CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sephia_liza

A RACE OF DWARFS/ Mahkluk kenit..

[Copy link]
Post time 30-1-2007 10:29 PM | Show all posts
Originally posted by topeng perak at 24-6-2006 10:58 AM


setakat yg aku tau ... diowang nehh memang taiko dalam bab bab melombong ...



:setuju:

betui tu...

Kat Pahang, area Kuala Lipis, orang kenit species "LECA"...

Kuat bangat.... melombong emas, bijih timah...

Angkat batu besor bulldozer sebelah tangan jer kononnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2007 10:34 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 20-6-2006 06:11 PM
aku dulu pernah dengar citer laa Kaum Orang Kenit dulu pernah hidup bersama masyarakat manusia, kekuatan diorang lagi kuat dari manusia selalu tugas2 berat seperti bertukang dan buruh diberikan k ...




:setuju: :setuju:

Orang kenit kat Wang Kelian, Kedah...

Sampai akhir tahun 1990-an masih orang tempatan nampak duk memunggah barangan.
Dulu2 orang kenit kat Wang Kelian tak takut bersemuka, bertembung manusia biasa...

lama2 depa pakat duk nak cepat2 mengelak...
manusia suka nak pinjam wang mereka kut... pastu tak bayar utang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 11:57 PM | Show all posts
orang kenit species "LEPRACHAUN"....

...............isyh...susah betui nak eja... betullah tu kut...

...............suka kutip, kumpul duit....coin emas..

...............naperlah yer orang kenit ni rata2 dikaitkan

dgn aktivity pengumpulan logam berharga & melombong mineral, & harta karun...........

??????:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 11:59 PM | Show all posts
.. orang kenit mula terbentuk pada zaman Gangsa....

....betul ker?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:04 AM | Show all posts
Entry: Orang Kenit di Wang Klian,Perlis Wednesday, May 24, 2006

Sambil mengheret daun mengkuang yang masih hijau,dua makhluk yang amat aneh berjalan terkedek-kedek dikawasan perkampungan  Wang Klian,Kaki Bukit,Kangar,Perlis.Mereka kenit-kenit belaka,setinggi 0.8 meter manakala yang lelaki setinggi kira-kira satu meter.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:05 AM | Show all posts

http://fazamania.blogdrive.com/comments?id=227

Kedua-dua mereka seterusnya menyusuri hutan dikaki banjaran bukit berhampiran dan sekitar kawasan lapang.Suasana diperkampungan Wang Klian ketika itu masih sunyi dan sepi.Ketika itu tiada sesiapa yang menyedari kehadiran makhluk aneh itu.Ramai suami telah keluar bekerja.Makhluk itu terus mengunjungi dari sebuah rumah ke sebuah rumah untuk menjaja mengkuang.

Sambil mata liar memerhati keadaan sekeliling kedengaran suara berdehem dan diselangi batuk.Apabila bertemu dengan penduduk kampung, orang kenit tersebut akan berdiri dihadapan sambil tangan menyua-nyua mengkuang.Kali pertama melihatnya,ramai penduduk bertempiaran lari kerana merasa takut.Dalam masa singkat,heboh tentang kehadiran orang kenit tersebut dan lama-kelamaan keadaan menjadi biasa kerana mereka tidak mengundang bahaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2007 12:06 AM | Show all posts
Wajah mereka iras orang melayu dan berkulit sawo matang.Cumanya mereka tidak berpakaian sebaliknya bercawat yang diperbuat daripada daun-daun hutan.Rambut lelaki lurus panjang melepasi bahu manakala pasangannya ikal mayang,mengerbang kebelakang.Apabila mereka menyengih tampak giginya yang kuning berkarat.Seperti pasangannya,orang kenit perempuan tidak berbaju sehingga mendedahkan payudaranya.Tetapi cepat-cepat mereka menutup dada dengan daun mengkuang yang mereka usung apabila penduduk kampung memandang tajam ke tubuh mereka.

Setelah masa lalu,semua penduduk kampung termasuk kanak-kanak memberanikan diri mendekati mereka setiap kali bersua.

"Pendeknya! Budak ke orang tua nih ? " usik seorang penduduk yang agak-agak takut melihat kemunculan kali pertama orang kenit di Wang Klian.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:07 AM | Show all posts
Sambil menyua-nyuakan mengkuang,orang kenit lebih kerap tersengih melihat penduduk kampung yang kehairanan menatap wajah mereka.Berdasarkan keadaan fizikal meraka, ternyata pasangan itu adalah dewasa.Malah ada kalanya yang datang si perempuan berperut buncit kerana mengandung.Anehnya, penduduk kampung tidak pernah bertembung dengan orang kenit yang menggendong bayi atau membawa anak kecil mereka.

Orang kenit juga boleh berbicara tetapi butir-butir percakapannya tidak dapat difahami.Penduduk kampung hanya memahami orang kenit tersebut melalui bahasa isyarat seperti memuncungkan mulut untuk meminta sesuatu.Orang kenit hanya meminta tembakau sebagai ganti kepada mengkuang.Anehnya mereka tidak meminta makanan atau buah-buahan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 12:08 AM | Show all posts
Orang kenit hanya datang tidak mengira waktu di siang hari tetapi tidak pernah muncul pada waktu malam.Selang beberapa hari kemudian akan muncul pula pasangan lain dengan tujuan yang sama untuk menukarkan mengkuang dengan tembakau.

Demikianlah kemesraan orang kenit dengan penduduk Wang Klian yang terjalin sejak perkampungan itu dibuka oleh Tok Putih kira-kira 400 tahun yang lalu.Ketika itu,ramai surirumah berkemahiran membuat pelbagai barangan daripada mengkuang hasil daripada pemberian orang kenit.Hasil kerja tangan itu menjadi komoditi kampung tersebut beberapa lama.

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:09 AM | Show all posts
Kerap beberapa kali penduduk kampung cuba mengesan tempat kediaman mereka tetapi gagal kerana makhluk itu hilang sebaik sahaja masuk ke dalam hutan.Menurut penduduk kampung tersebut,orang kenit berjalan agak lambat dikawasan lapang tetapi pantas apabila berada di dalam hutan.Berdasarkan pengalaman Imam kampung tersebut,terdapat kira-kira 10 hingga 15 orang kenit di Wang Klian lewat tahun-tahun 60-an.Penduduk kampung juga kerap terdengar bunyi batuk  dan mendengus di dalam hutan.Mereka percaya bahawa tembakau yang diberikan kepada orang kenit dijadikan rokok daun.

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:10 AM | Show all posts
Kisah orang kenit ghaib daripada kawasan Wang Klian menimbulkan tanda tanya dikalangan penduduk kampung.Mereka berpendapat bahawa orang kenit mungkin pupus akibat terlalu kuat merokok yang menyebabkan jangka hayat makhluk itu semakin pendek kerana diserang pelbagai penyakit.Berdasarkan faktor ini , dari sehari ke sehari bilangan orang kenit kian menyusut dan akhirnya pupus dan lenyap dari Wang Klian.Generasi kampung dan KITA pada hari ini hanya dapat mendengar ceritanya sahaja.

Malah ada yang mengatakan mereka pupus kerana hutan diteroka bagi memberi laluan kepada projek-projek pembangunan.Justeru itu,bukan mustahil mereka melarikan diri ke kawasan yang belum tercemar dengan arus pembangunan.Ada kemungkinan orang kenit memilih untuk menetap di Wang Peracan, sebuah kawasan hutan Thailand yang bersempadanan dengan Wang Klian.

  kalau tak salah blog drive ni amik citer Mastika
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:12 AM | Show all posts

http://gravesdigger.blogdrive.com/comments?id=134

CREDIT TO GRAVEDIGGER...




Orang kenit masih wujud   





Oleh Nurul Adlina Kamaludin



KETIKA saintis Barat belum dapat menyelongkar misteri
makhluk aneh
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:13 AM | Show all posts
Berita yang didedahkan dalam edisi terbaru jurnal
Nature minggu lalu, tidak sekadar menjadi tajuk muka
depan akhbar utama di seluruh dunia, tetapi disifatkan
saintis sebagai penemuan bersejarah abad ini.

Ia juga dianggap mengubah buku sejarah peradaban
manusia, khususnya aspek evolusi manusia yang
dilingkari pelbagai misteri yang belum terungkai sejak
berdekad lamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:14 AM | Show all posts
Ini kerana hakikatnya, orang ramai sememangnya
tertarik dengan persoalan berhubung evolusi manusia
itu.

Berita penemuan manusia kerdil itu sebaliknya menerima
pelbagai reaksi bercampur baur di kalangan saintis.
Ada yang gembira dan tidak kurang yang membuat andaian
kemungkinan spesies itu masih wujud sehingga ke hari
ini, sebagaimana Big Foot yang dikatakan bersembunyi
di dalam hutan sekitar Amerika Syarikat.


   CREDIT TO GRAVE DIGGER
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:15 AM | Show all posts
Kini, pencarian memburu saudara mara Ebu Gogo ini
bukan saja tertumpu di kepulauan Flores, tetapi di
sekitar Kepulauan Melayu yang menempatkan beberapa
pulau misteri dan kediaman spesies seperti Orang Utan,
penyu gergasi dan burung unik di kawasan terbentang
antara Asia dan Australia.

Apa yang menarik, berita kemunculan orang kerdil itu
timbul ketika pelbagai persoalan dan isu panas
menyelubungi bidang kemanusiaan daripada aspek
pengklonan manusia dan perkembangan kecerdikan tiruan
atau artificial intelligence.

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:17 AM | Show all posts
Kini, pencarian memburu saudara mara Ebu Gogo ini
bukan saja tertumpu di kepulauan Flores, tetapi di
sekitar Kepulauan Melayu yang menempatkan beberapa
pulau misteri dan kediaman spesies seperti Orang Utan,
penyu gergasi dan burung unik di kawasan terbentang
antara Asia dan Australia.

Apa yang menarik, berita kemunculan orang kerdil itu
timbul ketika pelbagai persoalan dan isu panas
menyelubungi bidang kemanusiaan daripada aspek
pengklonan manusia dan perkembangan kecerdikan tiruan
atau artificial intelligence.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 12:17 AM | Show all posts
Namun, lebih penting, berita penemuan bersejarah oleh
sekumpulan penyelidik Australia yang dibantu pengkaji
Indonesia itu sekali gus membuktikan, manusia atau
nama saintifiknya homo sapiens ini juga mempunyai
憇epupu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:19 AM | Show all posts
Serpihan tulang rangka orang kerdil atau Hobbit itu
yang ditemui dalam gua batu kapur Liang Bua di
kepulauan Flores itu adalah tulang wanita dewasa,
dipercayai berusia kira-kira 30 tahun.

Ketinggian wanita itu pula cuma satu meter, mempunyai
otak yang lebih kecil daripada beruk.

Penyelidik pada mulanya menyangka mereka menemui
rangka kanak-kanak dalam lubang di gua kapur Liang
Bua, tetapi terkejut apabila mendapati ia adalah
spesies wanita dewasa.

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:22 AM | Show all posts
Serpihan tulang rangka orang kerdil atau Hobbit itu
yang ditemui dalam gua batu kapur Liang Bua di
kepulauan Flores itu adalah tulang wanita dewasa,
dipercayai berusia kira-kira 30 tahun.

Ketinggian wanita itu pula cuma satu meter, mempunyai
otak yang lebih kecil daripada beruk.

Penyelidik pada mulanya menyangka mereka menemui
rangka kanak-kanak dalam lubang di gua kapur Liang
Bua, tetapi terkejut apabila mendapati ia adalah
spesies wanita dewasa.

CREDIT TO GRAVEDIGGER
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:23 AM | Show all posts
Lebih unik lagi, bagaimana makhluk yang sekecil itu
atau menyamai saiz budak berusia 4 tahun itu dapat
hidup dikelilingi spesies binatang besar di kepulauan
Flores yang terkenal dengan biawak gergasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.257151 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list