CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 56715|Reply: 32

Arca

[Copy link]
Post time 28-4-2006 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Arca Asemblaj

recycle












[ Last edited by  fleurzsa at 20-8-2006 07:12 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2006 04:16 PM | Show all posts
wow...sangat kreatif!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2006 04:32 PM | Show all posts
Originally posted by crayzee at 29-4-2006 04:16 PM
wow...sangat kreatif!

yup..berapa lama la amik masa wat benda tu semua..orang yang bersabar je leh wat camtu..nak arrange structure bukannya senang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 06:47 PM | Show all posts
bestnyer...tp ular tue takut lak tgk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2006 11:04 AM | Show all posts

Reply #4 twelve12's post

biasanya pameran cam ni kurang sambutan tak tau la kenapa..dulu pernah ada sekali kat kl..lupa plak tahun bila..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 10:47 PM | Show all posts

salam

Originally posted by lows^man^lyrics at 6-5-2006 11:04 AM
biasanya pameran cam ni kurang sambutan tak tau la kenapa..dulu pernah ada sekali kat kl..lupa plak tahun bila..


Sebab org Malaysia lebih suka kpd seni hiburan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-7-2006 08:47 PM | Show all posts

hasil seni kertas








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 01:02 AM | Show all posts

Reply #1 lows^man^lyrics's post

whoaa..... isk2... teliti sungguh org yg wat tu..
mcm susah je nak buat, esp yg spiderweb.












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2006 02:37 PM | Show all posts
wow...~~
detail giler...
but gud job..
cun giler..~~
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 06:56 PM | Show all posts
Nama lagi kerja seni... yg paling teliti sepatutnya paling berharga & berkualiti...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 11:08 PM | Show all posts
seni kertas yg ni sama ke dgn origami? or lain?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 12:20 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 15-7-2006 11:08 PM
seni kertas yg ni sama ke dgn origami? or lain?


Haah kan... sama atau lain?

Yg I tahu origami tu prosesnya lipat melipat, tak ada gunting mengunting.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 02:12 AM | Show all posts

ini bley kire sbg arca ker?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 09:02 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 23-8-2006 02:12 AM


Ini arca estetika.

[ Last edited by  fleurzsa at 26-8-2006 09:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 10:06 PM | Show all posts

Reply #14 fleurzsa's post

oic... gmbo tu amik masa gi nz last year.
kat nz byk mende2 cmtu.
tp smpat amik gmbo yg tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 10:11 AM | Show all posts
1.        Arca adalah bentuk dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.

2.        Arca tidak sarna dengan seni tarnpak yang lain kerana ciri -ciri 3Dnya.

3.        Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan rekabentuk pentas, tetapi terdapat keistimewaannya yang tersendiri.

4.        Terdapat dua jenis bentuk arca
(a) arca bentuk berfungsi
(b) arca bentuk estetika

5.        Arca bentuk berfungsi merupakan barangan tiga dimensi yang boleh digunakan di samping ciri-ciri estetikanya

6.        Terdapat juga arca berfungsi yang hanya digunakan untuk upacara keagamaan dan kebudayaan. Contohnya patung dan topeng kaum Jah Hut dan Mah Meri yang digunakan sebagai alat untuk berhubung dengan roh dan semangat.

7.        Arca berfungsi dalam bentuk patung atau stupa juga banyak didapati pada bangunan tokong, kuil, dan gereja.

8.        Suku kaum Iban, Kenyah, Kelabit, Penan, Kajang, Melanau, dan Bidayuh di Sarawak menghasilkan ukiran kayu area bentuk tradisional dengan ciri-ciri tradisional untuk digunakan pada sesuatu upacara adat istiadat yang tertentu.

9.        Arca bentuk estetika tidak mempunyai fungsi khas tetapi merupakan bentuk ciptaan pelukis hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya sahaja.

10.               Arca jenis ini biasanya dipamerkan di galeri.

[ Last edited by  fleurzsa at 27-8-2006 10:13 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2006 10:18 AM | Show all posts
11.        Bentuk arca estetika bebas, boleh berbentuk realistik atau abstrak, terpulang kepada kebijaksanaan dan pilihan pengarca yang menciptanya.

12.                Pelbagai bahan dan teknik boleh digunakan.

13.               Arca yg paling awal dijumpai merupakan arca ukiran drp gading, tulang, tanduk & tanah liat.  Arca 2 ini dihasilkan oleh org Aurignacian dan Magdalenian pd kira2 8000 SM.

14                 Zaman tamadun2 lama spt Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dgn menggunakan bhn2 yg berlainan.

15.        Pada zaman itu, benda-benda dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan kerana fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan.

16.        Michelangelo Buonarroti (1475-1564), merupakan pengarca Itali yang teragung pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Antara ciptaannya yang paling masyhur ialah 'David'.

17.        Pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua ialah seorang berbangsa Inggeris bernama Henry Moore dan Alberto Giaeometti, seorang warganegara Switzerland (190l-1966).

18.        Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk area telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya ke bahan plastik, nilon, fabrik, dan bahan2 buangan lain.

19.        Di samping teknik luakan, binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, asemblaj, dan sebagainya turut digunakan.

20.        Terdapat juga arca yang bergerak dan berlampu kesan pergabungan kuasa elektrik dalam gubahan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 10:21 AM | Show all posts
21.        Arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti eatan.

22.        Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an.

23.        Antara pengarca tempatan yang lebih terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Lee Kian Seng, dan lain-lain.

24.        Laman Asean yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur merupakan sebuah taman arca yang istimewa di Malaysia.

25.        Di situ kita dapat menyaksikan enam buah karya arca hasil kreativiti pengarca¬pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Negara Thai, Singapura, dan Malaysia.

26.        Kini, arca telah menjadi karya seni yang kian popular.

27.        Arca sering dipamerkan di ruang legar hotel, kawasan bangunan institusi atau pertubuhan, bulatan simpang empat, taman rekreasi, taman kanak-kanak, kawasan peranginan, dan ruang yang sentiasa dikunjungi orang ramaL
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 10:23 AM | Show all posts

Jenis-jenis arca

1.        Arca tambahan

(a) Menggunakan bahan-bahan lembut seperti tanah liat, lilin, atau bahan¬bahan rapuh untuk dibentuk.

(b) Bahan arca sebenar biasanya terdiri daripada bahan-bahan yang eair dan boleh dikeraskan seperti gangsa tuangan, simen, dan sebagainya.

(c) Tanah Hat, lilin, atau bahan-bahan lembut hanya digunakan untuk sementara sebagai tempat tumpangan dan memudahkan kerja membentuk.

(d) Apabila siap arca sebenar, bahan¬bahan lembut ini boleh dipecahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 10:25 AM | Show all posts
2.        Area asemblaj

(a) Dihasilkan dengan mencantumkan bahagian-bahagian yang berasingan seperti kayu, logam, bahan-bahan kutipan yang mempunyai rupa, bentuk, warna, dan jalinan yang menarik.

(b) Batu simen ataupun bongkah-bongkah plaster Paris, yang dihasilkan sendiri juga boleh digunakan.

(e) Hasilnya boleh dicipta dalam bentuk timbul atau tiga dimensi.

(d) Teknik ini diperkenalkan oleh seorang pengarca yang terkenal bernama Joseph Cornell pada tahun 1950-an.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.095728 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list