesuatu, berkomunikasi dan bersosialisasi secara sihat.

Pembimbing harus tahu mengenai proses bertatih, mencuba, jatuh dan bangun. Mereka juga perlu tahu kaedah menghargai kejayaan anak dan memberi 憄embetulan
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 09:07 AM | Show all posts

Utusan Malaysia 29 Ogos

Remaja disyaki cabul selepas layari laman web lucah
KUALA LUMPUR 28 Ogos ? Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang baru selesai melayari laman web lucah di sebuah kafe Internet bertindak mencabul seorang remaja wanita sebayanya di tepi lorong sebuah pangsapuri di Setapak Indah Jaya di sini semalam.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, mangsa sedang melalui lorong berhampiran pangsapuri berkenaan untuk ke perhentian bas berdekatan.

Bagaimanapun, katanya, tiba-tiba suspek muncul sebelum memeluknya daripada arah belakang.

?Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu telah menjerit hingga menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di situ.

?Mereka kemudian mengejar suspek sebelum berjaya menahannya,? katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata, suspek dibawa ke Balai Polis Setapak manakala keluarga gadis tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan awal polis mendapati suspek sebelum itu telah melayari laman web lucah di sebuah kafe Internet dan menjadi begitu ghairah sebaik sahaja melihat mangsa yang ketika itu sedang berjalan berseorangan.

Polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan telah pun dibebaskan dengan ikat jamin


PELIHARALAH ANAK2 KITA DARI PENGARUH-PENGARUH YANG MEMUDARATKAN.   SEMOGA ANAK2 KITA TIDAK MENJADI MANGSA DAN PEMANGSA DISEBABKAN PENGARUH2 NEGATIF NI.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 01:21 PM | Show all posts
hairan betul dgn budak2 yang ada masa spend time kat cyber cafe..... sedangkan anak2 mac yg sekolah rendah pun busy dgn homework, activity sekolah dan tuition...... nampaknya budak2 sekolah menengah ni very relaxed ye...... siap tgk benda mengarut lagi kat internet...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by macademia at 29-8-2006 01:21 PM
hairan betul dgn budak2 yang ada masa spend time kat cyber cafe..... sedangkan anak2 mac yg sekolah rendah pun busy dgn homework, activity sekolah dan tuition...... nampaknya budak2 sekolah menenga ...


kalau diorang dah pilih untuk relax so banyaklah masa diorang.  Kalau diorang choose to be comitted with their studies and responsibilities so tak de lah masa nak relax dan buat bebenda tu semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2006 12:23 PM | Show all posts
dah baca mastika keluaran terbaru?

lihatlah anak2 yang baru nak membesar?

ada tokoh tak jadik orang!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 30-8-2006 12:23 PM
dah baca mastika keluaran terbaru?

lihatlah anak2 yang baru nak membesar?

ada tokoh tak jadik orang!


tak pernah beli mastika lah syd.  Apa ceritanya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2006 12:32 PM | Show all posts
citer pasal budak2 ponteng sekolah

ada yang sibuk mencuri, isap dadah
pukul cikgu

perangai mak bapak
yang tak boleh anak kena jentik

sapa salah? rasanya kalau dah mak bapak baka mcm tuh
mmg turunlah kat anak2 dia genetik tuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 30-8-2006 12:32 PM
citer pasal budak2 ponteng sekolah

ada yang sibuk mencuri, isap dadah
pukul cikgu

perangai mak bapak
yang tak boleh anak kena jentik

sapa salah? rasanya kalau dah mak bapak baka mcm tuh
...


karang akak gi cari kat kedai mamak.  Mastika september?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2006 12:43 PM | Show all posts

Reply #53 Syd's post

syd..yg ada pasal mcm kuder belang ke cicak tu ker syd?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2006 01:09 PM | Show all posts
ye,
kejap saya scan

dan tepek kat sini...

bukan nak promo mastika ke apa, tapi benda2 mcm nih
orang selalu pandang remeh dan terlepas pandang
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 03:18 PM | Show all posts
senak mengenangkan nak membesarkan anak zaman sekarang... Anak merdeka.


__________________________________________________________________________________


Remaja sembunyi dalam kabinet TV


MELAKA: Helah seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersembunyi di dalam kabinet televisyen ketika beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) membuat serbuan di sebuah hotel murah di pusat bandar ini, awal pagi semalam, gagal apabila beliau ditemui

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, seramai tujuh pegawai Jaim dan dua pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu bilik hotel di Jalan Tun Perak, dekat sini, selepas mendapat maklumat orang ramai.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jaim, Rahimin Bani, berkata pasangan remaja itu, seorang pekerja industri berusia 19 tahun, dari Negeri Sembilan, hanya membuka pintu bilik 10 minit selepas diarahkan berbuat demikian.

Beliau berkata, remaja lelaki berkenaan mendakwa tinggal berseorangan di dalam bilik itu dan pemeriksaan yang dilakukan kemudiannya menemui remaja perempuan itu.

"Siasatan awal mendapati, pasangan remaja itu sanggup menaiki motosikal dari Negeri Sembilan ke Melaka semata-mata untuk `menyambut kemerdekaan' bersama," katanya.

Rahimin berkata, kedua-dua mereka ditahan berdua-duaan dengan pasangan bukan muhrim mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 yang boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan, jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 10:02 AM | Show all posts
Kerjasama ibu bapa, masyarakat cegah kongsi gelap


KUALA LUMPUR: Ibu bapa, pemimpin dan masyarakat setempat mesti memainkan peranan bagi memastikan sekolah tidak dibolosi kegiatan kongsi gelap.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat, berkata orang ramai harus melaporkan sebarang kegiatan negatif pelajar di luar sekolah supaya tindakan dapat diambil.

揗asalah pelajar sertai kongsi gelap bukan hanya masalah guru dan ibu bapa, tetapi masalah masyarakat. Justeru, kerjasama masyarakat sangat diperlukan sebelum ia bertambah serius,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.072929 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list