CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tempat-tempat menarik di KEDAH

[Copy link]
 Author| Post time 26-1-2007 10:40 AM | Show all posts
Pusat pelancongan Gunung Jerai dibangun semula
Oleh Johari Ibrahim


Kerajaan Kedah sedia peruntukan RM35 juta majukan lokasi tanah tinggi,Sungai Merbok dan Lembah Bujang bermula April

SUNGAI PETANI: Kerajaan negeri memperuntukkan RM35 juta untuk membangunkan semula lokasi pelancongan tanah tinggi di puncak Gunung Jerai dan sebuah hotel miliknya di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kawasan puncak Gunung Jerai akan dibangunkan semula bermula April ini bagi menyediakan lokasi pelancongan kepada pengunjung.

"Ia akan dibangunkan dalam dua fasa termasuk mengubahsuai chalet dan persekitaran puncak gunung itu dan dijangka siap sebelum Tahun Melawat Kedah 2008," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau berkata kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju dengan pelan pembangunan yang dikemukakan oleh Kedah Resort Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, untuk pembangunan semula itu.

"Pembangunan Gunung Jerai dan hotel itu adalah bersekali dengan pembangunan Sungai Merbok dan Lembah Bujang yang dapat menyediakan lokasi lawatan kepada pelancong," katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk pembangunan Sungai Merbok dan Lembah Bujang.

Kawasan berkenaan adalah tapak sejarah Kedah lama yang kini diberikan jolokan sebagai "tapak tamadun harmoni" pada kurun ke-12 yang menunjukkan kehidupan penganut Islam dan Hindu di kaki Gunung Jerai itu.

Kerajaan negeri juga mencadangkan supaya kajian akademik dilakukan bagi mengesahkan bahawa agama Islam tiba di Lembah Bujang lebih dulu daripada Melaka.

Mengulas mengenai laporan fokus Berita Harian kelmarin mengenai chalet dan lokasi pelancongan puncak Gunung Jerai yang terbiar, Mahdzir berkata ia akan diatasi menerusi pembangunan semula itu.

Bagaimanapun, katanya, pengurusan pusat pelancongan itu juga perlu bertanggungjawab kerana tidak mementingkan penyenggaraan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ladyhermanas This user has been deleted
Post time 31-1-2007 05:00 PM | Show all posts
napa ada RA kat thread kedah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 12:32 PM | Show all posts
Nak tumpang tanya, hotel mana kat alor setar yang best? dari segi lokasi, keluasan bilik, room rates, etc.. insyaAllah bulan march ni nak ke sana..

sesiapa yang ada info please help.. nak booking nih.. thanx in advance..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2007 10:42 AM | Show all posts
Tree Top Walk
Oleh Azmi Md Deros


Kanopi Sungai Sedim terpanjang di dunia dengan ketinggian 50 meter dari paras bumi paling unik

MUNGKIN tidak ramai di antara kita yang tahu di mana letaknya laluan kanopi atau Tree Top Walk terpanjang di dunia. Pasti ramai yang mengagak ia terletak sama ada di Australia, Amerika Syarikat atau Eropah yang biasanya mempunyai banyak destinasi paling unik dan menarik di dunia.



Namun tekaan itu silap kerana ia sebenarnya terletak di Malaysia, atau lebih spesifik lagi di Sedim, Kulim, iaitu satu daerah di selatan Kedah. Dibina mulai awal 2004 dan siap pada 2005, Tree Top Walk sepanjang 925 meter itu yang mula dibuka kepada pengunjung sejak pertengahan 2006 mempunyai keunikan tersendiri apabila laluan kanopi dibina menggunakan struktur besi tahan karat menyerupai jambatan dan mempunyai tiang.

Berbeza daripada jambatan gantung di tempat lain yang biasa diikat pada pokok, laluan kanopi ini lebih teguh menampung beban, sekali gus menjamin keselamatan pengunjung yang bersiar-siar di atasnya sambil menikmati kehijauan hutan khatulistiwa dan penghuninya.

Jika bernasib baik, kita dapat melihat pelbagai jenis burung daripada saiz kecil sehingga besar, iaitu helang dan enggang, selain pelbagai jenis monyet dan kijang.

Pengalaman bersiar-siar sambil menghirup udara segar pada paras paling tinggi, iaitu 26.9 meter dari paras hutan atau kira-kira 50 meter dari paras bumi amat menyeronokkan dan memberi pengalaman baru bagi setiap orang.



Dengan kadar RM10 bagi dewasa dan RM6 bagi kanak-kanak berusia lebih tujuh tahun, bayaran itu tidak begitu membebankan, berbanding keseronokan dan pengalaman berharga yang diperoleh di laluan kanopi itu.

Malah, destinasi itu boleh menjadi pencetus bagi kita untuk memupuk semangat cintakan keindahan alam semula jadi yang semakin terancam oleh pembangunan di negara ini.

Berbanding berjalan mengikut trek atau meredah hutan, pengunjung yang melalui Tree Top Walk ibarat seekor burung yang mampu melihat pemandangan sekeliling dari atas yang lebih meluas.

Ia menjadi satu lagi aset berharga eko-pelancongan yang mampu 慸ijual
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 08:45 AM | Show all posts
rasa yg seronok kat kedah ni sbb byk ayeq terjun..
best nyer la hai

da nek dah tree top walk nih..
bf aku kata tak baper meyakinkan utk org yg badan berisi..
sbb bila pijak lantai dia macam melentur gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 04:42 PM | Show all posts

theme waterpark....

sesape pernah masuk dalam taman tema air bersebelahan dengan kelab cinta sayang tu?..ok ke?

dengar kata belum siap sepenuhnya...liya dah lalu situ..tp tak masuk je lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2007 05:10 PM | Show all posts
sapa tau Era buat parti joget lambak di sg petani tu kat mana?
The Carnival namanya...ada ke mcm Tambun Lost World?
sapa tau jawab eh??
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 10:05 PM | Show all posts

Reply #67 zul_khaleeda's post

joget lambak? tak tau la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2007 11:59 AM | Show all posts

Reply #66 Aliya2006's post

Erm tak pnah gi Tambun Lost Park tu..
tp setakat yg kita tengok (tak mandi/main sbb ramai sgt budak kecik masa tu)
takde la besar mana pun The Carnival
lom siap spenuh nya kot??
baru lagi kan...
tp ok la kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 10:50 AM | Show all posts

THE CARNIVALL.... theme park kat Sungai Petani





Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 10:51 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 10:52 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 10:53 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 11:57 AM | Show all posts
jofizo..

tks 4 d photos.
lebih kurang macam Tambun juga...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 12:21 PM | Show all posts
nih 1st phase, 2nd phase akan buat dry park lak cam sunway lagoon
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 03:39 PM | Show all posts
yg best kat daerah aku - baling

*air panas legong
kat cni ada chalet...ada tapak khemah..so, sapa nak stay..boleh la.
sbb air panas nie best mandi time malm.
sekali masuk RM2.oo
air dia best..dah bersih..sbb diorng selalu bersihkan kolam tu.
ada byk kolam...ada kolam yg paliing panas...utk budak..dah suam2 kuku.
kolam khas utk pompuan pun ada..
mkn jgn risau. di situ ada kedai makan..tp kalau bawak bekal picnic..lagi best..
dkt legong ni ada gak sungai..air dia bersih.
parking kna bayar gak..

*air terjun LATA BAYU
best....

*air terjun LATA BUKIT HIJAU
best....

*PEKAN BALING
dulu2 kitorang suka pegi Betong..shoping
tp skarang nie...byk org Thai, Penang and kdah sndiri slalu datang Baling.
sbb banyak kedai baju murah-murah..
yg lates trend..
kedai nak beli periuk or brg2 dapur pun banyak dah murah
kalau korang datang hari ahad...ada psar hari...
pasar hari tempat aku ni paling best..
sebab byk barang yg rejct (like reject shop)
tapi versi pinggan mangkuk..yg murah giler...and trendy..
nak apa...english style..hotel punya..suma ada
nie kira kes..sapa cepat dia dapat la...
so...korang kena pegi pekan hari nie..paling awal pukul 8..
kalau nak dapat barang yg best la...
sbb kalau dah kul 12 tu...tinggal yg biasa-biasa je....meriah sgt

BALING nie dekat dengan border Thailand...BETONG..
dlm 30 minit korang dh bole smpai kt ctu..
stakat nie Betong nie xde kes2 bom lg (kalau x salah la)
mostly ramai guys la yg slalu pi Betong nie...heheheh

stakat nie je kot...
rasa nak balik kg pulak....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2007 08:31 AM | Show all posts
bukit kayu itam  ape yg tgh best2 skang ni..selain kristal2,baju2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 10:16 AM | Show all posts
mcm2 tempat menarik kat kedah ni..yg penting kena plan beforehand ler. sebaiknya kalo org luar...cari ler tempat tinggal yg berdekatan dengan sawah bendang. sbb itulah trademark kedah. tempat lain pon ada bendang..tp swah bendang kedah ini ialah PERIUK NASI MALAYSIA..tentu skit sebanyak ada kelainan dan nilai sentimental yg tersendiri...

famili aku ada buat guest house..dekat jek dgn sawah padi ni...kwsn kampong..tp still dekat dgn town...bandar sg petani..

dengan giant sp tu dekat la..area tu jugak ler..kwsn kampung...dekat bendang...dekat dgn main road..

kalo nk ke penang pun x jauh..sbb hiway sp selatan dekat saja..dlm 1/2 jam bole sampai penang kalo naik hiway.atau kalo nk p alor setar,bkt kayu hitam mmg x susah...masuk je hiway tu pegi la mana nak pegi...johor pon bole...

then kalo nk ke pantai merdeka x perlu guna main road...boleh guna jalan bukit kecil (bukit kecik)..kiranya boleh elak jam kalo guna main road...

pd yg suka nature,dh lama x tgk bendang..dah lama x duduk kampong..guest house kami ni sesuai la...esp kalo famili besar...save budget skit...mmg kami buat secara simple..bab makan x susah sbb boleh makan kat giant,area pusat makanan taman sejati pon dekat...kedai nasi kandar subaidah,pelita pon dekat...

nk masuk town sp..x perlu guna main road...guna hiway jek..(hiway free) boleh terus keluar ke merbok,gunung jerai etc. dan banyak susur keluar ke sp town...bole elak jem...

on the way to pantai merdeka,jgn lupa singgah kota kuala muda..lihat lah kesan runhan rumah2 akibat tsunami sebelum ini...kesannya masih ada...mcm mana kesan runtuhan kat acheh tu sama la kat sini...but not in a massive way...

tempat2 lain adalah spt yg diceritakan diatas. sg petani ialah tempat paling strategik di sp...sbb paling dekat dgn penang. kwsn2 lain yg dekat dgn sp ialah spt baling,yan,merbok. dn dekat dgn kepala batas (kg pak lah) ,butterworth ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 12:19 PM | Show all posts
boleh rekemen mana2 hotel/homestay yg murah tapi selesa..kt area Alor Star?...untuk tido malam je..sebab ada kenduri kt sana...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 12:46 AM | Show all posts
Rindunya nak jalan jalan di Kedah.. Alor Setar, Sungai Petani, Merbok, Tg Dawai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.072916 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list