Puding ni adalah dessert kegemaran keluarga ku. winda buat masa jamuan birthday anak saudara..
kredit kepada temanku rizaida yg bagi resepi..
PUDING LAICI
Bahan-bahan :
20 gm Agar-agar
1 liter Air
1 tin Susu Cair/Santan
1 tin laici [buah]
1 cawan Gula
1 sk Esen Vanilla
Cara-cara :
1. Didihkan air. Masak agar-agar sehingga larut.
2. Masukkan gula dan sesuaikan manis.
3. Perlahankan api dan kisarkan Susu cair dengan laici.
4. Masukkan kedalam didihan agar2 dan kacau sebati.
5. Tunggu sehingga adunan masak/mendidih.
6. Tuang ke dalam acuan puding dan sejukkan.
7. Teramat terangkat jika dimakan ketika sejuk...
20 gm Agar-agar
1 liter Air
1 tin Susu Cair/Santan
1 tin Jagung Krim
1 cawan Gula
1 sudu kecil Esen Vanilla
2 sudu kecil Tepung Kastad
Cara-cara :
1. Didihkan air. Masak agar-agar sehingga larut.
2. Masukkan gula dan sesuaikan manis.
3. Perlahankan api dan masukkan Susu cair, Esen vanilla dan jagung tin.
4. Kacau sebati dan masukkan tepung kastad yang di bancuh dengan sedikit air.
5. Tunggu sehingga adunan masak/mendidih.
6. Tuang ke dalam acuan puding dan sejukkan.
leena sila letak semula gambar, i tak leh kasi tacang. N i merge here, btw search dulu ya sebelum buka topik baru. tq dear
Post time 13-8-2012 09:14 PM
Puding roti untuk supper yang amat la mudah bangat gitew. Wat sajer2 dan try untuk supper satu malam ni sebab lapar. Cara dan bahan pun mudah. Sedap gak. Leh la cuba kalau nak cuba
Bahan2 (untuk sorang makan):
2-3 keping roti butterscotch Gardenia
1/2 cawan susu Full Cream
1 1/2 tbsp butter cair (daku boh 2tbsp butter cair tapi bila masak macam nampak banyak butter sangat. So, uollz leh reduce kepada 1 1/2tbsp butter cair)
2 tbsp gula
2 biji telur. (saya selalu akan buang yang tali pusat telur tu sebab takut rasa hanyir)
1tsp esen vanila
Cara2:
Sediakan satu bekas remekin atau mangkuk kaca tahan panas. Sapukan keliling bekas dengan butter supaya nanti tak melekat.
Potong roti ikut suka dan masukkan dalam bekas.
Tuangkan butter cair atas roti
Pukul telur sampai kembang. (daku pukul tak la kembang sangat. Pukul guna whisker je kejap)
Masukkan susu, gula dan esen vanila dalam adunan telur dan pukul bagi rata sekejap.
Tuang dalam bekas roti dan biar terendam dalam 5 minit camtu.
Lepas tu bakar dalam oven dalam 180c selama 20-25 minit atau sehingga masak. (Yang ni bergantung pada oven uollz. Kalau yang oven pakai letrik tu maybe pada suhu 160c camtu pada 20-25 minit. Depends!! )
Dalam resipi atas, uollz leh tambahkan raisin gak tau dan 1/2tsp cinnamon powder. Raisin tu uollz kene boh letak di celah2 roti sebelum bakar. Tapi dua2 tu saya tak suka dan bahan tu takde. So, memang tak boh.
Tak habis leh simpan dalam fridge. Esok bekpes leh sambung. Still sedap...Lepas ni saya akan wat lagi... Last edited by serikandi_gurl on 20-11-2012 10:17 AM
agar agar limau
2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
secubit garam
Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras.
1. Bancuh tepung dengan sedikit air dan uli hingga jadi doh,bahagikan beberapa bahagian. Satu bahagian dicampur dengan pewarna dan uli rata dan gentel menjadi bebola kecil.
2. Satukan santan,gula,daun pandan dan sedikit garam renehkan sehingga mendidih. Masukkan bebola tadi. masak sehingga bebola timbul. Tutup api siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
winda_klose posted on 7-7-2012 03:27 PM
Post Last Edit by winda_klose at 7-7-2012 15:36
suka gile mkn puding jagung
tapi x pandai sgt nak buat...
dulu pernah cuba bt skli puding tu jd rapuh dan rasa mentah tepung..
sedih sgt....kalau nak beli x sedap lak...
nt nak cba resipi yg awak share ni..mintak2 jadi la
halu kengkawan. butter ni penah rasa bread butter puding. try cari kat sini page demi page butter cari resepi tapi masih tak jumpa. ada sesapa boleh tolong pastekan resepi tak. tengkiu
kek coklat dipotong kecil
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly i kotakj perasa strawberi cap NONA
1tin susu cair + 1 tin air + 4 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt plain
buah strawberry untuk hiasan
Cara membuatnya:
Lapisan 1
Potong kek coklat anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.
Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 4 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.
Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).
Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt plain keatasnya, taburkan dengan buah strawberry keatasnya......