CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

Senibina Masjid-masjid Indah di Malaysia.......

[Copy link]
Post time 23-7-2006 12:10 PM | Show all posts

Masjid Kampung Laut, Kelantan

1.        Masjid Kampung Laut adalah yang tertua sekali di Malaysia.

2.        Masjid ini dibina kira-kira 250 tahun dahulu oleh ulama-ulama dari Tanah Jawa.

3.        Nama masjid ini adalah sempena daripada nama kampung di mana terdapatnya tapak asal masjid ini.

4.        Bentuk seni binanya hampir sarna dengan Masjid Agung Demak di Jawa, Indonesia.

5.        Bumbung masjid ini adalah berbentuk segi tiga tangkup yang disebut 'bumbung bertenggek' .

6.        Di setiap sisi dinding masjid terdapat pintu¬pintu.

7.        Pada asalnya, terdapat sebuah menara di tepi masjid.

8.        Di belakang masjid terdapat sebuah kolah yang diperbuat daripada batu pejal; merupakan tempat mengambil air sembahyang.

9.        Tiang asal masjid ini adalah tinggi, iaitu lebih daripada 2.4 m tinggi (dari aras tanah ke lantai). Tiang-tiang dibina sebegini tinggi supaya sultan-sultan yang menaiki gajah semasa pergi ke masjid untuk bersembahyang tidak perlu turun ke tanah.

10.        Kini, tapak masjid ini terletak di kawasan Pusat Pengajian Islam Nilam Puri diselatan bandar Kota Bharu, Kelantan.

11.        Tiang-tiang tampungnya telah dipotong dan dipendekkan supaya masjid kelihatan lebih teguh.

12.        Masjid ini adalah sangat tahan lama kerana papan lantai, dinding, dan kayu tiangnya adalah daripada kayu jenis cengal.

13.        Seni bina masjid ini menunjukkan kemahiran tukang Melayu yang unggul kerana tidak terdapat sebatang paku pun yang digunakan .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2006 12:11 PM | Show all posts

Masjid Kampung Hulu

1.        Masjid Kampung Hulu adalah masjid yang tertua sekali di negeri Melaka.

2.        Masjid ini didirikan pada tahun 1728 (bersamaan dengan 1141 Hijrah), iaitu sewaktu Melaka di bawah pemerintahan Belanda.

3.        Masjid ini dibina oleh Datuk Shamsuddin di atas tanah yang diwakafkan.

4.        Masjid ini telah diperbaharui pada tahun 1892.

5.        Bangunan asalnya adalah diperbuat daripada kayu.

6.        Wazir AI-Sheikh Omar bin Husain AI-Attas telah memperbaharui masjid ini dengan m-embina pula daripada batu.

7.        Struktur bumbung dan tiang seri yang diperbuat daripada kayu jenis belian (diimport dari Kalimantan) adalah terus dikekalkan.

8.        Pengaruh Cina jelas kelihatan pada bahagian puncak yang berbentuk sedikit kearcaan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:13 PM | Show all posts

Masjid Tranquerah, Melaka

1.        Masjid ini terletak di tepi jalan yang menghubungkan bandar Melaka dengan Tanjung Keling.

2.        Masjid ini merupakan masjid yang kedua tertua di negeri Melaka dan telah disenaraikan antara masjid bersejarah yang pertama di Melaka.

3.        Masjid ini telah dibina pada tahun 1728, iaitu pada zaman pemerintahan Belanda.

4.        Seni bina masjid ini menyamai seni bina Masjid Kampung Laut, di Kelantan.

5.        Bumbungnya berbentuk piramid dan bertangkup tiga.

6.        Bumbung masjid ini juga mempunyai kubah kecil yang menonjolkan sifat kearcaan.

7.        Bentuk kubahnya memenuhi fungsi sebagai kemuncak dan juga sebagai sebuah ukiran pahatan arca yang istimewa.

8.        Berdekatan dengan eueur bumbung terdapat belalai gajah yang digayakan sehingga menjadi beberapa lentingan.

9.        Menara yang terdapat di sisi masjid adalah diperbuat daripada batu dan memperlihatkan kombinasi seni bina China dan India.

10.        Mimbar masjid ini adalah berukuran 3 m tinggi, 2.1 m panjang, dan 1.5 m lebar. Mimbar ini diperbuat daripada kayu jati.

11. Hiasan ukiran di dalam masjid adalah menggunakan motif tumbuhan yang dieat pula dengan warna merah, emas, 'hartel', dan hitam, iaitu warn a yang sering dikaitkan dengan bangsa Cina.

12.        Di dalam kawasan masjid, terdapat makam Sultan Hussein Shah, iaitu sultan Johor yang telah menjualkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur pada tahun 1819.

13.        Pada asalnya, bangunan masjid ini diperbuat daripada kayu manakala atapnya daripada daun nipah dan tiangnya pula daripada kayu belian atau ulinyang diimport dari Kalimantan.

14.        Masjid ini telah diperbaharui sebanyak beberapa kali, misalnya pada tahun 1890 dan 1910.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:15 PM | Show all posts

Masjid Kampung Keling, Melaka.

1.        Dikenal juga sebagai Masjid Kampung Balik Pali atau Masjid Kampung' Kapur.

2.        Masjid ini terletak berhampiran dengan makam Hang Kasturi di bandar Melaka.

3.        Masjid ini dibina pada tahun 1748, iaitu pada zaman pemerintahan Belanda.

4.        Seni bina masjid ini dipengaruhi oleh seni bina daripada Sumatera.

5.        Pada tahun 1872, bangunan masjid ini yang asalnya diperbuat daripada bahan kayu telah digantikan dengan batu bata.

6.        Pada tahun 1908, masjid ini diubah suai sekali lagi, tetapi struktumya masih dikekalkan.

7.        Ukiran yang terdapat pada bahagian tertentu masjid masih terus dipelihara sehingga ke hari ini.

8.        Sebuah menara yang berbentuk 'pagoda' batu telah dibina di sudut sebelah barat bangunan masjid.

9.        Seni bina menara memperlihatkan pengaruh timur dan barat.

10.        Terdapat sebuah kolah di sudut selatan masjid ini.

11.        Di sebelahnya terdapat alat untuk melihat waktu sembahyang yang diperbuat daripada batu marmar dan simen. Alat inilah yang digunakan untuk menentukan waktu sembahyang sebelum jam direka.

12.        Siling, kepala pintu, dan kepala tingkap masjid adalah dihiasi dengan hiasan ukiran yang rum it dan halus mutu pertukangannya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:18 PM | Show all posts

Masjid Abidin, Kuala Terengganu.

1.        Masjid ini terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu, berhampiran dengan Istana Maziah.

2.  Masjid ini dikenal juga sebagai Masjid Besar atau Masjid Putih.

3.        Merupakan masjid negeri Terengganu serta masjid yang terbesar di Terengganu.

4.        Masjid Abidin didirikan pada tahun 1808 pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin yang kedua.

5.        Masjid yang asal diperbuat daripada kayu dan bumbungnya mengambil unsur bumbung Limas Bungkus.
6.        Masjid ini telah dibina semula ketika pemerintahan Sultan Umar dengan menggunakan bahan konkrit.
7.        Beberapa menara dan kubah yang berbentuk bawang dibina di sisi bumbung induknya. Bumbung ini merupakan sebahagian daripada bumbung asal.

8.        Binaan masjid ini merupakan yang tertua sekali di Terengganu.

9.        Pada tahun 1972, iaitu sewaktu Terengganu di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Ismail, masjid ini sekali lagi diperbaharui.

10.        Sebuah menara induk yang menyerupai menara Masjid Negara telah dibina.

11.        Masjid ini mempunyai sebuah mimbar yang diukir dengan ukiran tradisional yang cantik.

12.        Dinding dan tiang-tiangnya dihiasi dengan ukiran tulisan khat dan ragam hias bercorak Islam yang unik dan halus.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:19 PM | Show all posts

Masjid Abu Bakar, Johor Bahru

1.        Merupakan masjid bentuk moden yang terawal dibina di Malaysia.

2.        Masjid ini menjadi lambang kebesaran Kerajaan lohor Moden.

3.        Bangunan masjid yang terletak di atas sebuah bukit dan menghala ke Selat Tebrau ini dibina pada tahun 1892. Masjid ini digunakan pada tahun 1900.

4.        Lanskap di sekeliling masjid menambahkan lagi keindahan dan keistimewaan masjid ini.

5.        Pada setiap pepenjuru masjid terdapat menara yang tidak sarna keadaannya. Di sebelah barat dan timur dua tingkat, di sebelah utara dan selatan tiga tingkat.

6.        Di puncak setiap menara terdapat binaan berbentuk bulat yang bersegi-segi seperti bentuk sebuah mahkota kecil.

7.        Bangunan ini berbumbung perabung lima dan tidak berkubah.

8.        Masjid Abu Bakar merupakan masjid terawal di Semenanjung Tanah Melayu yang mempunyai kubah yang terletak di menara pada setiap penjuru masjid.

9.        Tangga untuk naik ke tingkat atas masjid terletak di bahagian dalam menara.

10.        Unsur-unsur seni bina masjid dari Asia Barat jelas kelihatan pada struktur binaan masjid ini.

11.        Ukiran dan hiasan serta alat-alat lain pada keseluruhannya hamptr menyerupai bahagian dalam masjid-masjid utama Mesir dan Turki.

12.        Ukiran masjid mempunyai ciri-ciri kebudayaan Johor. Motif bentuk daun gambir, bunga cengkih, dan lada hitam adalah hasil tanaman utama di negeri Johor.

13.        Pintu gerbang masjid ini menjadi as as kepada kebanyakan reka bentuk pintu gerbang bangunan-bangunan masjid dan istana di negeri Johor.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2006 12:22 PM | Show all posts

Masjid Jamek, Kuala Lumpur

1.        Masjid yang tertua di Bandar raya Kuala Lumpur.

2.        Masjid ini dibina pada tahun 1909, di bawah penyeliaan A.B. Hubbock.

3.        Terletak di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak.

4.        Seni bina masjid ini dipengaruhi oleh bentuk masjid Timur Tengah dan India Utara.

5.        Bangunan induk masjid ini mempunyai tiga buah kubah.

6.        Terdapat dua buah menara di bahagian tep: masjid yang menghadap ke timur.

7.        Menara-menara kedl pula dibina mengelilingJ bangunan induk.

8.        Bangunan masjid ini telah diperbaharui pada tahun 1984.

9.        Beberapa pengubahsuaian telah dibuat untuk memperbesarkan ruang bagi para jemaah masjid.

10.    Masjid ini dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:23 PM | Show all posts

Masjid Zahir, Alor Setar

1.        Masjid ini dibina pada tahun 1912 dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1915.

2.        Reka bentuk masjid ini dipengaruhi oleh bentuk masjid di Sumatera Utara dan Acheh.

3.        Jurutera yang bertanggungjawab dalam pembinaan masjid ini ialah J.Gorman.

4.        Keluasan ruang sembahyang pada bangunan induk masjid ialah 19.5 m x 19.5 m dengan dikelilingi oleh ruang serambi selebar 2.4 m.

5.        Masjid ini mempunyai empat buah anjung di setiap sisinya dengan masing-masing anjung mempunyai sebuah kubah berbentuk bawang.

6.        Pada setiap bumbung di ruang anjung terdapat sebuah menara kecil yang dipanggil menara serambi.

7.        Di sisi sebelah timur masjid terdapat sebuah menara serambi yang telah diubah suai menjadi menara yang lebih tinggi seperti kubah yang terdapat di tengah.

8.        Terdapat sebuah menara induk yang terletak agak jauh dari bangunan masjid yang dilengkapi dengan sebuah jam.

9.        Permukaan dinding masjid adalah dihiasi dengan ragam hias dan ukiran yang cantik.

10.        Jenis gerbangnya yang bergigi asing ini terdapat dengan banyaknya di India, juga sewaktu pemerintahan Inggeris.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2006 12:25 PM | Show all posts

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

1.        Masjid Ubudiah terletak di Bukit Chandan, berhampiran dengan istana rasmi sultan Perak di Kuala Kangsar.

2.        Masjid ini dianggap sebagai salah sebuah masjid yang tercantik di Malaysia.

3.        Masjid ini menjadi kebanggaan umat Islam di negeri Perak.

4.        Pembinaan masjid ini dimulakan pada tahun 1913, iaitu pada masa pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Azam Shah (1877 - 1916).

5.        Pembinaan masjid ini telah tergendala sebanyak dua kali disebabkan:

(a) dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan telah memijak dan memecahkan lantai marmar yang diimport dari Itali.
(b) meletusnya Perang Dunia Pertama.

6.        Masjid ini hanya dapat dibuka dengan rasminya pada tahun 1917 oleh Sultan Abdul Jalil Karamutullah Shah.

7.        Perbelanjaan pembinaan masjid ini berjumlah kira-kira RM200 000.

8.        Seni bina masjid ini berdasarkan seni bina Moor, Timur Tengah, dan India Muslim.

9.        Keluasan ruang bangunan induk masjid ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oIeh serambi selebar 2.5 m.

10.        Masjid Ubudiah ini berbentuk bangunan yang berpecah empat dengan empat buah anjung,' empat buah kubah, Iapan buah menara induk, dan 16 buah menara apit dengan kubah induk di tengah-tengahnya.

11.        Sebuah kolah dibina di sisi timur masjid.

12.        Kubah berwarna em as yang bergemilauan dengan menara-menara yang tidak sarna ketinggiannya memberikan pemandangan yang mengkagumkan.

13.        Pembinaan masjid ini menggunakan marmar hitarn dan putih; satu contoh yang tercantik lagi cornel.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:27 PM | Show all posts

Masjid Kapitan Kling, Pulau Pinang

1.        Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Pitt dan JaIan Lebuh Buckingham di bandar Pulau Pinang.

2.        Pembinaan masjid ini diilhamkan oleh orang¬orang Islam yang berasal dari India yang telah menjalankan perdagangan di situ sejak pulau ini dibuka oleh penjajah Inggeris pada kurun ke-18.

3.        Masjid Kapitan Kling ini dibina pada tahun 1916.

4.        Arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk masjid ini ialah H.A. Neubronner.

5.        Seni bina masjid ini adalah berdasarkan sent bina masjid-masjid yang terdapat di India Utara, Indo-Inggeris.

6.        Masjid ini mempunyai bum bung berbentuk perabung lima.

7.        Tangganya yang dibina hingga anjung pertama adalah terdedah.

8.        Anjung puncak juga terbuka; merupakan saIL ciri istimewa bangunan masjid ini.

9.        Menara masjid terletak di sebelah timur yang kedudukannya terpisah daripada bangunan masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:30 PM | Show all posts

Masjid Negara, Kuala Lumpur

1.        Masjid Negara dibina pada tahun 1963 dan telah dibuka secara rasmi pada tahun 1965.

2.        Masjid ini menjadi lambang agama rasmi negara Malaysia, iaitu Islam.

3.        Masjid ini terletak di atas kawasan seluas kira-kira 5.3 hektar. Ruang tengah masjid sahaja adalah seluas kira-kira 127.9 m persegi.

4.        Masjid ini dapat menampung lebih daripam 3000 orang jemaah yang bersembahyang dJ dalamnya.

5.        Menara masjid adalah setinggi 73 m dar: mempunyai 245 anak tangga.

6.        Masjid ini juga dilengkapkan denga:: perpustakaan, pejabat, dan terdapat kawasa; makam pahlawan negara.

7.        Motif payung terbuka yang digunakan untuk membuat bumbung induk masjid dan motif payung tertutup untuk membuat menara telah menjadi ciri istimewa masjid ini.

8.        Seni bina bumbungnya yang unik ini sering ditiru oleh masjid-masjid yang lebih kecil di beberapa buah kampung dan pekan di Malaysia.

9.        Serambi masjid di selang-seli dengan bumbung berbentuk leper dan empat segi elips.

10.        Dinding berlubang berbentuk geometri dijadikan sebagai tempat masuk udara supaya keadaan dalam masjid sentiasa nyaman dan selesa.

11.        Kaligrafi serta corak-corak geometri berbentuk Islam dan ayat-ayat suci AI-Quran. yang terdapat pada dinding masjid semuanya dijalin dan disulami dengan harmoni.

12.        Orang yang bertanggungjawab mereka bentuk masjid ini ialah Datuk Haji Baharuddin Abu Kasim.

13.        Khat 'Thuluth' yang terdapat di sekitar masjid dalam bentuk mosaik adalah dihasilkan oleh Sheikh Omar Basaree.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:31 PM | Show all posts

Masjid Negeri Perlis

1.        Masjid ini dibina pada tahun 1972.

2.        Batu asasnya diletakkan oleh Raja Perl is, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan lamalullail sempena hari keputeraan baginda yang ke-54.

3.        Masjid ini mempunyai sebuah kubah besar yang tingginya kira-kira 20 m dari permukaan tanah.

4.        Dua buah kubah yang lebih kecil didirikan di bahagian anjung masjid.

5.        Terdapat juga dua buah menara kecil.

6.        Kubah masjid yang berbentuk bawang 1m menyebabkan masjid ini kelihatan seperti masjid-masjid yang terdapat di padang pasir Afrika Timur, Pakistan, dan India.

7.        Seni bina masjid ini dikenal sebagai seni bina Arab Moor dan India Muslim.

8.        Bangunan jenis ini ban yak dibina pada akhir abad ke-17 oleh arkitek-arkitek Inggeris dengan mengambil eontoh seni bina India Muslim di India. Contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Bangunan Ibu Pejabat Kereta api Tanah Melayu di Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:32 PM | Show all posts

Masjid Negeri Pulau Pinang

1.        Masjid ini dibina pada tahun 1977.

2.        Kerja-kerja pembinaan masjid ini mengambil mas a kira-kira empat tahun.

3.        Batu asas masjid ini telah diletakkan oleh Tuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Haji Sardon bin Haji Zubir.

4.        Istiadat pembukaan rasmi masjid telah diadakan pada tahun 1980.

5.        Masjid ini dapat menampung lebih kurang 5000 orang jemaah.

6.        Seni bina masjid ini merupakan seni bina masjid yang paling moden di Pulau Pinang.

7.        Masjid ini menjadi simbol agama rasmi di Pulau Pinang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:36 PM | Show all posts

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor

1.        Merupakan masjid negeri bagi Selangor Darul Ehsan.

2.        Masjid ini dibina pada tahun 1986 dan telah dibuka secara rasmi pada 11 Mac 198B.

3.        Masjid ini terletak di kawasan seluas 14.6 hektar, di bahagian utara tebing Tasik Selatan, pusat bandar Shah Alam.

4.        Masjid yang terbesar di Malaysia ini menelan belanja kira-kira 162 juta ringgit.

5.        Masjid ini boleh menampung sehingga 16 000 orang jemallh sekaligus.

6.        Seni bina masjid ini adalah daripada kombinasi seni bina tradisional Islam dan Asia Barat, India Barat, dan ciri-ciri binaan Melayu asli.

7.        Pembinaan masjid ini menggunakan teknik pembinaan yang terbaru serta bahan mentah moden seperti konkrit, granit, batu marmar, batu aluminium, kaca, dan enamel.

8.        Kubahnya adalah setinggi kira-kira 100 m dari permukaan tanah dengan jejari 28.5 m. Kubah masjid ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara.

9.        Empat buah menara yang setinggi 150 m dibina di sekeliling kubah besar ini. Menara¬menara yang melambangkan empat sudut dunia ini merupakan menara yang tertinggi di dunia.

10.        Lantai masjid ini diperbuat daripada batu marmarLangkawi.

11.        Semua lantai di dewan sembahyang adalah disaluti permaidani dan diperbuat daripada bulu terbaik, bercorak geometri, dan berlatarbelakangkan warna biru.

12.        Tiang dan dinding masjid disaluti dengan marmar putih Mahsuri yang dibawa dari
        Langkawi.        

13.        Dinding dan tingkapnya diperbuat daripada jeriji aluminium yang berjalinan corak Islam yang rumit dan halus.

14.        Mimbar masjid ini adalah berukuran 19 m tinggi dan dibuat oleh pengukir mahir dari Kelantan mengikut corak yang terdapat di masjid-masjid lama.

15.        Ubin Turki yang menghiasi mihrab masjid adalah bermotifkan bunga tanjung, iaitu bunga rasmi negeri Selangor.

16.        Segala kemudahan moden termasuk sistem bunyi yang terbaik dipasang oleh pakar bunyi yang terkemuka di dunia.

17.        Sistem pendingin udara yang dicipta khas bersama sistem pengeluaran angin menyediakan suhu yang sesuai ketika majlis besar-besaran diadakan di masjid ini.

18.        Empat buah candeliar gergasi menghias dewan sembahyang utama dengan lampu yang berwarna-warni diletakkan di galeri.

19.        Masjid ini mempunyai tiga pintu masuk. Pintu masuk utamanya adalah menghala terus ke tempat mengambil wuduk.

20.        Kawasan berhampiran masjid dipenuhi dengan pokok-pokok yang ditanam rapat-rapat serta dihias dengan pancutan air setinggi 21 m.

21.        Halaman masjid diperbuat daripada slat yang berwarna hijau dan jubin putih.

22.        Lantai luar masjid mempunyai sistem pancutan air yang tersembunyi dan boleh digunakan pada bila-bila masa sebagai ruang tambahan untuk sembahyang.

23.        Pembinaan masjid ini diilhamkan daripada Masjid Biru Sultan Ahmad di Istanbul.

24.        Banyak warna biru digunakan dalam pembinaan' masjid ini kerana warna biru merupakan simbol perjuangan, harmoni, dan syurga.

25.            Ketua kumpulan arkitek yang bertanggungjawab dalam pembinaan masjid ini ialah Datuk Haji Baharuddin Abu Kasim.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:38 PM | Show all posts

Masjid Besar Kuching, Sarawak

1.        Datuk Patinggi Ali, seorang pemimpin orang¬orang Melayu yang berpengaruh dan terkenal di bandar Kuching telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah masjid pada taHun 1847 sebagai tempat beribadat.

2.        Masjid yang asa! merupakan sebuah bangunan sederhana besar yang ter!etak di atas sebuah bukit tidak jauh dari bandar Kuching.

3.        Masjid yang keseluruhan binaannya diperbuat daripada kayu belian ini dikenal sebagai Masjid Besar Bandar Kuching.

4.        Pada tahun 1880, dinding dan lantainya telah diganti dengan simen. Walau bagaimanapun, atap bumbungnya masih terus dikekalkan.

5.        Menjelang tahun 1930, sebuah kubah telah didirikan di atas rnasjid ini. Kubah ini rnerupakan kubah yang pertarna sekali dibina di Sarawak.

6.        Pada tahun 1967, rnasjid ini telah dirobohkan kerana tidak dapat rnenarnpung jurnlah penduduk yang sernakin bertambah.

7.        Di atas tapak yang sarna, Tun Abang Haji Openg (gabenor Sarawak pada waktu itu) telah rnernbina dan rnendirikan sernula rnasjid ini.

8.        Masjid yang baru ini telah dibina daripada simen konkrit keseluruhannya.

9.        Bangunan rnasjid, ini walaupun kelihatan rnoden tetapi rnernpunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:42 PM | Show all posts

Masjid Negeri Sabah

1.        Masjid ini terletak di kawasan seluas 14.5 ekar berdekatan dengan Kampung Sembulan di Kota Kinabalu.

2.        Lokasi masjid ini adalah tidak jauh dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

3.        Masjid ini merupakan salah satu daripada masjid yang terindah di negeri Sabah.

4.        Kubah besarnya adalah setinggi 40 m dengan ukur Iilit kubah ialah 22 m.

5.        Menara masjid adalah setinggi 62.5 m.

6.        Menara masjid ini mempunyai pelantaran dan puncaknya adalah bersalut dengan monasik keemasan.

7.        Terdapat 16 buah kubah kecil di atas puncak menara di mana terletaknya ukiran bulan sabit dan bintang - lambang keislaman sejagat.

8.        Terdapat juga sebuah makam pahlawan yang mengandungi 14 buah pusara dan dikelilingi oleh sebuah kolam.

9.        Sebuah 'chandelier' besar buatan hali yang seberat 4 ton digantung bebas dari kubah besar.

10.        Tingkat satu bangunan masjid ini merupakan dewan sembahyang dan galeri wan ita yang boleh memuatkan seramai 4000 orang jemaah.

11.        Tingkat bawah masjid ini pula boleh memuatkan seramai 2000 orang jemaah.

12.                Terdapat juga dewan pelbagai guna, bilik persidangan, bilik resepsi, bilik iman dan perpustakaan.

13.                Pembinaan masjid ini telah menelan belanja sebanyak RM15 juta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2006 12:14 AM | Show all posts
kubah (dome) yang selalunya ada pada masjid bukanlah ciri2 senibina islam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 10:23 PM | Show all posts

Memang Hebat

sungguh bagus aktikal masjid ini- kalau ada yag nak cerita prihal masjid ni sila lah-
kalau ada lebih gambar lagi bagus - moga dirahmati Allah sesiapa yg contributed.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 06:38 AM | Show all posts
Menjejak khazanah bernilai

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

Program Jejak Warisan Masjid memberikan ilmu dan pengalaman berharga buat peserta yang mengikuti acara ini.



TARIKH 5 Mei lalu pasti meninggalkan kenangan paling manis buat negara. Ini berikutan kejayaan Kuala Lumpur dipilih sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009 bagi rantau Asia oleh Pertubuhan Antarabangsa Pendidikan, Saintifik dan Budaya Islam (ISESCO).

Pemilihan itu memberi satu pengiktirafan tertinggi yang diterima Malaysia. Ini kerana bukan mudah untuk melepasi syarat ketat yang ditetapkan dalam pemilihan tersebut.

Kemampuan Kuala Lumpur mengatasi cabaran kota-kota lain di dunia dalam penonjolan budaya Islam membolehkan kejayaan berpihak kepadanya.

Malah, Setiausaha Agung ISESCO, Dr. Abdul Aziz Othman Altwaijri berkata, antara faktor pemilihan itu termasuklah kerana Malaysia merupakan negara Islam contoh yang berjaya memaparkan tahap ketamadunan serta kebudayaan yang tinggi.

Rentetan daripada pengiktirafan tersebut, Jabatan Warisan Negara (Warisan) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menganjurkan satu program Jejak Warisan Masjid yang diadakan pada 8 Jun lalu.


MASJID Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur.


REKA BENTUK tingkap di Masjid India yang terletak di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.


DEKORASI dalaman yang cantik di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.


SENTUHAN hiasan dinding turut ditampilkan dalam ruang solat di Masjid India, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.


MASJID Wilayah Persekutuan menerima sentuhan gaya seni bina Safavid dari Timur Tengah.


PINTU kayu Masjid Jamiul Ehsan, Setapak, Kuala Lumpur.


MASJID Wilayah Persekutuan yang dibina pada 1997 turut menerima sentuhan senibina moden.

Sebanyak tujuh buah masjid telah dijejaki dan dilawati oleh 300 peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan termasuk wakil media dalam usaha memperkenalkan dan memberi kesedaran terhadap kepentingan sesebuah masjid warisan yang harus dipelihara untuk generasi akan datang.

Masjid yang dipilih ialah Masjid Negara, Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru, Masjid Jami'ul Ehsan, Masjid India, Masjid Asy-Syakirin KLCC dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Warisan, Profesor Dr. A. Ghafar Ahmad, program itu bertujuan memberi peluang kepada golongan remaja dan belia mengetahui tentang sejarah dan maklumat mengenai sesebuah masjid.

"Mereka bukan sahaja melihat masjid yang dilawati dari sudut fizikal semata-mata, tetapi juga mengimbau sejarah, fungsi dan keunikan senibinanya.

"Semua peserta dalam program ini telah diberi taklimat oleh pakar-pakar dalam bidang senibina dan sejarah sesebuah masjid. Selain itu, mereka turut diberi pendedahan mengenai peranan masjid dan perkembangan rumah ibadat umat Islam ini di Kuala Lumpur," ujar A. Ghafar ketika ditemui Kosmo! selepas tamat sesi Jejak Warisan Masjid yang berakhir di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Tambahnya lagi, kesemua masjid yang dipilih mewakili zaman berbeza dari tahun 1920 hingga 1990-an. Ini jelasnya, bagi memperlihatkan kepelbagaian dan perkembangan reka bentuk sesebuah masjid daripada unsur tradisional dalam ragam hias sehingga menerapkan unsur moden dalam pembinaannya selepas era kemerdekaan.

Turut serta dalam program tersebut ialah wakil dari Pertubuhan Arkitek Malaysia, Mariyah Pit dan A. Najib Ariffin serta Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Dr. Asyaari Muhamad.

Mariyah yang memberi taklimat untuk peserta Kumpulan 1 yang terdiri daripada golongan remaja dan pelajar sekolah berkata, secara keseluruhannya, struktur dan reka bentuk masjid yang ada di Malaysia mempunyai perbezaan yang tersendiri.

"Dalam lawatan sehari untuk program ini, kita dapat melihat perbezaan senibina sesebuah masjid dengan masjid yang lain.

"Ini menunjukkan pembinaan masjid tidak terhad pada reka bentuk tertentu, sebaliknya, ia bebas dan bergantung pada arkitek atau jurutera yang menghasilkan rekaan tersebut.

"Contohnya, penggunaan kubah masjid. Ia bukan satu perkara wajib yang perlu ada untuk pembinaan sesebuah masjid. Walaupun ia dianggap penting satu ketika dahulu, namun kini ia tidak semestinya perlu dibina.

"Pembinaan Masjid Negara, antara yang membuat pembaharuan dalam aspek penggunaan kubah. Ini kerana jurutera dan arkiteknya tidak menerapkan unsur kubah pada masjid tersebut.

"Malah, secara peribadi, saya merasakan pembinaan Masjid Negara adalah yang paling efektif dalam aspek fungsi dan keberkesanan rekaannya," jelas Mariyah sambil menambah bahawa pembinaan Masjid Jamek Kuala Lumpur pula lebih kepada ciri-ciri Inggeris menerusi konsep pavilion yang direka untuk memperoleh peredaran udara yang baik.

Reka bentuk dan penyeliaan Masjid Negara telah dilakukan oleh tiga arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka ialah Datuk Baharuddin Kassim, Datuk Hisham AlBakri dan Howard Ashley dari United Kingdom. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya.

Reka bentuknya sejajar dengan pembinaan bangunan zaman moden dengan senibina Islam masih dikekalkan. Rupa bentuk masjid ini terhasil daripada campuran corak keislaman dan moden serta bersulamkan senibina tempatan.

Bentuk ukiran jerjak besi yang mengelilingi bangunan ini dan dom-dom kecil yang berada di sebelah atas beranda adalah berasaskan reka bentuk Sarasin, tetapi ia disesuaikan dengan rekaan moden.

Sementara itu, Masjid Jami'ul Ehsan pula merupakan salah sebuah masjid tertua dalam sejarah di Kuala Lumpur. Masjid ini asalnya dibina daripada kayu dengan atap berbumbung piramid. Ia dipercayai didirikan di Kampung Puah, Setapak pada tahun 1879 atau lebih awal daripada itu.

Pada tahun 1900 dan diketuai oleh Penghulu Datuk Sati, masjid itu ditempatkan semula di Lot 2772 yang terletak di belakang pasar Setapak. Ia kemudian sekali lagi dipindahkan ke tapak yang asal sekarang pada tahun 1920 dan masih mengekalkan struktur asli bangunan tersebut.

Menariknya, pembinaan masjid asal Jami'ul Ehsan ini tidak menggunakan paku. Justeru, ia memudahkan penduduk untuk memindahkannya.

Asyaari menjelaskan bahawa proses pemuliharaan telah dijalankan di kawasan masjid ini sejak 2006.

Beliau yang menjalankan kerja-kerja arkeologi dalam projek pemuliharaan di masjid warisan ini berkata, sepanjang proses tersebut, banyak artifak-artifak lama ditemui di sekitar kawasan masjid tersebut.

"Antaranya termasuklah penemuan kayu pemukul beduk dan batu nisan yang dipercayai berusia ratusan tahun serta pecahan porselin dan seramik Eropah lama yang tertanam di masjid ini.

"Barangan ini diyakini berasal dari Belanda. Ini kerana corak dan motif yang digunakan pada barangan porselin itu mirip kepada gaya Belanda. Ia kemudian telah disahkan oleh pakar bidang berkenaan setelah kami menghantar barang penemuan tersebut kepada mereka," jelas Asyaari sambil menambah terdapat banyak nilai sejarah yang perlu dipertahankan di Masjid Jami'ul Ehsan ini.

Beralih kepada senibina moden, Masjid Wilayah Persekutuan adalah jawapan dalam program Jejak Warisan ini. Dengan keluasan 47,000 meter persegi, ia dibina pada 1997 dan dibuka secara rasmi pada 25 Oktober 2000 oleh Yang Dipertuan Agong ketika itu, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail.

Sebagai salah sebuah masjid utama di Kuala Lumpur, masjid ini terletak di tapak bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta. Masjid ini diuruskan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) dan boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Hampir keseluruhan kawasan masjid ini dikelilingi elemen air dalam kolam yang memantulkan imej menarik apabila disinari cahaya mentari. Dewan solat utamanya terletak di tingkat tiga dan empat. Masjid ini turut dilengkapi dengan kemudahan lif, tangga dan eskalator untuk memudahkan jemaah menuju ke dewan solat.

Faktor menarik mengenai masjid ini adalah percampuran antara gaya seni bina Safavid dari Timur Tengah pada reka bentuk keseluruhan, tetapi menggunakan pengaruh gaya Uthmaniyyah pada sebahagian kubah kecil yang menyokong kubah utama.

Di samping itu, dua buah menara yang ada di masjid ini, dipengaruhi elemen binaan gaya Mesir dengan corak tajam di mercu atau puncak menara dan ia diperindahkan dengan seni halus tradisional Melayu terutama pada seni hiasan dalaman.

Menggunakan 22 buah kubah secara keseluruhannya, pembinaan masjid empat tingkat ini mencecah kos sebanyak RM255 juta dan merupakan masjid ke-44 yang dibina oleh kerajaan di Kuala Lumpur.


MASJID Jami'ul Ehsan di Setapak merupakan salah sebuah masjid tertua dalam sejarah pembangunan Kuala Lumpur.

Apa yang pasti, pembinaan masjid sebegini membuktikan kemampuan umat Islam dalam mengangkat ketinggian dan kesucian sesebuah masjid yang menjadi tempat untuk mereka beribadat dan mengabdikan diri pada Ilahi.

Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa kemajuan yang dicapai dalam aspek senibina dan penyatuan antara unsur tradisional serta moden berjaya diaplikasikan dengan cara terbaik dan seimbang tanpa sebarang kecacatan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 07:00 AM | Show all posts
Nilai estetika tiga masjid

Senibina Masjid India, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Masjid Jamek Kampung Baru mempunyai nilai estetika yang tinggi.


MASJID Jamek Kampung Baru dibina hasil kerjasama penduduk kampung.


MASJID India mula dibina pada 1863 oleh pendatang India Muslim.

SETIAP masjid yang dibina pasti mempunyai keistimewaan yang sukar ditandingi. Jika bukan pada reka bentuknya, nilai keistimewaan tersebut mungkin boleh didapati daripada fungsi masjid itu sendiri.

Ungkapan di atas mungkin sesuai ditujukan kepada tiga buah masjid yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur iaitu Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kampung Baru dan Masjid India.

Ketiga-tiga masjid tersebut diakui mempunyai nilai estetika yang tinggi dan ia perlu dipertahankan sebagai warisan berharga demi generasi akan datang.

Masjid Jamek Kampung Baru contohnya, merupakan masjid yang dibina hasil kerjasama penduduk yang mahukan rumah ibadat didirikan di kawasan itu.

Sejarahnya bermula apabila seorang pedagang Melayu, Bachik Abdullah bersetuju menyumbangkan sebidang tanah seluas empat lot untuk tujuan tersebut pada tahun 1880-an.

Beliau yang berasal dari Melaka dan mempunyai sebuah rumah di Jalan Melayu, terkenal sebagai ketua orang Melayu Kampung Ujong Pasir yang dermawan.

Tanah sumbangan Bachik itu kemudiannya diwakafkan kepada Lembaga Pentadbir Kampung Baru pada akhir 1920-an bagi tujuan pembangunan sebuah masjid.

"Pada awalnya, pembinaannya berbentuk seperti sebuah balai dan ia sekadar memenuhi keperluan penduduk untuk menunaikan solat. Lantainya diperbuat daripada kayu manakala tiangnya pula daripada batang pokok nibung. Ia kemudiannya ditukar menjadi surau.

"Kawasan ini juga dijadikan tanah perkuburan untuk penduduk Kampung Baru ketika itu. Setakat hari ini, bangunan asal masjid itu telah diruntuhkan sebanyak tiga kali.

"Masjid yang lebih menyerupai senibina rumah Melayu Melaka ini telah diganti dengan bangunan baru melalui kutipan derma daripada setiap penduduk kampung iaitu sebanyak RM60. Sehingga tahun 1955, jumlah kutipan yang dibuat dengan cara itu berjaya mengumpulkan sebanyak RM30,000.

"Memandangkan proses kutipan tersebut dilihat agak perlahan, maka satu jawatankuasa ditubuhkan bagi mempercepatkan kempen mengutip derma. Akhirnya jawatankuasa tersebut berjaya mengumpul sebanyak RM214,000 yang mana RM90,000 daripadanya merupakan sumbangan kerajaan Selangor dan bakinya hasil derma dan tabungan masjid," jelas Setiausaha Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Baru, Mohdin Ali.

Berbanding Masjid Jamek Kampung Baru yang mencatat sejarah tersendiri dalam pembinaannya, Masjid Jamek Kuala Lumpur pula kaya dengan nilai warisan yang tinggi.

Juga dikenali sebagai Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, ia merupakan salah sebuah di antara masjid tertua di Kuala Lumpur yang dibina pada 1897 oleh para pedagang Islam yang berasal dari India.


PENGGUNAAN warna belang merah dan putih di dinding batu sama seperti masjid jamek di Cordoba, Sepanyol.

Ketinggian nilai masjid ini bukan sahaja disebabkan pada senibina yang menarik, tetapi juga lokasinya yang terletak di tapak bersejarah iaitu di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Ia berfungsi sebagai masjid utama di kota ini sehinggalah Masjid Negara siap dibina pada tahun 1965. Reka bentuk masjid ini mengikut tata rajah tradisional India Utara dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau sahn.

Masjid ini diapit dengan dua menara utama dan beberapa buah menara kecil. Kubah bebawang pada puncak menara dan dewan solat pula, menyerupai senibina Mughal.

Penggunaan warna belang merah dan putih di dinding batu sama seperti masjid jamek di Cordoba, Sepanyol yang membentuk dinding luar masjid. Selain itu, ia kelihatan begitu unik dan tampak berbeza menerusi kewujudan gerbang bertiang yang diperincikan dengan selang jalur batu-bata, plaster dan marmar.

Pembinaannya diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, A.B. Hubbock, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India.

Sementara itu, bagi Masjid India pula, ia turut mempunyai cerita tersendiri yang menarik untuk dikongsi kepada umum.

Menurut Pengerusi Masjid India, A.V.M Haja, ia mula dibina pada tahun 1863 oleh komuniti pendatang India Muslim yang menjalankan perniagaan dan menetap di sekitar Batu Road atau kini dikenali sebagai Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Ia dibina menggunakan struktur papan dan atap kayu mengikut gaya senibina Melayu. Ketika itu, tiada kemudahan air paip di dalam masjid. Kebanyakan jemaah akan mengambil wuduk di Sungai Klang.

"Bagi menampung jumlah jemaah India Muslim dan lain-lain pekerja, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan di masjid ini pada tahun 1900, 1939 dan 1962," jelas Haja ketika ditemui Kosmo!.

Pengubahsuaian besar-besaran telah dilakukan pada 1962 dengan dana yang dinaungi oleh Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada 29 Jun 1964, bangunan Masjid India setinggi tiga tingkat ini siap dibina. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.411321 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list