CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mr_base

Kes Natrah - 1950an

[Copy link]
Post time 30-5-2008 07:30 PM | Show all posts
layan lagu natrah....teringat zamn muda CEO...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2008 10:03 AM | Show all posts
dah khatam baca. pernah baca kisah ni dlam DM sbb arwah tok dok citer pasal ni. bila kuar dlm DM terus tingat citer arwah tok. Pas tu beli DM balik baca kat tok. tok suka lahh pas tu dia citer habih kat kawan2 dia. kawan2 dia plak pinjam balik bg anak baca kat depa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 11:05 AM | Show all posts
aku baru tahu kes natrah nie...nie pun bace dalam nie je...wal hal kemaman tu kg aku..hari2 aku lalu kot kg banggol tu ...sedih memang sedih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 03:27 AM | Show all posts
sian dia......................
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 04:19 PM | Show all posts
skrg ni apa dah jadi ngan dia ya..dia ni hidup lagi ke dah mati..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 05:48 PM | Show all posts

Reply #146 maslia's post

skrg dia dah tua kerepot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2009 02:24 PM | Show all posts
so, any perkembangan berkenan ngan natrah neh........bengang betul ngan si mak natrah neh...dah bagi pastu tak ngaku plak....eeiii....marahh tol la....:@
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 04:23 PM | Show all posts
dulu ada kisah orang tua melayu kat korea...dalam Dewan Masyarakat 2 thn lepas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2009 05:57 PM | Show all posts
sedih nyer... aku ader gak bca pasal natrah ni.. abang yang suruh baca dia kata buku ni best...memang best sedih sangat
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 11:24 PM | Show all posts
best gilaaa citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 02:31 AM | Show all posts

Balas #149 super_nova\ catat

citer yg org tua tu kawin dgn org korea pastu hidup style korean ek?
tak silap aku dia mmg tak mcm islam dah..ckp melayu pun dah tebal lidah dia sbb dah lupa..
tula,mkn kimchi byk sgt..huhu..sape2 tau pasal ni cepat korekkk!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 10:55 AM | Show all posts

Reply #152 fatt's post

Mariam Warga Malaysia Yang Menetap di Korea


http://forum.cari.com.my/viewthr ... ight=Korea%2Bmariam
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 10:47 PM | Show all posts
Maria Hertogh Atau Natrah Meninggal Dunia Di Belanda Pada Usia 72 Tahun

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

"Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 12:39 AM | Show all posts
da meninggal... patut syd naik kan benang ni...
tp mmg sgt terharu la bace kesah die.. sgt sedey..
thanks syd...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 09:27 AM | Show all posts
kesian dia neh kan.... Islam lg ke dia neh ek? RIP for her..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 10:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2009 11:09 PM | Show all posts
Natrah sentiasa rindu keluarga angkat di M’sia
10/07/2009 8:59pm

KEMAMAN 10 Julai — Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya, sentiasa merindui keluarga angkatnya di Malaysia ketika beliau sakit teruk akibat leukemia sebelum meninggal dunia dua hari lepas.

Saudara angkat Natrah, Rokayah Mohd. Dahan, 63, berkata, Natrah sering meluahkan perasaannya itu sama ada melalui telefon atau e-mel kepada adiknya di sini dan anaknya yang tinggal di Kuantan.

Malah, beliau yang merupakan cucu kepada ibu angkat Natrah, Che Aminah Mohamed berkata, Natrah juga mempelawa mereka menjenguknya di Belanda di saat beliau sakit teruk akibat penyakit berkenaan.

Rokayah berkata, beliau menerima berita kematian Natrah menerusi telefon pada pukul 8 malam semalam daripada anaknya, Mohd. Akram Abdul Aziz yang bekerja di Kuantan.

“Selepas menerima berita tersebut, saya terkejut dan sangat sedih kerana banyak kenangan bersama Natrah semasa dia berada di sini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mak Chili Paya dekat sini hari ini.

Beliau berkata, antara kenangan yang tidak dapat lupakan ialah Natrah masih petah bercakap bahasa Melayu loghat Indonesia sewaktu datang ke Kemaman pada 1997 walaupun telah 46 tahun meninggalkan Malaysia.

``Pada 1997, Allahyarham balik ke Kemaman bersama suaminya warga Indonesia sambil diiringi dua wartawan Belanda. Ketika itu, Natrah tinggal di Kemaman tiga malam dan tidur di rumah saya satu malam.

“Masa itulah kami sempat berkongsi kenangan dengannya dan beliau juga masih gemar makan ketupat palas,” katanya.

Rokayah berkata, selepas Natrah meninggalkan Malaysia dan pulang ke Belanda, dia berkahwin dengan lelaki Belanda dan mempunyai 10 anak.

“Beberapa tahun selepas itu, Natrah berkahwin pula dengan rakyat Indonesia dan pernah pulang ke Kemaman pada 1997,” katanya.

Natrah meninggal dunia akibat leukemia pada usia 72 tahun di kediamannya di Huijbergen, Belanda, dua hari lepas.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan dia diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 01:33 AM | Show all posts
kesian die..
tumpang tanya.. ade yg kata Che Aminah Mohamed  ni meninggal sensorg tp ade pulak cucu nya??? x paham cerita da ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 04:09 AM | Show all posts
Natrah rindu keluarga angkat

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
dan HAMZAH SARAH
berita@kosmo.com.my


NATRAH (kanan) menziarahi ahli keluarga angkatnya, Kamariah Mad Dahan sewaktu kembali ke Kemaman pada 1997.

KEMAMAN – Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Bertha Hertogh atau nama Islamnya Natrah pernah menyuarakan kerinduan kepada seluruh ahli keluarga angkatnya di Malaysia.

Kerinduan itu mendorong Natrah yang meninggal dunia akibat leukemia pada Khamis lalu meminta keluarga angkatnya di sini menziarahinya di Belanda.

Saudara angkatnya, Rokayah Mohd. Dahan, 63, berkata, Natrah telah menyatakan hasrat untuk bertemu semula mereka menerusi telefon dan e-mel.

Rokayah yang merupakan cucu kepada ibu angkat Natrah, Che Aminah Mohamed memberitahu, Natrah juga menghubungi adiknya di Kemaman dan juga anaknya yang tinggal di Kuantan.



“Sedih mengenangkan banyak kenangan manis bersama dengannya,’’ kata Rokayah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mak Chili Paya dekat sini semalam.

Antara peristiwa yang sukar beliau lupakan ialah bila Natrah masih petah bercakap Bahasa Melayu loghat Indonesia sewaktu datang ke Kemaman pada 1997 lalu walaupun sesudah 46 tahun meninggalkan Malaysia.

Sementara itu di Shah Alam, bekas penulis dan penyelidik majalah Dewan Masyarakat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datin Fatini Yaacob, 50, terkilan kerana Natrah meninggal dunia sebelum beliau sempat menyiapkan biografi wanita tersebut.

Fatini pernah menjejaki Natrah sehingga ke Belanda dan Amerika Syarikat (AS) kira-kira 20 tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 08:50 AM | Show all posts
Wartawan terkilan kematian Natrah
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my

SHAH ALAM: “Saya amat terkilan mendengar kematian Natrah menerusi televisyen kerana hajat saya bertemunya dalam masa dua atau tiga minggu lagi, tidak tercapai. Niat saya cuma satu, mahu menghilangkan rasa prejudisnya terhadap saya yang dianggapnya mahu memaksanya kembali kepada Islam.”

Inilah luahan bekas wartawan Dewan Masyarakat, Datin Fatini Yaacob yang menjejaki kisah Natrah sehingga ke Belanda, ketika ditemui di kediamannya di

sini, semalam. Beliau mengulas laporan kematian Natrah Maarof atau Bertha Hertogh, wanita yang menjadi pertikaian antara bapanya yang berbangsa Belanda dengan ibu angkatnya dari Malaysia, akibat leukemia di rumahnya, di Huijberhen, di selatan Belanda, kelmarin, pada usia 72 tahun.

Mengikut perancangan Fatini akan ke Belanda dalam masa terdekat untuk bertemu Natrah untuk kajian terakhir buku berkenaan wanita itu yang sedang ditulisnya. Fatini sebelum ini pernah menghasilkan laporan bersiri mengenai Natrah yang disiarkan majalah Dewan Masyarakat dan hasil tulisannya itu memenangi hadiah kewartawanan majalah Institut Akhbar Malaysia.

Natrah, kata Fatini, seorang yang lemah lembut dan penyayang, tetapi amat fobia kepada media yang dianggapnya menjadi punca rusuhan di Singapura pada 1950, yang menyebabkan 18 maut dan beratus-ratus lagi cedera selepas mahkamah memerintahkan dia dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya.

Menurut Fatini, Natrah bimbangkan keselamatan dirinya kerana beranggapan beliau sasaran balas dendam anggota keluarga mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu.

“Atas alasan itulah, beliau meminta kedatangannya ke Malaysia pada 1999, dirahsiakan. Sepanjang membuat penyelidikan mengenainya, saya berasa amat mengenali wanita itu berbanding dirinya sendiri.

“Banyak sebenarnya yang ingin saya jelaskan jika berkesempatan bertemu Natrah untuk menyiapkan buku saya mengenainya. Saya ingin sekali bertanya apa pandangannya terhadap saya dan media selepas dia ke Malaysia 10 tahun lalu.

“Saya juga mahu memberitahunya yang negara ini sudah amat jauh berbeza berbanding dulu. Saya mahu menjelaskan tanggapannya kononnya ada orang mahu membalas dendam ke atasnya, tidak benar sama sekali,” kata Fatini.

Katanya, jika boleh, beliau juga mahu membawa Natrah keluar daripada fobia yang dipendam sejak sekian lama dengan memintanya melupakan dan memaafkan masa lalu.

“Saya mahu Natrah tahu, demi meneruskan masa depan, beliau perlu mengenali dirinya dan memaafkan masa lalu. Bagi saya, Natrah tidak tahu menguruskan penderitaan dan itulah yang dibawanya sehingga mati,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.544585 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list