CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ocho

Fadhilat Ayat Kursi

[Copy link]
Post time 16-7-2010 10:44 AM | Show all posts
al-quran itu adalah sebesar2 mukjizat yang diturunkan kepada manusia......awwwwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2010 11:43 AM | Show all posts
ayat kursi ni mmg bagus utk dijadikan amalan....paling tak lupa sms sblm dan selepas solat
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 08:43 PM | Show all posts
dari kecik sampai tua bangka ni... ayat kursi inilah aku baca untuk melindungi diri...

terima kas ...
nazurah Post at 16-7-2010 08:26


bole ceritakan skit tak pasal kelebihannya pd nazurah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 09:21 PM | Show all posts
Reply 64# Saat


hanya pada Allah saya bermohon perlindungan dan hanya Dia sahaja yang berkuasa ke atas segalanya... alhamdulillah, segala yang sulit....terurai dengan baik, yang tersimpul... dapat diselesaikan dengan hati yang tenang...

sy tak mahu tulis apa yang sy dapat (takut jadi riak) tapi alhamdulillah hati saya aman, hidup sy tenang...

Yang baik datangnya dari Tuhan dan yang tidak baik itu berlaku atas kelalaian dan kecuaian kita, manusia yang leka...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 10:29 PM | Show all posts
Tapi yg PALING PENTING..ayat kursi ni atau apa apa ayat quran ni dapat meningkatkan takwa pada Allah swt.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 11:04 PM | Show all posts
Reply 66# TenangJeeer


   
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-12-2011 11:08 AM | Show all posts
Ayat Kursi mujarab halang godaan syaitan
Font: [ BB B M S ]
•Khas •Agama •2011-12-12 08:30 •Click: 6 •Disediakan oleh Berita Harian

MASYARAKAT Melayu Islam di rantau ini secara tradisi mengamalkan bacaan Surah Yasin sebagai pendekatan memohon keberkatan Allah. Begitu jugalah dengan kelaziman membaca ayat Kursi.

Jika diamati dengan pemahaman mendalam, ayat Kursi yang mempunyai 170 huruf itu mengandungi pengajaran akidah, khususnya akidah terhadap sifat Allah yang berbeza dengan sifat seluruh makhluk ciptaan-Nya. Apabila seseorang mukmin memahaminya secara jelas dan tepat, akan terhindarlah daripada anasir khurafat dan tahyul yang menyelubungi kehidupan manusia kini. Daripada 6,666 ayat al-Quran, ayat Kursi berada pada kedudukan tertinggi menjadikannya hadiah teragung buat umat Nabi Muhammad SAW. Ayat ini diturunkan selepas berlaku hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dan diriwayatkan ketika turunnya ayat ini, ia diiringi beribu-ribu malaikat disebabkan kemuliaannya. Pada kala itu, syaitan dan iblis gempar kerana ada halangan buat mereka untuk menyesatkan manusia. Atas faktor kemuliaan dan kehebatan ayat Kursi itu, maka Rasulullah SAW mengarahkan Zaid Thabit menulis dan menyebarkannya kepada semua Muslimin.

Apakah bukti amalan membaca ayat Kursi dikatakan sangat mujarab menghalang godaan syaitan dan jin. Kisah dialami sahabat Rasulullah SAW menjadi sandaran kukuh membenarkannya. Satu kisah dilaporkan ayah Abdullah Ubay sebagai pengukuh mustajabnya pembacaan ayat Kursi dijadikan rutin harian.

Dikisahkan, pada suatu malam ketika melihat kebun miliknya, ayah Abdullah terserempak haiwan seakan-akan anak baru baligh. Dia mengucapkan salam dan dijawab makhluk itu. Dengan kehairanan ayah Abdullah bertanya: “Siapakah kamu? Adakah kamu jin atau manusia? Dengan ringkas makhluk itu menjawab: Aku daripada golongan jin.”

Ayah Abdullah meminta jin itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia terkejut tatkala melihat tangan jin itu berbulu seperti anjing, lalu bertanya: “Apakah begini keadaan jin diciptakan? Kata jin itu: “Ya. Bahkan ada lebih buruk daripada ini.” Komunikasi dua makhluk Allah itu bersambung.

Tanya ayah Abdullah: “Apakah yang mengundang kamu ke mari wahai jin?” Maka jawab jin: Sampai berita kepadaku kamu seorang dermawan. Jadi, aku mahu mendapatkan sedekah daripadamu.”

Ayah Abdulllah terus bertanya lagi: “Jika benar, aku ingin bertanya kepadamu, apa yang dapat melindungi kami daripada godaanmu? Dengan nada tegas, jin itu tanpa berselindung berkata: “Ayat Kursi”.

Keesokan hari, ayah Abdullah berjumpa Rasulullah SAW lalu menceritakan apa yang berlaku. Selepas mendengarnya, Rasulullah SAW berkata: “Apa dinyatakan jin itu benar, tetapi dia tetap makhluk kotor.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Sebelum tidur, kita digalak membaca ayat Kursi kerana Rasulullah SAW mengamalkannya, Allah akan mengurniakan keselamatan kepada diri dan jiran.

Selain itu, sebagai pendinding rumah atau kedai daripada kecurian, disarankan membaca ayat Kursi sebagai ikhtiar dengan izin Allah.

Hal ini pernah diamalkan Abdul Rahman Auf yang mengatakan, apabila masuk ke rumahnya, maka dibaca ayat Kursi pada empat penjuru sebagai langkah keselamatan dan pelindung daripada syaitan.

Imam Ibnu Qayyim menceritakan: “Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemui doktor atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah dan ayat Kursi. Aku ambil segelas air zam-zam dan membacakan kedua-dua ayat tersebut berulang kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan yang menakjubkan. Seterusnya aku mempraktikkan kaedah itu untuk mengubati pelbagai penyakit dan merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku khabarkan kepada orang ramai agar menggunakan kaedah sama.”

Ini berlaku dengan izin Allah dan kita seharusnya menggunakan cara sama sebagai pendekatan alternatif dalam mengubat penyakit. Ayat Kursi adalah ayat Allah yang hebat dan mujarab dalam amalan perubatan.

pautan:http://berita.cari.com.my/news.php?id=18774
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 02:54 PM | Show all posts
thank lebai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2011 04:43 PM | Show all posts
BIASANYA AKU KALU TAK SEDAP BADAN AKU AMALKAN...

PERMULAAAN BACAAN AL FATIHAH
kemudian baca 3 kul 3 kali dimulakan dari surah al ikhlas, kemudian al falaq dan an-nas
kemduian bacaan ayat qursi sekali
dan diakhiri dengan bacaaan fatihah semula...

kalu baca pada air botol, insyallah bleh dijadikan pendinding rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 08:53 PM | Show all posts
memang betul kalau kita amalkan ayat ni dapat kita rasa keberkesanannya....
saya pun selalu amalkan.... lagi2 bila drive malam2, sebelum tidur, sebelum keluar rumah... so far setiap kali ada rasa tak feeling tak sedap, baca ayat ni boleh buat kita tenang juga...
  satu lagi kalau kita nak melindungi orang lain boleh baca banyak kali... maksudnya kalau kita baca sekali ia akan lindungi untuk diri sendiri, kalau baca dua kali ia lindungi orang yg berada sebelah kita dan seterusnya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 11:48 AM | Show all posts
Assalam semua.

Kalau tak salah aku la, kalau kita mengamalkan sesuatu sauatu ayat Alquran, kita kene dapat 'ijazah" dulu. Betul ker? Aku bukan lah pandai sangat, tapi nak cete sikit pengalaman aku mengamalkan ayat kursi nie. aku baca macam biasa..X ada nafas2 nyer..biasayala Bacaan orang tak pandai..merangkak-rangkak..aku baca sampai 170 kali....

Tapi sebelum habis 170 kali tu, mata aku memang sangat-sangat mengantuk...kira tak habis la aku baca....malam tu aku dapat ujian pertama..malam esok aku sambung lagi....sama gak jadinya, sampai lah malam ke3..x sempat nak sampaikan 170...

Dan setiap malam tu la kau dapat ujian..sehingga ujian yang ketiga tu, barulah keluar ayat kursi tu dan aku diberi 'ijazah'.. Minta maaf yer, aku pun tak tau apa 'ijazah' tu...

Tapi selepas pada tu, apa bial aku baca ayat kursi, akan terasa ayat tu masuk dalam badam bermuala dari kedua-dua hujung jari sampai 'penuh" satu badan. Lepas tu bila berdoa, alhamdulillah di makbulkan tetambah kalau nak minta ALLAH tunjukkan 'sesuatu' pada musuh kita. Tapi bila ayat nie dah bersatu, banya kene jaga, mulut 'laser' pun tak boleh, apatah lagi pemakanan..semua lah kene jaga....

Jadi kalau sesiapa yang ada amalan ayat kursi nie, jaga-jaga la......ok lah...minta maaf la kalau ada sesiapa mungkin anggap aku nie saja nak reka-reka cerita. Aku cuma share pengalaman yang aku alami jer...Aku pun tak istimewa mana pun..cume dapat satu pengalaman yang agak asing juga dalam hidup aku...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 02:24 PM | Show all posts
Dan setiap malam tu la kau dapat ujian..sehingga ujian yang ketiga tu, barulah keluar ayat kursi tu dan aku diberi 'ijazah'.. Minta maaf yer, aku pun tak tau apa 'ijazah' tu...


kena baca setiap malam sebelum tidur ke? Ijazah?? maksudnye bila ayat tu dah bersatu dengan kita ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2011 09:52 PM | Show all posts
kena baca setiap malam sebelum tidur ke? Ijazah?? maksudnye bila ayat tu dah bersatu dengan kita ...
lilinputih Post at 14-12-2011 14:24


semua bergantung kepada keikhlasan hati dan niat kita. Saya tak der niat lain, saja baca jer..kebetulan lak pulak terasa bezanya bila dah dapat 'ijazah' tu.....tu jer...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 01:59 AM | Show all posts
sebulan yg lepas, sy nak mencari sesuatu yg sy lupa di mana saya meletaknya sebelum itu...penat sy mencari, tapi tak juga ketemu....
naik turun lif, pegi tempat parking, geledah beg baju..semua tempat sy rasa dah cek tp x jumpa...panik sangat sbb dokumen tu penting...akhirnya sy cuba baca ayat kursi dan terdetik di hati, " baca ayat kursi mesti jumpa dokumen aku tuh",
tak disangka2, sy diberi ilham untuk ke kereta semula, dan didorong utk melihat di belakang seat kereta sedangkan seingat sy, tak pernah sy letak doc tu kat situ....
tapi Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 09:51 AM | Show all posts
Baca Ayat Kursi atau mana2 ayat Quran tak perlu ijazah khusus yang perlu ialah guru. Guru tajwid maksud saya bg membetulkan bacaan kita agar selaras dgn kehendak Warottilil Qur'ana tartila - hendaklah kamu membaca Quran dgn tartil. Tartil dgn makna betul sebutan dan sesuai tmpt berhenti. Itulah dinamai tajwid - sebaik-baik bacaan.


Ijazah bermakna akuan utk sesuatu amalan. Dalam bacaan Quran ijazah bermakna akuan bacaan kita betul dan sahih. Kita baca Quran dpn guru dan guru sahkan ianya betul bermakna dptlah ijazah. Guru itu pula telah membaca dari gurunya dan gurunya telah perdengarkan bacaan Quran dari gurunya sampai ke atas. Dan itu pula dinamai sanad.


Dalam ilmu batin/hikmah atau seumpamanya ijazah pula bermakna akuan utk beramal dgn sesuatu amalan. Jadi utk amalan yg bersandar Hadith maka cukuplah sandaran kita ialah Hadith. Tapi kalau utk amalan yang memerlukan zikir ratusan kali, utk sekian2 faedah spt dlm kitab ilmu hikmah ... yg tu mesti berguru. Krn sudah byk kes beramal spt itu tanpa ada guru dan ijazah boleh mendatangkan kesan tak baik krn ia memberi kesan ke atas rohani kita. Syaitan2 ni suka sgt menganggu bilamana orang nak hampir kpd Allah. Dgn berguru sekurang2nya kita dpt tahu tata tertib cara amalan. Dan ijazah dlm ilmu sebegini umpama nur yang dicop di dahi .... bila kita beramal ... secara rohaninya cop itu bersinar2 dgn sinar barokah dari gurunya ... gurunya pula dari gurunya smpi ke tuan punya asal amalan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 12:41 PM | Show all posts
Mmg selalu amalkan...dimana sy berada....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2011 02:10 PM | Show all posts
dulu aku pernah frust ngan mamat neh...aku sedeyyy sgt2....then aku amalkan satu ayat ni...x sure la ayat qursi ni ke...

ayat kursi ngan yasin sama ke...heheh aku konpius la.....salah satu la aku baca...

lps aku baca ...subhanallah hati aku tenang setenang tenangnya.....alhamdulilahh
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2011 04:33 PM | Show all posts
boleh ke kalau setakat kita pakai guru digital? sekarang ni kan ada belajar mengaji pakai vcd ke, software pun ada boleh download...ataupun mesti ke ada guru yg boleh mendengar bacaan kita dan betulkan bacaan?

kalau tajwid kita tak berapa betul, adakah amalan kita ni diterima?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 12:45 PM | Show all posts
boleh ke kalau setakat kita pakai guru digital? sekarang ni kan ada belajar mengaji pakai vcd ke, so ...
dina_alea Post at 15-12-2011 16:33


1. Utk mendengar tiada masalah, kalau tgh belajar atau dah mahir - teknik mendengar akan lebih memantopkan lagi mutu bacaan. Tapi yg baru bertatih yg utama mesti belajar berguru.

2. Amalan diterima atau tidak hak Allah. Tapi perkara tertentu spt hal fardhu spt solat membaca Fatihah adalah syarat sah solat, kalau salah baca tak sah solatnya. Jadi kene belajar jugelah smpi betul.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 10:07 AM | Show all posts
Reply 77# fifie_olin


  Salam..
Ayat Qursi dgn Yasiin lain dik..

Ayat Qursi adalah sebahagian dari surah al Baqarah, Yasiin adalah surah Yasiin.
Carilah guru mengaji Al Qur'an dan tambahkanlah ilmu ye.. insyaAllah selamat dunia akhirat.

Kalau rasa resah, bacalah kalimah Taubah Yunus (La ila ha illa anta, subha naka inni kuntum minazzolimiin) bnyk kali..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061824 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list