|
BERITA AIM
Jaclyn Victor dijangka bolot AIM13
Oleh: ABD. AZIZ ITAR
JACLYN VICTOR.
JACLYN Victor atau Jac boleh dikatakan penyanyi yang paling menonjol dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-13 (AIM) yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam ini. Acara itu bermula pada pukul 8.30 malam dan ia disiarkan secara langsung menerusi ntv7.
Ini kerana Jac merupakan penyanyi yang paling banyak menerima pencalonan dalam anugerah tahunan yang mengiktiraf penerbitan album-album tempatan itu.
Daripada keseluruhan 17 kategori yang dipertandingkan dalam AIM13, juara Malaysian Idol itu menerima tujuh pencalonan daripada album keduanya yang berjudul Gemilang.
Berdasarkan faktor itu, Jac dilihat mempunyai kelebihan dan peluang yang cerah untuk menggondol lebih banyak anugerah berbanding artis-artis lain.
Jac yang pertama kali bertanding dalam AIM13 dicalonkan dalam beberapa kategori penting anugerah tersebut seperti Album Pop Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) dan Lagu Terbaik.
Walaupun terpaksa bersaing dengan calon-calon lain, album Gemilang sudah pun membuktikan bahawa ia merupakan sebuah album yang berkualiti dari segi rakaman dan susunan lagu-lagunya.
Sebagai penyanyi pula, Jac sudah pun melunaskan tanggungjawab
dengan baik apabila menyanyikan
lagu-lagu dalam album Gemilang dengan gaya vokalnya yang sungguh mantap.
Dalam kategori Lagu Terbaik, misalnya, Gemilang mampu mengungguli anugerah itu tetapi ia harus berdepan dengan pencabar terdekatnya iaitu lagu Aduh Saliha (Mawi) dan Ku Seru (Misha Omar).
Kemungkinan itu boleh berlaku memandangkan Gemilang sebelum ini pernah muncul Juara Lagu dalam Anugerah Juara Lagu ke-20 baru-baru ini.
Sementara itu, Adibah Noor yang pertama kali bertanding dalam anugerah tersebut merupakan artis kedua terbanyak menerima pencalonan dalam AIM13 iaitu enam pencalonan.
Adibah boleh memberi cabaran yang sengit menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) dan pesaing utamanya ialah Jaclyn Victor dan Anita Sarawak.
Tetapi apa yang menghairankan, penyanyi bertubuh besar ini dicalonkan dalam kategori Artis Baru Terbaik walaupun dia sudah 12 tahun bergelar penyanyi.
Menerusi kategori itu, Adibah akan bersaing dengan Ahli Fiqir, Dina, Jaclyn Victor dan Sharifah Zarina.
Jika merujuk kepada perkataan 慴aru |
|