CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yays

ALL ABOUT: miscarriage, abortion, DnC

[Copy link]
 Author| Post time 10-7-2006 09:57 PM | Show all posts
Korang-korang semua,
bahaya tak mengandung cepat lepas dnc?
plan to get pregnant semula lepas 2 cycle
macam yang happen kat sesetengah forumer kat sini
tapi hubby takmo gak
dia kalo bleh nak tunggu 6 bulan
takut rahim tak kuat lagi la..
takut jatuh lagi la..
takut sakit lagi la..
pasal mak bidan pesan la
pasal dr pesan la
aiyoo.. tak sabornye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2006 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by yays at 10-7-2006 09:57 PM
Korang-korang semua,
bahaya tak mengandung cepat lepas dnc?
plan to get pregnant semula lepas 2 cycle
macam yang happen kat sesetengah forumer kat sini
tapi hubby takmo gak
dia kalo bleh nak t ...


Koci lepas 3 cycles....takpelah sabar n tunggu dulu...lain orang lain ada orang lepas sebulan pregnant pun takde pape...dont take risk yays...serik lalui semua ni koci ni sentiasa berdoa nak sampai ke 12 minggu ni semoga takde bleeding/sporting n baby kuat dan sehat...masih jauh perjalananku ...dengarlah cakap hubby...insyaAllah rezeki tu akan datang jua...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2006 03:23 PM | Show all posts
Yays, betoi kata koci tu .... Sabar sikit, sebabnya badan kita nii kena rehat gak.. Doktor memang nak suruh kita tunggu 6 bulan. Bukan apa mengandungni kan perlu kekuatan mental dan fizikal yang tinggi..Muda lagikan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2006 06:06 PM | Show all posts
melati misccariage... masa kandungan umur 17 weeks...

melalak jek kejenye seminggu lepas dnc tue.

misccarriage bulan tujuh last yer 21hb...

almost a year dah... still tak de lagi nampak ada rezeki.. mmmm
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by melati-putih at 11-7-2006 06:06 PM
melati misccariage... masa kandungan umur 17 weeks...

melalak jek kejenye seminggu lepas dnc tue.

misccarriage bulan tujuh last yer 21hb...

almost a year dah... still tak de lagi nampak ad ...


Sedih kan melati dahlah 17 minggu dah ada bentuk kan...sabarlah melati coming soon kot insyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by melati-putih at 11-7-2006 06:06 PM
melati misccariage... masa kandungan umur 17 weeks...

melalak jek kejenye seminggu lepas dnc tue.

misccarriage bulan tujuh last yer 21hb...

almost a year dah... still tak de lagi nampak ad ...


Hi melati, sama la ngan kite....kita pun misccariage masa kandungan umur 17weeks....
baru bulan lepas.....sedih sangat coz baby boy.....
ubby memang nak sangat baby boy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2006 11:48 AM | Show all posts
Adzlin dan Melati, sabar yek... Doktor kata kan sebenarnya kandungan kita tu memang bermasalah sebab tu dia gugur.. So, ingat setiap kejadian tu mesti ada hikmahnya... DOA selalu, kan ada doa Nabi Zakaria dan macam2 doa untuk dapat zuriat.. Insyaallah, dulu my friend tu tak mengandung langsung 8 tahun kawin.. dia cakap "at least ko pernah gugur, akuni mengandung pun tak pernah,tak tau boleh ke tak .. mandul ke tak.. Boleh cuba lagi." Lepas tu baru kita ingat yelah kita bernasib baik ler jugakkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 12:40 PM | Show all posts
tul tu rafino.. dulu masa nunu gugur, n tanya nape? dr kata memang takde sebab n bukan kita penyebabnya.. memang baby tak sihat. so, kalau diteruskan mungkin tak elok d kemudian hari..  melati n adzlin kena banyak bersabar.. insyaallah ada rezeki...:pray::pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2006 05:29 PM | Show all posts
itu lah..masa kat hospital dari nurse sampai makcik cleaner duk pujuk..
kata sabar la...

tapi memang sungguh ler.... awal 2 tue rasa tak leh terima kenyataan langsung...kalau tak dah sepasang anak melati... baby boy memang rasa frust sangat...

sebabnya masa siang tue bleeding sikit...terus pegi check up... scan aper seme doktor kata tak de pepe okey..baby okey heartbeat okey.... siap bagi tau jantina lagi...

sekali tue malam tue kul 3 pagi..tetiba air tuban pecah.... cuak sangat rasanya..berdoa2 jangan la jadi pepe kat my baby..
tapi dah Allah sayangkan dia kan.... dia tak nak tengok mummy dia.... isk...isk.. melati trauma lama jugak... rasa takut nak preggy lagi...takut jadi lagi cam gitu... tapi dah lama2 rasa rindu sangat nak rasa baby dalam perut... tapi lum ada rezeki lagi...

hopefully bulan nie menjadi la.... aminnnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2006 11:50 PM | Show all posts
ari tuh pusing2 laman 2006 kat taman tasik perdana.
orang punye la ramai so kena park keta jauh gile
terpaksa naik bukit turun bukit nak sampai parking..

then on the way balik, i tak larat dah
kira macam my hubby seret je la nak bagi sampai keta.
depan we all ada one daddy ni sorong wheel chair
his son sort of retarded..
tengahari, tengah panas
peluh2 bapak dia tolak kerusi roda naik turun bukit

tersentak hati, andaikata la saya dikurniakan anak begitu
sanggup tak menanggung beban dan setabah bapak budak tu
seumur hidup menyorongnya ke sana ke mari
nak mati pun mungkin tak tenang - risaukan anak siapa nak jaga.
mungkin Allah tahu saya tak setabah bapak budak tu..
Reply

Use magic Report

justmean This user has been deleted
Post time 13-7-2006 12:44 AM | Show all posts
nunu kat brisbane ye? skrg dah masuk winter ke? rindu la nak naik citycat gi city, naik train gi china town. miss my life there...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 05:45 AM | Show all posts
a'ah. skang dah winter. bila balik mesia? nunu every week mesti naik train g chinatown sebab nak g beli daging halal tu. dulu dok kat ne? miss life kat sini ek? nunu plak miss giler life kat mesia.. dah baper kali termimpi2 beli kuih kat pasar malam... :geram:
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 13-7-2006 07:02 AM | Show all posts
Originally posted by ciku_nunu at 13-7-2006 07:45 AM
a'ah. skang dah winter. bila balik mesia? nunu every week mesti naik train g chinatown sebab nak g beli daging halal tu. dulu dok kat ne? miss life kat sini ek? nunu plak miss giler life kat mesia. ...


g'mornig cik nu nu. hows your baby? dah gi check belum?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 07:19 AM | Show all posts
morning... lom. sok  baru check. abang ngan adik dah bangun?
Reply

Use magic Report

spidernfly This user has been deleted
Post time 13-7-2006 07:36 AM | Show all posts
Originally posted by ciku_nunu at 13-7-2006 09:19 AM
morning... lom. sok  baru check. abang ngan adik dah bangun?


dah bgn... tgh tgk Jojo's circus on Playhouse Disney channel. oh besok baru check ke? hehehe good luck!!!! dulu i suka sgt gi check up.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 01:46 PM | Show all posts
Untuk dikongsi bersama .......

Menangani keguguran berulang

KEGUGURAN adalah satu kelahiran janin sebelum 20 minggu. Kebanyakan keguguran berlaku pada atau sebelum tiga bulan mengandung.

?pabila seseorang wanita mengalami keguguran berturutan untuk dua atau lebih, maka istilah keguguran berulangkali digunakan.

?jian-ujian tertentu perlu dibuat untuk mencari punca keguguran tersebut,? kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Menurutnya, walaupun wanita menghadapi masalah keguguran berulangkali, peluang untuk mengandung dan berjaya masih ada.

Banyak sebab yang dikaitkan dengan keguguran, hanya satu perempat dari kes-kes, sebab mengapa tidak dijumpai.

Diagnosis

Dr. Shah Reza berkata, sejarah perubatan, perbidanan serta sakit puan akan dikenal pasti.

?emeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan pelvik akan dibuat untuk mencari punca keabnormalan.

?ungkin juga puan ditawarkan untuk menerima kaunseling genetik,? jelas beliau.

Ujian-ujian lain yang mungkin dibuat termasuklah:

* Ujian darah untuk mencari keabnormalan sistem hormon dan juga sistem keimunan

* Bergantung pada kemudahan, ujian genetik mungkin ditawarkan kepada suami dan juga isteri

* Ujian untuk menentukan infeksi organ rahim.

Tatacara penyiasatan lain juga mungkin diajukan seperti:

* Histerosalfingografi; Satu penyiasatan sinar-X pada organ rahim dan juga tiub-tiub fallopio. Sejenis pencelup akan digunakan untuk mencapai kepastian tersebut

* Histeroskopi; Satu alat optik yang kecil yang dimasukkan ke faraj dan pangkal rahim untuk melihat persekitaran dalaman rahim

* Ultrasound; Ujian ultra bunyi yang digunakan untuk melihat bahagian serta organ reproduksi

* Sonohisterogram; Pengimejan ultrasound yang ditingkatkan lagi dengan kemasukan cecair salina ke dalam rahim, membuatkan imej dalaman menjadi lebih nyata.

?ehilangan kandungan tidak kira usia kandungannya, boleh membuatkan seseorang wanita itu menjadi sangat sedih.

?otivasi reproduksi mungkin terbantut dan mereka mungkin berasa bimbang kejadian yang sama akan berulang kembali,? ujar Dr. Shah Reza.

Kepiluan emosi, katanya, mungkin mengambil masa untuk pulih jika dibandingkan dengan kesihatan fizikal.

Beliau menambah: ?usteru, suami harus memahami keadaan sebegini dan sama-sama mengimbangi gangguan emosi serta bergerak positif ke hadapan dari segi keupayaan reproduksi serta mental.

?erjumpalah dengan doktor, jururawat atau mana-mana individu yang boleh mengubah tingkah laku daya serta memberi sokongan pada puan.

?ntuk masa hadapan terdekat, rancanglah bila hendak mengandung, supaya penyakit puan dapat dioptimumkan rawatannya manakala pemeriksaan kandungan dapat dilakukan seawal-awalnya.?

Berikut adalah saranan Dr. Shah Reza kepada wanita yang ingin bergelar ibu:

* Lakukan pemeriksaan perubatan sebelum bercadang untuk mengandung

* Berjumpa doktor seawal-awal mengandung supaya penelitian dapat diteruskan

* Ikutilah arahan doktor yang merawat anda

* Amalkan gaya hidup sihat, makan makanan yang berkhasiat, beriadah, tidak mengambil minuman beralkohol, berhenti merokok dan tidak menggunakan ubat-ubatan yang bukan dipreskripsi oleh doktor.

Mengapa keguguran berlaku

Sebab yang pasti:

Masalah dengan kromosom.

Kebanyakan keguguran di bawah 13 minggu, berkait rapat dengan keabnormalan kromosom.

Kromosom adalah struktur dalaman sel. Setiap kromosom mempunyai gen-gen yang membawa ciri-ciri serta sifat-sifat seperti warna rambut, keadaan fizikal, jantina, dan sebagainya.

Permasalahan berlaku mungkin kerana bilangan serta struktur kromosom yang abnormal, mungkin juga dari keganjilan gen-gen yang dibawa.

Kebanyakan permasalahan ini berlaku secara spontan dan tidak ada kaitan baik dengan ibu mahupun bapa.

Terdapat ujian-ujian genetik tertentu untuk mencari punca kenapa ia terjadi.

Masalah dengan rahim

Yang biasa terdapat adalah seperti:

* Kecacatan rahim itu sendiri, seperti rahim yang terbelah dua oleh satu dinding ? septate uterus.

* Ketumbuhan benigna di dalam rahim seperti fibroid

* Pangkal rahim yang tidak dapat menahan isi kandungan rahim, membuka terlalu cepat dan awal, dengan tiada tanda-tanda awal bersalin.

Masalah perubatan

Masalah perubatan yang dinyatakan berikutnya mempunyai kaitan rapat dengan keguguran,

* Gangguan autoimun dan lupus

* Masalah dengan jantung

* Penyakit buah pinggang yang teruk, terutamanya apabila dikaitkan dengan hipertensi.

* Kencing manis

* Penyakit tiroid

* Infeksi rahim

* Sindrom ovari polisistik

Mengoptimumkan rawatan akan menambah baik kebarangkalian untuk mengandung.

Sindrom antifosfolipid juga dikaitkan dengan keguguran. Sindrom ini melibatkan keabnormalan sistem imun badan.

Mereka yang bersindromik akan mengalami gejala pembekuan darah serta keguguran yang berulang kali.

Ada ujian yang dilakukan untuk mendiagnosis keadaan ini.

Sebab yang berkemungkinan:

Ketidakseimbangan hormon badan

Hormon progesteron bertanggungjawab menyediakan dalam rahim untuk menerima hasil persenyawaan ? berlaku pada dua minggu sebelum datang haid yang berikutnya.

Sekiranya paras progesteron pada awal mengandung rendah, keguguran mungkin berlaku. Kekurangan ini boleh dirawat.

Gangguan/ketidaktertiban sistem darah

Trombofilia adalah satu keadaan di mana agen pembekuan darah dihasilkan melebihi keperluan. Banyak gangguan genetik yang boleh membawa mudarat sedemikian.

Mutasi Faktor V Leiden boleh menyebabkan gangguan pembekuan berlebihan di plasenta dan kemudiannya akan berakhir dengan keguguran.

Mereka yang berpenyakit sedemikian akan diberi ubat pencair darah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2006 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by marissa_irayu at 13-7-2006 01:46 PM
Untuk dikongsi bersama .......

Menangani keguguran berulang

KEGUGURAN adalah satu kelahiran janin sebelum 20 minggu. Kebanyakan keguguran berlaku pada atau sebelum tiga bulan mengandung.

...

good info...
Reply

Use magic Report

justmean This user has been deleted
Post time 14-7-2006 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by ciku_nunu at 13-7-2006 05:45 AM
a'ah. skang dah winter. bila balik mesia? nunu every week mesti naik train g chinatown sebab nak g beli daging halal tu. dulu dok kat ne? miss life kat sini ek? nunu plak miss giler life kat mesia. ...



kita ni sembang dah ff: tapi sajer nak beramah mesra.... kami balik mesia july 2004. dulu dok durham st kat st lucia. masa tu hubby mean study kat UQ. bnyk yg mean rindu kat sana. salah satunya fireworks show kat south bank tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 08:24 PM | Show all posts
Originally posted by mamapotter at 7-7-2006 10:11 AM


mamap pun camtu shin.....darah tak surut..

gugur 1st time - buat dnc, sbb first time badan kuat lagi..lepas 4 hari gi office dah...
gugur 2nd time - buat dnc, sakit perut sampai seminggu, b ...



mamap,
kyd baru perasan yang kyd dulu pon ada ovarian cyst 2002 masa blaja dulu,
1st pregnant misscarrige, skang dah 10weeks tp xde heart beating, unnormal growing sok nak gi spital lagi check, ovarian cyst ni penyebab gak ker misscarrige nie?? risau nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 11:37 PM | Show all posts
sahira baru je gugur kali kedua..
xde rezeki lagi kali nih..
ingat nak wat check up la..kot2 ader prob kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.234395 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list