CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14796|Reply: 19

SEJARAH KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH ( KISAS )

[Copy link]
Post time 7-5-2006 09:52 PM | Show all posts |Read mode
salam...

huh!!! dah lame nak post pasal bekas sekolah aku ni..tapi dapat source sket sangat..tapi tak pe la.. at least nak kongsi sedikit sebanyak...kisah sejarah KOLEJ OSLAM SULTAN ALAM SHAH atau dulu pernah dikenali sebagai KOLEH ISLAM KELANG atau KIK...korang mesti tau kan sekolah ni..pemes lah jugak...walau pun masih ade yang beanggapan sekolah ni adalah sekolah pondok...tak kesah lah ape orang nak pk..tapi skolah ni adalah sekolah terbaik pernah aku masuk....

ni sedikit sebanyak sejarah penubuhan KISAS..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1374H/1955M. Nama sebenarnya pada masa itu ialah Kolej Islam Malaya. Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang terletak di jalan Kota Raja, iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar Kelang.

    Kolej ini pada asalnya ialah sebuah istana yang kemudiannya diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin Ibni Almarhum Sultan Sulaiman. Baginda amat berharap agar kolej ini dapat melahirkan para ulama' yang bertakwa kepada Allah dan seterusnya menerangi masyarakat Malaysia ini dengan ruh-ruh islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada.

    Pada tahun 1386H/1966 M, Kursus Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya telah dipindahkan ke bangunan yang baru di Petaling Jaya dan seterusnya ke Bangi menjadi fakulti Islam U.K.M. Namun begitu kursus persediaannya masih lagi di tinggalkan di Kelang.

Pada tahun 1967, Kolej ini diambil oleh Kementerian Pelajaran dan menjadikan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang bernama Kolej Islam Kelang. Akhirnya pada tahun 1972, ia telah diangkat menjadi Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan sehingga ke hari ini.

    Kemudian pada 1989, Kolej Islam Kelang telah ditukar nama kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah oleh Sultan Salahuddin Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada masa itu. Sehingga kini, bangunan bekas istana sultan tersebut masih dikekalkan.
Kronologi Kelahiran Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2006 09:53 PM | Show all posts

KRONOLOGI PENUBUHAN KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

1. 1374H / 1955M

8, April - Perasmian Kolej Islam Malaya ( nama kolej ketika itu ) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Al- Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah. Bangunannya adalah sebuah istana hadiah Baginda sultan.

2. 1386H / 1966M

Kursus Tertinggi Kolej Islam Malaya dipindahkan ke Petaling Jaya sementara Kursus Persediannya dikekalkan di Klang dan nama kolej ketika itu telah diubah dengan rasminyakepada 'Kolej Islam Kelang'. Pad ketika yang sama Sijil Pelajaran Malaysia telah diperkenalkan di sini.

3. 1387H / 1967M

Kursus Persedian tersebut telah diambil alih oleh kerajaan pusat dan diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kolej Islam Kelang dimajukan sebagai sebuah sekolah menengah tinggi bantuan kerajaan.

4. 1389H / 1969M

Kursus Sijil Rendah Pelajaran dihapuskan. Hanya calon yang mempunyai SRP dan kepujian dalam matapelajaran Agama Islam serta lulus Bahasa Arab diterima ke Kolej Kursus Tingkatan Enam diperkenalkan.

5. 1391H / 1971M

Kelas Tingkatan Empat telah dibuka untuk pelajar tingkatan empat.

6. 1392H / 1972M

Kolej Islam Kelang dijadikan sebuah Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan.

7. 1410H / 1989M

Perasmian nama baru kolej dari Kolej Islam Kelang kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS ).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2006 09:55 PM | Show all posts

infrasturuktur

KISAS sebenarnya terdiri daripada bangunan istana lama yang diwakafkan oleh Sultan Alam Shah suatu masa dahulu. Sejak penubuhannya, blok-blok bangunan KISAS telah ditambah dengan tujuan untuk menampung pelajar yang semakin membanjiri KISAS.

    Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa KISAS mempunyai infrastruktur yang agak menarik. Ini disebabkan oleh rekabentuk bangunannya yang menarik hasil gabungan unsur -unsur senibina lama dan moden.

    KISAS mempunyai sebuah perpustakaan yang boleh dibanggakan. Sejak penubuhannya hingga kini, perpustakaan telah berjaya ini telah memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan perpustakaan terbaik di Selangor.Perpustakaan ini terletak di tingkat dua bangunan blok berhampiran dewan besar.

    Bangunan pejabat juga adalah salah satu banggunan yang menarik di KISAS. Bangunan ini pada asalnya adalah sebuah istana raja pada zaman dahulu.Ciri-ciri binaan Islam pada zaman silam tertonjol di bangunan ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2006 10:02 PM | Show all posts

bermoto kan satu ayat QURAN...''fastaqim kama umirta'' yang bermaksud.. beristiqamah lah kamu sebagai mana yang diperintah.. satu moto yang berjaya melahirkan ramai akli2 ulamal, akhli politik seperti , harun din , ismail kamus, zainudin zainal abidin dan beberape nama lagi..

KISAS jugak setiap tahun berjaya mengekalkan prestasi sebagai sekolah menengah cemerlang di malaysia dimana keputusan SPM adalah antara yang terbaik di MALAYSIA dan selama 2 tahun berturt iaitu pada tahun 2004 dan 2005, KISAS telah mencatat sebagai sekolah paling cemerlang di MALAYSIA apabila hampir 50% mendapat str8 As dalam SPM dan sebagi sekolah cemerlang di mana keputusan STAM ( sijil tinggi agama Malaysia) adalah yang terbaik di malaysia di mana mendapat kepurusan 100% mumtaz iaitu keputusan paling cemerlang selama  4 tahun berturut sejak iSTAM diperkenal kan pada 2002

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2006 10:04 PM | Show all posts
nanti update lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 04:58 PM | Show all posts

Reply #5 sayang_mulut's post

cepatla update!...:ketuk:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2006 09:04 PM | Show all posts
mmm, bangga jugak aku jadi ex-KI nih.. hehe,, sambung2 :clap:
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 09:25 PM | Show all posts

Reply #1 sayang_mulut's post

budak2 pandai aje kan yg dpt masuk sekolah ni? kire mcm mrsm la. :bgrin:

kwn aku yg penah blajo kat situ kata, korang yg skolah situ takde prep ptg or malam kan?
kire bebasla nak wat apa lepas abis skolah. tp mostly yg masuk situ genius2...so takyah study sgt pon, result tetap gempak.
itu yg aku dgr la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2006 10:05 PM | Show all posts
emm, pandai sgt tuh tak tau lah (sbb aku tak pandai sgt, merangkak2 jugak:bgrin

prep mmg takde, best giler hehe... terkenang zaman persekolahanku dulu..
Reply

Use magic Report

itairus This user has been deleted
Post time 25-8-2006 04:30 PM | Show all posts
kakak aku pnh skolah c2 2 mgu jer..dia kater xtahan..mlm kene nasyid smpi kol bp tah..pastu dia blk skolah lamer dia,SMART kat kuantan tuh,tp memember dia y lain sumer stay lg kat c2...n dah berjaya pun...agaknyer dia xbeser kot..nak g toilet pun kene pakai tudung labuh dia xbeser..huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 10:34 PM | Show all posts
hmm gi toilet pakai tudung labuh tu tak tahu ler pulak..
tapi kalau ikutkan asrama pompuan memang dekat2 ngn jalan besar dan open sikit.. so tutup aurat lah
dpd nampak dek org kat luar tuh, lg pon sunat kalau bertutup kepala masuk toilet..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 11:01 PM | Show all posts

Reply #8 sayangidaku's post

menipu je tu...percayala..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 05:58 PM | Show all posts
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!! JANGAN BIARKAN MINDA KITA DIJAJAH!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 06:00 PM | Show all posts
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!!SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 12:50 AM | Show all posts

Reply #14 milo_888's post

mm kayla..merdeka2..:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 12:53 AM | Show all posts

Reply #12 iscol_klang's post

harap2 dak KISAS nih takderk yg reti2 menipu org sudah..:ketuk:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2009 11:24 PM | Show all posts
kisah mistik tak de ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2015 03:38 PM | Show all posts
sayangidaku replied at 24-8-2006 01:25 PM
budak2 pandai aje kan yg dpt masuk sekolah ni? kire mcm mrsm la. :bgrin:

kwn aku yg penah blajo k ...

tak de la.. prep tu wajib kot..siang malam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2015 03:40 PM | Show all posts
Maxx replied at 23-5-2009 03:24 PM
kisah mistik tak de ke?

kisah urband2 legend ada la..tapi normal la asrama2 kat malaysia  ni...cite nye semua hampir sama..

tapi yang paling aku rasa agak famous pasal KISAS ni..KISAS ni tanah waqaf.. jadi , allegedly ramai la yang duduk kat tanah waqaf ni..

pernah ada dengar cite..bebudak mandi sambil menyanyi lagu lagho...tup tup ..ada orang halimunan tegur dari belakang  question nak masuk KISAS belajar ke atau nak menyanyi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 11:50 AM | Show all posts
5. 1391H / 1971M
Kelas Tingkatan Empat telah dibuka untuk pelajar tingkatan empat.


betul ke thn ni? ayah aku masuk F4 kat KI tahun 1959...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.081166 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list