CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: peret

Empayar Turki Uthmaniyyah

[Copy link]
Post time 9-12-2010 10:39 AM | Show all posts
ader bnyk kisah2 yg menarik di turki.. mcm mner nasib2 para ulama2 mereka??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 06:46 PM | Show all posts
Reply 151# sky_ephemeris


   nape gospel banyak kene buang?? sbb x sesuai dgn hati orang2 besar ke? council of nicea?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:04 AM | Show all posts
SULTAN ABDUL HAMID II : Dari Istana Yildiz ke Pembuangan di Salonika




On 18/02/2009, in Diari Kembara - Turki, by Abu Saif



“ Betulkah cikgu, Sultan Abdul Hamid ni jahat dan Ataturk ni baik ? ”, saya bertanya kepada guru mata pelajaran Sejarah semasa di Darjah 6.

“ Kenapa ? ”, cikgu bertanya balik kepada saya.

“ Saya tengok, muka Sultan ni baik. Muka Ataturk yang pelik sikit ”, saya cuba mengungkapkan apa yang saya lihat di buku teks kami itu.

“ Entahlah, cikgu mengajar apa yang ada di dalam buku ” , cikgu saya mengalah. Dia tidak mahu saya memanjangkan persoalan itu. Ia kekal tidak berjawab sehinggalah hampir sedekad selepas itu, saya tiba di Turki.

Saya agak terkejut semasa melalui kawasan Pendik untuk ke rumah Adnan Bey. Sekumpulan lelaki pertengahan umur membaling batu ke poster yang terlekat di tembok jalan.

Ia adalah poster Sultan Abdul Hamid. Wajah yang saya saya lihat di buku teks dahulu. Kini wajah itu dibaling batu. Kenapa mereka bertindak begitu ? Hati saya begitu tersentuh. Sultan Abdul Hamid dibenci oleh ramai orang sejak di zaman hidupnya, sampailah ke hari jasa dan baktinya mahu dikenang di dalam sebuah seminar yang diposterkan. Walhal, setiap kali saya membaca mengenai beliau, saya semakin sebak dan kecewa kepada suatu fitnah besar-besaran, bahawa Sultan Abdul Hamid itu digelar sebagai Sultan Merah, Pemerintah Kuku Besi dan pembazir wang negara untuk kelas piano anaknya, dan 1001 lagi tohmahan dunia kepadanya.

Mengapa engkau dibenci begitu sekali oleh manusia dunia ini ?

“ Hasrizal, Sultan Abdul Hamid telah membayar harga yang mahal untuk Islam dan Ummah. Saya yakin negara kamu juga ada kesan dakwah Sultan Abdul Hamid. Seruan Pan-Islamism baginda, tersebar ke seluruh ceruk rantau alam. Malaysia juga tidak terkecuali ”, Adnan Bey cuba mententeramkan saya sambil menuang cay panas ke cawan.

Sesungguhnya perbuatan lelaki itu yang membaling batu kepada poster Sultan Abdul Hamid II, menghilangkan ceria saya ketika tiba di rumah Adnan Bey, guru sejarah saya di Turki.

Ya, memang dakwah Sultan Abdul Hamid sampai ke Tanah Melayu. Namanya disebut di dalam khutbah Jumaat. Datuk nenekku mendoakannya ketika Khilafah retak menanti belah. Baginda menghantar Muhammad Kamil Bey sebagai duta Pan-Islamism ke Kepulauan Melayu. Tetapi nasib Muhammad Kamil Bey tidak baik. Hayatnya tamat di tali gantung di Burma atas alasan mengadakan perancangan untuk mengancam kuasa Koloni British.

Bukan sahaja di Tanah Melayu, seruan Pan Islamism sampai ke Jepun. Maharaja Jepun, Mutsuhito Meiji (1867-1912) telah menghantar jemputan kepada Sultan Abdul Hamid agar mengutuskan mubaligh Islam ke Jepun.

“ Kita berdua adalah maharaja empayar Timur. Adalah menjadi kemahuan dan keperluan masyarakat kita untuk saling mengenal dan berhubung baik. Aku melihat kuasa koloni Barat menghantar pendakwah-pendakwah mereka ke tanah airku, tetapi aku tidak bertemu dengan mubaligh agamamu, Islam. Hantarlah mereka ke tanah air ini agar pelajaran agamamu dapat membina hubungan moral antara engkau dan aku ”, begitulah surat Mutsuhito (Meiji) kepada Sultan Abdul Hamid.

Seruannya melata dari Ghana hingga ke Korea, melangkau ke Jepun, di tangga istana maharaja. Demi perpaduan umat Islam sedunia, Sultan Abdul Hamid gigih menjalankan tanggungjawab baginda.

Saya minta izin untuk pulang awal. Saya mahu ke Beyazid, melawat makam Sultan Abdul Hamid. Adnan Bey melepaskan saya dengan senyuman.

“ Jangan emosi sangat ”, katanya sambil melambai kepada saya yang melangkah masuk ke dolmus.

Ketika di Uskudar, mata saya sayup memandang ke Istana Caragan di seberang Bosphorus.

“ Baik aku ke Besiktas terlebih dahulu ”, saya menukar plan.

Ketika kapal beransur lesu meninggalkan Uskudar, hati saya semakin resah. Kabus musim sejuk yang mengundang mendung di Selat Bosphorus menambahkan lagi perasaan sedih saya yang entah di mana hujung pangkalnya.

Tiba di Besiktas, saya mengambil bas untuk ke Istana Yildiz. Selalunya saya ke sana kerana mahu membaca buku. Tetapi kali ini saya bagai kebingungan terpukau untuk ke sana meredah sejuk tengah hari itu. Semata-mata kerana jiwa saya yang luka ketika melihat poster Sultan Abdul Hamid dibaling batu. Saya menapak laju ke Istana Yildiz, seperti mahu memberitahu kepada Sultan betapa jahil dan zalimnya rakyat baginda bertindak sedemikian rupa

“ Beritahu mereka Tuanku, bahawa mereka sudah tersilap. Penghinaan mereka kepadamu adalah suatu kesilapan yang besar ”, saya terkumat kamit sendirian.

Akhirnya saya tiba di Masjid Hamidiye Yildiz. Ia terletak tidak jauh daripada pintu masuk istana.

“ Ayahanda lihat, orang ramai sudah mula memuji kecantikan rupa parasmu. Mulai hari ini ayahanda mahu anakanda memakai hijab yang sempurna kerana anakanda sudah menjadi wanita dewasa ”, saya bagai terngiang mendengar suara Sultan Abdul Hamid kepada anaknya Aishah semasa mereka melintas di hadapan Masjid Yildiz ini.

Saya tunduk.

Di hadapan masjid ini, terlalu banyak yang telah berlaku. Baginda Sultan Abdul Hamid pernah cuba dibunuh ketika bom diletakkan di kereta kuda baginda. Pengeboman itu berlaku sejurus selepas solat Jumaat. Allah masih mahu Sultan Abdul Hamid bertakhta memimpin umat.

Di hadapan istana ini, baginda sering mengerjakan solat dan keluar menyapa rakyat yang dekat di hati baginda. Di situ juga, baginda yang menunggang kereta kuda bersama anaknya Aishah, menitahkan agar anaknya bertudung sempurna kerana usik-usik mereka di jalanan adalah petanda kedewasaan puteri baginda Aishah Osmanoglu.

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:15 AM | Show all posts
Saya mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid di tengah-tengah dewan. Masjid sepi. Hanya ada beberapa orang tua yang bongkok menatap mushaf usang di tingkap masjid mencari sedikit cahaya.

“ Ya Allah, apakah yang telah berlaku kepada umat ini ? ”, saya menadah tangan memohon jawapan dari Allah.

Dari pintu masjid, saya merenung sayup-sayup istana kayu Yildiz. Ia adalah kediaman baginda Sultan Abdul Hamid, selepas berpindah meninggalkan kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini bermastautin di Istana Dolmabahce. Engkau benar-benar pemimpin yang terpuji…

“ Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Aku boleh lari ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa ? Aku adalah khalifah yang bertanggungjawab ke atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul ”, saya membaca kembali diari Sultan Abdul Hamid yang tergenggam di tangan.

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Uthmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

“ Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok ? ”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.

Tiada simpati di wajah mereka.

“ Ummah telah memecat kamu ” , Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.

Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

“ Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan ? ” , baginda berfikir.

“ Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini ? ” , Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.

“ Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah ? ” , wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“ Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu ” , Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.


“ Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami ” , Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.

“ Bawa adik-adik kamu ke dalam ” , Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“ Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka ” , Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.

Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar ! ” , azan berkumandang di puncak menara Masjid Hamidiye di Istana Yildiz itu.

Saya tersentak dari lamunan. Lengan baju saya basah mengusap air mata yang semacam tidak mahu berhenti. Pahit sungguh kenangan peristiwa malam itu.

Diari Sultan Abdul Hamid yang diterjemahkan oleh ahli sejarah Mesir yang saya anggap sebagai guru, Dr. Muhammad Abdul Hamid Harb, dikepit di bawah lengan. Saya melangkah lesu ke saf di depan masjid. Dua rakaat Rawatib saya dirikan dengan penuh lemah, menahan kesedihan dan kekecewaan yang sukar saya ungkapkan dengan bicara.

Angin lesu bertiup bersama gerimis salji di petang itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, semacam turut sedih mengiringi perjalanan saya menjejak tragedi penggulingan Sultan Abdul Hamid. Saya berjalan menuju ke Barbaros Bulvari untuk mengambil bas ke Eminonu.


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:17 AM | Show all posts

Di Eminonu, saya berdiri sendirian memandang lepas ke Galata di seberang teluk. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberang bukit dalam tempoh satu malam. Semuanya gara-gara teluk di hadapan saya ini, yang telah dirantai pintu masuknya oleh Maharaja Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Ia mengundang bangga dan syukur.

Tetapi bukan itu yang mahu saya kenangkan.

Saya melangkah menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci, tempat Sultan Abdul Hamid beserta sekalian isteri dan anaknya dihantar pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana buruk milik Yahudi di Salonika, pembuangan negara sebelum seluruh khilafah dimusnahkan di tangan musuh Allah ; si Yahudi dan konco-konco Ittihad ve Terakki.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.


“ Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan ” , kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“ Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua ” , kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“ Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini ” , baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Saya seperti terpaku melambai baginda pergi.

Saya tinggalkan Sirkeci dan melangkah membawa diri ke stesyen tram. Saya mahu ke Beyazid.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.


“ Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal ” , doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“ Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini ”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Uthmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Selepas turun di Beyazid, akhirnya saya tiba di hadapan makam Sultan Abdul Hamid

“ Akhirnya di sini tubuhmu bersemadi. Maafkan saya Tuanku kerana tidak segagahmu untuk mempertahankan Ummah ini ” , saya berdiri sepi di dinding makam.

“ Aku yakin yang ahli sejarah akan membelaku. Seandainya ahli sejarah Turki tidak melakukannya sekali pun, aku pasti akan ada ahli sejarah luar yang akan menegakkan keadilan buatku ” , Sultan Abdul Hamid menulis suara hatinya ketika di pembuangan di Salonika, Greece.

“ Hamba di sini Tuanku ” , saya menadah tangan memohon taufik dari-Nya.



ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
15 Oktober 2006 / 22 Ramadhan 1427




Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:47 AM | Show all posts
Sufism against Zionism



The Letter of the Sultan Abdul-Hamid Khan To His Sheikh of Darqawi Tariqa



This message of Abdul-Hamid Khan, the last Sultan having real power over the Ottoman Empire, was written in the times when the Sufi knowledge was so authoritative that each Islamic Ruler/Sultan/Governor and most of his subjects had their own Murshid (Spiritual Teacher). Unfortunately today not only the rulers, but also a great part of the Muslims, do not even know that it is the duty of every Muslim to follow the Sufi Sheikhs, according to the words of the great Imam Al-Ghazali.


Here is its text :


In the name of Allah the Compassionate, the Merciful! Let Allah, the God of the Worlds, be praised. Let there be peace and blessings upon the Prophet Mohammad, Messenger of Allah , Lord of All the Worlds. I address the respected Sheikh of the Shazali Tariqat Mohammad Efendi Abu Shamat, the healer of the souls and the flasher of the hearts, the outstanding man of his times.

After the greetings I want to say that I got your message of this May 22 and I thank Allah that you are in good health.My lord, God being my helper, I devote days and nights to reciting wirds and I ask to always remember me in Your prayers. Let me share with You, and with lucid-minded people, my worries in respect of one very important question:

I left the post of the ruler of Caliphate only because of the obstacles and threats on the side of people who call them “ Young Turks ”. “ The Committee of Unity and Progress ” (Ataturk was one of its leaders, the comment of the translator) obsessively insist on my agreement to form a national Jewish state in the sacred land of Palestine. But in spite of their obstinacy I strongly refused them. In the end they offered me 150 mln English pounds in gold, but again I refused and said the following to them.

” If you offer me all the gold of the world adding it to your 150 man, I won´t agree to give you the land. I have served the Islam and the ummah of Muhammad, peace and blessings be upon him, for more than 30 years, and I won´t cloud the Islamic history, the history of my fathers and grand fathers Ottoman sultans and caliphs ”.


After my definite refusal they decided to remove me from power, and after that they told me that they would transport me to Salonika and I had to resign. I praise my benefactor who didn´t let me bring shame on the Ottoman state and the Islamic world. I want to stop at this. I praise the Almighty once again and finish my letter. I kiss your noble hands (my Sheikh) and hope that you won´t refuse my respect for you. Greet all our brothers and friends, oh, my Excellent Teacher. Forgive me for such a long letter but I wanted you to be informed.

Peace, blessings and mercy of Allah upon You. Verger of the Believers, Abdul-Hamid ibn Abdul-Majid. 29 Ramadan 1329. September 22 1911.

The Resume of the Letter : –  The Sufi sheikhs are not only teachers on the way of spiritual perfection, but also in usual daily life of the Muslims. And Sheikh Mohammad Abu Shamat (of Shadzili-Darqawi Tariqa) , who worried about the wealth of the Muslims no less than about the matters of the Almighty worshipping, which proves the inseparability of religion and the state in the Ottoman Caliphate, is an example of such behavior.- The West trying to speed up the process of the Ottoman Islamic statehood began to form in its center an extremely aggressive Zionist state. At the same time the colonizers pursued a policy of division of the former Caliphate territories between local leaders who began to build their own authoritarian regimes afterwards. As a result Middle East remains the center of instability and political contradictions.- The Zionist plan to occupy Palestine and to reinforce their influence was realized by making Ottoman Caliphate weak. The bribery of high-ranking officials and even state leaders is one of the Zionist methods.- In his letter sultan Abdul-Hamid refused to cahoots with the Jews in order “ not to cloud the Islamic history ”. But today we can see that many politicians have done the contrary by agreeing to partition Palestine.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2010 01:10 AM | Show all posts
Sultan Abdul Hamid II. He was born on 21 September 1842 and died on 10 February 1918. He ruled from August 31, 1876 until terminated on 27 April 1909. Although he was not the Sultan of the last Muslim kingdom, but he was regarded as the final Caliph Caliph appointed after his removal but cuddly and has no power.


Who is really the Sultan Abdul Hamid II ?


German statesman, Otto von Bismarck is known as the Iron Chancellor had said that " if the wisdom is 100 grams, Abdulhamid has 90 grams, I have 5 grams and 5 grams of the remainder is owned by the leader and other political figures. "

Similarly, once a statesman is his honor. What is his contribution to the Muslims? When he ascended the throne, the Ottoman Turkish government is struggling with a serious internal crisis and the threat of Western powers such as the British and French. West calls the Turkish government as the sickman of Europe (the European pain). When he became caliph, he was aware of the existence of a conspiracy to overthrow the Islamic government based on a very short period of reign of the caliphs of the past. At that age he was 34 years old new.

One day Jewish Banker conglomerate, Mizray Krusow and Zionist leader, Herzl came and offered to the Sultan Abdul Hamid II:

1.  pair all Serra Ottoman government debt.
2.  to help strong Ottoman navy Serra
3.  borrow 35 million Ottoman gold lira without interest.


In return, they wanted


1.  Jewish citizens can make a beeline in Palestine at any time they want and as long as they want to be in the " holy land " is.

2.  Jewish citizens can establish residence berhapiran Jurusalam.
He strongly rejects categorically this request. In fact not even want to see them. He is sending its representatives to meet with the Jewish people.

" Give the Jew is not polite Othmani font is that debt is not a shameful thing, the French also have a debt and the debt does not affect the country. Jurusalam become part of the Muslim lands since Umar Bin Khattab, freeing the city and I would never want to bear the historical burden of shame to sell the land holy to Jews and menghianati responsibility and trust from the people. Please save them Jewish, and Othmani font will never want to take refuge behind the wall made of money the enemies of Islam  " .

But Jews were not menyerak lost, the same year 1901, the founder of the movement of Zionism, Theodore Hertzl once lahi visiting Istanbul to meet with Sultan Abdul Hamid II. Again, he refused to meet. He just sent the prime minister.

" Return to Dr. Hertzl not to take further steps in this project. I will not give it a neck of land from the territory of Palestine as the land is not mine, this land was owned by the Islamic Serra. Serra Islam have in order to inspire jihadny merger region, and they have mengaliri this land with their blood. Please save the Jews back their money. If the Islamic Caliph successfully destroyed one day, they can take Palestinian land for free. But for my living, I prefer a sword thrust into my body should see the land of Palestine cut and released from the Islamic Caliphate. This is a case that will not happen. I will not be started cutting his own body while he was still alive. "

Since then the Jews began to discuss with the British to overthrow the Islamic government and seize Palestinian land. But he said it is true does not occur while he is still alive.

He is aware only of the union will be able to save umah Islam. He build the Hejaz railway. Network that spread from Damascus to Medina and from Aqaba to Maan (India). Many scholars from Indonesia, Africa, and India brought to Turkey for development projects in education and the development of mosques in all parts of Serra.

Da'wah Sultan Abdul Hamid II also came to the Malay land. His name is often mentioned in the prayers during the Muslim government in waiting on the crack. He sent Muhammad Kamil Bey pan Islamism as ambassador to the Malay archipelago. Unfortunately, the fate of Muhammad Kamil Bey is not so good as he was sentenced to hang in Mnyamar by the British for alleged attempt to threaten the colony.

Pan-Islamism's call also came to Japan. Emperor of Japan, Mutsuhito Meiji (1867-1912) sent an invitation to the Sultan Abdul Hamid to send Islamic missionaries to Japan.

Mutsuhito the Emperor wrote :


" We are both imperial empire of the East. It is the desires and needs of our community to learn about each other and communicate well. I saw the colony of Western missionaries, preachers send them to the ground airku, but I have not met with the missionary religion, Islam. Send them to this land so that students can build your religion moral relationship between you and me "


May Allah enter him into paradise. Al Fatihah.


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 04:35 PM | Show all posts
Reply 187# HangPC2

terima ksih hang pc berkongsi psl  turki kat tred empayar turki ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2010 12:37 PM | Show all posts
Ottoman Kefiye Headgear







Ottoman Enveriye (Kabalak) Enver Pasha Helmet










Ottoman M1918 Model Helmet





Ottoman The Visorless M1918 Model Helmet






Last edited by HangPC2 on 8-6-2013 06:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 01:02 PM | Show all posts
Ottoman Cemaliye Headgear







Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 11:30 PM | Show all posts
Ottoman Battleship Barbaros Hayrettin





Capt. on Deck Mehmet Galip Efendi




Lt. on Deck Uskudarli Sabri Efendi




Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 11:36 PM | Show all posts
peristiwa Gallipoli prnah masuk dlm komik Ripley's...Turki kalah dgn submarine? btol ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 12:16 AM | Show all posts
Ottoman Cruiser Hamidiye












Ottoman Destroyer Muavenet-i Milliye (National Charity)







Last edited by HangPC2 on 28-4-2014 06:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 12:22 AM | Show all posts
Ottoman Naval Cadet Training at German '' SMS Konig '' (1916)







Last edited by HangPC2 on 8-6-2013 06:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 10:25 AM | Show all posts
orang Turki berbeza dgn orang Arab kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 08:57 AM | Show all posts



1st Lt. Yakup Robenson & 1st Lt. Abdurrahman Robenson Both officers were the sons of an English family Lady Sarah and Spencer Robenson who imigrated from India to Istanbul. They converted to Islam. lady Sarah got the name Fatma/Fatima and father Spencer Abdullah. They grew up their son as real Turkish Gentlemen. They were both students of Galatasaray and players of the football team. Abdurrahmen falled at Caucasus Front in 1915 and Yakup falled at Palastine front in 1916 while fighting againts British. Abdurrahmen Bey wrote to his team Captain Ali sami Bey from Erzurum (East Front) on Feb 13, 1915 " My Brother Ali Sami Bey We arrived to Erzurum in 35 days after our departure from Istanbul. We will be here for a few days. Then we will go to the front line. I have still the badge of our clup on my uniform. I shall bear the badge in all battles. If I die the badge will be on my chest and I will be buried with that badge. Long live Galatasaray. "

Yakup Robenson wrote to Ali Sami Bey from Cebel et Tur the Tur Mountain of Moses in Jerusalem "My Dear Ali Sami, I learned from ny brother Ahmet that Abdurrahman falled in action. What can I do it is the fate my dear. For the sake of fatherland some will die some will be Ghazi. It will so happen what the God orders. "


Thirth son of Robenson family was Ahmet Robenson. He served also in the army and returned as Ghazi. He is the founder of Turkish Boyscout Organization. He was made between July 17 1925 t0 1926 the 6th President of Galatasaray Sporting Clup.Later he imigrated to USA.




Last edited by HangPC2 on 8-6-2013 06:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2011 10:55 PM | Show all posts
Ottoman Artillary (Hareket Ordusu The Movement Army)







Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 07:51 AM | Show all posts
kenapa benang psal Turki Uthmaniyah ni jadik benangorg kristian meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:18 AM | Show all posts
Up,
+ 1 Credit
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:48 PM | Show all posts
Pax Mittelmächte Europa





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.081112 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list