CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41281|Reply: 283

SERAI

[Copy link]
Post time 6-7-2006 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Dari : Berita Harian

Serai pelbagai guna


SEKALI pandang, daun serai seperti lalang. Yang membezakan ialah aroma, perisa dan khasiatnya. Pokok serai adalah sejenis tumbuhan meliar, namun ada juga yang ditanam di kebun dan halaman rumah.

Mengikut istilah saintifik, serai pilihan itu dikenali sebagai `lemon grass'. Ia berbeza dengan serai perubatan dalam penjagaan kesihatan dikenali serai wangi atau `citronella'.

Dalam masyarakat Melayu, serai sering digunakan untuk menambah perisa dalam makanan bagi menambah kelazatannya. Bagi tujuan perubatan tradisional pula, ada tiga bahagian utama boleh dimanfaatkan iaitu akar, batang dan daunnya.

Khasiat serai wangi tidak terkira. Ia mampu melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.

Minyak serai wangi juga digunakan dalam rawatan aroma terapi yang didapati berkesan menaikkan semangat dan mengembalikan kesegaran minda.

Bagi kebanyakan wanita dulu, selepas melahirkan anak, bidan biasanya memandikan mereka dengan air serai wangi. Ia bertujuan menghilangkan bau hanyir selepas bersalin, bau badan serta meningkatkan kesegaran badan.


Kepentingan serai wangi:

Mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan tubuh badan manusia.

Ada beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen.

Haruman dan aroma yang terhasil daripada pokok serai ini sebenarnya disebabkan oleh limonena dan campuran citral yang terkandung di dalamnya.

Dua jenis bahan kimia lain daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogon.

Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati.

Citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian. Lilin atau gaharu yang dicampur minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.


p/s: saya tahu serai yang jenis mcm nih jerk. ada tanam kat depan umah.

serai wangi tuh pokok dia mcm mana ek? heheh tq.

:nyorok:

[ Last edited by  noor_hannah at 7-7-2006 03:14 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2006 02:46 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Serai wangi pokok dia lebih kurang pokok masak tapi dia lebih kurus and panjang.  Bau dia kuat.   Kalau org tak tau, kengkadang buleh terkeliru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2006 02:53 PM | Show all posts
tingin plak nak tgk mcm mana rupanya

hehe

sungguh, tak tahu nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2006 06:30 PM | Show all posts

Reply #3 Syd's post

Tengok la esok kalau ingat aku snap gambar serai wangi tu.. kalau tak silap mak aku ada tanam lah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 07:59 AM | Show all posts
Bagi kebanyakan wanita dulu, selepas melahirkan anak, bidan biasanya memandikan mereka dengan air serai wangi. Ia bertujuan menghilangkan bau hanyir selepas bersalin, bau badan serta meningkatkan kesegaran badan.


Masa melahirkan anak dahulu, ada buat air mandi dengan daun serai wangi. Air mandian tu ada daun serai wangi, daun jambu batu, halba, daun pisang, daun lengkuas, daun senduduk... Memang wangi.

Serai wangi macam serai juga, tapi daun dia lebar dan ada line putih kat tengah. Kalau tak silap la....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 08:15 AM | Show all posts
Originally posted by ng58339 at 7-7-2006 07:59 AM


Masa melahirkan anak dahulu, ada buat air mandi dengan daun serai wangi. Air mandian tu ada daun serai wangi, daun jambu batu, halba, daun pisang, daun lengkuas, daun senduduk... Memang wangi.
...



setiap kali dlm pantang kak noor mmg suka mandi air serai wngi ni.. rebus semua tu manid suam2..sedap je rrasa badan..

ari tu ada ambik kat langat pokok serai wnagi ni, kawan tu kata dia ada batu cincin.. entah lah mcmana rupa dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2006 10:54 AM | Show all posts
serai wongi tu sebenarnya boleh buat makan tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 7-7-2006 08:15 AM



setiap kali dlm pantang kak noor mmg suka mandi air serai wngi ni.. rebus semua tu manid suam2..sedap je rrasa badan..

ari tu ada ambik kat langat pokok serai wnagi ni, kawan tu kata dia a ...



kak hannah, ada jiran saya plak kata.... kalau serai wongi berbunga... ada harta karun di bawahnya... tah betul tidak tak tau ler.... pehtu plak kena tuan yang empunya dapat mimpi dulu, baru boleh korek...

:music:
Andai kata serai berbunga...
untuk siapa.....
:music: ---> Pernah dengar lagu ini ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2006 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-7-2006 02:03 PM
Dari : Berita Harian

Serai pelbagai guna

...
Citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian. Lilin atau gaharu yang dicampur minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.
...



Kat kampung suka bakar sabut dengan daun serai wangi utk halau nyamuk... Bau dia memang sedap... kalau sabut ajer sesak nafas pulak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 12:24 PM | Show all posts
abg ipar aku die tanam byk2 serai wangi ni depan rumah die
lepas tu die keringkan dan kisar
proses buat minyak urut..tp mmg best bau die
mlm2 calit skit kat bdn ..sure nyamuk tak kaco tidur
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 01:33 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 7-7-2006 08:15 AM



setiap kali dlm pantang kak noor mmg suka mandi air serai wngi ni.. rebus semua tu manid suam2..sedap je rrasa badan..

ari tu ada ambik kat langat pokok serai wnagi ni, kawan tu kata dia a ...


pokok serai memang tak berbunga tapi yg berbunga tu lah yang payah nak dapat dan jumpa.Maklang ada batu serai wangi, beli dari kawan dulu..satu warna merah dan satu lagi warna putih.Kilauan dari pecahan batu tu amat cantik..bersinar2 jer.Pernah baca satu artikel,batu permata yg melekat pada akar pokok serai tu bukan sebarang org boleh ambik dan bukan boleh diambik senang2 gitu jer..ada pantang larang dan petuanya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by solara at 7-7-2006 10:56 AM



kak hannah, ada jiran saya plak kata.... kalau serai wongi berbunga... ada harta karun di bawahnya... tah betul tidak tak tau ler.... pehtu plak kena tuan yang empunya dapat mimpi dulu, baru  ...


Originally posted by MAKLANG at 7-7-2006 01:33 PM


Pernah baca satu artikel,batu permata yg melekat pada akar pokok serai tu bukan sebarang org boleh ambik dan bukan boleh diambik senang2 gitu jer..ada pantang larang dan petuanya...
...



ooo itu macam ka?? banyak mistik aarr!!  rasanya yg kawan bagi hari tu mmg ada batu serai.. dia ada ckpdgn abang hari tu.. eee, kalau pelik2 ni.. seramlah..!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2006 05:47 PM | Show all posts
Kelebihan aroma daun serai



SEKALI pandang, daun serai seperti lalang. Yang membezakan ialah aroma, perisa dan khasiatnya. Pokok serai adalah sejenis tumbuhan yang hidup meliar, namun ada juga yang ditanam di kebun dan halaman rumah.


SYAMPU dan sabun yang
dihasilkan daripada
serai wangi.

Di dalam masyarakat Melayu, serai sering digunakan untuk menambahkan perisa dalam makanan bagi menambah kelazatannya. Bagi tujuan perubatan tradisional pula, ada tiga bahagian utama yang boleh dimanfaatkan iaitu akar, batang dan daunnya.

Apa yang pasti, serai adalah pokok herba malar hijau yang digunakan dalam masakan Asia (terutamanya masakan Thailand), Khmer dan Vietnam) dan masakan Karibbean. Di Malaysia, suri rumah juga menggunakan batang dan daun serai untuk keperluan masakan dan mencuci ikan yang berbau hanyir.

Ia mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan dan dijadikan tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari ia juga sesuai untuk "poultry", ikan, dan masakan laut.

Ada lebih dari 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand selain Serai India Barat (Cymbopogon citratus)

Redakan sakit perut, sengal

UNTUK kegunaan tradisional, serai digunakan bagi membantu meredakan pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah membuang air kecil.

Bagi mengubati sakit kepala dan sengal-sengal, daun serai haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di dahi (bagi sakit kepala) atau bahagian tubuh yang terasa sengal.

Bagi sakit perut dan masalah membuang air kecil pula, daun dan akar serai haruslah direbus dan diminum air rebusan tersebut. Selain daripada itu, batang serai pula boleh digunakan untuk menambahkan keharuman di dalam makanan.

Aroma air mandian

AKAR serai juga boleh digunakan sebagai pewangi di dalam syampu dan minyak wangi. Ia juga boleh digunakan di dalam air mandian bagi menyegarkan tubuh badan.

Sekiranya ditinjau dari sudut kajian saintifik pula, didapati bahawa pokok serai juga turut mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Minyak ini mengandungi beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen.

Daripada kajian yang dijalankan juga didapati bahawa haruman dan aroma yang terhasil daripada pokok serai ini sebenarnya disebabkan oleh limonena dan campuran citral yang terkandung di dalamnya. Selain itu, ahli sains juga telah dapat mengasingkan dua jenis bahan kimia lain daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogon.

Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati.

Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian. Lilin atau gaharu yang dicampur minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.


FAKTA: POKOK SERAI

Nama Saintifik: Cymbopogon citratus (D.C)
Keluarga: Gramineae
Kegunaan: Perisa masakan, redakan penyakit dan pewangi syampu dan air mandian



FAKTA: Kepentingan pokok serai

Mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Ada beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen.

Haruman dan aroma yang terhasil daripada pokok serai ini sebenarnya disebabkan oleh limonena dan campuran citral yang terkandung di dalamnya.

Dua jenis bahan kimia lain daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogon.

Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati.

Citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian. Lilin atau gaharu yang dicampur minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 7-7-2006 05:47 PM
Daripada kajian yang dijalankan juga didapati bahawa haruman dan aroma yang terhasil daripada pokok serai ini sebenarnya disebabkan oleh limonena dan campuran citral yang terkandung di dalamnya. Selain itu,



Menurut kawan saya yang ambil kursus teknologi makanan, disebabkan unsur di atas ia dipanggil lemon grass. Sebab dalam buah lemon juga mengandungi unsur yang sama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 12:08 PM | Show all posts
Betool la aku pun tengah carik serai wangi nak tanam sebab bau dia boleh halau nyamuk dan serangga merayap yang lain. Terutamanya lipas. Buktinya kalu pegi farmasi mintak krim untuk masuk hutan mesti dia bagi krim yang ada kandungan serai wangi. Lagipun benda bagus letak kat rumah takdelah risau sgt budak termakan sebab dia bukan racun
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 01:16 AM | Show all posts
Originally posted by jimmy_ali5618 at 7-7-2006 09:08 PM
Betool la aku pun tengah carik serai wangi nak tanam sebab bau dia boleh halau nyamuk dan serangga merayap yang lain. Terutamanya lipas. Buktinya kalu pegi farmasi mintak krim untuk masuk hutan mes ...



yea btul tu serai wangi leh halau nyamuk baunya pon sedap.
Kat kampung serai ni slalunya buat sbg minyak urut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2006 08:39 AM | Show all posts
Originally posted by jimmy_ali5618 at 8-7-2006 12:08 PM
Betool la aku pun tengah carik serai wangi nak tanam sebab bau dia boleh halau nyamuk dan serangga merayap yang lain. Terutamanya lipas. Buktinya kalu pegi farmasi mintak krim untuk masuk hutan mes ...

seri ada tanam serai wangi..tp belum merimbun lagi ...sloww skit la serai wangi ni..nnt dah merimbun leh la bagi ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-7-2006 02:53 PM
tingin plak nak tgk mcm mana rupanya

hehe

sungguh, tak tahu nih



Serai wangi ni pokoknya lebih kurang macam serai biasa.  Cumanya pangkal batangnya  tu tidak sebesar serai yang kita masukkan dalam masakan.  Rumpun dia lebih besar.  Dan kalau kita cubit sikit daunnya dan cium ia berbau wangi.

Serai wangi ni selalunya orang tanam untuk buat ubat.  Salah satu kegunaan yang saya tahu ialah dibuat air rebusan bersama daun-daun lain  contohnya campurkan dengan daun mengkudu, daun pandan, daun lengkuas dan lain-lain dibuat mandian untuk ibu-ibu lepas bersalin. Badan akan rasa ringan dan segar.

Kita yang bukan lepas bersalin ni pun boleh juga mandi air rebusan ni untuk menyegarkan badan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 7-7-2006 01:33 PM


pokok serai memang tak berbunga tapi yg berbunga tu lah yang payah nak dapat dan jumpa.Maklang ada batu serai wangi, beli dari kawan dulu..satu warna merah dan satu lagi warna putih.Kilauan dar ...



Salam Mak Lang dan forumers semua,

Kak Iman pun pernah tengok batu-batu serai ni.  Beraneka warna.  Sebenarnya batu serai didapati dari pokok serai biasa bukan dari pokok serai wangi.

Kak iman pernah tengok pokok serai berbunga ni.  Istilah berbunga ni bukan bunga dalam erti kata bunga sebagaimana yang kita bayangkan tetapi ialah ada batang-batang serai yang kurus-kurus bercabang-cabang tumbuh lebih tinggi dari daun-daun serai di pokok berkenaan.

Menurut kawan kak iman yang mempunyai pokok serai berbunga ni, dia memanggil bomoh untuk menggali perdu serai ni.  Katanya buat sendiri tak boleh.  Mesti ada bomoh yang tahu menahan batu-batu tu daripada hilang apabila dicabut perdu serai tersebut.  Kawan kak iman tu bawalah batu-batu serai, berbagai saiz  dan ada berbagai warna seperti biru, merah dan pink tu ke kedai emas.  Orang di Kedai emas tu kata batu tak ada nilai.  Cuma bolehlah dibuat perhiasan.

Ramailah juga kawan-kawan yang beli.  Dia jual dalam harga rm30/ setiap satu.  Dia dapat dalam 9 atau 10 biji batu permata tu.  Ada yang buat batu cincin, ada yang ikat sebagai loket.  Batu tu memang cantik, macam batu-batu nilam.  Tapi kak iman tak beli cuma tengok jer sebab belum berminat untuk memilikinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 09:21 PM | Show all posts
Ada sesiapa di sini yang tahu ke mana harus dijual serai wangi kalau kita tanam untuk komersial?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.417546 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list