CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: peret

Empayar Turki Uthmaniyyah

[Copy link]
Post time 30-3-2011 05:30 PM | Show all posts
ckp turki=arab samalah mcm ckp org melayu-= jawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 06:02 PM | Show all posts
orang Turki berbeza dgn orang Arab kan?
zaharul_asriq94 Post at 18-12-2010 10:25



jauh bezanya, bahasa lain, rupa pun lain.

orang turki muka cam omputeh

orang arab muka cam hindustan

sama jugak dengan orang iran. diorang tu orang parsi dan cakap bahasa parsi
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 02:49 PM | Show all posts
Orang Turki dan Iran ada bau bachang pasal berasal dari Asia Tengah.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 09:07 AM | Show all posts
Up,
+ 1 Credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 02:43 PM | Show all posts
Ottoman Air Force (Osmanlı Tayyare Bölükleri)






Ottoman Navy (Osmanlı Donanmasi)





Ottoman Army (Osmanli Nizam-ı Cedid '' Ottoman New Order '' / Asakir-i Mansure-i Muhammediye)

















Last edited by HangPC2 on 8-6-2013 06:12 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 10:58 AM | Show all posts
cerita ni patut menjadi teladan untuk pemimpin2 kat negara islam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2012 03:31 PM | Show all posts
orang Turki berbeza dgn orang Arab kan?
zaharul_asriq94 Post at 18-12-2010 10:25




ya memang berbeza....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 04:50 PM | Show all posts
aku penah dok turki...
membe aku penah baca doa iftitah, dorg kagum abes..
sbb kita mmg hafalkan even tak tau maksud.. tp dorg still tgk kertas kalau nak baca doa tu

time lepak rumah budak perempuan, aurat dorg jaga jugak..
still pakai tudung, baju tutup aurat mcm nak keluar rumah..
pakai seluar tu mcm pelik coz dorg pakai skirt labuh jer

yg modern sikit ada la pakai seluar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2012 03:01 PM | Show all posts
Reply 208# kelanci

tak hafal iftitah? biar betol keturunan cucu cicit uthmaniyyah ni????
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 06:19 PM | Show all posts
itu yang aku nampak, yg lain tak tau la..
btw, masa aku melawat Dolmabahce (Istana zaman Ottoman, pastu jadi kediaman rasmi Kelam Ataturk plak) guide kat situ cerita Sultan2 lps zaman Uthmaniyah tu takde ciri2 Islamic da..  Isteri lebih 4 orang.. patot pun dorg jatuh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 09:07 PM | Show all posts
Reply 210# kelanci

aku baca buku Ripley's BION dulu..mmg bnyk sultan2 uthmaniyyah tu yg pelik2 perangai.... kaki betina ada, kaki bunuh bini ada..tpi entahlah..sumber dari orientalis kadang2 betol, kadang2 tak betol
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 03:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 09:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by mr_base at 4-4-2012 09:09

Twice-exiled former Ottoman princess dies
By SUZAN FRASER | Associated Press –

   

  • FILE - Oct. 17, 2006 file photo …


ANKARA, Turkey (AP) — Neslisah Osmanoglu, an Ottoman princess who married an Egyptian prince and was twice forced into exile when both royal households were abolished, has died. She was 91.


Neslisah Sultan, or Princess Neslisah, died in Istanbul on Monday, according to her nephew, Abdulhamid Kayihan Osmanoglu. He didn't give the cause of death, but new reports said it was a heart attack. A funeral ceremony was being held Tuesday for the princess, who was the oldest member of the Ottoman dynasty.


Neslisah Sultan was born in Istanbul on Feb. 4, 1921, two years before the Turkish Republic replaced the Ottoman Empire, which had ruled Turkey, parts of the Middle East and eastern Europe for 600 years. Her grandfather, the last Ottoman Sultan Vahdettin, and all other members of the dynasty were sent into exile in 1924, and the princess spent her childhood and adolescence in Nice, France, before moving to Egypt.


"When we were in exile we lived longing for the country," she told historian Murat Bardakci, whose biography of the princess was published last year. "My mother had friends who would go to Istanbul. I would ask them to bring me back a bit of soil from Istanbul, but none did."


Ottoman princesses were traditionally married to members of Muslim royal families, and in 1940, Neslihan Sultan married Egyptian Prince Muhammed Abdel Monem. Prince Monem headed a regency committee that ruled from July 1952 to June 1953, when the new rulers of Egypt turned the country into a republic.


The royal couple were placed under house arrest, accused of being part of an international plot against the Egyptian government of Gamal Abdel Nasser, but acquitted and forced to leave the country.


Exiled for a second time, Neslisah Sultan returned to live in France with her husband. In 1952, the Turkish government allowed female members of the Ottoman family to return to Turkey, and the prince and princess moved to Istanbul in 1957.


On Tuesday, Prime Minister Recep Tayyip Erdogan praised the late princess. "She was the poster-child for nobleness who carried the blood of Osman," he said in Parliament, referring to Osman I, the Anatolian ruler who established the Ottoman Empire. "We remember her with high regard and our blessings." The princess took the surname Osmanoglu, or son of Osman, along with other surviving members of the dynasty.


"When I go out in the streets, I see that all nice things were built by my grandfathers," she told Bardakci. "I therefore cannot help think that they belong to me. I feel like I am a part of this place and that I belong to this land."


Prince Monem, who was born in 1899, died in Istanbul in 1979. Neslisah Sultan is survived by a son, daughter and a grandson.

__

Associated Press writer Maamoun Youssef in Cairo contributed.



http://news.yahoo.com/twice-exiled-former-ottoman-princess-dies-130338972.html
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 09:38 AM | Show all posts
ramai di kalangan kita yg salah faham dgn peranan sultan abdul hamid II (1876 - 1909) & melabelkan dia sebagai khalifah yg jahat, semuanya dek kerana putar belit orientalis barat..sultan abdul hamid II & anak dia pernah buat autobiografi menceritakan secara terperinci mengenai pemerintahannya selama 33 tahun & cabaran yg dia hadapi sepanjang mempertahankan khilafah islamiyyah..dan setelah meneliti hujah2 sultan abdul hamid II & tuduhan2 liar orientalis & nasionalis turki terhadap dia, aku rasa dia berada di pihak yg benar..

syeikh jamaluddin al-afghani pernah sebut, sepanjang 33 tahun sultan abdul hamid II memerintah, sebenarnya dia telah memanjangkan 2/3 tempoh kejatuhan empayar turki (maknanya dalam 20 tahun)..kalau bukan sebab sultan abdul hamid II, empayar turki uthmaniyyah dah lama lingkup masa 1876 dulu

dlm catatan sultan abdul hamid II, sewaktu dia ambik alih pemerintahan turki, turki berhutang 300 juta lira, hampir bankrap..langkah pertama yg dia buat ialah khalifah kena pindah ke istana yg lebih kecik, perbelanjaan negara dipotong, langkah penjimatan dikenakan..sewaktu dia dipecat, hutang negara menyusut kepada 30 juta lira..tapi dek kerana kebangangan puak nasionalis turki yg mengambil alih pemerintahan turki (between 1909-1924 sultan2 turki semuanya boneka) - nasionalis turki telah mengambil langkah2 bodoh seperti melibatkan diri dlm perang dunia pertama (yg takde kaitan dgn turki pun), menyebabkan hutang turki melambung semula ke 400 juta lira dlm masa beberapa tahun

sultan abdul hamid II cerita, dia tau dia akan dipecat akibat tekanan & campur tangan zionis & dia boleh berperang dgn puak2 pemberontak ni dgn menggunakan kuasa dia, panglima2 dia pun kata tuanku jangan duduk saja, kami sanggup lawan, tapi demi mempertahankan keselamatan ummah keseluruhan, dia tak mau pertumpahan darah berlaku..tu sebab sepanjang 33 tahun dia memerintah, hanya sekali je turki terlibat dgn perang besar, iaitu perang dgn greek (1897) & diakhiri dgn kemenangan turki..diberitakan waktu tu, khutbah jumaat seluruh dunia memanjatkan kesyukuran & mengucapkan tahniah kpd sultan abdul hamid II di atas kemenangan baginda (you know, this kind of muslim solidarity, dah tak wujud zaman sekarang)..perang dgn rusia on & off, sebab rusia pun tak berani nak usik turki sebab turki berbaik2 dgn jepun & masa tu memang rusia tengah berperang dgn jepun

masa2 ni, kepintaran politik sultan abdul hamid II memang tinggi...bila dia tau perancis, britain nak jahanamkan khilafah islamiyyah, dia berbaik2 dgn jerman..so bila britain, perancis, rusia, itali nampak turki berbaik2 dgn jerman, diorang pun tak berani nak rapat..negara2 islam keliling turki pun diorang tak berani nak jajah sebab khilafah masih ada..tu yg libya, hanya selepas sultan abdul hamid II digulingkan, baru itali berani lanyak, kalau tak, diorang tak berani..

sebab tu lepas sultan abdul hamid II kena pecat, barulah geng2 nasionalis ni tersedar, Allah apa yg kitorang dah buat ni..dek kerana terpengaruh dgn slogan pembebasan & kebangsaan, mereka tergamak memecat khalifah yg tegas mempertahankan kedaulatan khilafah, ramai di kalangan diorang yg menyesal sampai ke mati apabila ataturk mansuhkan sistem khilafah tahun 1924..

bila khilafah turki tumbang, kita kat tanah melayu pun terkesan...sebab tu di akhir kurun ke-19, walau british lanyak orang melayu macam2 mana sekali pun, orang melayu ambik sikap steady sebab masa tu khilafah islamiyyah masih ada..tambah2 pulak raja2 ni british tak berapa nak usik, bukan macam india yg semua sultan habis kena bunuh sebab melawan british..tapi bila khilafah turki tumbang 1924, effectnya merebak sampai ke tanah melayu..masa pemberontakan hj. abdul rahman limbong 1928, para pejuang rampas balai polis kuala berang, diorang turunkan bendera british & naikkan bendera turki uthmaniyyah..benda ni memang tak sebut dalam buku sejarah, tapi kat muzium negeri terengganu ada..diorang naikkan bendera tu sebab walaupun khilafah turki dah berkubur 4 tahun sudah, tapi diorang tetap rasa solidariti, apatah lagi masa british lanyak terengganu, sultan tak boleh nak buat apa2, takde siapa2 boleh tolong lagi orang islam kat terengganu sebab khilafah pun dah bungkus
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 09:45 AM | Show all posts
petikan surat sultan abdul hamid II kepada tok syeikh dia mahmud abu al-shamat, yg ditulis pada 1911, mendedahkan punca kenapa dia dipecat sebagai khalifah

Pemimpin-pemimpin Jam'iyyat al-Ittihad wa al-Taraqqi berkeras agar beta memberikan persetujaun terhadap penubuhan negara nasionalis bagi Yahudi di bumi suci Palestin. Meskipun mereka tetap berkeras, namun beta tetap tidak menerima gesaan itu tanpa teragak-agak. akhirnya mereka menjanjikan akan memberi 150 juta pound, namun beta tetap menolak tanpa teragak-agak. Beta memberi jawapan berikut kepada mereka:

"Jika kamu memberi emas sepenuh dunia ini pun, apatah lagi jika kamu hanya memberi 150 juta pound sahaj, beta tetap tidak akan menerima sama sekali gesaan kamu itu tanpa teragak-agak. Beta telah berkhidmat untuk agama Islam dan ummat Muhammad ini lebih daripada 30 tahun. Beta sama sekali tidak akan menghitamkan sejarah gemilang yang ditempa oleh datuk nenek beta".

Setelah mendengarkan jawapan beta yang jitu itu, mereka berpakat untuk menyingkirkan beta. Mereka memberitahu beta, bahawa mereka akan membuang beta ke Slanik.



nasionalis turki cukup takut dgn sultan abdul hamid II, sebab tu walaupun dah dipecat, diorang tak berani usik dia...dia hanya dikurung dlm istana, tak diberi baca surat khabar & disekat daripada mengetahui maklumat2 terkini turki, sebab bahaya kalau sultan ni tau, pengaruh dia masih ada
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 10:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2012 11:40 AM | Show all posts
Reply 215# iscol_klang

sebak baca posting ni...

kalaulah sultan kat malaysia ni macam khalifah uthmaniyyah ni, selamat kita....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 12:21 PM | Show all posts
orang turki ni adalah orang2 aryan bukanya arab.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 12:42 PM | Show all posts
HangPC2 Post at 4-4-2012 10:37 AM



    ade lg ke kerabat bekas pemerintah empayar ni

regards
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 01:33 PM | Show all posts
ade lg ke kerabat bekas pemerintah empayar ni

regards
zarul427 Post at 4-4-2012 12:42



kalau pakai '' surname ''   Osmangul memang keturunan Uthaminyah masih ada lagi........ tapi ini kira terakhir yang dilahir masa pemerintahan Uthmaniyah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.099765 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list