CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105100|Reply: 148

Tempat-tempat menarik di KEDAH

[Copy link]
Post time 30-6-2006 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Mengintip kembang tiga bulan
Oleh Rahmat Othman



Gunung Jerai menjanjikan lokasi percutian menarik dengan keindahan bunga, deruan air terjun dan persekitaran nyaman

JIKA anda ingin menikmati kelainan termasuk melihat bunga mangkuk beruk dan bunga kembang tiga bulan serta menghirup udara segar, bertandanglah bersama keluarga ke puncak Gunung Jerai, destinasi peranginan terkenal di Kedah.

Sambil mata menikmati keindahan alam semula jadi, telinga anda akan dijamu pelbagai bunyi unggas dan serangga hutan serta kicauan merdu sang burung yang girang hidup di hutan rimba.

Gunung Jerai di daerah Yan, Kedah adalah gunung tertinggi di utara Semenanjung. Di puncak gunung itu pelbagai kemudahan disediakan oleh Kedah Resort Sdn Bhd, termasuk 30 unit chalet dan bilik penginapan dengan bayaran antara RM40 dan RM110 semalam.

Persekitaran kawasan chalet seluas kira-kira empat hektar itu dihiasi dengan landskap menarik dan diserikan pelbagai bunga berwarna warni, manakala mereka yang gemar mandi air terjun pula boleh menikmati kedinginan anak sungai yang melimpah dari puncak gunung itu.

Chalet yang diperbuat daripada kayu dengan reka bentuk kolonial pernah dijadikan rumah rehat ketika pemerintahan British dulu, kini menjadi tarikan bagi mereka yang meminati seni bina berkenaan. Pengunjung dapat berehat menenangkan fikiran sambil menghirup udara gunung yang tidak tercemar sambil melihat keindahan kawasan sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang dari aras yang tinggi itu.



Jika cuaca cerah dan tidak berawan, pengunjung yang bangun awal berpeluang menikmati keindahan pagi apabila sang suria menampakkan wajahnya, manakala pada waktu senja pula, pandangan pastinya tertumpu di ufuk barat untuk melihat mentari terbenam.

Selain itu, bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, mereka boleh meredah hutan melalui denai yang ada sambil menikmati keindahan dan keunikan flora dan fauna hutan tropika di tanah tinggi itu.

Alangkah seronoknya berjalan di bawah payungan pokok hutan yang rimbun. Pastinya kepenatan tidak terasa kerana suasana di situ sentiasa dingin dan udaranya nyaman.

Sambil mata menikmati keindahan alam semula jadi, telinga pula dijamu dengan pelbagai bunyi serangga hutan serta kicauan merdu sang unggas yang girang hidup di hutan rimba.

Kordinator Peranginan Gunung Jerai, Md Zaki Mohd Isa berkata, antara bunga yang kerap menjadi daya tarikan pengunjung di situ ialah bunga kembang tiga bulan yang warnanya bertukar setiap bulan iaitu putih, unggu dan kemerah-merahan.




Misteri bunga gunung



Bunga kembang tiga bulan hanya terdapat di Gunung Jerai dan inilah keistimewaan pusat peranginan ini.

"Bunga ini tahan lama dan berkembang selama tiga bulan, dipercayai bunga paling lama berkembang jika dibandingkan dengan bunga ros dan lain-lain dalam spesiesnya," tegas Md Zaki.

"Jika ditanam di tempat lain ia tidak menjadi dan jika hidup pun ia tidak akan subur dan cepat mati, tidak seperti di habitat asalnya di sini yang bunganya boleh mekar selama tiga bulan.

"Ramai pengunjung kehairanan melihat bunga ini malah ada yang meminta benihnya dan tidak kurang pula ingin membelinya bagaimanapun ia hanya sesuai tumbuh di puncak gunung ini," katanya.

Selain landskap, pengunjung boleh mengikuti program meredah hutan sejauh kira-kira 1.5 kilometer (km) termasuk merentas hutan yang berlurah sebelum mandi di air terjun.

"Disebabkan Gunung Jerai semakin popular sebagai pusat percutian, kita mempunyai rancangan untuk menambah jumlah bilik dan chalet selain meningkatkan lagi kemudahan lain," katanya.

Setiap hujung minggu, kata Mohd Zaki musim cuti persekolahan dan cuti umum perayaan Gunung Jerai pasti menjadi tumpuan pengunjung yang ingin merehatkan fikiran di tanah tinggi.

"Bukan saja rakyat tempatan yang berminat datang ke Gunung Jerai, malah pelancong dari Eropah dan Singapura tidak ketinggalan mahu menikmati keindahan alam semula jadi di sini," katanya.

Bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan termasuk untuk mengadakan hari keluarga, beberapa kemudahan disediakan di situ termasuk dewan seminar dan aktiviti bersukan seperti badminton, bola tampar dan takraw.

Katanya, pengunjung boleh naik ke gunung itu menggunakan kenderaan sendiri dengan melalui jalan berliku-liku sejauh 12 km dari kaki gunung.

"Sekiranya tidak mahu memandu kenderaan sendiri, pengunjung boleh menaiki van dari kaki gunung itu dengan dikenakan bayaran berpatutan," katanya.

[ Last edited by  chumpon at 27-9-2007 07:38 PM ]

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2006 02:26 PM | Show all posts
Panorama semula jadi tarik pelancong ke Yan
Oleh Sabaruddin Abd Ghani


DERUAN air terjun Taman Rekreasi Titi Hayun
sentiasa menyegarkan pengunjung yang melarikan
diri daripada kesibukan kota.

Taman Rekreasi Titi Hayun, Batu Hampar, Air Terjun Seri Perigi, Pantai Murni sedia menunggu tetamu

SELAIN sawah padi yang mendominasi keindahan daerah Yan, Kedah, ada beberapa destinasi menarik di daerah itu yang keindahan alam semula jadinya belum tercemar.

Taman Rekreasi Titi Hayun, Kawasan Perkelahan Batu Hampar, Gunung Jerai, Air Terjun Seri Perigi, Pantai Murni dan Tanjung Jaga yang pemandangannya tidak menjemukan sedia menunggu tetamu pada bila-bila masa.

Ketika memandu, lebih baik meminimumkan kelajuan kerana cara demikian anda akan dapat menikmati keindahan persekitaran mengasyikkan yang aroma kedamaian terasa menusuk jiwa.

Betapa tidak, lukisan alam dengan jajaran Gunung Jerai yang sentiasa `lemas' diusap kabus, hamparan sawah padi di kiri kanan jalan, kanak-kanak berkejaran di batasan sawah serta liukan pohon kelapa mendamaikan jiwa.

Biarpun projek pembangunan rancak dilaksanakan di pekan Yan, namun persekitaran tetap di pelihara serta dijaga bagi mengekalkan keindahan alam semula jadi agar tidak tercemar.

Berikutan usaha itu, pekan Yan diiktiraf sebagai `Destinasi Pelancongan Bersih' oleh kerajaan negeri. Pada masa sama, Majlis Daerah Yan (MDY) merangka pelan pembangunan pelancongan lebih mantap.


JAMBATAN Pulau Bunting menghubungkan Yan dengan pulau.

Pegawai Eksekutif MDY, Zulkifli Yaacub, 36, berkata pihak berkuasa majlis tempatan itu sentiasa menyusun strategi bagi menjana pembangunan sektor pelancongan yang turut membangun produk pelancongan seperti industri kraftangan dan masakan tradisional.

Sambil mengambil contoh kawasan perkelahan Taman Rekreasi Titi Hayun, Zulkifli berkata, pelaksanaan kemudahan insfrastruktur di situ seperti chalet, pusat informasi pelancongan, tapak perkhemahan, jambatan gantung dan taman permainan kanak-kanak tidak menjejaskan persekitarannya.

"Kita akan terus berusaha membangunkan daerah ini menjadi destinasi pelancongan bersih supaya dapat menarik ramai pelancong terutama pelancong asing. Justeru, MDY mengambil inisiatif memperkenalkan perusahaan nira nipah, kuih tradisional Kedah dan masakan itik nala (seakan-akan itik serati) yang disediakan pengusaha restoran di pekan ini.

"Jika ingin mengambil angin laut, empat pulau iaitu Pulau Songsong, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Bunting sesuai untuk memancing dan aktiviti perkhemahan," katanya.

Jambatan 2.29 km

KINI, Pulau Bunting boleh dihubungi apabila sebuah jambatan sepanjang kira-kira 2.29 kilometer dibina untuk `mendekatkan' pulau itu dengan tanah daratan. Bagaimanapun, jambatan itu belum dibuka kepada orang ramai dan ini membuatkan pelancong kecewa kerana tidak dapat melawat pulau berkenaan.

Walaupun pembinaannya siap pada Oktober tahun lalu, syarikat yang membina jambatan itu belum bercadang memberi `lampu hijau' untuk digunakan orang ramai.

Untuk bermalam? Pada masa ini, chalet di Pusat Rekreasi Titi Hayun belum mempunyai kemudahan elektrik. Bagaimanapun, jika datang berkumpulan, MDY akan mencadangkan supaya menginap di rumah penduduk Kampung Raga yang menawarkan penginapan berkonsepkan Homestay.

Tentu seronok menginap di sini. Bayarannya pun tidak mahal dan lebih menarik, anda berpeluang berkongsi pengalaman dengan penduduk untuk menyingkap pelbagai kisah mitos di daerah itu.

Sekilas mengenai latar belakang daerah ini, ia mencakupi keluasan kira-kira 246.07 kilometer persegi bersempadankan daerah Kota Setar di sebelah utara, daerah Pendang di sebelah timur dan daerah Kuala Muda di sebelah selatan.


UDARA segar Seri Perigi mendamaikan jiwa pengunjung.

Tapak kaki burung gergasi

Bangunan Pejabat MDY yang menjadi nadi pentadbiran daerah itu dibina di kawasan pekan Yan berhampiran Pejabat Pos Malaysia dan stesen bas.

Kunjungan anda bagaikan tidak lengkap jika tidak `menjamah' kedamaian Tanjung Jaga, Pantai Murni dan paling istimewa Gunung Jerai yang menjanjikan pakej percutian mesra alam.

Berdasarkan cerita penduduk, terdapat bekas kesan tapak kaki seekor burung gergasi (mereka mendakwa burung itu ialah Geroda) pada batu di suatu tempat di kawasan Tanjung Jaga.

Manakala Gunung Jerai pula, gunung yang tertinggi di Kedah itu sedia menanti tetamu untuk menginap di sana. Selain sesuai berbulan madu, kunjungan anda dinantikan untuk aktiviti lasak seperti merentas hutan dan mendaki. Penginapan chalet disediakan dengan bayaran berpatutan.

Keterangan lanjut boleh melayari laman web iaitu www.mdy.gov.my atau hubungi MDY menerusi talian 04-4655745


FAKTA

Daerah Yan di bahagikan kepada dua iaitu Yan Besar dan Yan Kecil. Mengikut sejarah, nama singkatan daerah ini diambil sempena nama pokok Sendayan dan durian. Gunung Jerai yang dikatakan mempunyai pelbagai kisah legenda menganjur ke laut hingga di Tanjung Jaga.

Daerah ini pernah diterokai pendatang dari Aceh, Sumatera. Buktinya, Kampung Aceh dan Kampung Sungai Limau majoriti penduduknya adalah keturunan Aceh.

Daerah ini dibuka secara rasmi pada 1904. Pada masa itu, daerah itu di bawah pentadbiran seorang bangsawan dikenali Syed Othman al-Qadri.
Reply

Use magic Report

kampung8 This user has been deleted
Post time 12-7-2006 10:58 AM | Show all posts
Kalo kat Baling, boleh gi kolam air panasa Ulu Lenggong..best situ. Kolam besar, pastuh ada chalet pulak. Kalo nak shopping barang Siam, leh lajak sket ke Pengkalan Hulu..situ sempadan ngan Thailand
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2006 05:16 PM | Show all posts


Gunung Keriang Lagenda puteri disumpah

GUNUNG Keriang yang lebih dikenali dengan nama lain 'Mount Caves' adalah satu artifak pra-sejarah silam yang mengandungi pelbagai misteri dan khazanah berharga di dalamnya. Ia terletak lebih kurang lapan kilometer dari pusat bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah.

Gunung Keriang juga dikenali sebagai Bukit Gajah bagi masyarakat Cina. Dengan ketinggiannya yang melebihi 714 kaki, bukit itu dikelilingi oleh pemandangan sawah padi yang menghijau subur.

Asal usul Gunung Keriang ini diambil bersempena dengan cerita mitos yang terjadi sebelum ini. Menurut pendapat orang-orang tua dahulu, gunung ini berasal daripada sebuah kapal yang membawa pengantin diraja iaitu seorang puteri. Akibat keengganan puteri tersebut berkahwin dengan gedembai lalu disumpah menjadi batu.

Dipercayai dalam sebuah gua di sini terdapat serpihan pinggan yang amat banyak, dipercayai kepunyaan tuan puteri.

Menurut penduduk, kawasan ini dahulunya adalah laut. Kawasan ini sekarang telah mengalami proses semulajadi dengan izin dan kudrat Allah SWT.

Bukti yang menunjukkan Gunung Keriang berasal daripada sebuah kapal adalah bersumberkan kepada penemuan tali panjang sebesar lengan yang dipercayai tali sebuah kapal. Tali ini bersambung pada sauhnya yang ikut terkena sumpahan sang gedembai itu.

Terdapat juga batu yang berbentuk serombong kapal yang berlubang atau berongga di tengahnya. Terdapat juga batu-batu yang menyerupai manusia, kelihatan berpakaian seperti pengantin Cina bersanggul lintang. Dipercayai itulah puteri yang terkena sumpahan.

Ada yang mengatakan bahawa gunung ini berasal daripada sebuah pulau yang mengandungi banyak pokok keriang, lalu diberi nama 'Gunung Keriang'.

Tanda-tanda yang menunjukkan gunung ini berasal daripada sebuah pulau berdasarkan kepada terdapatnya kulit-kulit kerang dan kepah di sekitar gunung ini.

Dari segi geografinya, Gunung Keriang terdiri daripada rangkaian bukit-bukit yang terdapat di daerah Kota Setar, Yan dan Kubang Pasu. Antaranya termasuklah Bukit Kodiang, Bukit Choras dan Pulau Kerengga.

Dengan khazanah dari perutnya yang bernilai maka tidak hairanlah kiranya penduduk di sini menjadikan batu-batu di gunung ini sebagai punca rezeki mereka seharian, selain bersawah padi.

Batu-batu dari gunung ini dijadikan sebagai baja untuk penanaman padi sawah. Batu kristal yang lebih dikenali sebagai 'batu bunga' oleh setiap penduduk di sini amat berharga bagi mereka.

Selain itu, penduduk di sini juga turut mencari tahi kelawar untuk dijadikan baja tanaman dan sawah padi.

Yang pastinya, Gunung Keriang adalah lagenda silam berbentuk mitos yang terus terpelihara khazanahnya agar tidak luput dari ingatan masyarakat kini dan selamanya.

Dengan hasrat itulah maka pihak kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah mewartakan Gunung Keriang sebagai kawasan pelancongan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 11:30 PM | Show all posts
dulu aku nyaris tertipu dgn gambar2 sungai jagung di kedah yg disebar melalui email.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 03:17 PM | Show all posts
Keindahan air terjun Junjung memukau pandangan


BERSANTAI dan berehat di kawasan air terjun ini amat melegakan fikiran dengan menghirup udara nyaman dan segar.
--------------------------------------------------------------------------------

Bersantai bersama keluarga terutama mandi-manda di kawasan air terjun pada musim cuti sekolah sekarang memang sesuatu yang menyeronokkan, kerana kesejukan dan kenyamanan udaranya.

jika anda mencari tempat -tempat menarik seperti itu taman "rekreasi air terjun'' di Air Putih, Junjung, Kulim, Kedah tentu boleh memberi jawapan kepada pencarian anda.

Berada di kawasan taman rekreasi itu, yang air terjunnya sentiasa mengalir deras itu sudah tentu boleh melapangkan fikiran anda setelah penat bekerja selain menikmati kehijauan dari pelbagai jenis pokok di sekelilingnya.

Sejak akhir-akhir ini taman rekreasi air terjun air putih, junjung semakin terkenal dan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai khususnya pada setiap hujung minggu, yang antaranya termasuklah dari Seberang Perai, Parit Buntar dan Kerian, Perak.

Memandangkan sambutan yang menarik ini Majlis Daerah Kulim (MDK) yang bertanggungjawab memajukan taman rekreasi itu sentiasa memberikan perhatian yang serius dengan membina pelbagai bentuk landskap di samping menanam pelbagai jenis pokok bunga untuk mengindah dan menceriakan kawasan itu.

Bagaimanapun, pihak MDK telah memberikan tugas itu kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Air Putih untuk mengelolakan taman rekreasi itu terutama memastikan kawasan itu sentiasa bersih daripada sampah sarap dan sebarang kekotoran.

Terdapat tiga buah kolam (dua besar dan sebuah kecil) yang airnya sentiasa mengalir dan mencurah turun daripada celahan-celahan batu besar dan kecil di taman rekreasi itu yang menambahkan lagi keindahan suasana.

Selepas penat mandi-manda dan berenang, dan jika berasa lapar anda boleh menjamu selera di beberapa buah gerai dan tempat rehat yang disediakan di kawasan tersebut.

Taman rekreasi dan air terjun ini terletak kira-kira 17 kilometer dari bandar Kulim dan sedang mendapat perhatian yang menggalakkan daripada murid-murid sekolah di daerah berhampiran seperti Kulim dan Bandar Baharu yang sering datang untuk mengadakan perkhemahan, program motivasi, aktiviti rekreasi yang mencabar dan sebagainya.

Sementara itu sebuah Persatuan Rekreasi Daerah Kulim (PRDK) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim turut menjadikan taman rekreasi itu sebagai salah satu pusat aktiviti terutama bagi melaksanakan program Rakan Muda.

Untuk memudahkan pelancong dan para pelajar yang datang berkursus mahupun berseminar, taman rekreasi ini turut menyediakan sebuah dewan serbaguna yang baru sahaja siap dibina.

Dewan ini boleh digunakan untuk pelbagai guna antaranya termasuklah mengadakan aktiviti dalaman.

Dewan serbaguna itu yang boleh menampung kira-kira 80 orang pada satu-satu masa sesuai untuk dijadikan tempat mesyuarat, mengadakan perjumpaan dan sebagainya kerana ia disediakan dengan pelbagai kelengkapan termasuk kerusi meja dan sebagainya.

Pendek kata jika anda ingin mandi-manda, berehat dan sebagainya tetapi tidak berkesempatan membawa barang makanan sendiri anda tidak perlu susah hati, kerana di gerai-gerai yang disediakan di kawasan berhampiran boleh menjamu anda dengan pelbagai jenis makanan yang enak-enak, asalkan anda tidak lupa membawa 'ongkosnya'.

Bagaimanapun jumlah gerai tersebut tidaklah banyak sangat kerana MPK ingin menjaga kawasan tersebut agar keindahan dan kenyamanan sekitarnya tetap terpelihara. Terutama tentang kebersihannya supaya ia kekal indah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
ai_ai_ai This user has been deleted
Post time 18-7-2006 03:26 PM | Show all posts
wahh macam2 juga tempat untuk dilawat kat kedah nie ehhh
biasanya aku gi alor star @ langkawi jer.....

:tq: for sharing info.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2006 05:22 PM | Show all posts
Tasek Pedu mengagumkan


CALET terapung ini merupakan antara keunikan yang terdapat di Tasek Pedu.
--------------------------------------------------------------------------------

Kebiruan tasik dan kehijauan hutan rimba serta gunung-ganang yang berbalam di kejauhan mengelilingi tasik akan mencuit hati sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke Tasek Pedu.

Suasana nyaman dan segar alam semula jadi di sini yang bebas daripada sebarang pencemaran alam atau pembangunan industri membangkitkan ketenangan dan kedamaian yang tidak mungkin dapat dirasai ketika berada di kota kosmopolitan.

Walaupun terpaksa melalui jalan bengkang-bengkok dan berbukit-bukau sejauh berbatu-batu untuk tiba ke tasik itu, namun keletihan dan kelesuan sepanjang perjalanan akan segera hilang serta merta apabila melihat alam ciptaan Tuhan yang tiada tandingannya di sini.

Selain tasik, bukit-bukau,gunung-ganang dan khazanah alam, sebuah empangan yang diberi nama Empangan Pedu turut memikat hati pengunjung yang melintasi kawasan tersebut beberapa kilometer sebelum tiba di Tasek Pedu.

Kepada pencinta alam semula jadi, penggemar burung dan peminat rekreasi, bunyi cengkerik, siulan burung kuang dan tiung serta kebingitan itik nila dan jeritan lotong pasti menambat hati.

Tasek Pedu merupakan tasik buatan yang terbentuk daripada pembinaan Empangan Pedu yang digunakan untuk tujuan pengairan pertanian selain membekalkan air kepada penduduk di negeri Kedah.

Tasik seluas 52 kilometer persegi dan mengandungi 1,050 juta kubik liter air itu terletak kira-kira 90 kilometer di selatan Alor Setar dan lima kilometer dari sempadan selatan Thailand.

Pengunjung yang ingin ke Tasek Pedu boleh menggunakan bot atau jalan raya.

Pengunjung yang menggunakan jalan raya perlu melalui Sungai Petani sebelum tiba di Tol Gurun dan meneruskan perjalanan berikutnya melalui pekan Jeniang, Sik, Naka, Gulau dan Gubir sebelum tiba di terminal Pedu Golf & Lake Resort.

Sementara perjalanan menggunakan bot perlu melalui Tol Alor Setar Utara seterusnya melalui pekan Langgar, Pokok Sena, Kuala Nerang dan Kampung Pedu sebelum menaiki bot di jeti empangan yang bersebelahan tasik.

Kepada sesiapa yang ingin memandu sehingga ke Empangan Pedu dan menaiki bot dari situ, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (Mada) terlebih dahulu disebabkan kawasan empangan itu merupakan kawasan lindungan.

Daripada jeti empangan tadi, bot-bot yang sedia menunggu untuk mengangkut penumpang akan membawa penumpang merentasi tasik tersebut dan menurunkan mereka di Holiday Inn Resort iaitu destinasi yang sering menjadi pilihan pengunjung.

Menurut cerita zaman dulu, Tasek Pedu yang kaya dengan legenda kononnya dijumpai oleh sekumpulan penghijrah yang dalam perjalanan untuk ke Mekah.

Kumpulan tersebut mengembara dari satu kawasan ke satu kawasan sehingga tiba di sebuah tasik yang indah dan nyaman.

Sambil menikmati suasana segar di tasik itu, kumpulan tersebut didakwa telah meninggalkan salah seorang anggotanya yang merupakan seorang lelaki tua yang tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan.

Mereka telah menolak beliau ke dalam tasik dan meneruskan perjalanan sehingga ke Kuala Kedah untuk menaiki bot ke Mekah.

Setibanya di Mekah, kumpulan tadi yang bersiap sedia untuk berlabuh terkejut apabila mendapati lelaki tua yang disangka telah mati dalam tasik tiba-tiba muncul di jeti tersebut.

Sempena memperingati orang tua itu, gunung di sekeliling Tasek Pedu yang merupakan sempadan antara selatan Kedah dan Thailand diberi nama 'Gunung Fakir Terbang' yang kini menjadi legenda serta mercu tanda kepada beberapa buah resort yang terdapat di Tasek Pedu.

Selain dapat melihat keasyikan sang bangau dan itik nila berenang di sekitar tasik, pengunjung juga dapat menikmati keindahan pelbagai jenis flora dan fauna yang tumbuh di sekitar kawasan itu.

Sesekali, pengunjung turut berpeluang melihat penduduk kampung berhampiran memancing di tasik tersebut untuk mencari sumber pendapatan harian mereka.

Antara keistimewaan yang terdapat di Tasek Pedu ialah madunya yang manis dan lazat yang boleh diperoleh daripada pokok tualang iaitu sejenis pokok yang sering menjadi tumpuan lebah membuat sarang.

Holiday Inn Resort yang juga dikenali sebagai Pedu Golf & Lake Resort dibuka pada 20 Disember 1994 didirikan di atas dua pulau iaitu Pulau Utara dan Pulau Selatan.

Kedua-dua pulau yang terpisah oleh tasik dihubungkan melalui sebuah jambatan kayu yang menyerlahkan keunikan dan kelainan resort itu berbanding resort-resort lain di negara ini.

Resort tersebut mempunyai 200 buah calet yang dibina dari kayu cengal dengan kombinasi reka bentuk negeri Kedah dan negara jiran, Thailand.

Hampir semua perabot yang terdapat dalam calet di Pedu Golf & Lake Resort berkonsepkan kayu-kayan sementara siling dibina lebih tinggi berbanding siling biasa untuk menampakkan lagi keluasan selain menyerlahkan keunikan calet tersebut.

Aktiviti rekreasi seperti merentas hutan di rimba berhampiran memberi peluang kepada pengunjung berdamping dengan haiwan seperti gajah, rusa, ular, harimau, ayam hutan, pacat serta pelbagai serangga dan unggas.

Sementara itu, tasik yang luas di situ 'membenarkan' pengunjung menjalankan aktiviti memancing semahu mereka sepanjang tahun jika mampu berbuat demikian. Ikan-ikan seperti lampan, baung, jelawat, sebarau dan kaloi setia menanti umpan di kail.

Lebih menarik, pengunjung yang tinggal di calet terapung berhadapan tasik boleh menjalankan aktiviti memancing dari balkoni mereka terutama ketika air pasang.

Aktiviti-aktiviti sukan air yang terdapat di tasik tersebut seperti jet ski, kapal layar, kanu, 'banana boat' dan bot dayung juga boleh memenuhi masa lapang pengunjung pada sebelah pagi dan petang.

Bagi mereka yang gemar berjoging, pemandangan di sekeliling yang indah serta suasana alam semula jadi yang nyaman pasti dapat meredakan ketegangan serta memberi semangat baru.

Selain itu, padang golf 18 lubang, gelanggang tenis dan skuasy, gimnasium,kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa serta perkhidmatan urut juga terdapat di resort tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2006 01:35 PM | Show all posts
apa lagi tpt2 menarik di Kedah?

penah lah lalu sekali dulu kat sana, lupa tpt apa
nak p padang besar

mak oiiiii sayup mata memandang
skit nye lebaq sawah padi dorang

hijau mata memandang
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 02:20 PM | Show all posts

Reply #9 Syd's post

lepak ataih gunung jerai baru nampak seluruh kedah.......... sejauh mata memandang sawah padi tuh........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 03:46 PM | Show all posts
DESTINASI PERCUTIAN DI ALOR STAR

1. Pekan Rabu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 12:11 PM | Show all posts
:music: hijau kuning tanahku, darulaman negeriku, hijau kuning darahku,
negeri kedah negeriku..:music:
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 3-10-2006 12:57 PM | Show all posts
Daerah Yan di bahagikan kepada dua iaitu Yan Besar dan Yan Kecil. Mengikut sejarah, nama singkatan daerah ini diambil sempena nama pokok Sendayan dan durian. Gunung Jerai yang dikatakan mempunyai pelbagai kisah legenda menganjur ke laut hingga di Tanjung Jaga.

Daerah ini pernah diterokai pendatang dari Aceh, Sumatera. Buktinya, Kampung Aceh dan Kampung Sungai Limau majoriti penduduknya adalah keturunan Aceh.

Daerah ini dibuka secara rasmi pada 1904. Pada masa itu, daerah itu di bawah pentadbiran seorang bangsawan dikenali Syed Othman al-Qadri.
-----------------------------------------------------------------------------------


SELAIN sawah padi yang mendominasi keindahan daerah Yan, Kedah, ada beberapa destinasi menarik di daerah itu yang keindahan alam semula jadinya belum tercemar.

Taman Rekreasi Titi Hayun, Kawasan Perkelahan Batu Hampar, Gunung Jerai, Air Terjun Seri Perigi, Pantai Murni dan Tanjung Jaga yang pemandangannya tidak menjemukan sedia menunggu tetamu pada bila-bila masa.

Ketika memandu, lebih baik meminimumkan kelajuan kerana cara demikian anda akan dapat menikmati keindahan persekitaran mengasyikkan yang aroma kedamaian terasa menusuk jiwa.

Betapa tidak, lukisan alam dengan jajaran Gunung Jerai yang sentiasa `lemas' diusap kabus, hamparan sawah padi di kiri kanan jalan, kanak-kanak berkejaran di batasan sawah serta liukan pohon kelapa mendamaikan jiwa.
-------------------------------------------------------------------------------------


ayaq terjun titi hayun



KINI, Pulau Bunting boleh dihubungi apabila sebuah jambatan sepanjang kira-kira 2.29 kilometer dibina untuk `mendekatkan' pulau itu dengan tanah daratan. Bagaimanapun, jambatan itu belum dibuka kepada orang ramai dan ini membuatkan pelancong kecewa kerana tidak dapat melawat pulau berkenaan.

Untuk bermalam? Pada masa ini, chalet di Pusat Rekreasi Titi Hayun belum mempunyai kemudahan elektrik. Bagaimanapun, jika datang berkumpulan, MDY akan mencadangkan supaya menginap di rumah penduduk Kampung Raga yang menawarkan penginapan berkonsepkan Homestay.

Sekilas mengenai latar belakang daerah ini, ia mencakupi keluasan kira-kira 246.07 kilometer persegi bersempadankan daerah Kota Setar di sebelah utara, daerah Pendang di sebelah timur dan daerah Kuala Muda di sebelah selatan.
------------------------------------------------------------------------------------



jabatan pulau bunting menghubungkan
Yan dgn pulau

.

Kunjungan anda bagaikan tidak lengkap jika tidak `menjamah' kedamaian Tanjung Jaga, Pantai Murni dan paling istimewa Gunung Jerai yang menjanjikan pakej percutian mesra alam.

Berdasarkan cerita penduduk, terdapat bekas kesan tapak kaki seekor burung gergasi (mereka mendakwa burung itu ialah Geroda) pada batu di suatu tempat di kawasan Tanjung Jaga.

Manakala Gunung Jerai pula, gunung yang tertinggi di Kedah itu sedia menanti tetamu untuk menginap di sana. Selain sesuai berbulan madu, kunjungan anda dinantikan untuk aktiviti lasak seperti merentas hutan dan mendaki. Penginapan chalet disediakan dengan bayaran berpatutan.





udara segar Seri Perigi mendamaikan jiwa


Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 3-10-2006 01:00 PM | Show all posts


Marina Harbour yg terletak di Kuala Sg Kedah adalah salah satu dari daya tarikan pengunjung luar dan dalam negeri melawat ke situ kerana binaannya yg unik seperti castle ala Inggeris.Bangunan dua tingkat itu juga merupakan mercu tanda Kuala Kedah.

Tujuan ia dibina adalah utk memperkenalkan Kedah ke peringkat antarabangsa dgn menarik lebih ramai pelancong dari barat terutama peminat kapal layar ke negeri Jelapang Padi ini..

Bangunan itu juga dijadikan Pejabat Jabatan Laut yg menempatkan tidak sampai 10 petugas..

Masalah yg berlaku pada Marina Harbour ialah hampir sama seperti masalah yg berlaku di chalet2 Pulau Payar.. Nampak sepeti projek yg dibangunkan seperti sia2 kerana tiada sambutan yg menggalakkan dgn alasan tidak sesuai utk kapal2 layar utk singgah atau berlabuh kerana airnya yg cetek dan berselut..

Berbaloikah binaan ini dibuat sedangkan...sambutan tidak menggalakkan? Sekali lagi byk duit dibazirkan utk projek yg tidak setimpal..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 04:47 PM | Show all posts
dulu aku terima email gambar2 water fall cantik claim ada kat Sg Jagung, Kedah. sekali tipah tertipu....rupanya water fall tempat lain somewhere in Europe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2006 10:38 AM | Show all posts
Istirahat di rimba nan dingin

Oleh SABARUDDIN ABDUL GHANI
metahad@hmetro.com.my

PEKAN Sik di Kedah, yang tersohor dengan kisah tragis keluarga petani dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ilham rasa novelis tersohor, Profesor Emiritius Datuk Dr Shahnon Ahmad, kini banyak berubah.

Tiada lagi kehidupan derita seperti dilalui Lahuma dan isterinya Jeha, sebaliknya pekan Sik yang secara tidak langsung menggambarkan ketabahan wanita itu kini menyaksikan pembangunan pesat.

Pembangunan pelbagai sektor, termasuk pelancongan, mengubah wajah dan imej Sik yang selama ini dipandang sepi kecuali penduduk setempat.

Jalan-jalan kali ini memaparkan destinasi terbaru, tetapi mempunyai ciri-ciri menarik untuk dimasukkan ke dalam rancangan percutian anda.

Taman Peranginan Rimba Taqwa Sik, yang jaraknya lebih kurang 10 minit dari pusat bandar, adalah antara destinasi yang mesti dikunjungi jika anda ke Sik atau melewati Sungai Petani.

Dibangunkan di kawasan seluas 16 hektar, Taman Rimba Taqwa menjadi destinasi percutian popular di kalangan penduduk setempat untuk bersantai hujung minggu.

Sesuai namanya, taman rimba ini memang istimewa. Suasananya hening, sejuk, segar dan mendamaikan. Menghirup udara segar di sini berulang kali bagai mampu membersihkan paru-paru yang selama ini dipenuhi udara berdebu ibu kota.

Bersantai di sini bukan saja boleh menghirup udara segar, malah dapat mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

Kicauan burung, desir angin yang mencelah rimbunan daun dan aliran sungai membuatkan hati berasa tenang.

Siapa mampu menahan keinginan berendam dalam air sungai jernih dan dingin aliran air sungai yang tersekat deretan batu di beberapa tempat.

Untuk kanak-kanak, kolam cetek dibina berhampiran wakaf rehat, dan kawasan tadahan air sungai ini menjadi tumpuan pengunjung bermain air bersama keluarga.

Prasarana

Untuk kemudahan, Lagenda Semarak Sdn Bhd (LSSB) yang diberi tanggungjawab menguruskan taman rimba itu menyediakan pelbagai prasarana seperti chalet, surau, pentas budaya, wakaf rehat dan taman permainan kanak-kanak.

Pengarah LSSB, Zahari Abdul Hamid, berkata pelbagai aktiviti menarik, termasuk kem motivasi, disediakan untuk pengunjung sejak beliau mengambil alih memajukan tempat pelancongan itu daripada Majlis Daerah Sik (MDS) dua tahun lalu.

Walaupun banyak menganjurkan kem motivasi, tetapi ia tetap membuka pintunya untuk pengunjung persendirian yang mahu berehat sambil menikmati keindahan alam.

Untuk itu, LSSB menyediakan tiga jenis chalet (21 bilik) iaitu Lagenda, Semarak dan Seri Rimba, dengan sewa antara RM50 hingga RM80 semalam.

Pengunjung yang mahu bilik berhawa dingin boleh menempah chalet Lagenda yang dilengkapi peti sejuk, televisyen dan alat pemanas air. Hakikatnya, bermalam di sini tidak memerlukan alat hawa dingin kerana kita sememangnya dikelilingi pendingin hawa semula jadi.

Uniknya, chalet dan pondok rehat sengaja dibina di celah pokok. Tujuannya membolehkan pengunjung yang bermalam di chalet menikmati suasana malam di hutan tanpa gangguan.

Namun sebelum gelap, ada baiknya meninjau kawasan chalet - sama ada berjalan di atas jambatan gantung yang dibina merentasi sungai atau ke pondok tinjau untuk mengintai kelincahan monyet dan burung.

Bagi anak kota yang ingin berkenalan dengan alam, bermalam di taman rimba memberikan pengalaman berbeza dan pastinya menarik sambil mendengar siulan nyaring cengkerik. Jika cukup sabar, pastinya pengunjung boleh melihat beraneka jenis burung datang ke sini mencari makan.

Bayaran menginap bagi setiap satu berbeza. Bilik berhawa dingin dilengkapi peti sejuk, televisyen dan alat pemanas air hanya RM80. Ada 21 bilik dari harga RM50 hingga RM80 semalam.

Bagaimanapun, pengunjung yang ingin bercuti di sini perlu membawa makanan dan alat memasak sendiri kerana di sini tiada restoran. Pun begitu, ia bukan masalah besar kerana di persekitaran indah dan nyaman begini, mi segera disaji bersama telur rebus pun mampu membuka selera!

CARA KE SANA:

Dari Baling, pengunjung perlu memandu mengikut jalan Kampung Asam Jawa. Manakala perjalanan dari Sungai Petani pula melalui Kuala Ketil hingga ke Kampung Ketembak, Parit Panjang dan seterusnya ke Sik.

Bagi yang tiada kenderaan sendiri, anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi dari Sik untuk ke sini. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 019-4355777 atau Majlis Daerah Sik di talian 04-4695394.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2006 10:39 AM | Show all posts
Keunikan Muzium Padi Kedah

Oleh YOOGA RANI MURUGIAH
yooga@hmetro.com.my

JIKA ke Kedah, kunjungan ke negeri digelar Jelapang Padi itu boleh dianggap tidak sempurna jika tidak ke Muzium Padi Kedah yang terletak di Gunung Keriang, lapan kilometer dari bandar raya Alor Star.

Muzium itu yang dirasmikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, adalah muzium padi pertama di Malaysia dan keempat di dunia selepas Jepun, Jerman dan Filipina.

Dari jauh, bangunan muzium megah mempamerkan keunikannya. Rekaannya berbentuk gemai padi (padi sudah diketam yang diikat) dan mempunyai sebuah bangunan utama dan enam bangunan sampingan di kelilingnya. Ia dibina di tapak seluas 12,000 meter persegi dengan ketinggian 20.5 meter.

Kedudukan muzium itu di kaki Gunung Keriang memang mengasyikkan kerana gunung itu juga tempat penduduk setempat mengutip batu kristal dari dalam gua bukit batu kapur di sekitarnya. Muzium ini juga dikelilingi sawah dan perkampungan tradisional Melayu.

Melangkah masuk ke tingkat paling atas muzium, terasa seperti di tengah-tengah hamparan hijau jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.

Kerani tiket muzium, Sahimarmizy Omar, berkata bangunan tiga tingkat itu mempamerkan pelbagai peralatan yang berkaitan penanaman padi serta teknologi yang digunakan dalam penghasilan makanan ruji penduduk negara ini.

Katanya, di aras satu muzium, pengunjung berpeluang meninjau koleksi jenis padi mengikut gred, selain melihat peralatan yang digunakan di sawah seperti anok, renggam, kepok, sisir, kuku kambing dan tenggiling.

揝esiapa yang inginkan pengalaman baru boleh belajar membanting dan menumbuk padi di aras ini yang tentu menyeronokkan.

揟urut dipamerkan ialah alat menangkap ikan yang hampir pupus iaitu sepila, tuar, bubu serta tangkul. Pengunjung juga boleh mengenali ikan dalam sawah seperti puyu, sepat, haruan dan keli.

揚elancong juga boleh bergambar dengan 憃rang-orang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2006 01:50 PM | Show all posts
Penduduk bangunkan Air Terjun Junjung

Oleh AZAHAR HASHIM

USAHA dan kegigihan penduduk sebuah kampung berjaya menukar wajah Air Terjun Junjung (ATJ) di Kulim, Kedah daripada satu kawasan rekreasi terpinggir kepada pusat peranginan popular di kalangan penduduk utara tanah air.

Kira-kira 20 tahun lalu, untuk menikmati kedinginan ATJ, pengunjung hanya boleh berjalan kaki atau berbasikal melalui jalan yang digunakan penoreh getah kerana tiada laluan kereta.

Bagaimanapun, menyedari potensi ATJ sebagai destinasi riadah, penduduk Kampung Air Putih yang terletak berhampiran air terjun itu bersama-sama berganding bahu memperindahkannya dan menyediakan kemudahan untuk orang ramai.

Tugas secara bergotong-royong dan sukarela itu bermula pada 1988 dengan pembinaan tangga simen untuk memudahkan orang ramai mendaki bukit ke air terjun, wakaf dan kolam simen khas untuk kanak-kanak.

Melihat kesungguhan penduduk Kampung Air Putih membangunkan ATJ, kerajaan negeri turut membantu dengan membina jalan tar untuk membolehkan orang ramai ke ATJ dengan lebih mudah dan selesa.

Tercantik

Segala kemudahan disediakan itu menjadikan ATJ semakin popular dan mula dipenuhi pengunjung dari selatan Kedah, selain kawasan berhampiran termasuk Seberang Prai, Pulau Pinang dan utara Perak.

Selain itu, kegigihan penduduk Kampung Air Putih membangunkan ATJ juga berbaloi apabila kampung mereka dipilih juara Pertandingan Landskap anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi kategori sungai asli tercantik pada 1999 dan tempat ketiga pada 2000.

Wang tunai berjumlah kira-kira RM60,000 yang dimenangi kemudian dijadikan modal untuk menubuhkan Koperasi Air Terjun Berhad pada 2003.

Koperasi di bawah kelolaan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) itu bertujuan menguruskan ATJ dengan lebih sistematik.

Hasilnya, kini ATJ turut dilengkapi kawasan meletak kenderaan yang luas, wakaf untuk berehat atau berkelah, tandas, surau, bilik persalinan serta sebuah dewan yang boleh memuatkan kira-kira 200 orang untuk seminar atau mesyuarat.

Bayaran meletak kenderaan sebanyak RM2 kini menjadi satu sumber kewangan utama Koperasi Air Terjun Berhad, selain bayaran sewa dewan. Wang dikutip itu digunakan untuk menjaga dan memulihara ATJ.

Kemudahan itu menjadikan pengunjung ATJ yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kulim sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

Selain individu dan keluarga yang datang untuk berkelah, ATJ sering dijadikan lokasi untuk perkhemahan atau kursus bina semangat golongan belia.

Selain kedinginan airnya, ATJ popular kerana kawasan sekeliling dipenuhi tumbuhan hijau, termasuk dusun buah-buahan dan kebun getah yang memberikan suasana tenang dan damai.

Pada musim buah-buahan, pengunjung boleh membeli buah durian yang dijual oleh pekebun yang baru turun dari kebun mereka yang terletak bersebelahan kawasan rekreasi itu.

Kemudahan kolam mandi khas untuk kanak-kanak menjadikan ia lebih selamat kerana ia dibina di kawasan yang airnya cetek dan berasingan daripada tempat mandi orang dewasa.

Bagi yang tidak membawa bekalan makanan, mereka boleh membeli di gerai makanan yang disediakan dengan harga berpatutan.

Ada dua tempat yang menarik orang ramai dengan air terjun setinggi 10 meter dan 15 meter.

Pengunjung tidak sukar untuk sampai ke kawasan itu kerana mereka hanya perlu mendaki tangga simen yang dibina di lereng bukit.

CARA KE SANA:

ATJ terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kulim dan ia boleh dihubungi melalui banyak laluan, termasuk melalui Lebuhraya Kulim-Buterworth untuk pengunjung dari Pulau Pinang, Sungai Petani dan Grik, Perak.

Penduduk di utara Perak dan sekitar Seberang Prai pula boleh melalui Jalan Simpang Empat, Jawi dan Bukit Mertajam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2006 01:53 PM | Show all posts
Yan kaya lokasi menarik

Oleh ZAINUDDIN ZAIN

BAGI penduduk di utara Semenanjung, daerah Yan di Kedah tidak lagi perlu diperkenalkan. Walaupun antara terkecil daripada 11 daerah di Kedah, Yan menjanjikan percutian yang meninggalkan nostalgia tersendiri kepada pengunjung.

Yan boleh diibaratkan sebuah perkampungan yang mempunyai alam semula jadi indah termasuk laut, air terjun, sungai, gunung dan perkampungan Melayu asli.

Ketiadaan infrastruktur sempurna pelancongan itu seharusnya tidak menjadi masalah besar jarak Yan tidak jauh dari bandar besar seperti Alor Star, Sungai Petani dan juga Pulau Pinang.

Yan hanyalah 45 minit perjalanan dengan jarak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Star manakala hanya 30 minit dari Sungai Petani dengan jarak hanya 30 kilometer.

Bagi pelancong dari Pulau Pinang pula, mereka hanya perlu keluar melalui plaza tol Gurun dan terus menuju Yan dengan masa perjalanan hanya kira-kira sejam membabitkan jarak 70 kilometer.

Antara tarikan utama di Yan ialah Gunung Jerai, Air Terjun Titi Hayun, perkampungan Sungai Raga dan juga Pantai Murni.

Gunung Jerai adalah gunung tertinggi di Kedah. Pusat peranginan kawasan tanah tinggi itu menyimpan pelbagai khazanah rimba. Jika pengunjung mahu menyingkap rahsia alam di situ, mereka perlu merancang percutian dengan mengambil kira tempat penginapan kerana jumlahnya agak terhad.

Keistimewaan tempat Gunung Jerai ialah udaranya segar, diselubungi kabus selain kewujudannya dikaitkan pelbagai mitos.

Kedamaian mula terasa ketika memandu menyusuri jalan lereng bukit yang mengambil masa kira-kira setengah jam dari kaki gunung tetapi dijamin tidak membosankan dengan 慿enakalan
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 01:31 PM | Show all posts
Aku suka negeri kedah... relax... bg aku kalu aku bandingkan kelantan, terengganu, pahang, kedah and perlis, aku pilih negeri kedah.. tak tau pasal apa, tp aku suka lah... eehhh ada sesapa ada gambar airport baru kt alor star tu... amboiii bukan main merah lg... lawa tp sayang sbb sunyi sgt... yerlah tak banyak flight pun... satu hari kalu tak salah ada 4/5 flight jer kan (both MAS n Air Asia)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.087260 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list