CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aku_EnSeM

Dah Pening Baca Thread yg Serius?? Masuk Sini..

[Copy link]
exdua This user has been deleted
Post time 16-5-2006 04:54 PM | Show all posts
jawapan dia C
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2006 06:28 PM | Show all posts
jawapan dari cubaan pertama aku... B (pecutan seragam)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2006 12:20 PM | Show all posts
patutkah aku tunjuk langkah kerjanya skrg??

bru dua org yg try.. :hmm:

[ Last edited by  aku_EnSeM at 17-5-2006 12:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2006 03:08 PM | Show all posts
ada perubahan dari segi tekanan tak dlm besen tu? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2006 08:41 PM | Show all posts

Reply #52 MACD's post

tak, walaupun peluang terbuka luas... tak mencabar la kalau jawab ngan tgk jawapan... betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2006 08:42 PM | Show all posts

Reply #55 MACD's post

Soalan logik boleh la... soalan guna rumus, sakit skit... sbb tu 9g jadi 3g
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2006 08:55 PM | Show all posts

Reply #49 aku_EnSeM's post

Macam aku cakap, aku lemah skit fizik ni... Kira2 fizik tak berapa terer... Jadi aku try ngan logik aku la...

makin besar kedalaman, makin kuat tekanan..
buih makin ke atas, isipadu buih bertambah, sebab tekanan berkurang.. maka pecutan bertambah...

Jawapan aku: C

Betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2006 10:35 PM | Show all posts

Reply #67 padlie's post

Sama. Jawapan dan logik saya sama dengan kau.

C.

Cubaan amatur aku utk explain.Kalau salah tolong betulkan....

Tekanan dalam bendalir ialah P=phg
p, density, ketumpatan
h, height, kedalaman bendalir
g, pecutan yang disebabkan oleh graviti, approximately 9.8ms-2


Jika semua variables (apa nama benda ni dalam BM?) kekal; maka TEKANAN, P akan berkurangan sekiranya h berkurangan.

Memandangkan buih adalah kurang tumpat daripada air. Maka buih akan terapung dan pergi ke atas lalu menyebabkan TEKANAN AIR, Pair ke atasnya berkurangan sepanjang perjalanannya ke permukaan air.

Hukum Boyle, PV=n (Formula Boyle aku lain sikit dgn formula asal kau.)
P, pressure, tekanan
V, volume, isipadu
n = constant, pemalar.


Kerana n adalah tetap (constant), maka apabila TEKANAN, P berkurang; maka ISIPADU BUIH, Vbuih tersebut harus menjadi lebih besar. Bagaimanapun, harus diingat bahawa cuma ISIPADU BUIH, Vbuih sahaja yang bertambah dan bukannya BERAT BUIH, mbuih

Menurut Prinsip Archimedes, isipadu buih yang disesarkan adalah sama dengan isipadu air yang tersesar. Oleh itu, peningkatan ISIPADU BUIH, Vbuih menyebabkan ISIPADU AIR, Vair yang tersesar turut meningkat. Dalam hal ini, BERAT air yang tersesar, mair turut meningkat.

Daya tujah ke atas = berat air tersesar

Apabila berat air yang tersesar turut meningkat, maka daya tujah ke atas, F juga meningkat.

F=ma
F, force, daya
m, mass, jisim
a, acceleration, pecutan


Peningkatan daya tujah ke atas ini akan menyebabkan buih bergerak dengan kelajuan yang bertambah kerana BERAT BUIH, mbuih adalah kekal.

Amacam. Betul ke jawapan ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2006 08:12 AM | Show all posts

Reply #64 Nesta13's post

kita anggap selain dari buih tu, takde ape lagi yang berubah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 08:17 AM | Show all posts
Originally posted by MACD at 17-5-2006 10:35 PM
Sama. Jawapan dan logik saya sama dengan kau.

C.

Cubaan amatur aku utk explain.Kalau salah tolong betulkan....

Tekanan dalam bendalir ialah P=phg
p, density, ketumpatan
h, height, kedala ...



Bagus!! Bagus!!

Tahniah kepada anda semua, jawapannya ialah C, pecutan buih bertambah.

:pompom: :pompom:

buih bergerak ke atas..
semakin ke atas, semakin kurang tekanan, semakin besar isipadu.
Apabila isipadu bertambah, berat air tersesar bertambah.
Apabila berat air tersesar bertambah, daya tujah semakin meningkat.
F=ma, F meningkat, m constant, maka a mesti meningkat.
Oleh itu pecutan bertambah...

:pompom: :music:


Untuk pengetahuan anda semua, soalan ini dipetik dari Olympiad Fizik Kebangsaan peringkat SPM tahun entah....


:cool: :hatdown: :solute:

[ Last edited by  aku_EnSeM at 18-5-2006 08:18 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 08:24 AM | Show all posts
nampaknya, Mr aku_EnSeM telah mengenalpasti beberapa istilah Sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris yang tidak diketahui perkataan yang sepadan dalam Bahasa Melayu...

:bgrin:

variables : pembolehubah
constant : pemalar
sisi yang bertentangan dengan sudut tepat sebuah segitiga tepat ialah hipotenus.

:bgrin:

hebat jugak warga STaM ni yer... :kerek:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2006 08:29 AM | Show all posts
Sila jujur dalam menjawab soalan ini



Anda tidak dibenarkan sama sekali menggunakan sebarang jenis mesin kira mahupun kertas dan pen. Namun begitu anda dibenarkan menconteng meja dengan kuku anda yang dipenuhi daki itu.. :bgrin: Gurau je....

Try jawab, bley kita kongsi teknik congak yang pelbagai...



Cari hasil tambah bagi sebutan-sebutan dalam satu set nombor 1, 2, 3, hingga 100.

Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, cari hasil tambah kesemua nombor bulat dari 1 hingga 100.


[ Last edited by  aku_EnSeM at 18-5-2006 08:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 01:04 PM | Show all posts

Reply #72 aku_EnSeM's post

Ni ada sorang ahli matematik Eropah berjaya jawab soalan ni dalam masa beberapa minit pada usia 7 tahun. Tapi aku terlupa nama dia.

Yg aku ingat jawapan dia 5050.Ahaks.

Bila semua orang sedang sibuk tambah semua angka, ahli matematik ni pula perasan yg kalau semua nombor awal kalau ditambah dengan nombor akhir secara berturutan akan menghasilkan angka yang sama iaitu 101.

Contohnya:
1 + 100 = 101
2 +   99 = 101
3 +   98 = 101
.
.
.
.
dan seterusnya sehingga
50 +  51 = 101

Jadi apa yang dia buat ialah mendarabkan 101 dengan 50 utk mendapatkan jawapannya iaitu 5050.

Cool, mmg power mamat ni.:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 02:23 PM | Show all posts

Reply #73 MACD's post

Aku penah dapat soalan ni masa aku nak SPM dulu... Cikgu aku citer camni la... so tak yah la aku jawab lg....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 10:53 PM | Show all posts

In the 1780s a provincial German schoolmaster, J. G. Butner gave his class the tedious assignment of summing the first 100 integers. The teacher's aim was to keep the kids quiet for half an hour, but one young pupil almost immediately produced an answer: 1 + 2 + 3 + ... + 98 + 99 + 100 = 5,050. The smart aleck was Carl Friedrich Gauss, who would go on to join the short list of candidates for greatest mathematician ever. Gauss was not a calculating prodigy who added up all those numbers in his head. He had a deeper insight: If you "fold" the series of numbers in the middle and add them in pairs?1 + 100, 2 + 99, 3 + 98, and so on?ll the pairs sum to 101. There are 50 such pairs, and so the grand total is simply 50?101. The more general formula, for a list of consecutive numbers from 1 through n, is n(n + 1)/2.


Illustration by Theoni Pappas
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 10:58 PM | Show all posts


Nama: Carl Friedrich Gauss

Tarikh Lahir: 30 April 30 1777
Tempat Lahir: Brunswick, Germany

Meninggal Dunia: 23 February 23 1855
Di: Gottingen, Hanover, Germany

Pekerjaan: Ahli matematik dan saintis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2006 11:09 PM | Show all posts
OK. Siapa boleh teka nama saintis ni.




Clue #1: Hadiah Nobel.
Clue #2: Eropah.
Clue #3: DNA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 01:40 PM | Show all posts
MACD betul lagi....

Teknik pun same jugak...

TAHNIAH!!! :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 01:41 PM | Show all posts

Reply #77 MACD's post

Orang yang jumpe DNA ye??

Aku lupe la... Aku ni tak brape minat sangat kat biologi... :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2006 01:44 PM | Show all posts
Dr. Francis Crick atau James Watson.... :cak:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.627986 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list