CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Peristiwa Bukit Kepong

[Copy link]
Post time 5-6-2006 01:04 PM | Show all posts
Kak Tim setuju sangat jika citer Bukit Kepong ditayangkan pada Hari Kemerdekaan Negara pada tiap-tiap tahun. Sebagai peringatan kepada generasi muda dan supaya orang2 muda tidak buta sejarah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2006 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 4-6-2006 07:29 PM
kalo nak baca versi novel - novel bukit kepong tulisan ismail johari adalah satu2nya novel yg menceritakan secara terperinci pasal serangan komunis nih....mungkin ada yg dah baca novel versi sekola ...


Kak Tim dah beli dan baca dan simpan untuk bacaan dan rujukan anak2 apabila derang besar nanti. Kalau yang masih belum beli, bolehlah beli, tak rugi beli buku tu untuk simpan esok2 dan dibaca. Lagi kan buku omputih berpuluh2 ringgit pun boleh dibeli, inikan buku terbitan dalam negeri yang menyimpan khazanah perjuangan bangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 01:55 PM | Show all posts
:setuju::setuju: sesgt ler kalo filem bukit kepong tuh di tayang kan setipa hari kemerdekaan ler.supaya dpt mengingat kan
generasi baru tentang perjuangan perwira negare yg berjuang hingga ketitisan darah terakhir ler.
mostly generasi baru tk tau pasal perjuangan menentang komunis nih.
kepada ibubapa harus beli buku pasal bukit kepong nih and also beberape buku lain yg menceritakan tentang perjuangan
para perajurit negare menentang komunis nih.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 12:08 AM | Show all posts

Reply #18 iscol_klang's post

nak tambah sket...
aku musykil kenapa tak digunakan bot utk pegi menyelamatkan balai polis bukit kepong...
dari guna jalan hutan tu...kalo baca novel tu, polis2 bantuan nak lalu dlm hutan tu pun punyela berhati2 sbb takut serang hendap, pergerakan terbatas, dah lambat dah kat situ..
kalo lalu sungai, komunis nak serang pun complicated sket sbb ruang terbuka sangat, kederat komunis tak mampu nak tunggu ramai2 tebing sungai nak perhati polis lalu ke tak sungai tu pastu ambush...unless kalo balai polis lenga tu takde bot langsung (takkanla takde, bukit kepong pun ada 1 bot, bukit kepong tu bawah administration lenga)

ismail johari penah datang skolah aku sempena hari merdeka, dia cerita pasal bukit kepong ni la...dia ada bukak soklan, ada la budak2 tanye, yg tanye mane ismail tu tau isi surat sarjan jamil pun ada...adoila, sah2la ismail tambah2 sendiri nak bagi dramatik....aku tak terpikir lak time tu nak tanya pasal bot ni...pas abis tu baru aku terpikir..ismail johari ni jugak penulis skrip filem bukit kepong...filem ni pun ada sejarah sendiri, hampir setahun nak disiapkan..
Reply

Use magic Report

Taufan This user has been deleted
Post time 6-6-2006 09:42 AM | Show all posts
bukit kepong dah dibuat filem....
bila lagi 13 mei nak buat filem pulak?
mana tau boleh tengok parang terbang
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 10:01 AM | Show all posts

Reply #25 Taufan's post

filerm about 13 mei tk boleh dibuat ler....isu sensitif cz melibat perkauman.lagi pon goverment still tk ckp saper yg start dulu 13 mei nih wether org melayu or org cina.
so kalo buat filem agak susah ler.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2006 11:51 AM | Show all posts
wa respek betul dgn dato jins shamsuddin, (dia pengarah cerita tu kan?) cerita bukit kepong tu....best cerita tu..menyentuh perasaan, dan menaikkan semangat patriotik.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 11:57 AM | Show all posts
wa masa kecik2 tgk bukit kepong rasa benci tul dgn komunis, rasa nak jadi askar.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Taufan This user has been deleted
Post time 6-6-2006 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by carrim7 at 6-6-2006 10:01 AM
filerm about 13 mei tk boleh dibuat ler....isu sensitif cz melibat perkauman.lagi pon goverment still tk ckp saper yg start dulu 13 mei nih wether org melayu or org cina.
so kalo buat filem agak s ...


itulah masalahnye.. bila orang kita nak terbuka dalam bab perfileman???
sikit sikit sensitif!!!!
MACAM CITER SEPET!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by Taufan at 6-6-2006 11:59 AM


itulah masalahnye.. bila orang kita nak terbuka dalam bab perfileman???
sikit sikit sensitif!!!!
MACAM CITER SEPET!!!



Kerajaan memang kena jaga sensitivity perkauman ni. Nanti sejarah lama berulang kembali siapa yang susah. Macam baru2 ni heboh pasal pertukaran agama bagi pendaki gunung everest (tak ingat nama) iaitu sorang anggota polis yang dah meninggal dunia. Sebelum tu dia beragama Hindu tapi bila dah meninggal dunia barulah tahu dia dah memeluk Islam. Jenazah dia menjadi rebutan sehingga di bawa ke mahkamah. Kes ni hangat di perdebatkan dalam persidangan parlimen sehingga jadi isu ada lebih kurang 9 menteri & timbalan menteri yang bukan beragama Islam protes & minta di gubal semula undang2 yang melibatkan hal agama. Ada lagi kes yang melibatkan menteri2 ni tapi aku dah lupa. Sehingga memaksa Pak Lah masuk campur. Tengok betapa sensitifnya isu perkauman ni. Cuma orang2 yng pernah terlibat dalam Tragedi 13 Mei & zaman Jepun & komunis yang tahu betapa perit & susahnya hidup pada masa tu. Kita yang generasi muda ni yang tak pernah lalui peristiwa tu memanglah senang cakap supaya hiraukan saja bab berkenaan sensitif ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 07:50 PM | Show all posts
Originally posted by pee3 at 6-6-2006 12:22 PM



Kerajaan memang kena jaga sensitivity perkauman ni. Nanti sejarah lama berulang kembali siapa yang susah. Macam baru2 ni heboh pasal pertukaran agama bagi pendaki gunung everest (tak ingat na ...


sejarah lama berulang kembali? akan berulang kot...

tapi harap sejarah akta dlm jus soli (Boleh berbahasa melayu) tapi orgnya tak reti cakap melayu sepatah haram jadah pon diterima tak terjadik lagi lah yerk..

sori ff:
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 08:00 PM | Show all posts

Reply #29 Taufan's post

bukan aper sebab kite tk tau saper yg bersalah kt sini ler.kaum melayu ckp kaum cina start dulu.kaum cina ckp kite kaum melayu start dulu.
   kalau di buat filem mau terjadi balik cam 13 mei nih ko nak ker?
hal 13 mei tersgt ler sensitif ler.ko nk ngk negare nih berperang ker?
cam sepet tuh ramai org politik yg sajer nk tunjuk terrer.
  setakat cinta antare chinese guy and malay gurl that perkare biase.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 6-6-2006 07:50 PM


sejarah lama berulang kembali? akan berulang kot...

tapi harap sejarah akta dlm jus soli (Boleh berbahasa melayu) tapi orgnya tak reti cakap melayu sepatah haram jadah pon diterima tak terja ...



Sori Muor actually aku tak berapa faham apa yang ko maksud kan dgn statement kat atas. Boleh ko terangkan. Aku just nak clarify:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 10:03 AM | Show all posts
Di Singapore ada mini muzium ttg sejarah Bukit Kepong.  Interaktif dan byk info.











Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 10:06 AM | Show all posts
tak payah la timbul kan issue sensitif......sekrang ni pun politik kita tgh goyah nie....

cuma wa respek kat jins samsuddin buat cerita memang best-menjadi,

korang banding kan la cerita jins samsudin dgn cerita razak mohaiddenn.....cukup la

jins samsudin cerita best- ada nilai2 murni& patriotik......

razak mohaiden perrrghhh..buang masa tgk-melemah kan minda
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 10:28 AM | Show all posts
Originally posted by salimrock at 7-6-2006 10:06 AM
tak payah la timbul kan issue sensitif......sekrang ni pun politik kita tgh goyah nie....

cuma wa respek kat jins samsuddin buat cerita memang best-menjadi,

korang banding kan la cerita jins  ...




:setuju::setuju:Setuju bebenar. Sesiapa yang ikuti perkembangan politik semasa akan dapat rasakan bahang suasana politik sekarang. So tak payahlah nak bangkitkan isu2 sensitive terutama yang berkaitan dengan sensitivity perkauman & ugama.Mudah-mudahan peristiwa 13 Mei, pergaduhan antara Melayu & India di Taman Medan & etc tak berulang lagi.  



P/s: Aku dulu sebelum kahwin tak berminat langsung dunia politik coz aku study dalam bidang berkaitan perakaunan tapi lepas kahwin dengan hubby yang study dalam Sains Politic & dulu involve & active dlm politik (tapi la ni dah tak active sangat coz sibuk dengan tugas) terus aku jadi suka pada politik.ff:

[ Last edited by  pee3 at 7-6-2006 10:30 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Taufan This user has been deleted
Post time 7-6-2006 10:45 AM | Show all posts
kalau cam tu apa kata kalau buat filem...
berkenaan MEMALI ???
best jugak agaknya
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 7-6-2006 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 7-6-2006 10:03 AM
Di Singapore ada mini muzium ttg sejarah Bukit Kepong.  Interaktif dan byk info.



http://i2.photobucket.com/albums/y21/fleurzsa/P6010 ...


Ngape lak kat Singapore ada sejarah Bukit Kepong. Bukit Kepong kat Johor. Aku tengok ada tulis Leftenan Adnan Saidi.

Bukit Kepong - berlaku di zaman penjajahan British untuk mempertahankan sistem kolonial British. Samada mempertahankan sistem kolonial, semangat patriotik atau keegoan seorang pegawai polis, Aku keliru....:geram::geram:

13 Mei - Rusuhan kaum, kenapa pihak polis dan tentera lambat masuk campur. Siapa yang bersalah. dan yang pastinya ada yang terkorban...Mungkin satu percaturan politik waktu tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2006 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by Taufan at 7-6-2006 10:45 AM
kalau cam tu apa kata kalau buat filem...
berkenaan MEMALI ???
best jugak agaknya



isu MEMALi?
mesti la produser filem tu kena buruk kan pihak pembangkang, krang tak lulus plak filem......

kena buat propaganda la , macam US buruk kat soviet, komunis, terrorist.......

wa rasa nak wat filem pun byk kriteria yg perlu di fikir kan....

last2 wat la puteri gunung ledang berkemban..yg makan belas2 juta.....

bagi jins samsudin pun bagus bagi dia sambung cerita JWW birch pasir salak tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2006 10:59 AM | Show all posts
Tajuk Berita: Muzium Bukit Kepong mula dibina akhir tahun
Tarikh : 2005-09-06

MUAR: Muzium Bukit Kepong yang projek pembinaannya tertangguh hampir lima tahun akan dimulakan akhir tahun ini dengan membabitkan kos RM6 juta.
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Ali, berkata muzium yang terletak di tapak asal Balai Polis Bukit Kepong yang diserang komunis pada 1950 lalu, adalah lambang pengorbanan polis dan anggota keluarganya menjaga keamanan negara.

Katanya, sebelum ini pelawat yang mengunjungi balai polis itu tidak mempunyai maklumat yang lengkap mengenai kejadian yang mengorbankan 25 anggota polis dan keluarganya.

Katanya, langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadikan lokasi asal kejadian berkenaan sebagai muzium adalah penting untuk memberi gambaran sebenar kejadian berkenaan.

"Walaupun kejadian itu berlaku 55 tahun lalu, namun setiap tahun ramai pelawat termasuk dari luar negara mengunjungi balai polis itu untuk menyingkap kejadian serangan pengganas.

"Selain itu, filem Bukit Kepong yang disiarkan setiap tahun di televisyen juga menarik minat orang ramai untuk mengunjungi tapak asal balai itu untuk melihat kesan sejarah dan menyelami kejadian berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Majlis Gotong-Royong Muzium Bukit Kepong, di sini, semalam.

Kamarudin berkata, pembinaan muzium itu akan mengekalkan bangunan sedia ada yang dibina selepas serangan komunis, selain dilengkapi dengan kemudahan teknologi komunikasi maklumat (ICT).

Katanya, pembinaan bangunan muzium itu membabitkan balai polis sedia ada yang diubah suai dengan mengekalkan ciri asalnya dan membina replika balai polis asal daripada kayu bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai keadaan balai polis berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa lama untuk menyiapkan muzium itu kerana reka bentuk muzium yang bersesuaian perlu dibuat bagi menangani masalah banjir di kawasan itu yang terletak di tepi sungai.

"Reka bentuk yang dibuat Jabatan Kerja Raya (JKR) itu akan siap Oktober ini dan kerja pembinaannya yang mengambil masa kira-kira setahun dijangka dimulakan akhir tahun ini," katanya.

Kamarudin berkata, buat sementara waktu, pihaknya dengan bantuan pihak berkuasa tempatan dan penduduk sekitar mengadakan gotong royong untuk membersihkan muzium itu.

Katanya, muzium itu akan dilengkapkan dengan kemudahan audio visual serta dokumentari mengenai peristiwa Bukit Kepong untuk memberi penerangan kepada pelawat.

Turut hadir Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Sharuddin Samsuddin, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Amir Sulaiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang, Mohd Tahir Taat.
Petikan B/Harian 6 Sept 2005


link: http://johordt.gov.my/adun/home. ... ta&idberita=756

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.065782 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list