CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4178|Reply: 8

[Syiah] Fathima Az-Zahra ~ Syahidnya Ummul-'Aimmah

[Copy link]
Post time 6-6-2006 12:54 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Bersempena hari kesyahidan Ketua Wanita Syurga
pada
13 Jamadil Awwal.

Tajuk ditukar kerana perbincangan adalah dari sudut Syiah Ja'fariah. Jika terdapat sebarang persolan yang memiliki percanggahan, bolehlah kiranya penyoal menyoalnya bukan di sini.



Sedikit Biografi

Nama...........: Fathimah binti Muhammad bin Abdullah

Gelaran.........: Az-Zahra

Nama Julukan..: Ummul-A'immah; Ummu Abiha

Lahir.............: hari Jumaat, 20 Jamadil Akhir, tahun kelima dari kenabian di Makkah Al-Mukarramah

Ayah.............: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib

Ibu...............: Khadijah binti Khuwailid

Suami............: Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib bin Abdul Muthalib

Gelaran-Gelaran: As Siddiqah, Al Mubarakah, At Thahirah, Az Zakiyah, Ar Radhiah, Al Mardhiah, Al Muhaddathah, Al Adhra dan Al Batul, lain-lain (insya'allah akan nyatakan di sini)

-----------------------------------------------------------
1. Pernikahan : Posting #5
2. .............














p/s: akan ditambah dari semasa ke semasa

[ Last edited by  pipi at 6-6-2006 01:50 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2006 09:40 AM | Show all posts
Salam,
aku rasa
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib bin Abdul Mutalib
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2006 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by orang_awam at 6-6-2006 09:40 AM
Salam,
aku rasa
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib bin Abdul Mutalib

alhamdulillah, ada kepekaan yang tinggi daripada anda. tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 10:57 AM | Show all posts
engkau sengaja ke buat mistake tu nak check kepekaan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2006 11:07 AM | Show all posts

Pernikahan Fathima

Ketika Fathima sudah dewasa, sejumlah calon tampil melamar. Nabi Muhammad s.a.a.w menantikan perintah Allah mengenai hal ini, sampai Imam Ali a.s. menemui belui dan meminang puteri beliau.

Rasulallah s.a.a.w mendatangi Fathima dan bertanya, "Anakku! apakah engkau setuju untuk dinikahkan dengan Ali, sebagaimana perintah oleh Allah?"

Fathima menundukkan kepalanya dengan sopan. Ummu Salamah menceritakan: Wajah Fathima berkembang riang, dan diamnya begitu mendalam sehingga menarik perhatian. Nabi Muhammad s.a.a.w kemudiannya berdiri, dengan mengucapkan: "Allahu Akhbar. Diamnya adalah tanda bahawa dia setuju"

Pada hari Jumaat, 1 Dzulhijjah, tahun kedua Hijrah, dilangsungkan upacara pernikahan. Semua kaum Muhajirin dan Anshar berkumpul di masjid, sementara Imam Ali a.s duduk di hadapan Rasulallah s.a.a.w sebagai pengantin lelaki yang penuh dengan kesederhanaan. Nabi s.a.a.w memulakan dengan membaca khutbah yang mengesankan, kemudian mengumumkan : "Aku diperintahkan oleh Allah untuk menikahkan Fathima dengan Ali, dan dengan ini saksikanlah, bahawa aku melangsungkan upacara ikatan perkahwinan antara Ali dengan Fathima, dengan mahar 400mitsqal perak"

Kemudian beliau menanyai Imam Ali a.s, "Apakah engkau setuju, hai Ali?"

"Ya, aku setuju wahai Rasul Allah" Jawab Imam Ali. Kemudian Rasulallah s.a.a.w mengangkat tangannya dan berdoa:
"Wahai Tuhanku! Rahmatilah mereka berdua, sucikanlah keturunannya, dan berilah mereka kunci-kunci kemurahan-Mu, Kebijaksanaan-Mu yang amat beharga, dan kesanggupan-Mu; jadikanlah mereka sebagai sumber rahmat dan perdamaian bagi umatku"

Putera-Puteri beliau; Imam Hassan, Imam Hussein, Zainab Al-Qubra, dan Ummu Kultsum, terkenal akan kesolehan, kebajikan dan kemurahan hatinya. Kekuatan watak dan tindakan mereka mengubah jalan sejarah, dan memperkuatkan Islam yang jika tidak, maka umat manusia akan tersesat.


Petikan : 14 Manusia Suci;
Terjemahan : Dr Yudi Nur Rahman; Pustaka Hidayah cetakan 1990










[ Last edited by  pipi at 6-6-2006 01:53 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2006 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by orang_awam at 6-6-2006 10:57 AM
engkau sengaja ke buat mistake tu nak check kepekaan?

kerana pipi perhatikan pagi2 tadi, hampir 10orang view topic.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2006 01:17 PM | Show all posts
Fatimah Azzahrah Ummu Abiha adalah seorang yang sangat cekal dan tabah sejak kecil lagi beliau telah bersama-sama rasuallah dalam kepahitan dan kepediahn penyebarkan risallah illahi.

Hadis Rasulallah " Siapa yang menyakiti Fatimah, maka ia telah menyakiti aku dan siapa yang menyakiti aku maka ia telah menyakiti allah, maka perlihatkanlah perlakuan kamu terhadap putri kecintaan ku ini"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 11:05 PM | Show all posts
Hazrat Imam Hassan as telah berkata; "Ibuku adalah, dia yang memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad."


....... umat Muhammad saaw akhir zaman......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2006 12:35 AM | Show all posts
Rasulullah saaw telah bersabda:

" Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Barang siapa yang membuat dia marah, akan membuat aku marah."
[a-Bukhari, Jilid II, hlm.185]



Imam Ali al-Redha as berkata bahawa Rasulullah saaw bersabda:

" Hasan as dan Hussin as adalah makhluk yang terbaik di dunia selepasku dan selepas bapa mereka dan ibu mereka, Fatimah ash adalah wanita yang terbaik di kalangan semua wanita."
[Bihar, Jilid 43, hlm. 19 dan 20]



Dari Imam Ali as dari Rasulullah saaw berkata kepada Fatimah ash:

"Sesungguhnnya Allah marah kerana kemarahanmu dan redho kerana keredhoanmu."
[Mustadrak al-sohihain, juzuk 3, hlm152]



Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith dari Aisyah berkata bahawa Rasulullah saaw bersabda:

".....Tidakkah engkau redho (wahai Fatimah) bahawa engkau adalah saidati-nisa fil-Jannah(pemimpin wanita di syurga) atau pemimpin wanita seluruh alam..."
[Sahih Bukhari, Jld. IV, hadith 819]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.458673 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list