CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

Senibina Masjid-masjid Indah di Malaysia.......

[Copy link]
 Author| Post time 7-7-2006 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 7-7-2006 10:50 AM
Terfikir pulak nak tahu fungsi2 dlm binaan dan ornamen masjid...  mcm kubah, minaret, mimbar dll...


antara fungi2nya ialah:

Mimbar
adalah tempat utk khatib membaca khutbah

Menara
pada zaman awal islam iaitu pd zaman nabi muhammad s.a.w, apb masuk waktu solat, mu'azin akan berada di kawasan tinggi (bukit) pada masa itu utk melaungkan azan. ia dibuat supaya azan dpt didengari pada jarak yg lebih jauh. dengan terbinaya masjid, maka dibuat menara yg agak tinggi agar dpt mua'azin melaungkan azan pada kedudukan yg lebih tinggi.

Mehrab
adalah tempat imam bersembahyang mengetuai jemaah. Rekabentuknya yang dibina terkehadapan dari Dewan Sembahyang adalah untuk menempatkan imam mengetuai jamaah.

Kedudukan ini menjelaskan permuafakatan, kepimpinan dan wawasan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2006 08:12 AM | Show all posts


Masjid UNITEN bangi





Masjid PUTRAJAYA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 10:47 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 6-7-2006 07:07 PM


Masjid Kota Kinabalu

saper yg ada info pasal masjid nih?, nampak mcm masjid baru


setahu saya masjid ni lama terbengkalai sebelum siap.  siap dlm tahun 2000.
project mula masa zaman PBS memerintah Sabah lagi.
Masjid ni dekat kawasan Likas Bay - kawasan reclaimed; jalan yang kat depan tu kalau terus akan sampai ke bangunan yayasan sabah dan universiti malaysia sabah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2006 03:24 PM | Show all posts
cantik la masjid nih...... apa nama masjid nih.......

kalau pepetang duduk kat masjid nih tenang je, nampak laut......
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 04:20 PM | Show all posts
I ingat ada satu masjid lama yg terkenal kat Melaka.  Ada ciri2 masjid Demak, Indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 09:23 PM | Show all posts
Ni masjid di pulau langkawi







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2006 10:44 AM | Show all posts
ni lagi masjid2 yang aku snap..kalo gi outstation..mmg suka singgah masjid2 tuh n amik photo..bnyk act. gambo2 masjid..cuma x sempat nak load je..senang2 load gi.

masjid kat mitc melaka





masjid muar..







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 07:09 PM | Show all posts
Kalo I pergi mana2... 2 tempat yg I suka ambil tahu ialah tempat solat dan tempat makan.  Kadang2 sengaja je pergi tempat solat atau tempat makan yg berlainan walau pun dlm pekan/ bandar yg sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2006 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 10-7-2006 04:20 PM
I ingat ada satu masjid lama yg terkenal kat Melaka.  Ada ciri2 masjid Demak, Indonesia.



hmmm yg tu kalau tak salah saya, Masjid Tengkera, salah satu masjid yg tertua kat negara nih..... pernah jugak sembahyang kat masjid nih masa duduk kat Melaka dulu........



Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga adalah masjid yang kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit.

Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.

Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhamad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.

Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muhamad Shah mangkat pada 5 September 1835 dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tengkera"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2006 04:31 PM | Show all posts
oleh kerana islam di melaka banyak dipengaruhi dari Indonesia (Sumatera dan Jawa) maka pembinaan masjid2 di Melaka boleh dikatakan hampir sama jika dilihat dari struktur pembinaan bumbungnya samada masjid tu baru atau masjid lama. sbg contoh Masjid Al-Azim.



Masjid Al-Azim merupakan sebuah masjid yang terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Masjid ini mampu menampung jemaah seramai 10,400 orang. Tingkat atas dikhaskan untuk wanita seramai 700 orang manakala tingkat bawah boleh menampung seramai 9,700 orang jemaah lelaki. Masjid ini luas dan selesa kerana tidak diganggu oleh tiang-tiang kecil.

Masjid Al-Azim mula dibina pada 14 Mac 1984 dan siap sepenuhnya pada 12 Januari 1990. Projek pembinaannya yang menelan belanja sebanyak RM19.5 juta itu telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 13 Julai 1990 bersamaan 20 Zulhijjah 1410 H.

Rekabentuk

Gaya seni bina Masjid Al-Azim ini disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Rekabentuk yang mengambil kira aspek keunikan seni bina tradisi Melayu dan seni ukir Islam. Sesuai dengan keunikannya itu, ia dapat dilihat dari dua sudut luaran dan dalaman.

Berbentuk segi empat yang disesuaikan dengan bumbung tiga tingkat yang juga sama bentuknya. Ilham ini berdasarkan bentuk masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan selaras dengan hakikat Islam itu sendiri yang terdiri dari empat unsur utama, iaitu:

tapaknya melambangkan syariat (Perundangan Islam);
tingkat pertama melambangkan tariqat (jalan mendekati Allah);
tingkat kedua melambangkan haqiqat (mencari kebenaran Allah); dan
tingkat ketiga melambangkan makrifat (mengenal Allah).
Puncaknya yang berukir-ukir digantikan dengan dom.

Beberapa potong ayat al-Quran telah dipilih dan diukir dengan tulisan khat yang menarik. Pemilihan ayat tersebut pula disesuaikan dengan konsep dan falsafah pembinaan masjid ini.

Setiap hujung tulang bumbung masjid ini terdapat sulurbayung yang melambangkan satu ciri keistimewaan terhadap keindahan senibina Melayu. Ilham terciptanya sulurbayung ini diambil dari sejenis tumbuhan liar di tepi sungai. Ia menggambarkan genggaman tangan semasa bertahhiyat.

[ Last edited by  jofizo at 14-7-2006 04:47 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2006 04:34 PM | Show all posts

Masjid Kampung Kling




Juga merupakansalah satu daripada masjid yang tertua di negeri ini dgn gaya rekabentuk Sumatera. Selain daripada mempunyai sebuah kubah yang konvensional, ia juga mempunyai 3 tingkat bumbung yang berbentuk seperti piramid. Masjid ini mempunyai menara yang berlainan daripada yang biasa disaksikan, di mana strukturnya yang seperti Pagoda memaparkan gabungan pengaruh arkitek Timur dan Barat. Masjid ini terletak di antara persimpangan Jalan Lekiu dan Jalan Tukang Emas.
[atas]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2006 04:45 PM | Show all posts

Masjid Kampung Hulu

Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Dibina pada tahun 1728 oleh Dato' Shamsudin, masjid ini merupakan salah satu daripada masjid yang tertua di Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 14-7-2006 04:20 PM


Dulu masa kecil, masjid kat tempat I pepenjuru bumbungnya ada mcm badan naga gitu.  Ada gak la pelancong2 Mat Salleh yg ambil gambar. Sekarang dah tukar masjid baru berbentuk moden.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 05:33 PM | Show all posts
kat melaka banyak mesjid yang bermacam-macam bentuk...
memang bersejarah sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 11:53 AM | Show all posts

Wah! Dpt byk info kat buku Teori Seni KBSM

Perihal seni bina masjid

1.        Seni bina masjid termasuk di dalam seni bina bangunan yang penting di Malaysia.

2.        Seni bina masjid mempunyai identitinya yang tersendiri.

3.        Masjid terdapat di merata-rata tempat di Malaysia.

4.        Selain menjadi lambangkeagungan syiar Islam, masjid juga menjadi pusat pengembangan ajaran Islam.

5.        Masjid menjadi tempat perhimpunan orang¬orang Islam pada hari-hari perayaan keagamaan.

6.        Terdapat himpunan ciri-ciri seni bina, seni ukir, dan seni khat yang sungguh menarik pada bangunan masjid.

7.        Seni bina masjid yang awal adalah mengikut reka bentuk tradisional yang mempunyai ciri¬ciri seni bina rumah Melayu tradisional.

8.        Dati semasa ke semasa, binaan yang didirikan diperbaharui, diubah suai, dan disisipkan dengan unsur-unsur kesenian daripada pelbagai bangsa di dunia, terutamanya dari negara¬negara Islam yang lain.

9.        Gabungan dan percantuman unsur-unsur seni bina Islam dari negara Turki, Arab, Maghribi, Parsi, India, dan China telah membentuk dasar seni bina bagi sebahagian daripada masjid di Malaysia.

10. Ciri-ciri yang nyata pada sesebuah masjid ialah

(a) kubah
(b) menara
(c) bumbung
(d) pintu besar
(e) tiang-tiang utama
(t)  mimbar masjid
(g) mihrab
(h) hiasan di ruang-ruang sebelah dalam masjid
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 11:56 AM | Show all posts

Struktur masjid

1.        Perkataan masjid berasal daripada perkataan Arab yang bererti 'sujud'.

2.        Masjid merupakan bangunan atau tempat yang digunakan oleh orang-orang Islam untuk bersembahyang.

3.        Jika tiada masjid, surau digunakan sebagaj tempat bersembahyang.

4.        Orang-orang. Islam ,me.nghadap ke arah kiblat (arah Kaabah. Di Makkah) semasa bersembahyang.

5.        Arah kiblat ditandai oleh sebuah mihrab yang terletak pada dinding di bahagian hadapan masjid.

6.        Mimbar, tempat imam membaca khutbah biasanya terletak di sebelah kanan mihrab.

7.        Mimbar biasanya diperbuat daripada kayu, batu marmar, ataupun batu-batu lain yang sesuai.

8.        Terdapat juga beberapa anak tangga pada mimbar untuk membolehkan imam naik ke atas mimbar.

9.        Di kemuncak mimbar, biasanya terdapat kubah.

10.        Kubah ialah bumbung yang melengkung dengan dasar yang bundar.

11.        Menara biasanya dibina di bahagian luar bangunan masjid.

12.        Menara masjid berfungsi sebagai hiasan dan menjadi tempat bilal melaungkan azan untuk menandakan masuknya waktu sembahyang bagi orang-orang Islam.

13.        Madrasah ialah bangunan yang biasanya dibina bersambungan dengan masjid.

14.        Madrasah hanya terdapat di masjid-masjid yang besar.

15.        Madrasah merupakan tempat umat Islam mendalami i1mu-i1mu keagamaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2006 12:00 PM | Show all posts

Sejarah masjid

1.        Perkembangan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu bermula di MeJaka pada awal kurun ke-15.

2.        Pada masa itu, Melaka dikenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama Islam di gugusan Kepulauan Melayu di samping menjadi pusat perdagangan yang terkenal.

3.        Banyak masjid telah dibina di Melaka sejak pengislaman negeri Melaka, termasuk juga negeri-negeri yang berada di bawah takluk Melaka.

4.        Reka bentuk seni bina masjid berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain disebabkan oleh faktor:

(a) iklim
(b) topografi
(c) persekitaran
(d) cara hidup masyarakat setempat

5.        Secara amnya, bentuk masjid di Malaysia dibahagikan kepada dua:

(a) Masjid yang menunjukkan ciri pengaruh tradisional dan serantau

(b) Masjid yang menunjukkan ciri seni bina Timur Tengah, Maghribi (dari sebelah barat), dan India Muslim.

6.        Pada masa dahulu, masjid dibina berhampiran dengan istana-istana raja ataupun tempat¬tempat kegiatan ekonomi, misalnya berdekatan sawah padi atau pusat perdagangan.

7.        Hampir semua bentuk masjid yang awal mempunyai tiang.

8.        Lantai masjid biasanya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air daripada memasuki masjid ketika banjir.

9  Bumbung masjid dibina bertingkat-tingkat, tinggi, dan curam untuk memudahkan penyaliran air apabila hujan lebat, supaya air tidak bertakung dan bahan kayu tidak cepat reput.

10. Masjid Melayu lama biasanya diperbuat daripada kayu dan bumbungnya berbentuk atap tumpang atau 'meru'.

11. Bumbung tumpang adalah dibina bertingkat¬tingkat, besar di bahagian bawah, dan meruncing ke bahagian atas.

12. Bilangan 'meru' biasanya ganjil (3 atau 5) kerana mengikut kepercayaan orang-orang Melayu, angka ganjil (ghasal) dianggap angka yang suci.

13. Di antara tingkat-tingkat bum bung terdapat ruang berbentuk jendela untuk penyaliran udara dan cahaya supaya keadaan di dalam masjid nyaman dan selesa.

14. Dinding, jendela, dan jejala untuk menepati fungsinya mempunyai nilai-nilai estetik.

15. Kini, hanya terdapat beberapa buah masjid yang berbentuk tradisional kerana banyak masjid lama telah reput dan musnah, ataupun telah terbakar.

16.        Beberapa bangunan masjid yang masih ada pada hari ini telah diperbaharui beberapa kali.

(a) Bangunan kayu telah diganti dengan bangunan batu.

(b) Bumbung nipah telah diganti dengan bumbung zinkatau genting.

17.        Masjid-masjid yang terkemudian mempunyai kubah berbentuk bawang. Kubah jenis ini muncul selepas negara dijajah oleh Inggeris.

18.        Gaya pembinaan ini diilhamkan daripada seni bina Timur Tengah dan India.

19.        Struktur pembinaan seperti ini hanya muncul di Tanah Melayu pada kurun ke-20 dan masih terus diaplikasikan dalam pembinaan masjid¬masjid baru di Malaysia.

20.        Bentuk seni bina masjid di Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Kini terdapat gaya pembinaan yang menakjubkan dari segi bahan, teknik, dan proses.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:02 PM | Show all posts

Fungsi masjid

1.        Antara fungsi-fungsi masjid ialah:

(a) bangunan tempat menunaikan solat Jumaat di samping solat-solat biasa.

(b) tempat ahli jemaah bermesyuarat sebelum menjalankan sesuatu kegiatan kebajikan.

(c) tempat mengajar pelbagai ilmu keagamaan; antaranya pengajaran ilmu tauhid (ilmu berkenaan keesaan Allah), fekah (pengetahuan berkenaan hukum agama Islam), sejarah Islam, tafsir (keterangan dan penjelasan berkenaan ayat-ayat Al-Quran), kursus menguruskan mayat, kursus haji, dan sebagainya.

2.        Di masjid juga sering diadakan majlis syarahan agama dan lain-lain majlis sosial seperti maulidur rasul, bacaan tahlil, dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:03 PM | Show all posts

Peranan institusi dan organisasi

Institusi dan organisasi yang bertanggungjawab membuat kajian, memelihara, mengekalkan, dan mendokumentasikan bahan-bahan yang berkaitan dengan seni bina masjid di Malaysia ialah:

        (a)         Persatuan Arkitek Malaysia
        (b)         Pusat Islam
        (c)         Majlis Hal-Ehwal Agama Islam
        (d)         Muzium
        (e)         Institut Teknologi Mara
        (f)         Universiti Teknologi Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:04 PM | Show all posts

Tokoh penting

1.        Tokoh jurubina masjid di Malaysia ialah Datuk Haji Baharuddin bin Abu Kasim.

2.        Masjid-masjid yang telah dibina di bawah penyelenggaraan beliau termasuklah

(a) Masjid Negara di Kuala Lumpur;
(b) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.160086 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list