CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32743|Reply: 111

Rawatan: Senggugut atau sakit semasa haid

[Copy link]
Post time 8-7-2006 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Hot water bottle really does ease period pains
by EMILY COOK , Daily Mail 20:49pm 4th July 2006



It is advice women have passed down through the generations - a hot water bottle on the tummy can ease period pain.

Now scientists have proved that granny really did know best.

They say placing something warm on the skin can alleviate abdominal pain - such as that caused by cystitis or menstrual cramps - in a similar way to painkillers for up to an hour.

The research will be welcomed by millions of women who suffer debilitating period pains, which can leave them bedridden.

For some, the pain can be so severe that their careers, social lives and relationships are affected.

A survey last year found that one in ten young women regularly takes time off work as a result of period pains.

Two in five said the pain leaves them unable to concentrate on their jobs.

The scientists, from University College London, found that heat treatment works by

blocking pain messages to the brain.

Presenting his findings to the Physiological Society's annual conference, Dr Brian King said: 'The pain of colic, cystitis and menstrual period pain is caused by a temporary reduction in blood flow to organs, causing local tissue damage and activating pain receptors.

'The heat doesn't just provide comfort and have a placebo effect - it actually deactivates the pain at a molecular level in much the same way as pharmaceutical

painkillers work. We have discovered how this molecular process works.'

The researchers used genetic engineering to make heat and pain receptor proteins in the same cell and examined the interaction.

They found that if warmth over 40 degrees Celsius is applied to the skin near to where internal pain is felt, it switches on heat receptors at the site of injury.

These heat receptors in turn block the effect of chemical messengers that cause pain

to be detected by the body. Speaking in London, Dr King added: 'The problem with heat is that it can only provide temporary relief.

'The focus of future research will continue to be the discovery and development of pain relief drugs that will block pain receptors.

'Our research adds to a body of work showing that pain receptors are key to the development of drugs that will alleviate debilitating internal pain.'

Menstrual pain is one of the most common gynaecological complaints in women of reproductive age.

More than 80 per cent of British women are thought to suffer from period pains - many of whom will use painkillers to cope.

Last year, a survey carried out for Feminax, a painkiller manufacturer, found that 20 per cent of young women said their monthly pains cause trouble in their relationships, while one in three is left feeling depressed.

Several brands of stick-on patches which supply low-level heat to the abdomen are already available to buy overthecounter.

http://www.dailymail.co.uk/pages ... amp;in_page_id=1774

harap maklum: hot water sini bukan yg 100 celcius tau.....! isi botol dgn air panas (50 - 70 celsius) & balut dgn kain sebelum dituamkan pada bahagian perut/abdominal (pastikan penutup botol ditutup dgn sempurna).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2006 11:28 PM | Show all posts
haaa.... yg nie - mmg selalu alex amalkan.... mmg berkesan laaa pada alex.... x payah nk telan2 pil.... lepas tuam perut tu - dalam sejam, 2 jam, senggugut tu hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 07:57 PM | Show all posts
kwn saya penah makan herba senggugut HPA,lps makan tu alhamdulillah baik sakit dia tu.
herba keputihan pun ade utk yg ade masalah keputihan...harga pun murah je.
utk melancarkan haid,ade gak herba dia...nnt saya bgtau.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2006 09:20 PM | Show all posts
Originally posted by mitsui at 9-7-2006 07:57 PM
kwn saya penah makan herba senggugut HPA,lps makan tu alhamdulillah baik sakit dia tu.
herba keputihan pun ade utk yg ade masalah keputihan...harga pun murah je.
utk melancarkan haid,ade gak herb ...



Dear Mitsui,

Thread ini bertujuan utk menceritakan kegunaan "hot water" dalam mengurangkan sakit period....bukannya herba ...bla bla..

Tolong jangan spam thread dengan iklan2 U pasal herba dsb.....

Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 12:59 PM | Show all posts
Originally posted by Acong at 8-7-2006 02:45 PM
Hot water bottle really does ease period pains
by EMILY COOK , Daily Mail 20:49pm 4th July 2006



It is advice women have p ...



yahh...its really true...my mum pun kasi petua ni n its really work...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 04:34 PM | Show all posts
kalau takde hot water bottle pon.. boleh try cara ni..
panaskan iron, amik towel, sapu kat iron yang panas..
lepastu letak kat perut.. macam ibu2 demah perut anak yang kembong..
insyaallah.. kesan nya sama saja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2006 04:56 PM | Show all posts
...ataupon...kalau kat rumah korang tu ada botol2 plastic bekas2 air minuman tu...janganlah dibuang...korang bley isikan ngan air panas dan balutkan ngan tuala tangan...pastu bley letak kat bahagian ari2 korang tu...:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by AkuCintaPadamu at 10-7-2006 04:34 PM
kalau takde hot water bottle pon.. boleh try cara ni..
panaskan iron, amik towel, sapu kat iron yang panas..
lepastu letak kat perut.. macam ibu2 demah perut anak yang kembong..
insyaallah.. kes ...


tapi bahaya sikit kot cara nie? mana tau kot kain2 tu 'terbakar' dek iron panas tu? x pasal2 je.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Melur01 This user has been deleted
Post time 13-7-2006 03:10 PM | Show all posts
selalunya bila time-time ni... makan pain killerpun tak berkesan...

kakmelur ambil pil manjakani dan pil kacip fatimah untuk lancarkan pengeluarannya...dan lepas tu kena tidur... tak boleh nak buat kerja apapun... makanpun tak lalu.... kena rest...rest...dan rest...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 03:45 PM | Show all posts
fuh..tgh kena le nih..mcm teringain something warm to put at that side....tp lg satu yg aku rs leh alleviate period nih ialah something yg vibrate..cthnyer kalo sakit aku naik moto ker..naik kete tanah yg tak rata..mcm lega lak..hehe..kelakar lak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 11:11 PM | Show all posts
hmmm...nak cuba gak le kalo sakit tuh dtg...

tengkiu for the info Acong..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 01:56 PM | Show all posts
Senggugut dirasai setiap wanita

Namun sehari dalam setiap bulan Nina bertukar menjadi gadis yang muram dan pendiam. Dia seolah-olah mengisytiharkan 'hari sedihnya' pada hari tersebut.

Nina bukan sahaja bertukar menjadi pendiam dan 'moody', tetapi mengalami rasa sakit yang amat pada bahagian bawah perut dan terpaksa berehat sepanjang hari.

Menurut Pakar Klinikal Obstetrik & Ginekologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Wan Hamilton Wan Hassan, Nina mengalami senggugut atau period pain yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita yang datang haid.

Beliau berkata, senggugut atau dalam bahasa perubatannya dipanggil 'Dysmenorrhoea' adalah kesakitan rasa kejang ketika datang haid yang biasanya dialami di bahagian bawah abdomen dan kadangkala disertai dengan sakit belakang yang boleh menjalar ke bahagian kaki.

Malah kata beliau, ia juga boleh disertai dengan gejala-gejala seperti mual, muntah dan penat.

Jelasnya, masalah senggugut biasanya dialami oleh setiap wanita yang belum putus haid tetapi paling ketara kepada mereka yang berusia antara 20 hingga 30 tahun, belum berkahwin serta sudah tua atau tidak mempunyai anak.

* JENIS-JENIS

Beliau berkata, terdapat dua jenis senggugut iaitu Dysmenorrhoea Primer dan Dysmenorrhoea Sekunder.

1) DYSMENORRHOEA PRIMER

Jenis ini, kata Dr. Wan Hamilton, kebanyakannya berlaku di kalangan remaja yang baru mencecah umur baligh dan tiada sebab-sebab organik tertentu yang menyebabkannya.

''Senggugut jenis ini akan dirasai oleh seseorang itu sama ada sejurus sebelum datang haid dan pada hari datang haid itu sendiri.

''Namun kebiasaannya kesakitan akan berakhir selepas satu atau dua hari kedatangan haid,'' jelasnya.

Dalam pada itu, jelas beliau, semasa kedatangan haid jenis ini, seseorang itu akan merasa tertekan, bimbang dan tegang.

Beliau memberitahu, terdapat beberapa teori yang menerangkan bagaimana senggugut jenis ini berlaku.

Ujarnya, salah satu teori yang dikenal pasti adalah peningkatan sejenis bahan yang terdapat di dalam rahim kita yang dikenali sebagai 'Prostagladin'.

''Bahan ini bertindak sebagai agen pengecut rahim dan salur darah dan apabila meningkat, ia mengakibatkan rasa sakit setiap kali datang haid.

''Ketika didatangi haid, rahim seseorang wanita itu akan menguncup supaya kesemua darah terbabit dapat ditolak keluar.

'Bagaimanapun, jika tahap kuncupan terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kesakitan pada wanita itu pula,'' jelas beliau.

2) DYSMENORRHOEA SEKUNDER

Dr. Wan Hamilton memberitahu, jenis kedua ini berlaku disebabkan terdapatnya sebab-sebab organik yang boleh dikenal pasti.

Kata beliau, ia kebanyakannya berlaku kepada wanita yang telah berumur dan tahap kesakitannya pula dirasai secara berperingkat-peringkat.

Jelas beliau, kesakitan akan bermula beberapa hari sebelum kedatangan haid tetapi ia akan bertambah secara perlahan-lahan apabila haid bermula.

Ujarnya, kebanyakan kes yang membabitkan jenis kedua ini adalah disebabkan oleh penyakit-penyakit berikut:

* Pelvic Inflammatory Disease

Ia adalah sejenis penyakit pada organ peranakan wanita yang disebabkan oleh agen-agen jangkitan kuman seperti kulat (fungus), bakteria, virus dan sebagainya.

* Penyakit Endometriosis

Penyakit ini berpunca daripada lapisan dinding dalam rahim (endometrium) yang sepatutnya berada pada dinding dalam rahim didapati berpindah ke bahagian lain anggota dalam peranakan wanita lalu terus membiak di bahagian berkenaan. Sekiranya ia membiak di dalam kilang ovari, maka ia dipanggil 'Endometriotic cyst' (Sista endometriosis).

* Ketumbuhan Dalam Kilang Telur

Penyakit cyst kilang telur sama ada ia barah atau tidak sering kali menyebabkan senggugut.

Bagaimanapun, ia banyak bergantung kepada sejauh mana salur darah terbabit mengembang.

* Ketumbuhan Di Dalam Rahim

Ketumbuhan di dalam rahim seperti fibroid sama ada kecil atau besar boleh mengakibatkan senggugut.

Ini berlaku berasaskan kepada kuncupan rahim semasa haid yang lebih kuat dan terjadi kerana rahim cuba mengeluarkan ketumbuhan ini bersama-sama darah haid.

* RAWATAN

Dr. Wan Hamilton menjelaskan, kedua-dua jenis senggugut ini mempunyai rawatan tertentu tetapi bergantung kepada jenis diagnosa penyakit yang menyebabkannya.

Beliau berkata, rawatan yang dipilih pula terdiri daripada rawatan secara perubatan dan pembedahan.

''Ia selalunya bergantung kepada teruk atau tidak gejala yang dihadapi pesakit, umur, tahap kesuburan pesakit (fertility), bilangan anak atau sama ada mereka merancang untuk tidak mempunyai anak lagi atau tidak,'' jelasnya.

Kata beliau, bagi kebanyakan kes jenis 'Dysmenorrhoea primer' rawatan secara perubatan adalah memadai.

Ini kerana jelas beliau, mereka yang menderita jenis pertama akan dilakukan pemeriksaan dengan teliti bagi memastikan tiada sebab-sebab lain yang boleh mengakibatkannya.

Beliau menjelaskan, pesakit akan diberi kefahaman tentang gejala dan penyakit tersebut.

''Ubat penahan sakit seperti 'Paracetamol', 'Mefenamic acid' dan 'Synflex' didapati berkesan untuk mengurangkan rasa sakit.

''Namun begitu, kadangkala pil perancang keluarga juga diberi kepada pesakit untuk menghentikan proses ovulasi serta datang haid dan ini secara tidak langsung menghentikan rasa sakit ketika datang haid,'' katanya.

Dr. Wan Hamilton menambah, bagi pesakit yang umurnya lanjut dan merancang tidak mahu mempunyai anak lagi, tetapi menderita sakit jenis pertama, pembedahan membuang rahim (hyterectomy) adalah disyorkan.

Katanya, rawatan bagi jenis kedua banyak bergantung kepada sebab-sebab yang membawa kepada kesakitan itu sendiri.

''Pembedahan laparoscopy boleh dilakukan untuk menentukan sebab dan jenis penyakit.

''Bagaimanapun, jika memilih untuk mendapatkan rawatan perubatan, mereka diberikan ubat-ubatan seperti pain killer, ponstan dan sebagainya untuk melegakan sakit,'' jelasnya.

Tambah beliau, rawatan pembedahan juga boleh dilakukan dengan cara membedah rahim untuk mereka yang mendapat penyakit ketumbuhan di dalam rahim dan merancang tidak mahukan anak lagi.

''Bagi pesakit yang mempunyai ketumbuhan di dalam rahim tetapi masih mahukan anak, pembedahan mengeluarkan fibroid (mayomectomy) adalah disarankan,'' ujarnya.

Beliau berkata, tahap sakit senggugut adalah sesuatu yang subjektif bagi wanita dan ia pula memang dirasai oleh hampir setiap wanita. Tambahnya, cara rawatan pula banyak bergantung kepada pesakit itu dan jenis sakit yang dialami.

Kata beliau , sakit ini boleh diatasi oleh wanita itu sendiri tetapi terdapat sesetengah kes memerlukan rawatan terperinci untuk mengurangkan rasa sakit.

''Pada kesakitan di tahap biasa, senaman boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit, tetapi jika jenis yang kronik pula jalan terakhir adalah menjalani pembedahan.

''Bagaimanapun, ini banyak bergantung kepada pesakit itu sendiri dan jenis penyakit yang dialami,'' katanya.

Oleh: AZLINARIAH ABDULLAH

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by alexandria_iz at 13-7-2006 01:43 PM


tapi bahaya sikit kot cara nie? mana tau kot kain2 tu 'terbakar' dek iron panas tu? x pasal2 je.....

tak terbakar.. bukannya balut iron tu ngan tuala...just panaskan tuala tu sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 03:15 PM | Show all posts
kalau bahagian kaki rasa sengal2 dan lenguh, berkesan tak kalau guna kaedah botol panas atau  tuam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 01:58 PM | Show all posts

Mengenal gejala senggugut

Oleh Dr. Suraya Arshad A.M.Z
Pakar Perunding Obetetrik & Ginekologi Hospital Pakar Kuantan

PERNAHKAH anda berdepan dengan masalah senggugut? Jika pernah inginkah anda tahu sama ada ia normal atau sebaliknya?

Atau mungkinkah senggugut yang anda hidapi disebabkan oleh penyakit-penyakit puan tertentu yang menyebabkan anda terpaksa menanggung gejala (dysmenorrhoea) ini setiap bulan.

Mengikut kajian, hampir 30 hingga 75 peratus wanita mengalami senggugut. Hampir 10 peratus remaja tidak ke sekolah akibat gejala ini.

Gejala senggugut ini ada kalanya boleh disertai dengan sakit belakang, sakit kepala, loya, muntah, cirit dan mungkin pengsan dalam kes-kes yang teruk.

Bagi sesetengah wanita masalah senggugut tidak mengganggu aktiviti harian.

Tetapi bagi sesetengahnya pula terpaksa berkurung saja di bilik, tidak boleh menjalankan tugas seperti biasa dan ada yang terpaksa ke hospital untuk mendapatkan suntikan menahan sakit.

Sehubungan itu, bagi mereka, senggugut sudah tentu akan mengganggu sedikit sebanyak kehidupan harian.

Mereka yang mengalami gejala senggugut yang teruk akan berasa agak cemas tatkala menanti hari tersebut setiap bulan. Golongan ini sudah tentu ingin menghapuskan masalah ini supaya aktiviti harian tidak terganggu.

Dysmenorrhoea berasal dari perkataan Greek yang bermaksud painful monthly flow.

Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu dysmenorrhoea primer dan dysmenorrhoea sekunder.

Apa yang membezakan kedua-duanya ialah dysmenorrhoea primer berlaku tanpa adanya sebarang penyakit di rongga pelvis. Ini adalah normal.

Bagaimanakah pula doktor dapat membezakannya? Ia melalui menyiasat sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan juga pemeriksaan ultrasound.

Ada kalanya doktor terpaksa melakukan pemeriksaan yang lebih invasif seperti diagnostic laparoscopy.

Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk memastikan sama ada pesakit tersebut mempunyai masalah pada rongga pelvis.

Jika tiada sebarang penyakit dikesan, ia boleh dikategorikan sebagai dysmenorrhoea primer.


Dysmenorrhoea primer

Daripada sejarah pesakit, doktor juga dapat mengagak sama ada ia adalah dysmenorrhoea primer ataupun sekunder.

Biasanya dysmenorrhoea yang dialami cuma sekadar satu atau dua hari sahaja adalah dysmenorrhoea primer.

Dysmenorrhoea sekunder berlaku sepanjang haid. Bagaimanapun, dysmenorrhoea primer, pemeriksaan fizikal dan ultrasound adalah normal.

Mungkin kita ingin tahu apakah yang menyebabkan senggugut dalam keadaan yang normal.

Sebenarnya banyak faktor yang terlibat seperti faktor psikologi, faktor prostaglandin dan faktor uterine ischaemia.


Faktor prostaglandin dan uterine ischemia dikatakan penyebab utama sakit.

Kajian menunjukkan dalam tempoh 48 hingga 72 jam pertama pengeluaran haid, penghasilan bahan kimia prostaglandin dalam badan adalah pada paras yang tinggi. Ini boleh menyebabkan otot rahim mengecut (uterine cramping) dan seterusnya mengakibatkan bekalan darah pada otot rahim terjejas dan menyebabkan uterine ischaemia.

Inilah yang menyebabkan dysmenorrhoea. Oleh itu salah satu rawatan dysmenorrhoea primer adalah penggunaan ubat yang boleh mengurangkan penghasilan prostaglandin (prostaglandin inhibitor).

Selain itu, pil perancang (contraceptive pills) boleh digunakan untuk mengurangkan masalah ini.

Malah, ia adalah pilihan yang terbaik untuk rawatan dysmenorrhoea jika tiada terdapat kontraindikasi terhadap pil perancang.

Ia bertindak dengan mengurangkan ketebalan lapisan endometrium serta menstabilkan status hormon supaya paras prostaglandin pada tahap yang paling rendah.

Bagaimanapun, jika masalah senggugut tidak reda dengan rawatan tersebut, maka pemeriksaan lanjut harus dijalankan untuk memastikan sama ada pesakit tersebut menghidapi dysmenorrhoea sekunder.


Dysmenorrhoea sekunder

Mereka yang mengalami dysmenorrhoea sekunder biasanya mempunyai sejarah haid yang banyak dan kitaran haid yang tidak tetap.

Selain itu, mereka juga pernah menggunakan alat dalam rahim (IUCD), menjalani pembedahan di bahagian pelvis atau mempunyai pasangan seks yang ramai.


Punca dysmenorrhoea sekunder

Penyebab utama adalah endomertiosis. Selain dari itu, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit endometritis (radang endometruim), pelvic inflammatory disease (radang rongga pelvis), torsion of the ovarian cyst (cyst ovari yang tersimpul), ruptured of the ovarian cyst (cyst ovari yang pecah), keguguran dan banyak lagi.

Rawatan untuk dysmenorrhoea sekunder bergantung kepada penyebab.

Oleh itu, diagnosis yang betul untuk masalah dysmenorrhoea primer mahupun dysmenorrhoea sekunder penting supaya rawatan yang sempurna dapat diberikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 02:14 PM | Show all posts
for me, i take calcium magnesium 2 bijik pastu tdo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2006 01:43 AM | Show all posts
for me,tak jalan sangat kalau letak something warm pun,sebab sakit yang teramat sampai kaki kebas.Kena tido sebab  lepas tido je baru hilang sakit,tapi sebab sakit sgt tu,susah nak tido and take time le sebelum betul2 terlelap...Tapi,I just discover something,sometimes i tak dpt period pain tu kalau sebelum period tu I ada exercise cam jogging,bersenam ke..Tu my experienced la coz bila I dpt period pain tu,it was so bad that i couldn't do anything...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 01:55 AM | Show all posts
卥alau korang tak ada apa2 allergy...try taking ponstan 2 capsule and antacid...or take it after food kalau takde antacid...besides helping to relieve your menstrual cramps...it also helps to reduce your heavy menstrual flow...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 10:18 AM | Show all posts
i alhamdulillah so far.. jarang dapat dysmenorrhaea.. tapi to those yang ada janganlah tunggu sampai betul2 sakit baru nak telan ubat..sbb sakit tu lagi lambat nak turun ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 11-8-2006 01:55 AM
卥alau korang tak ada apa2 allergy...try taking ponstan 2 capsule and antacid...or take it after food kalau takde antacid...besides helping to relieve your menstrual cramps...it also helps to redu ...


ponstan tu bukan ke tergolong dlm type painkiller?hmm is it safe for us to  take it regularly or depend on the period pain?

[ Last edited by  Utada_Hikaru at 11-8-2006 01:44 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.499973 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list