CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50232|Reply: 116

Pemandangan Sebenar Di Korea Utara

[Copy link]
Post time 19-5-2006 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Pyongyang




The Juche Monument






The Childrens' Palace





Mansudae - perhaps the 'holiest' place in North Korea






105 Tower



May 1st Stadium






[ Last edited by  HangPC2 at 26-3-2009 14:26 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2006 02:37 PM | Show all posts
Korean Workers Party Foundation Monument



Pyeongyang Railway Station



Street Scenes



Street Scenes contd





The Triumph Arch



The USS Pueblo (captured in the 1970s)



The War Cemetery



The Pyeongyang Metro continued



The Reunification Monument



The Goryeo Hotel






[ Last edited by  HangPC2 at 26-3-2009 14:25 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 02:06 PM | Show all posts
apsal tak amik gambar kat incheon? bukan kat situ lawa ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by beanbai at 26-7-2006 02:06 PM
apsal tak amik gambar kat incheon? bukan kat situ lawa ker?


itu bukan kat korea selatan ker???
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 09:16 AM | Show all posts

Reply #2 HangPC2's post

Kalo tengok gambar2 yg HangPC ni letak, korea utara ni pun tak kurang moden gak mcm korea selatan..
Cuma masyarakat dunia lebih kenal korea selatan dr korea utara. Ni semua sbb politik nyerr psl...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 09:26 AM | Show all posts
iuhhhh..... ko snap sendiri ke semua photo ni...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2006 10:55 PM | Show all posts


waa.. poster propaganda tetap ada..
mcm china zaman2 dulu pulak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2006 12:47 AM | Show all posts
tampal kat sini jugak
Masuk sokkabar melayu Spore hari ni, tulisan mamat Football Asia



Luar Negara : 24 Oktober 2006   
  Mudah cetak  | E-mel
PENGALAMAN BERKUNJUNG KE KOREA UTARA

PENUH ANEH...
Korea Utara menjadi tumpuan dunia kerana telah melancarkan ujian nuklear kira-kira dua minggu lalu. Namun, tidak banyak yang diketahui tentang negara komunis itu kerana ia memencilkan diri daripada masyarakat antarabangsa. Seorang anak Singapura berkesempatan melawat negara itu tahun lalu. Pengalaman beliau mungkin dapat memberi sedikit pemahaman mengapa negara itu memutuskan untuk menjadi negara nuklear.

Oleh
Mohamed Abdullah

SUKAR bagi seseorang meramalkan apa yang boleh dijangka daripada lawatan ke Korea Utara.

Persiapan paling rapi yang boleh dilakukan ialah dengan membaca sebanyak mungkin mengenainya.

Sedikit demi sedikit anda mula mendapat gambaran tentang negara ini. Saya melawat Pyongyang pada Mac tahun lalu.

Tujuan utama saya ke sana ialah untuk membuat liputan bagi perlawanan pertama Korea Utara dengan Bahrain dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2006.

Semangat warga Korea ketika itu tinggi.

Meskipun tewas 1-2 di tangan Jepun dalam perlawanan pembukaan, mereka menerima pujian dunia hasil persembahan memberangsangkan.

Kemenangan menentang Bahrain akan meletakkan mereka dalam kedudukan baik untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia.

Melebihi itu, perlawanan Korea Utara menentang Bahrain itu amat bersejarah.

Ia merupakan kali pertama tayangan langsung disiarkan menerusi satelit dari Pyongyang. Mungkinkah, secara perlahan-lahan, Korea Utara mula membuka pintunya kepada dunia?

Semasa membuat persiapan bagi lawatan itu, saya cepat sedar bahawa segala-galanya di Korea Utara berkisar kepada pemimpin agung mereka, Kim Il-Sung, yang meninggal dunia dalam 1994.

Nama beliau bererti 'matahari'.

Tahun dalam kalendar Korea Utara bermula pada hari kelahiran beliau.

Menaiki pesawat ke Korea Utara juga merupakan pengalaman unik.

Tiada penerbangan langsung dari Singapura ke negara itu.

Justeru, saya perlu ke Beijing, China, dan kemudian ke Pyongyang.

Penerbangan masuk dan keluar dari Pyongyang hanya tersedia pada dinihari setiap Selasa dan Sabtu.

Pesawat kebangsaan Korea Utara ialah Air Koryo.

Menaiki pesawat itu sendiri merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ia merupakan pesawat jenis lama Soviet dengan tempat duduk yang hanya setakat memainkan peranan sebagai pengalas punggung penumpang.

Bagi saya, ia ibarat memasuki sebuah kapsul masa yang membawa saya kembali ke era 1970-an.

Sebelum menaiki pesawat, kami disuruh mematikan telefon bimbit.

Setelah melakukan demikian, saya sedar saya tidak akan melihat telefon bimbit saya itu lagi selama hampir seminggu.

Ini kerana semua telefon bimbit, radio, buku dan bahan lain yang dilihat sebagai mampu 'merosakkan' minda warga Korea Utara mesti diserahkan di lapangan terbang Pyongyang.

Perjalanan dari Beijing ke Pyongyang memakan masa 90 minit.

Namun, bagi saya ia ibarat seumur hidup.

Satu-satunya hiburan di dalam pesawat ialah sistem hubungan awam yang memainkan lagu-lagu mengagungkan sumbangan Kim.

Selamat datang ke Korea Utara! Saya me nginap di Hotel Potonggang - satu-satunya hotel di Korea Utara yang menayangkan saluran antarabangsa, sekali gus memastikan saya terselamat daripada kebosanan yang membuntukan.

Selain daripada menonton televisyen, tiada apa yang boleh dilakukan warga asing di situ.

Jalan-jalan raya begitu gelap pada waktu malam.

Saya diberitahu ia bagi memastikan tidak banyak kegiatan yang boleh dilakukan selepas matahari terbenam.

Jika anda tidak suka menonton televisyen, anda boleh memilih koleksi buku-buku dalam bahasa Inggeris mengenai pemimpin agung itu dan bayangkan bagaimana beliau mampu memencilkan Korea Utara daripada dunia.

Ada sebuah buku yang menarik perhatian saya: Kim Il-Sung - The Great Man of the Century (Kim Il-Sung - Pemimpin Agung Abad Ini).

Menjelang perlawanan itu, saya dapati layanan rakyat Korea Utara begitu mesra.

Mereka nampak gembira menerima kunjungan saya dan saya mampu meneroka Pyongyang bersama kru penggambaran dengan mudah.

Antaranya, kami mampu merakamkan Menara Juche - sebuah lambang berdikari Korea yang dibina dalam 1982.

Setiap batu yang digunakan untuk membina menara itu melambangkan sehari dalam hidup Kim Il-Sung.

Kemudian, kami dibawa melihat patung Kim sendiri.

Perasaan melihat patung itu sukar saya gambarkan.

Selepas empat hari di Pyongyang, segalanya berjalan lancar. Namun, baru sahaja saya mula mesra dengan hos saya, segalanya berubah selepas perlawanan tersebut.

Lebih 55,000 warga Pyongyang membanjiri Stadium Kim Il Sung hanya untuk melihat pasukan mereka tewas 1-2 kepada Bahrain.

Ia merupakan perlawanan yang panas ba ran dengan Korea Utara dan penyokong mereka sentiasa menentang keputusan pengadil. Selepas perlawanan itu, saya dan kru terus di hantar pulang ke hotel.

Senyuman dan kemesraan yang kami rasakan sebelum perlawanan itu sudah tiada lagi.

Tiba-tiba, kelakuan mereka seolah-olah mereka tidak mengenali kami. Bahkan mereka melayan kami ibarat musuh.

Keesokan harinya, janji hendak membawa kami ke Makam Kim Il-Sung dibatalkan.

Sebaliknya kami dibawa terus ke lapangan terbang.

Saya cuba berbual-bual dengan hos saya tadi tetapi saya tidak dilayan.

Setibanya di lapangan terbang, sebelum memasuki ruang pelepasan, hos saya tadi tiba-tiba bersuara:

'Awak tahu, kami cuba menerima orang luar meskipun mereka tidak istimewa seperti kami. Tapi apa yang berlaku? Kamu semua menipu dan menafikan apa yang sepatutnya milik kami. Kami lebih baik daripada Bahrain dan seharusnya memenangani perlawanan semalam.'

Saya terpaku, tidak mampu memberi jawapan.

Mungkin pada saat itu membisu adalah pilihan terbaik.

Kini, setiap kali saya menatap visa Korea Utara yang terlekat di pasport saya, ia benar-benar 'keajaiban kesembilan dunia' - bagaimana negara itu boleh wujud sebegitu cara.

Bagaimana sebuah masyarakat boleh memencilkan dirinya dalam era moden ini? Apa yang dilakukan Kim Il-Sung tidak mungkin dapat ditandingi.

Beliau berjaya menaikkan martabatnya ke status Tuhan di mata rakyatnya dan mempengaruhi mereka dengan ideologi yang tidak masuk akal kepada warga dunia.

Bagaimana anda memahami seseorang seperti itu? Bagaimana anda mahu berunding dengan mereka?


Nota: Penulis seorang penerbit bersekutu bagi rancangan televisyen serantau, Football Asia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2006 06:59 AM | Show all posts

Reply #8 deaf4ever's post

satu pengalaman yg menarik dan unik...tak leh bayangkan nak tinggal dlm negara tu takleh ada telefon bimbit!! dah tu agaknya tv pun siakan rancangan berbentuk patriotik ajerk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2006 07:05 PM | Show all posts
Originally posted by jasmine at 28-10-2006 06:59 AM
satu pengalaman yg menarik dan unik...tak leh bayangkan nak tinggal dlm negara tu takleh ada telefon bimbit!! dah tu agaknya tv pun siakan rancangan berbentuk patriotik ajerk..



apa aku tahu, rakyat biasa di North Korea

- tak pernah minum air coca cola, dan dorang tak tahu apa tu coca cola
- dorang tak pernah dengar lagu Beatles pun
- kat pyongpang takde orang tua uzur atau orang cacat, smua kena angkut keluar, jadi bandar tu semua orang cantik2 dan sihat jek.
- dorang takde internet langsung, sekolah dorang yang paling best untuk pelajar2 terbaik pun cuma ada intranet jek

kira negara ni dahsyat giler la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 11:17 PM | Show all posts
satu artikel yg menarik gak la..aku baru pas tgk prog kat ngc..inside north korea 28 mei baru2 nih...kul 10 malam..agak best gak la...dan aku heran betui..jalan cukup luas kat north korea...tp kereta...pergh..mcm takde ! mostly naik bus or trem jer..dan aku tgk...muka2 orang korea utara nih..selain mengalami masalah tumbesaran - kanak2 .. orang2 dia  cam gambar2 kita tengok era 70an dulu..dengan dressing pakainye...

dan yg tak tahan nye...setiap tempat mesti ada gambar great leader derang .. pergh...dasat gile....dan yg best sekali masa scene kat DMZ..satu2 nye tempat kat dunia yg paling ramai tentera

dan tak silap aku thn pas ke 2 thn pas...north korea dikejutkan ngan rompakan bank di pyonyang..huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 09:12 AM | Show all posts
wow!! interesting article!!..betapa jauh nye dorang dari arus kemodenan!...tak penah terfikir pun dlm kepala otak nak pegi north korea sbb negara tu mmg tak open to outsider..bile dengar experience writer tu rasa cam gerun plak nak pegi situ..kalo kita ade buat silap skit mesti naya...dasat sungguh pengaruh Kim Il Sung tuh..sampai ke tahap macam tuhan dorang plak..macam mane la dia boleh brain wash pemikiran dorang sampai cam tu skali....bile dengar nama north korea mesti teringat nuklear and komunis...dah mmg sinonim pun..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by beanbai at 26-7-2006 02:06 PM
apsal tak amik gambar kat incheon? bukan kat situ lawa ker?


incheon kat korea selatan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 11:18 AM | Show all posts
tengok gambar2 ni, tingat hari tu masa pegi S.Korea, ada pegi Udosan Unification Centre. ada la derang tunjuk rumah kat N.Korea camna, kelas kat sekolah kat sana, dari apa yang tengok kat situ, macam mundur giler, macam suasana Malaysia sebelum merdeka kut.. tp tgk kat sini... wah.. boleh tahan ek moden dia. tour guide masa pegi haritu cite, dia mmg serap kat rakyat dia, dr budak sekolah lagi, dok citer pasal presiden dan keluarga dia jek. so itu pasalla org2 N.Korea ni taksub giler ngan pemimpin dia tuh. kakak aku yg penah pi course yg ada peserta dr N.Korea ni pon bitau, wakil dr N.Korea ni mmg tak ckp ngan orang, tak reti cakap English langsung (tatau ler camna derang paham org len ckp ke kakak aku ada mention dia bawak translator, dah lupa) dan jugak derang mmg takkan bagi emel ke alamat segala bagai tuh.kiranya kalo ko jumpa org tu, mungkin itula sekali seumur hidup ko akan jumpa orang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 11:22 AM | Show all posts

Reply #10 deaf4ever's post

takde internet sbb tak bagi ada contact dgn org luar langsung...
dan gambar pemimpin derang mmg ada di mana2, di rumah, sekolah, even budak kecik pon tahu sape pemimpin derang
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 05:31 PM | Show all posts
hari tuh dalam national geog kot, ada cite pasal korea utara n korea selatan, die ada tunjuk kat sempadan..
sempadan diorg dipisahkan oleh sungai.... dari tebing sungai korea selatan boleh nampak aktiviti org korea utara...
klu org sebelah korea selatan lambai kat org sebelah korea utara,
diorg takkan bagi respon, macam tak der apa2 pun berlaku,diaorg akan ignore jek,buat tak tau jek, diaorg buat macam tuh sbb diaorg tak dibenarkan bagi respon sbb kat sepanjang sungai tuh ada jer mata2 gelap korea utara... klu silap sikit kena tangkap... sian kat diorg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2007 06:06 PM | Show all posts

Reply #16 anticuado's post

itula. kat unification centre tu ada bitau sume tuh. jarak lebar sungai tu cuma 15 m jek pon. tu dlm video penerangan kata, walaupon 15 meter tp derang terpisah bagai 2 dunia berbeza. kat N.Korea derang buat rumah cam flat gitu.tp sbnrnye tipu..derang konon nak tunjuk tu kampung org tp sebenarnya org2 dlm 'kampung' tu askar2 yg menyamar mcm civillian. pastu ada satu masa dulu 2 2 negara ni masing2 pasang speaker lawan kuat. yg selatan kutuk yg utara.yg utara kutuk yg selatan. at last wat perjanjian tak pasang speaker. tu lah DMZ rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 10:26 PM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 30-5-2007 11:18 AM
tengok gambar2 ni, tingat hari tu masa pegi S.Korea, ada pegi Udosan Unification Centre. ada la derang tunjuk rumah kat N.Korea camna, kelas kat sekolah kat sana, dari apa yang tengok kat situ, m ...


kalau org s.korea tunjuk bagi aku tu motif politik je..derang kan seteru since 1953 lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 30-5-2007 11:22 AM
takde internet sbb tak bagi ada contact dgn org luar langsung...
dan gambar pemimpin derang mmg ada di mana2, di rumah, sekolah, even budak kecik pon tahu sape pemimpin derang


tiap hari kena respek kat great leader derang...bagi aku korea utara nih kembali ke zaman china amalkan zaman tertutup dulu..sejarah berulang kembali
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 10:28 PM | Show all posts
Originally posted by chimei at 30-5-2007 09:12 AM
wow!! interesting article!!..betapa jauh nye dorang dari arus kemodenan!...tak penah terfikir pun dlm kepala otak nak pegi north korea sbb negara tu mmg tak open to outsider..bile dengar experien ...


bleh je ko pegi sane..dalam paspot mesia pun cakap negara yg diharamkan pegi kan israel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.082327 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list