View: 4972|Reply: 20
|
Angan-angan boleh dicapai
[Copy link]
|
|
Angan-angan boleh dicapai
Oleh Haswari Ali
PERCAYA atau tidak, kadang kala ketika sedang leka duduk istirehat sambil menonton televisyen, fikiran tiba-tiba berkhayal, mengelamun atau lebih tepat lagi berangan ke satu daerah pemikiran yang di luar jangkaan.
Ketika itu jugalah, apa yang ditonton tadi hanya menjadi sebagai bahan siaran dan lamunan tadi menjadi topik lebih penting untuk `dibincangkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
angan2 perlu ada dan kena ada usaha lepas tu.tp jangan terlebih berangan........... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 tavarat's post
jadilah Mat Jenin akhirnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk berjaya kita perlu ada bercita-cita...
Bercita-cita ni memerlukan dari angan-angan....
Angan-angan memerlukan dari mimpi indah...
Untuk mendapat mimpi indah.....kita perlu tidur yang lena...
Oleh itu untuk berjaya, tidurlah kita semua ..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sepuluh_nama at 21-6-2006 06:08 PM
Untuk berjaya kita perlu ada bercita-cita...
Bercita-cita ni memerlukan dari angan-angan....
Angan-angan memerlukan dari mimpi indah...
Untuk mendapat mimpi indah.....kita perlu tidur yang l ...
Pandangan yang menarik. |
|
|
|
|
|
|
|
usaha tu sembilan, yang kesepuluh tu angan angan. |
|
|
|
|
|
|
|
dari angan-angan kita melarik impian
dari impian kita mulakan rancangan
dari racangan kita usahakan..
jadikan angan-angan sebagai impian.. cita2 dan akhirnya suatu realiti :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mysara at 3-7-2006 03:33 PM
dari angan-angan kita melarik impian
dari impian kita mulakan rancangan
dari racangan kita usahakan..
jadikan angan-angan sebagai impian.. cita2 dan akhirnya suatu realiti :cak:
realiti depan tv .. yer cigu? duk titun lepas tenguk movie..berangan cam lam cite tuu kendian ZZZZzzzzzzz:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
"All men dream: but not equally. Those who dream by night厀ake in the day to find that it was vanity: but the dreamers of the day are dangerous men, for they may act their dream with open eyes, to make it possible." T.E. Lawrence, Seven Pillars of Wisdom |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 ajinomotonosuga's post
angan-angan nih sebenornyer suatu escapism drpd keadaan yg mendesak, menekan dan menggawatkan minda dan jiwa ler nyang :p |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mysara at 5-7-2006 04:02 PM
angan-angan nih sebenornyer suatu escapism drpd keadaan yg mendesak, menekan dan menggawatkan minda dan jiwa ler nyang :p
angan angan adalah bermimpi dalam jaga.
mimpi adalah angan angan dalam tidor. |
|
|
|
|
|
|
|
kak noor mmg kuat berangan2.. banyak sgt angan2 dlm hidup ni.. alhamdulillah.. dah ada yg dpt di realisasikan.. semuanya bermula dgn angan2.. nasib baik suami pun rajin menganyam angan2 sama2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cara mencipta kejayaan diri
Oleh: DHARMA MULYA
KEJAYAAN bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh semua manusia.
Manusia gagal kerana mereka tidak menjuruskan kesemua kekuatan yang ada pada diri untuk mencapai kejayaan. Keadaan ini akan membuatkan mereka beranggapan bahawa segalanya susah.
Kalau hendak berniaga misalnya, mereka akan hanya membayangkan bahawa mereka akan mengendalikan sebuah syarikat besar, berkereta besar, mempunyai pejabat besar dan cantik, mempunyai beribu kakitangan, bergaji besar dan sebagainya.
Oleh kerana impian-impian sebegini, maka ramai di antara mereka gagal untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Jarang sekali mereka akan memikirkan liku-liku jalan yang perlu untuk mereka lalui sebelum mencapai impian itu.
Mereka mengambil tempoh masa yang terlalu lama untuk meyakinkan diri sendiri bahawa mereka juga turut boleh menjadi manusia berjaya. Mereka perlu sematkan pada pemikiran bahawa mereka adalah seorang manusia yang berkebolehan untuk melakukan apa sahaja yang ingin mereka capai. Iaitu tanpa memberikan sebarang alasan yang akan membataskan apa yang diingini mereka.
Setiap manusia seharusnya menjadikan sesuatu itu sebagai alasan yang menjadi batas kepada sebarang pencapaian yang diinginkan.
Ini adalah kerana setiap individu mempunyai potensi dan keupayaan yang sama hebat untuk mencipta kejayaan. Apa yang membezakan di antara yang berjaya dengan yang gagal ialah sejauh mana manusia menggunakan kebolehan dan keupayaan yang sedia ada pada diri mereka untuk mencipta kejayaan.
Namun begitu, mereka mestilah sedar bahawa setiap kejayaan itu bukanlah sesuatu yang boleh diperoleh tanpa sebarang usaha, komitmen, perancangan, dedikasi dan yang paling penting mengeksploitasikan kekuatan mental.
Segala kemahuan yang mereka kehendaki harus disokong dengan usaha gigih. Namun, manusia sering gagal mencapai apa yang mereka impikan kerana mereka meletakkan sesuatu yang tidak diusahakan sebagai alasan untuk gagal atau ketidakmampuan untuk mencapai sesuatu yang mereka hajati. Mereka sering menjadikan orang lain sebagai individu yang berkemampuan untuk memperoleh kejayaan tetapi bukannya diri mereka.
Sebut sahaja mengenai keinginan untuk berjaya kita akan terus mengeluarkan seribu satu macam alasan kenapa kita gagal. Semuanya akan memperkatakan ''Dia tu bolehlah... kita ini siapa?'' Kenyataan-kenyataan ini biasa sekali diucapkan oleh mereka yang ingin berjaya tetapi tidak mahu berusaha. Jarang sekali kita menanamkan satu perasaan bahawa, ''Aku juga boleh! Kalau mereka boleh lakukan... kenapa tidak aku?''
Setiap manusia mesti berusaha jika mahukan kesenangan. Mereka juga perlu bekerja keras. Apa yang sering menjadi persoalannya, sejauh manakah usaha yang telah kita berikan untuk menjadikan diri kita senang.
Ramai di antara kita lebih suka berehat-rehat daripada bekerja, melancong daripada mencari jalan untuk menambahkan pendapatan, berbelanja daripada menabung, memikirkan apa yang ada sekarang daripada apa yang perlu ada esok, melihat orang lain berjaya dan bukan melihat diri sendiri berjaya, memberi alasan daripada berusaha dan bermacam-macam keadaan yang boleh menjadi batas untuk menjadikan kita senang.
Memang sukar untuk seseorang manusia itu hendak menyusahkan dirinya, walaupun mereka sedar bahawa kesusahan yang akan mereka lalui itu akan berakhir dengan kesenangan. Oleh kerana keadaan inilah yang menyebabkan wujud perbezaan di antara manusia iaitu satu kelompok manusia yang berjaya dan satu lagi yang gagal.
Satu penyelidikan telah mengenal pasti bahawa apabila manusia mencapai umur 60 tahun, mereka akan tergolong kepada dua kumpulan iaitu 5 peratus daripada manusia yang berjaya dalam kehidupan dan 95 peratus lagi gagal.
Sebagai seorang manusia kita mempunyai kebebasan untuk memilih kesenangan atau kesusahan.
Kebebasan memberikan anda pilihan untuk menentukan kehidupan yang diingini untuk berjaya meninggalkan satu nama yang murni, tidak melakukan sesuatu kerana ditekan oleh keadaan, mempunyai rumah idaman, mampu untuk memenuhi kehendak anak-anak, dapat memberi tanpa mengharapkan balasan, untuk menjadi orang senang dan bukan sekadar cukup makan.
Kita mesti berhenti daripada menjadi penonton kepada kesenangan yang dinikmati orang lain. Kita hendaklah mencari satu formula untuk mencapai kesenangan. Sudah sampai masanya pula untuk kita hidup senang, bukan sekadar melihat orang lain hidup senang.
Kesimpulannya, menikmati kejayaan bukanlah semudah yang diperkatakan, namun walaupun ia susah akan tetapi kita boleh melakukannya. Bantulah diri kita untuk menjadi orang yang bebas dengan memiliki jumlah wang yang diingini dan berupaya mengurus wang dengan baik.
DHARMA MULYA adalah perunding motivasi dengan SMC Training & Consultancy. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dalam psychology... especially in sports psychology ada terma 'mental imagery' antara aktiviti nya ialah...'bayangkan kita menang dalam pertandingan-apa rasa-nampak org bersorak2, nama kat paper, glamer' etc laa... ni kira angan angan juga dalam koenteks org melayu.. tapi guided angan angan. so mat saleh letak terma saintifik ->mental imagery--> mmg beri kesan positif esp dalam sports. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Angan-angan boleh dicapai
Angan-angan yang kemudian disertai dengan usaha disebut cita-cita... disini matlamat dibentuk bagi membantu mencapai apa yang dihajati. Dari cita-cita yang berjaya maka timbullah kejayaan manakala cita-cita yang tidak berjaya disebut kegagalan... maka ini timbullah kenyataan... Adakah terdapat kenyataan yang timbul tanpa angan-angan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
boleh ke kalo kita andaikan angan angan tu first step tuk berusaha capai apa yang kita nak ? |
|
|
|
|
|
|
|
saya kategorikan angan angan tu as what ur mind can conceived
then dari apa andrew carnegie kata, what mind can conceived, mind can achieved
so apa pun yang mari pada minda kamu..boleh berhasil realiti nya ASALKAN kamu melalui petua or lebih tepat DISIPLIN (asal word is disciple (pengikut) yang diberi
what ur mind can conceived itu saya kategorikan pula sebagai awalan pengetahuan, or apa yang kamu tau, what do u know , lebih tepat what u really WANT
a person must KNOW what he really want in life ( GOAL)
kemudian back it with PLAN
then u take ACTION
later u adakan REVIEW
memana kem motivasi seme cite mende sama ni..cuba 'packaging' dan senario depa jek lain..biasa lah economy of product differentiation
pada saya 'JENIS ANGAN ANGAN' tu penting dan juga 'KESAN ANGAN ANGAN' tu pun sangat penting pada person itu untuk lihat sejauh mana keberkesanan angan2 pada keberhasilan realitinya
paling utama adakah angan2 tu merubah DEGREE DESIRE dalam diri personaliti tersebut. ni PALING PENTING pada saya kerana andrew carnegie meletakan DESIRE sebagai puncak keberhasilan realiti apa pun.
saya bersetuju dengan pandangannya, yakni segalanya yang realiti dalam hidup ini berhasil dari KEMAHUAN, DESIRE, KEINGINAN, HENDAK, NAFSU or apa pun term yang sesuai pada nya .
macam peribahasa melayu kata, di mana ada kemahuan disitu ada JALAN, omputih kata when there is will there is a way.
pada saya will power disini lebih bermaksud DESIRE. cuba bandingkan seseorang yang self conviction berkata , either i will die or i will get what i want dengan someone yang sebut i wish i had what i want...mana kuat 'aura' ke inginannya?
maybe some one akan tempias yang pertama tu dengan kataa ..in ur dream laaaa labu u died pun u takkan dapat apa u mahu.
so how strong impact angan2 itu pada desire seseoang itu yang akan merubah nasibnya..ini pendapat saya. wsalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
A. Angan + usaha = hasil
B. Angan - usaha = tak ada hasil
so... kita nak A @ B, terpulang le pada PEMILIHAN kita.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ct_og at 14-8-2006 10:17 AM
A. Angan + usaha = hasil
B. Angan - usaha = tak ada hasil
so... kita nak A @ B, terpulang le pada PEMILIHAN kita....
:setuju::setuju::setuju:
perlu ader :
D- doa
U- usaha
I- ikhtiar
T- tawakal
baru laa angan2 tuh leh jadi kenyataan....:pmuka::pmuka::pmuka: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah bermimpi... untuk mewujudkan suatu realiti
Tak salah berangan...untuk menjadikan ia satu kenyataan
~The Future Belongs To Those Who Dare To Dream~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|