CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: muor76

Tragedi Tanjung Kupang 4 Dis 1977

[Copy link]
Post time 15-2-2008 12:05 AM | Show all posts
31 January yg lepas, balu Allahyarham Tan Sri Mahfuz telah meninggal dunia

Al- Fatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2008 03:34 PM | Show all posts
very interesting..mystery unraveled.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 03:20 PM | Show all posts
misteri2....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 10:23 AM | Show all posts
Sebab Tentera Merah Jepun ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 04:05 PM | Show all posts
Salah seorang anak TAn Sri Mahfuz ada kat Jepun...
Ikut wife study....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 02:34 PM | Show all posts
ada kata berhantu area situ  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2009 11:29 PM | Show all posts
sebut sal VVIP yg involved ngn air crash ni igt sorg VVIP ni yg pnah jatuh terhempas ngn kapalterbang n survive with minor injuries..huhu yg mati ialah pilot ngn ADC die je..gile hebak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 08:12 AM | Show all posts
sumber yg aku dapat dari laman seorg blogger : http://sofianhilmi.net/blog/?p=269



Walaupun peristiwa ini berlaku ketika aku masih belum lagi lahir ke dunia ini, namun aku dapat merasakan betapa sedihnya mereka yang telah kehilangan keluarga. Tragedi yang dimaksudkan adalah peristiwa terhempasnya pesawat Penerbangan Malaysia MH653 yang terhempas di Tanjung Kupang Johor pada tanggal 8 December 1977. Berdasarkan sumber rasmi, nahas tersebut berpunca akibat hijacked oleh pihak komunis. Namun menurut ayah aku pula, kejadian tersebut berpunca akibat daripada seorang menteri kabinet yang dalam keadaan mabuk telah melepaskan tembakan terhadap juruterbang. Namum berat hati aku mengatakan kejadian berpunca daripada rampasan oleh pihak komunis berdasarkan pita rakaman kotak hitam.


Info Tragedi
  • Pesawat: Penerbangan Malaysia MH 653
  • Dari: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
  • Destinasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
  • Penumpang: 93 + (7krew)
  • Kematian: 100 orang
  • Jenis Pesawat: Boieng 737-2H6
  • Tarikh: 4 December 1977



Gambar ini dirakam pada tahun 1976 iaitu setahun sebelum kejadian
Mari ikuti kisah ini.

JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura.Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan.

Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.



HUTAN bakau di Tanjung Kupang menjadi kawasan lapang selepas tragedi pesawat terhempas pada 4 Disember 1977.



Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.

Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan - pesawat berkenaan dirampas pihak tertentu!

Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat.
Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.

Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.




BARANG mangsa yang bertaburan dikumpulkan.

Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit.

Akan tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal.

Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan berkenaan.

Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.

Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang diadakan pada siangnya.

Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh apakah yang mencemari keheningan malam itu.

Ketika itulah mereka semua tersentak kekejutan - di hadapan mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan 慴ergoyangan?dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada betul-betul di atas pohon kelapa saja.

Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung berkenaan.

Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke udara.

Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.

Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di Tanjung Kupang.

Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama 憄adang jarak padang terkukur?apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat.

Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu.

Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.

Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan.

Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.



Tugu Peringatan


sumber artikel   :  http://sofianhilmi.net/blog/?p=269


[ Last edited by  selipar_hijau at 5-2-2009 11:28 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2009 09:28 AM | Show all posts
bapak aku pnah cite pasal cebis2 mayat, usus smua sangkut kt perut..mmg ngeri..masa tu dia bru start keje ngn RTM kot..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 06:01 PM | Show all posts
kesian nya ....mak aku penah cita pasal ni kat aku dulu..masa tragedi ni aku pun blum lahir lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 10:58 AM | Show all posts
Daging berkecai di 'paya hangus'Tapak pesawat Penerbangan MalaysiaMH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.



ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-ceritayang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitarJohor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanitaberpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar JalanKebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.


"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawansaya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa diamahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itutiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.

"Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nakcari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorangpemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambilberdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.



Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seramtersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yangmelampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedidahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalamsejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawaseramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup danterhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah,Johor.

Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang AntarabangsaPulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumiseluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.


Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan disitu. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Adapula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.


"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus iaterhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiamdan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, AhmadPuteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.

NAHAS MH653 mendapat perhatianramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham DatukHussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan SriManickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.

Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu.Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.


Kutip duit berguni
Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampungsungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkaikapal terbang.

"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orangkampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daunpokok getah.


"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanyayang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa punakan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yenJepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemaspun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, merekapun 'menyelit-nyelit'lah.


"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu inginmemungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersematpada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, ZaitonDol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.

"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapibila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbangitu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya.



Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan DutaCuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, KetuaPengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja RayaBahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua PengarahJabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.

Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naimeturut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiadaseorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbangKapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.


Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah ituialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusiatujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.

"Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapakami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecohapabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggotapolis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian.Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam," imbasnya.

MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejutapabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulangmanusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isiperut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokokbakau.


"Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandanganitu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yangtelah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas," kata Ahmad.

"Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalahhabuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkenabadi hingga terpaksa dibawa berubat," tambah Zaiton pula.

Suara jeritan
Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupangterutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takutuntuk melaluinya.


"Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah payabakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orangmenjerit, meratap dan memekik meminta tolong.

"Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan jugatelah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku," kata Ahmad mengenaisebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan apibangkai MH653.

Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad'menceroboh' masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknyasudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit,tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.

SELAIN tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.


AHMAD PUTEH

Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuktiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputandaging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba dipenghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakanoleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.

"Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipunkandang ini hanya sementara," kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuankedatangan kami.


"Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itusudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlahambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanahsana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur," ujarnya.

Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedipesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secarakonsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.

Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnalsekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yangditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakauyang semakin teranjak melebihi garis air laut.


Di situlah 32 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 11:14 PM | Show all posts
penah gi tg. kupang time kecik2 dulu..
cm kwsn tebiar kt situ..

tapi tk taula kalu sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 03:54 PM | Show all posts
kesimpulannya.. sape yg leh sahkan kejadian sebenar nih? still tak leh reveal ek? huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2009 09:28 AM | Show all posts
ermm nanti aku cek balik.. aku ade simpan ker tak isi perbualan kapten tu ngan menare kawalan...
tapi tu ler tak tau saper perampas kapalterbang tu.. same ade tentera merah.. pemberontak cuba atau militan vietnam....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 11:32 AM | Show all posts
ermm nanti aku cek balik.. aku ade simpan ker tak isi perbualan kapten tu ngan menare kawalan...
tapi tu ler tak tau saper perampas kapalterbang tu.. same ade tentera merah.. pemberontak cuba atau m ...
muor76 Post at 10/7/2009 09:28


mana ko dapat transaksi perbualan tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2009 12:27 PM | Show all posts
dari ape yg wartawan tulis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2009 01:37 PM | Show all posts
owh..kesah acraft kne hijack dr dulu lg mmg dah ade eaaa.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2009 09:07 AM | Show all posts
ermm pesal trade nih ms dia dah kurang lak yerk?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 03:54 PM | Show all posts
baik ko diam ajer.. takyah bagitau org y ko tau cerita sebenar
kapakterbang Post at 10-10-2006 05:57 AM


kann......... dr wat mcm ni.. lg org nak taw....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 05:59 PM | Show all posts
Marli tau cerita sebenar... Tapi Tak boleh bukak mulut...Ini memang rahsia kerajaan...Camana Marli tau..Biarlah rahsia....
princessmarli Post at 9-10-2006 21:19


ada bom kan...........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.107203 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list