CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: baby_ayang

All About Brunei Darussalam

[Copy link]
Post time 7-5-2013 08:55 PM | Show all posts
azradiza posted on 26-4-2013 06:46 PM
norim , yg pusat belia tu tak cube tanye ker?

eemm, time aku dok brunei dolu2 ( ok kisah 3-4 th ...

Thanks azra. Dah hantar emel, masih tak ada respond, maybe akan call. Terima kasih jugak ttg info tempat shopping, boleh saya terjah cari tempat tu. Coklat memang saya suka. Ni kena sedia ringgit brunei lebih sikit. Parfume, dah bertahun tak beli, kalau jumpa harga ok, boleh gak utk dirembat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2013 08:57 PM | Show all posts
Serabut dengan sebelum, semasa dan selepas PRU 13. Ishhh membantutkan usaha utk mengumpul maklumat ttg Brunei. Dahlah blog dan maklumat agak terhad ttg negara kaya ni berbanding tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 09:15 PM | Show all posts
norim posted on 7-5-2013 08:57 PM
Serabut dengan sebelum, semasa dan selepas PRU 13. Ishhh membantutkan usaha utk mengumpul maklumat t ...

brunei blom lagik jadik favorite place utk rakyat kite pegi vacation kat sane ... ikutkan banyak aje tempat2 yg menarik kat sane .. cume tu la, agaknye exposure kurang kot... government brunei skang pun dah active promote tempat2 diorang ..

ohh btw, kalau korang suka adventure and have ample time kat sane, maybe bleh cube pegi Temburong ... ade national park kat situ ... ala2 national park kat mesia la jugak.. tapi Temburong ni on the other side of brunei, yg in between Lawas & Limbang tu .. aku pun tak sempat pegi situ... ikutkan bos2 mat saleh aku dulu, diorang kate best kat sini , ade canopy walk segala ... tapi agak jauh la dari bandar seri begawan tu... kene kluar masuk sarawak segala kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 01:10 PM | Show all posts
salam semua.. sya nk tanye pasal package tour kat brunei ni.. sya plan nk g 4 hari 3 malam, pastu nk bawak anak umur setahun.. tu yg rasa lagi senang kalo ada org bawak je.. sya ada jumpa satu kat mari mari dot com.. tapi nk byk choices lagi laa.. utk dipilih2 ikut kesesuaian kami sekeluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 07:19 PM | Show all posts
azradiza posted on 7-5-2013 09:15 PM
brunei blom lagik jadik favorite place utk rakyat kite pegi vacation kat sane ... ikutkan banyak a ...

Rasanyalah, Brunei belum lagi jadi destinasi pelancongan yg menarik rakyat Malaysia. Temburong dah tengok selepas cari kat pakcik google. Menarik juga.  Ini percutian yg mahal berbanding yg serupa di sini. Maksud saya taman-taman negara yg ada di sini.
Jadi balik asal, mungkin cuba di Youth Hostel, kalau ada rezeki menginap di sini, atau hotel yg rasanya paling murah harganya di sini. Oh ya, kenderaan awam, kami akan cuba menjadi backpacker di BSB, walau pun dikhabarkan, BSB ni kurang mesra dgn Backpacker.
Tempat lawatan Kg Air, Masjid2, shopping kompleks, pasar2 jika berkesempatan. Boleh tambah lagi kot yg kami tak masukkan lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 07:21 PM | Show all posts
syasyafina posted on 21-5-2013 01:10 PM
salam semua.. sya nk tanye pasal package tour kat brunei ni.. sya plan nk g 4 hari 3 malam, pastu nk ...

Waalaikummussalam. Pasal package saya tak tgk dan kurang tahu, sebab saya akan pergi secara sendirian berhad. Nak perginya bila?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2013 11:49 PM | Show all posts
norim posted on 21-5-2013 07:21 PM
Waalaikummussalam. Pasal package saya tak tgk dan kurang tahu, sebab saya akan pergi secara sendir ...

cadang2 nye bulan 9 nnt.. tak plan nk sewa kereta or naek kenderaan awam.. pasal tu nk cari package tour.. pastu malas jugak nk buat research n itinerary sendiri.. ahahha.. percutian mmg tak mo pakai otak la kira nye.. nk bersenang lenang mcm mem jee..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 10:45 PM | Show all posts
norim posted on 7-5-2013 08:55 PM
Thanks azra. Dah hantar emel, masih tak ada respond, maybe akan call. Terima kasih jugak ttg info  ...

youth hostel ni org call email pun x berjawab

apa2 pun dah siap book Terrace Hotel & Times Hotel utk trip weekend ni
transport je masih ding dong lagi nak sewa ke tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2013 11:47 PM | Show all posts
Betul tu, email pun x layan. Kawan seperjalanan dah siap2 book hotel lain untuk mlm pertama. Takut tak dapat tempat di Youth Hostel. Dia orang ni dh kaya atau tak tau guna email/internet. Yg pasti kita org tak sewa kereta. Redah je dulu, tengok mcmna.
Saya pi 4- 6 Jun.
Apa pun sila beri laporan bila balik nanti ya. Bolehlah berkongsi info ttg Brunei ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 08:17 AM | Show all posts
norim posted on 22-5-2013 11:47 PM
Betul tu, email pun x layan. Kawan seperjalanan dah siap2 book hotel lain untuk mlm pertama. Takut t ...

kalau ada masa kami balik beri laporan
ni kira trip paling malas, final booking hotel/tukar duit baru je buat semlm
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sendunya Bandar Seri Begawan tapi tak pe, kalau dah suka berjalan tu, pergi ceruk mana sekalipun kami ok
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 08:33 AM | Show all posts
kerek_lager posted on 25-5-2013 07:40 AM
sendunya Bandar Seri Begawan  tapi tak pe, kalau dah suka berjalan tu, pergi ceruk mana sekalipun  ...

hahhaha..sabo jer la... sendu2 bandar jer... tapi orgnye kaye2
kasik letak gambo sket ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 10:49 PM | Show all posts
udah sampei dr BWN
kira ok la trip utk suka2 bawa budak gi jalan cuti sekolah
betul2 tidak ku sangka BWN town hanya sebesar itu shj
ramai betul philipin, indonesia & bangla kat sana

buat permulaan gmbr (asalnya byk benda jugak la nak share berkongsi cerita)
tampal mesjid omar ali dulu, yg lelain akan menyusul kemudian & tertakluk kpd kesenangan

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 06:50 PM | Show all posts
norim posted on 21-5-2013 07:19 PM
Rasanyalah, Brunei belum lagi jadi destinasi pelancongan yg menarik rakyat Malaysia. Temburong dah ...

Norim, saya pergi Brunei februari baru ni 4h3m.  Saya pergi 3 orang menginap di Jubilee Hotel.  1 malam Bnd160 lebih kurang RM400 la duit kita termasuk breakfast..bagusnya hotel ni dorang boleh ambil kita/hantar ke airport so dah safe tambang teksi..kedudukan tengah bandar keluar dari hotel ikut kiri sampai simpang.  kat simpang tu ada traffic light (ada tokong cina untuk dijadikan landmark) kalau jalan terus boleh sampai pasar kianggeh, disitu juga boleh naik bot untuk ke kampung air.. satu bot bnd10. Kalau norim nak naik bas pun boleh..dari pasar kianggeh seberang jalan disebelah/belakang hotel brunei...terminal bas tambang bnd1.  Bangunan Yayasan tak jauh dari situ Masjid Omar Ali Shaifuddin, muzeum  dan beberapa tempat menarik untuk dilawat.  Kalau kita menyeberang dari trafik light kat hotel tu pulak terus ke kanan kita akan jumpa muzeum alat kebesaran diraja..Semua tempat ni boleh dicapai dengan berjalan kaki jer...youth hostel yang u cari tu terletak diarea sini...agak jauh juga dari pasar dan masjid omar ali shaifuddin.  Dibandar Brunei kami jalan kaki jer....takkan sesat. ada banyak museum kat sana jangan lupa masuk..semuanya menarik. Museum  Brunei, istana nurul iman, masjid sultan hasanal bolkiah, Empire hotel, Jerudung park dan beberapa tempat lagi termasuk gadong kami guna khidmat orang hotel.  Niat asal nak naik bas tapi dah kesuntukan masa bayar bnd20 satu kereta..

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2013 11:38 AM | Show all posts
melati00 posted on 27-5-2013 06:50 PM
Norim, saya pergi Brunei februari baru ni 4h3m.  Saya pergi 3 orang menginap di Jubilee Hotel.  1  ...

Dah balik dari Brunei. Seronok di sini. Sentiasa tenang dan tidak kelam kabut mcm di KL atau tempat lain yg pernah saya kunjungi. Relaks sangat. Orangnya sopan satun. Pemandunya , hui jauh beza dgn pemandu di Malaysia. Siap tunggu dan beri kami lintas jalan dulu. Kalau nak melintas di Zebra crossing, memang mereka siap2 berhenti jika nampak kita nak melintas. Cuma masa nak balik kurang selesa dgn kastam dan wakil AA di lapangan terbang Brunei. Terlalu ikut 'book' yg menyakitkan hati. Saya bawa penyegar muka yang dah tinggal separuh dalam bekasnya yang tertulis 200ml. Masa di LCCT boleh lepas. Masa balik, kastam buka beg dan ambil penyegar tu dan kata tidak boleh bawa. Saya kata isinya tinggal sikit. Pegawai tu kata dia ikut yg tertulis di botol.Terus dia campak dalam tong sampah. Uiih, tersentap hati. Air mineral yg tinggal suku pun dia campak dalam tong sampah, tak cakap apa pun. Hand luggage pun dia orang akan timbang 2, 3 kali siap kat tempat nak berlepas pun ada timbang lagi. Jgn ngada2 nak bawa lebih beg.  
Oh ya, laporan saya akan beri nanti. Sekarang kena siapkan kerja yg tertangguh semasa pi berjalan.

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 06:16 PM | Show all posts
norim posted on 7-6-2013 11:38 AM
Dah balik dari Brunei. Seronok di sini. Sentiasa tenang dan tidak kelam kabut mcm di KL atau tempa ...

Best kan Norim kat sana...untuk tenangkan fikiran lapangkan dada nak lupa masalah kerja di Brunei la tempatnya... AA ni kekadang tu strict tak bertempat... kekadang boleh lepas kekadang tak boleh lepas ikut suka suki dia jer la...kami hari tu naik Royal Brunei saja jer nak rasa naik kapalterbang Brunei waktu tu ada promosilah kiranya dan kebetulan masa kitaorang pergi ada pulak pertandingan Regatta jadi dapatlah jumpa Sultan Brunei...kita orang hari hari makan nasi mama ayam katok...member masa nak balik sempat lagi  beli tapau bawak balik...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2013 06:22 PM | Show all posts
Mmg utnuk tenangkan fikiran ok sangat. Nak makan, kureng sikit. Nasi katok, yg kami jumpa sambalnya manis ya amat. Oh ada cerita ttg ambuyat. Kawan dah siap2 tulis, akan cari dan nak makan ambuyat di BSB. Hari terakhir baru terjumpa. Harga 9.90 RB satu set. Bila kami cuba makan, alamak, tak kena dgn selera kita. Jadinya kami mkn adalah 2 - 3 suap. Tak luak 1 mangkuk besar ambuyat tu. Makanan lain, mee sup daging,oklah. Sate, kurus2, sambalnya cair. Pekerja kedai makan, yg terjumpa semuanya mek Indon.
Bayang Sultan, memang tak adalah, lalu 2 - 3 kali depan istana, nampaklah pengawal keselamatannya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 06:30 PM | Show all posts
Hari Selasa 4 Jun 2013. Kami landing dengan baik. lapangan terbang lengang, adalah 2 kapal terbang yg tengah parking. jauh beza dgn LCCT. Lapangan terbang sedang diubahsuai. Jauh utk keluar. Kami terlewat keluar, tanya pengawal tempat tunggu bas dia tunjuk di hujung jalan. Tanya org lain , tunjuk kat atas plak. Kami naik atas, dia orang kata di bawah. Turun, pengawal yg mula2 kata, bas dah terlepas. Masalah mula timbul, bas last adalah jam5.30 atau 6 petang atau dah tak ada lagi - kata pemandu teksi. Tanya teksi dia nak RB25 = RM60.
Akhirnya kami dah penat berdiri, kami peluk beg, duduk kat tepi jalan. Hari gelap (mendung) lalu hujan. Sudah, rasa dah nak gerimis dlm hati. Kawan siap tanya org yg lalu lalang kalau boleh tumpangkan kami ke BSB.
Syukur, ada insan yg baik hati tumpangkan kami ke BSB. Lega. Kami dihantar hingga ke depan Pusat Belia BSB.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2013 06:44 PM | Show all posts
Kami sampai dalam jam 6.00 petang. Pegawai dah balik rumah. Kaunter, cantik aje bertutup. Kawan kata, dia dah hubungi pegawai tu dari Malaysia lagi, dia akan dtg dlm pukul 7 mlm. Kami tak boleh tunggu lagi. Cari surau, nasib baik surau tak berkunci, kami solat jamak dulu.
Turun, duduk di tangga menunggu, sampai jam 7.30 mlm pun tak muncul lagi. Muncul seorg traveler lelaki dari Jepun. Berbual sambil menunggu pegawai tu. Jam 8 mlm baru boleh masuk bilik.
Bilik, ada dua katil tingkat. Bukak almari, dah kopak kapik, memang tak boleh letak barang dalamnya. Bilik air di luar, bersih dan luas. Oklah boleh utk tidur dan bermalam.
Dah janji dengan budak jepun utk keluar makan malam. Tanya org utk ke tempat makan dia tunjuk jalan belah kiri. Kami berjalan, tak nampak org, dan tak nampak lampu atau gerai / kedai makan. Pusing ke kanan, jalan lagi, dah naik lenguh kaki. Tanya lagi dgn org dia tunjuk tempa yg mula2 kami tuju. Oh dah betul dah, memang tak nampak dari luar, terlindung dgn rimbunan pohon. Akhirnya jumpa tempat makan, Huh ramai rupanya yg makan di sini. makan nasi goreng kg, kawan - ayam penyet - budak Jepun nasi goreng seafood. Portion nya banyak. Boleh dua org makan. Harga RB 3.50 -4.50. Lepas makan, balik, tidur. Esok pagi, budak Jepun tu nak ikut bersama2 untuk meneroka BSB.


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 02:44 PM | Show all posts
Malam... oklah nyenyak tidur didiringi dgn suara aircond yg kuat. Kwn siap tutup dgn gebar antara katil dgn aircond, sejuk ya amat. Air cond tak boleh laras.. Disebabkan subuh awal dari KL, bila dah bangun dan solat, mata tak boleh tutup lagi, terus mandi dan belek baju dan selendang yg paling kurang kedut. Jgn nak mengada2, x ada iron ya. Kami terus turun dan tunggu budak Jepun tu. kemudian, kami berjalan kaki ke Pasar tamu Kianggeh. Pak cik sampan menyapa kami. Kami ditawarkan seorang RB12 utk naik sampan dan terus tgk / cari monyet Belanda. Pagi lg kami dah naik sampan, sejuk, budak Jepun tu dah rupa anak burung, menahan sejuk tiupan angin. pakcik tu rempit dgn enjin bot. Sampan dah jadi mcm bot laju. Lalu bawah jambatan, air dah mula pasang. Seronok sungguh bila nampak dan lalu di kg air. Rasanya tak habis-habis, kg air ni. Kemudian kami lalui, deretan pokok bakau dan nipah. Smbil melihat pemandangan nelayan2 yg memasang jaring, memancing. Ada juga burung yg sedang mencari makan. Sungainya bersih walau lalu di kg air. Tapi  bila agak jauh dan lalu kg biasa, kelihatan juga sampah yg terapung2. Tapi taklah sebanyak di sg kita.
     
Kami mula melilau kalau kelihatan monyet Belanda ni. Pakcik Yasin, rasanya dah mula risau, dia ada beritahu, monyet ni kemungkinan keluar jam 9 - 10 pagi. Sudah, kalau betul mcm tu, rugilah kami. Tapi, tiba2 kelihatan, pokok2 di tebing sebelah kiri bergoyang2... Ohhh dari jauh kami nampak monyet2 sedang berlompatan dan bergayut. Bestnya... Pakcik matikan enjin dn mula berkayuh mendekat. Kami dapat lihat dgn agak jelas lagi. Menakjubkan! Nampak monyet tu di depan mata berkumpulan sedang bergayut dan mengoncang pokok.
Kami senyap dan sepi dlm sampan. Tiba2 monyet semua melarikan diri ke dlam hutan. Pak cik Yasin hidupkan enjin bot dan mula bergerak lagi ke hadapan. Meronda sekitar sungai kalau2 ada lagi monyet Belanda tu.  kami berpatah balik, ohhhh monyet tu ada lagi di tebing sedang cari makan.

   Selepas monyet tu menghilangkan diri, Pakcik bawa kami utk pulang, ikut simpang sungai yg lain. Kemudian bila dah samapi di Kg Air, dia bawa ikut celah-celah kg. Kelihatan di bawah rumah, terikat bot dan sampan. Di tepi dan bumbung, kelihatan parabola yg besar. Elektrik di sini adalah percuma. Kelihatan juga tiang-tiang elektrik dan paip air yg menyalurkan air bersih ke rumah2 di kg air. Kami minta Pak cik untuk singgahkan kami di mana2 kg air, sebab kami nak jalan2 di situ. pakcik turunkan kami di tambatan berhampiran pusat kebudayaan dan kg air yg moden.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.309796 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list