CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: peret

Empayar Turki Uthmaniyyah

[Copy link]
Post time 7-7-2006 10:21 AM | Show all posts
aku baru je dapat email pasal dia.. jap aku carik n try paste kat sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2006 10:25 AM | Show all posts
ni dari email yang aku dapat

>Subject: Fw: Teladan dari kisah Mustafa Kamal Attaturk..]
>Date: Mon, 19 Jun 2006 09:00:34 +0800
>
>Teladan dari kisah Mustafa Kamal Attaturk..]
>
>
>Assalaamualaikum...
>
>Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal
Attartuk.
>
>1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
>2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali
leher
>     dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
>
>3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
>     pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang
pertama
>     di Ankara .
>
>4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau
>     rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
>
>5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
>
>6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
>
>7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah
>     dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
>
>8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
>     Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya
di
>     seluruh bandar Turki.
>
>9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
>     terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan
dengan
>     urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
>
>10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
>
>11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
>
>12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan
undang-undang
>     barat.
>
>13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid
>     dijadikan gereja.
>
>14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
>
>15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
>     fakir miskin.
>
>16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
>
>17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab
>     kepada huruf Latin.
>
>18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa
>     apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana
>     tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab
'Kamal
>    Attartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan
>    yang diberikan oleh askar itu.
>
>Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
>
>Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada
beliau
>sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan
azab
>yang Allah berikan di dunia.
>
>Antaranya ialah :
>
>1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
>    gatal-gatal seluruh badan.
>
>2. Sakit jantung.
>
>3. Penyakit darah tinggi.
>
>4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
>     diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
>     Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan
>     ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
>
>Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.
Oleh
>kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit
>sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan
>mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah
>menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan
>harapan beliau akan merasa sejuk.
>
>Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september
1938,
>beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar
selepas
>itu tetapi beliau hilang ingatan.
>
>Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan
>akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun
>yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
>
>Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan
beliau
>datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
>menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi
balasan
>azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak
>ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana
>tanah tidak menerimanya).
>
>Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke
>dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar)
selama
>15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak
ditanam
>semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis
>ikhtiar,
>mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar
>beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang
>menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan
>bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima
Kamal
>Attartuk!"
>
>Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah
>pesanku biarpun satu ayat."
>Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri
orang
>lain. Apa yang baik dan benar itudatangnya dari Allah swt. Apa yang
salah
>dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
>
>Wallahua'lam
>
>Wassalam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2006 12:19 PM | Show all posts
teruk la kan ... ape punye islam pun aku tak tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2006 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by topeng perak at 25-6-2006 09:04 PM



senario ini berlaku semasa "lale peroid" ... or "tulip period"

masa nehh kat eropah sedang melalui ...

zaman gelap ker ... empayar uthmaniyah cukup kuat sehinggalah turki dianbil alih oleh kamal atarturk
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 04:45 PM | Show all posts
Originally posted by peret at 7-7-2006 12:23 PM

zaman gelap ker ... empayar uthmaniyah cukup kuat sehinggalah turki dianbil alih oleh kamal atarturk


bukan zaman gelap dari segi kekuatan ketenteraan tapi zaman lupa diri , hidup mewah, maksiat berluasa....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 06:15 PM | Show all posts
satu perkara yg kita kena selalu ingat ialah catatan sejarah boleh dibengkok2 mengikut kepentingan penulisnya atau ideologinya.

walaupun catatan sejarah perlu objektif, tetapi fakta boleh dikedepankan dan boleh juga disembunyikan.

oleh itu kita sebagai pembaca kenalah berhati2 dan perlulah sentiasa buat double checking.

seperti kata bijak pandai kalau kita mahu tahu kebaikan orang kita tanya kawan2nya. Kalau mahu tahu keburukannya tanya musuh2nya.

jadi jgn cepat percaya dengan apa yg kita baca. Contohnya macam mayat Attartuk tak boleh ditelan bumi. Orang Turki sendiri pun ketawa baca cerita itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2006 06:20 PM | Show all posts
oh ya satu lagi... jika kita ambil artikel atau cerita atau apa2 saja dari satu2 sumber, kita kenalah bagitau siapa penulisnya dan di mana sumbernya.

kalau perlu beri linknya sekali. Dengan itu kita boleh buat penilaian lebih baik.

contohnya dalam politik kalau kita ambil berita dari akhbar2 perdana.. pemberitaannya pasti condong kepada pemerintah. Begitu juga kalau kita ambil Harakah... mesti condong kepada Parti Pas. Begitulah seterusnya. Setiap catatan mesti ada kecenderungannya masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 07:07 PM | Show all posts
Realiti sekarang ni tapi kita sendiri pun tengok negara turki aper jadi sekarang ni... 90% dari email yang diceritakan adalah benar.... kalau kau pegi melancong ke turki kau boleh tengok semua ni kecuali dikawsan pendalaman yang masih mengamalkan kehidupan Islam

Contoh

- Tulisan Arab  ditukar ke Tulisan Latin

- Menukar kalendar Hijjrah ke Kalendar Barat dll..

pasal kes mayat mustapa kamal alkeneketuk ni tak diterima bumi ada kemunkinan benar disebabkan kezaliman dilakukan beliau, akhir zaman ni macam-macam boleh berlaku dan tak diterima oleh logik akal lagi.. (pemikiran kaum liberal mementingkan perkara logik)

p/s: kisah diceritakan  ini bukan sebab motif Parti Pro Islam tetapi sebagai tauladan terhadap kekejaman Mustapa kamal alkeneketuk

sikit hari malaysia memang bakal mengikut jejak negara turki... kalau golongan Sekular dan liberal tidak ditentang

[ Last edited by  HangPC2 at 7-7-2006 07:09 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2006 09:55 PM | Show all posts

aku amt bangga kat ottoman empire

aku bangga tol kat ottoman empire ni. kalu korang nak tau, masa aku belajar kat uni dulu, aku sanggup audit subject ottoman empire ni semata2 sbb aku punyer kagum kat diaorang nie. walaupun di akhir zaman pemerintahan khalifah ottoman empire ni dia orang jadi agak rosak akhlak tapi aku yakin itu memang dah ketentuan dan wajar kita jadikan iktibar. yang aku sangat kagum tu( mengikut kata lecturer aku yang memang pure Turkish) diaorang zaman dulu2 ni ada buat satu bilik yang menempatkan barang2 spt janggut Nabi, jubah dan kasut Nabi dan bilik2 ini sentiasa berkat dgn bacaan ayat suci alQuran yang mana mereka bergilir2 membaca Quran sejam seorng utk 24 7. katakanlah Sultan kena jam 4 pagi so dia akan bangun tetap bangun untuk menunaikan giliran dia... perg sampai nak nangis aku baca ttg diaorang nie.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 12:41 PM | Show all posts
This man has contracted gonorrhea earlier which caused him constant kidney problems throughout his years as a president. It is well known that gonorrhea is a venereal disease resulting from having sex with prostitutes!


catatan di atas menceritakan segala2nya tentang niat penulis.
kan?

[ Last edited by  petola at 8-7-2006 01:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 08:03 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 7-7-2006 07:07 PM
Realiti sekarang ni tapi kita sendiri pun tengok negara turki aper jadi sekarang ni... 90% dari email yang diceritakan adalah benar.... kalau kau pegi melancong ke turki kau boleh tengok semua ni kecuali dikawsan pendalaman yang masih mengamalkan kehidupan Islam

Contoh
- Tulisan Arab  ditukar ke Tulisan Latin
- Menukar kalendar Hijjrah ke Kalendar Barat dll..


saya kurang faham dengan apa yg dimaksudkan dengan `mengamalkan kehidupan Islam'.
mungkin yg dimaksudkan ialah tidak lagi mengamalkan budaya Islam?

budaya ialah produk sejarah, bukan produk agama per se..

adakah tulisan arab itu tulisan Islam?
adakah kalendar hijrah itu kalendar Islam?

kedua2nya produk sejarah... bukan tuntutan agama.

pasal kes mayat mustapa kamal alkeneketuk ni tak diterima bumi ada kemunkinan benar disebabkan kezaliman dilakukan beliau, akhir zaman ni macam-macam boleh berlaku dan tak diterima oleh logik akal lagi.. (pemikiran kaum liberal mementingkan perkara logik)

p/s: kisah diceritakan  ini bukan sebab motif Parti Pro Islam tetapi sebagai tauladan terhadap kekejaman Mustapa kamal alkeneketuk


sebelum kita mengambil pengajaran drp sesuatu sejarah itu kita kenalah pastikan sama ada sejarah itu betul faktanya. Kenalah pastikan betul ke mayat kamal atarturk tu asyik tercampak dari bumi sebab bumi tak mahu terima.

kalau tak boleh nak buktikan ia dah jadi cerita mitos...

walaupun kita boleh mengambil pelajaran dari cerita2 mitos tetapi cerita itu sendiri tak boleh nak dianggap sebagai benar. Kena ambil pendirian mungkin benar mungkin salah.

tentu kita tidak mahu berbuat fitnah dalam suatu sejarah.

logik? Mungkin maksud anda logik itu ialah perkara yg diterima akal, munasabah, masuk akal... ada sebab akibat...  mesti ada bukti sebelum sesuatu itu boleh diterima kebenarannya. Jika benar begitu maka benarlah jika ia menjadi pegangan kaum liberal. Tetapi ia juga menjadi pegangan semua orang yg pentingkan rasionaliti, yg tak mudah terima cerita yg bukan2.

logik juga membawa makna suatu sains yg berkaitan dengan prinsip yg membolehkan pemikiran dan penaakulan dibuat secara teratur dan bersistem, ilmu tentang cara berfikir atau biasa juga dipanggil ilmu mantik. Ilmu ini telah menjadi pemikiran manusa zaman berzaman, khususnya semenjak zaman plato dan aristotles kira2 2500 tahun dulu. Logik mereka masih lagi digunakan sampai sekarang.

logik inilah juga yg digunakan oleh ulama2 kalam (yg mengkaji tentang hal2 ketuhanan), ahli2 falsafah dan ahli2 fekah dalam Islam.

tak betul kalau sesiapa kata Islam tak pentingkan logik. Hampehlah Islam kalau sesiapa fikir macam itu. Tuhan sendiri pun suruh kita berfikir, tengok alam, tengok kejadian untuk membuktikan yg Dia wujud. Itu kira suruhan supaya kita berfikiran logiklah...  bukan percaya membabi buta.

kan?

sikit hari malaysia memang bakal mengikut jejak negara turki... kalau golongan Sekular dan liberal tidak ditentang


jangan menentang sesuatu yg anda tidak fahami sepenuhnya.
nanti sejarah buruk umat Islam akan berterusan atau berulang lagi... :bgrin:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

hantu1 This user has been deleted
Post time 19-9-2006 12:55 PM | Show all posts
Takdirnya telah ditentukan oleh NYA...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2007 11:56 AM | Show all posts
semoga akan de kebangkitan seperti empayar uthmani
kebangkitan islam
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 15-1-2007 03:38 PM | Show all posts
itu semua dah tinggal lagenda...kalau kita tak bersatu jadi cam ni la..orang kaffir akan amik peluang utk hancurkan kita kalau islam tu lemah....lihat saja di iraq, afgan, pattani, mindanao dan singapure...islam ditindas abis2an..dari segi politik, ekonomi, pendidikan.....cuba kalau kita bersatu speti zaman nabi dulu...ada diorang berani nak kacau...buang perasaan hasad dengki tu..baru boleh maju....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 12:24 PM | Show all posts
lepas kejatuhan empayar uthmaniyyah nie..raja2 and sultan2 tu pi mana ek?
anak2 cucu diorg pi mana ek?
pi malaysia ker?
moyang aku ader barang2 org turki..
aku pelik gaks..
ader org kater dato' onn jaafar tu keturunan turki..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 12:39 PM | Show all posts
haha aku ada Bulgarian colleague, sampai sekarang tak suka turks. ni bukan tak suka biasa2 je, mmg passionately TAK SUKA hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2007 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by remizati at 17-1-2007 12:24 PM
lepas kejatuhan empayar uthmaniyyah nie..raja2 and sultan2 tu pi mana ek?
anak2 cucu diorg pi mana ek?
pi malaysia ker?
moyang aku ader barang2 org turki..
aku pelik gaks..
ader org kater da ...


dato onn tu memang mak dia org turki......aku ada gak dapat collect duit turki uthmaniyyah, setemnya (tak bercop lg dan bergambar Hagia Sophia :love::love dan satu poskad berkaler (bukan gambar kaler, tp dikalerkan) dari zaman turki uthmaniyyah....dalam poskad tu bnyk gambar masjid dan gambar tu kat istanbul....terasa macam aku  berada kat zaman turki uthmaniyyah  :nerd::nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 06:07 PM | Show all posts
Originally posted by mala0n at 17-1-2007 12:39 PM
haha aku ada Bulgarian colleague, sampai sekarang tak suka turks. ni bukan tak suka biasa2 je, mmg passionately TAK SUKA hehehe


org bulgaria yg tak suka tu biasanya org bukan islam.....org islam kat kosovo, albania, bosnia, bulgaria dan romania memang suka turki uthmaniyyah....org turki ni la yg islamkan moyang mereka yg kebanyakannya dari bangsa Slav...bukan slave ya :nerd: :nerd:......tp kat region mcm chechnya, armenia yg dekat dengan laut kaspia tu, ada org islam yg tak suka turki uthmaniyyah sebb semasa turki uthmaniyyah nak jatuh, org turki ni buat ethnic cleansing kat sana....bukan stakat org kapir di bunuh, org islam pun dibunuh! sebabnya mereka ini akan membawa ancaman kepada kejatuhan empayar turki uthmaniyyah......apala :geram::geram:.....tapi kita kna ingat, satu ja jasa baik attaturk untuk org turki, kerana attaturk la, Greece tak berjaya menawan turki....kalau tak, dulu Greece hampir menawan sebahagian besar Turki termasuklah Istanbul!!!!! perang ni berlaku selepas perang dunia kedua.....impak daripada perang ni ialah pembahagian pengaruh di pulau Cyprus, bahagian utara di bwh pengaruh Turki, bahagian selatan di bwh pengaruh Greece.....kesemua pulau2 yg kat Agean Sea telah pun Greece ambik termasuklah pulau Crete....cuma pulau Imroz ja masih lg jadi miilik Turki.....pulau Crete ni Turki punya dulu, pastu Italy tawan, pastu lps Greece merdeka dan Italy kalah perang dunia kedua, Greece pulak tawan....nasib baik Istanbul dan Laut Marmara masih lg dipegang oleh Turki :love:    :love:
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 08:57 PM | Show all posts
sedih eh empayar ni jatuh kat tangan orang islam sendiri...err...mustapha kamal atartuk tu moslem kan??
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by sayang_mulut at 17-1-2007 08:57 PM
sedih eh empayar ni jatuh kat tangan orang islam sendiri...err...mustapha kamal atartuk tu moslem kan??


aku dengar crita attaturk tu yahudi......tak tau la dia masuk islam ka tak =P
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.081847 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list