CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8376|Reply: 26

kete2 player EPL

[Copy link]
Post time 17-7-2006 02:20 AM | Show all posts |Read mode
PEMAIN ENGLAND

England ialah salah sebuah negara pemain bola sepak menerima bayaran tertinggi di dunia. Walaupun faktor ini membantu untuk menarik ramai pemain luar beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), pemain Inggeris tidak ketinggalan menikmati saingan dalam liga permotoran.

Pemilik terbanyak ialah kapten England, David Beckham. Garajnya kerap diubah suai kerana tidak dapat menempatkan koleksi keretanya. Dia memiliki Aston Martin Vanquish S, Hummer H2, Lincoln Navigator 4x4, Range Rover, Lamborghini Gallardo, Bentley Arnage, Rolls-Royce Phantom dan Audi A8. Kereta sebelum ini termasuk pelbagai Ferrari, Porsche 911, Jaguar XKR, BMW M3 dan Mercedes S500.

Wayne Rooney baru membeli Aston Martin Vanquish S bernilai RM1.1 juta pada pertengahan bulan lalu. Penyerang England ini memiliki Cadillac Escalade bernilai RM350,000 dan BMW X5. Teman wanitanya, Colleen McLoughlin memandu Mercedes SLK. Colleen menerima hadiah sebuah Porsche 911 pada harijadi ke-19. Kereta lain ialah Chrysler 300C, Audi TT dan BMW M3 dab pasangan itu mempunyai Rover Sport Supercharge.

Pemain pertahanan, Rio Ferdinand memiliki Bentley Arnage bernilai RM1.3 juta, Bentley Continental GT dan Chrysler 300C V8.

Steven Gerrard, Frank Lampard, Michael Owen, Ashley Cole dan Joe Cole, masing-masing memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta Aston Martin setiap seorang. Sol Campbell dan John Terry memandu BMW X5 dan Bentley Continental GT. Penjaga gol, David James (Ford GT) dan bekas pengurus England, Sven Goran Eriksson memiliki Volvo XC90 4x4.

PEMAIN PERANCIS

DENGAN pendapatan bersama Arsenal sebanyak RM1.9 juta sebulan, Thierry Henry mampu memiliki kereta mewah Mercedes SLR McLaren bernilai RM2.2 juta dan tiga lagi, Aston Martin Vanquish S, Porsche Carrera GT dan Lincoln Navigator 4x4 dengan nilai keseluruhan melebihi RM6 juta.

Bek Perancis, William Gallas dan pemain tengah, Claude Makelele juga memiliki Mercedes SLR manakala pemain Terbaik Piala Dunia 2006, Zinedine Zidane memiliki Audi Q7. Patrick Vieira memandu Mercedes-Benz ML-Class 4x4.

PEMAIN JERMAN

JURGEN Klinsmann memilih Range Rover Sport dan van Audi. Pemain Bayern Munich yang akan beraksi bersama Chelsea musim ini dan kapten Jerman, Michael Ballack menggunakan Audi RS6 manakala penjaga gol kedua Jerman, Oliver Kahn memiliki Audi A8. Klinsmann yang kini menetap di selatan California, menggunakan Range Rover Sport di negara itu manakala Mercedes-Benz yang menjadi penaja pasukan kebangsaan Jerman, menjadi pengangkutan utama Klinsmann di Jerman.

PEMAIN BRAZIL

KEBANYAKAN pemain Brazil dalam skuad Real Madrid memandu jentera Audi yang dikaitkan dengan sebahagian pemain bola sepak berprofil tinggi dengan pemain pertahanan, Cicinho, penyerang, Robinho dan penyerang, Ronaldo memandu Audi Q7 4x4. Penyerang Real Madrid itu juga mempunyai limosin Audi A8.

PEMAIN ITALI

FERRARI dan Lamborghini menjadi sebahagian daripada kereta dimiliki bintang Itali malah pacuan empat roda turut menjadi kegilaan pemain juara dunia itu dengan kebanyakan mereka memandu BMW X5s dan Porsche Cayennes. Penyerang, Alessandro Del Piero memiliki kereta rali legenda, Lancia Delta Integrale. Pertahanan AC Milan, Alessandro Nesta memiliki beberapa Porsche dan VW Golf cabriolet.

PEMAIN BELANDA

PENYERANG skuad Oranje, Ruud Van Nistelrooy dan rakan senegaranya yang beraksi untuk Manchester United, Edwin Van Der Sar memilih Audi A6. Nistelrooy turut memiliki Mercedes ML55 AMG dengan sistem suspensi yang diubahsuai. Arjen Robben, penyerang hikayat Chelsea dan penjaring pertama ketika menentang Serbia & Montenegro, memandu BMW 645i Convertible.

PEMAIN SEPANYOL

PEMAIN Arsenal dan penyerang Sepanyol, Jose Antonio Reyes memiliki Mercedes CLS 55 AMG bernilai RM490,000.

Kebanyakan bintang Real Madrid seperti Michel Salgado, Sergio Ramos Garcia, penjaga gol, Iker Casillas serta kapten Real, "Ra鷏" memandu Audi Q7 4x4. Pemain tengah Arsenal, Francesc Fabregas memilih Audi A3.

PEMAIN SWEDEN, REPUBLIK CZECH dan IVORY COAST

FREDDIE Ljungberg yang beraksi untuk Arsenal dan pemain tengah antarabangsa Sweden, memandu Porsche Cayenne Turbo pacuan empat roda dan BMW M3 manakala penyerang terbilang Chelsea dan Ivory Coast, Didier Drogba yang meledak ketika menjaringkan gol tunggal Ivory Coast ketika menentang Argentina, memiliki Mercedes sport SL65 bernilai RM980,000. Penjaga gol Czech dan Chelsea, Petr Cech memiliki Lexus RX300 pacuan empat roda yang bergaya eksekutif dan menampilkan ciri mewah.

http://www.hmetro.com.my/Current ... Article/indexm_html

player bola sepak msia ada pakai kete hebat2 x? kongsi la sini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2006 12:05 PM | Show all posts
wayne runi - proton iswara aeroback 1.3 manual... :ting:
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 12:56 PM | Show all posts
amri yahyah pakai kereta aper ekk? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 12:56 PM | Show all posts
itu keta apek belakng umah stats...

proton keta kebal eroback...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 03:30 PM | Show all posts
perggh!!!ni yg buat aku nak jadi football star gak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 03:46 PM | Show all posts
tempek la gambar sama..baru la meriah skit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2006 04:19 PM | Show all posts
pemain Malaysia guna proton dan perodua jer
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 05:00 PM | Show all posts
aku rilek jer pakai keta ni..
tak yah main bola der... hak..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2006 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by epitome at 17-7-2006 12:56 PM
amri yahyah pakai kereta aper ekk? :hmm:


civic mayat :ting:
rim 17 inci, lowered 6 inci.... :ting:
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by Don Henley at 17-7-2006 12:56 PM
itu keta apek belakng umah stats...

proton keta kebal eroback...:lol


apek belakang rumah aku pakai satria neo...senang mau tackle auntie tua :ting:
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 08:20 PM | Show all posts
pemain malaysia pakai kancil jer.. tak mampu beli mahal2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 09:03 PM | Show all posts
Originally posted by hasribus at 17-7-2006 05:08 PM


apek belakang rumah aku pakai satria neo...senang mau tackle auntie tua :ting:



ko temberang la bus...

satria neo mana ade kuar lg...
baru je masok order.......ekkekekekkekeek....:bgrin:
Reply

Use magic Report

mat_hiphop This user has been deleted
Post time 18-7-2006 12:18 AM | Show all posts

Petr Cech

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 06:16 AM | Show all posts
khalid jamlus pakai nissan sunny selamba jaaaa....tapi tadak ka player yang pakai rolls royce...baru kenderaan diraja..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by ameer at 17-7-2006 08:20 PM
pemain malaysia pakai kancil jer.. tak mampu beli mahal2..

dia orang paling koman pun wira..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 04:37 PM | Show all posts
tunjuk la gambo player ngan kete tuh, baru teruja ckit.......... hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2006 12:52 AM | Show all posts
selagi player mesia ada mentaliti nak main kat mesia jek takyah impi lah depa nak pakai 2-3 bijik kereta..kenapa kurang player mesia main kat oversea padahal dulu2 player kita pernah main kat australia ngan german??.skang ni dengan kapai terbang,internet takyah susah nak rindu2 ngan family..flight ke europe 13 jam jek..internet boleh chat hari2..any commnet??
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 09:12 AM | Show all posts
Patutlah pemain bola nie tak dak yg kaya raya bila pension.. rupa awal awal dah joli sakan hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 07:33 PM | Show all posts
kereta ni relatively murah kat oversea.   anggap £30000 tu mcm RM30000 (harga kete Audi TT).  lagipun kete ni bukan status symbol kat sini, kebanyakan org mmg mampu beli kereta yg tahap mewah utk org mesia.  tak heran pun kalau kat area university ramai professors yg naik nasikal je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2006 11:14 PM | Show all posts
proff yg naik beskal tu... kepala dia lain sket... xmcm org besa.. dia lebey pentingkn research dia ja... gipun sana..xdak keta pon leh idup.. ada keta plak..nk kena bayaq parking la, minyak lg...huhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.069940 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list