CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13023|Reply: 26

Pensyarah dilepas tanpa dibebas kes fitnah penyanyi (Siti Nurhaliza)

[Copy link]
Post time 18-7-2006 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Pensyarah dilepas tanpa dibebas kes fitnah penyanyi


GEORGETOWN: Mahkamah Majistret di sini, semalam melepas tanpa membebaskan seorang pensyarah kolej daripada tiga tuduhan memfitnah penyanyi Siti Nurhaliza Taruddin melalui penghantaran e-mel, pada Ogos 2004.

Ahmad Shaharil Jamaludin, 38, yang juga adik angkat kepada Datuk Syarifah Aini Syed Jaafar, kelihatan tersentak sebaik saja Majistret M Rajalingam membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Mahmod.

Azlina membuat permohonan berkenaan bagi mewakili Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim yang mengendalikan kes itu sebelum ini, yang tidak dapat hadir ke mahkamah.

Ahmad Shaharil yang berdiri di barisan pesalah dengan memakai kot hitam, kemudiannya tersenyum gembira mendengar keputusan itu, yang dijalankan dalam jangka masa singkat iaitu kurang daripada lima minit.

Ketika pensyarah bahasa Inggeris itu didakwa di mahkamah sama pada 1 Disember 2004, beliau tidak mengaku bersalah atas tiga tuduhan menyebarkan e-mel memfitnah Siti Nurhaliza kepada tiga wartawan tempatan bertujuan merosakkan reputasi penyanyi terbabit.

Dia dituduh memfitnah Siti Nurhaliza melalui e-mel, diterima daripada Sharifah Aini beralamat di No 42, Lorong Utara, Off Jalan Utara, Petaling Jaya dengan menyiarkan kepada wartawan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain, satu tuduhan tertentu untuk merosakkan reputasi penyanyi itu.

Ahmad Shaharil didakwa melakukan kesalahan berkenaan di No 17, Jalan Ismail Cik Mat, pada jam 3.01 pagi 16 Ogos tahun lalu.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menghantar e-mel yang diperoleh daripada Sharifah Aini dengan niat sama, kepada wartawan Harian Metro, Abdullah Mamat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kolej Komuniti Bayan Baru di Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra di Jalan Ibbetson, Georgetown, pada jam 11.46 malam pada 22 Ogos lalu.

Dia juga didakwa menghantar e-mel fitnah yang diperoleh daripada Sharifah Aini dengan niat sama kepada wartawan New Straits Times (NST), Faridul Anwar Farinordin, pada jam 5.25 petang, 24 Ogos lalu, di kolej sama.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan berkenaan, Ahmad Shaharil dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Ahmad Shaharil yang ditemani peguamnya, Md Yunos Shariff, bersyukur dengan keputusan itu, yang membolehkan beliau meneruskan hidup dengan tenang.

"Alhamdulillah, saya lega dan tidak menyangka keputusan ini dapat menghentikan segala tohmahan terhadap saya,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2006 10:33 AM | Show all posts
adik angkat si kak-pah-yg-suka-main-tepi-longkang-malam-malam-
sambil-menguling-gulingkan-badan berkata :-

"Alhamdulillah, saya lega dan tidak menyangka keputusan ini dapat menghentikan segala tohmahan terhadap saya,
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 10:34 AM | Show all posts
dilepas tanpa dibebas...bukannya dibebas...belum terbukti tidak bersalah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 18-7-2006 10:33 AM
- ko tu hanya dilepas tanpa dibebas, takda kene mengena dapat menghentikan
segala tohmahan... kalo ko dah rapat dengan orang yang berhati busuk dan rupa perangai cam setan, ko tetap akan seperti org tuu... ssoo kesiann...


cepatnya kutuk...kaw kaw lagi...
hahaha...ini la perangai karatz yg sebenar...

paku dulang paku serpih....dah terbukti kannnn...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 10:47 AM | Show all posts

Reply #4 esofagus's post

apa masalah ngan stat aku ?
terasa ke ?
ada aku kutuk ko ?? ...  :stp:

ps: dan ko ingat ko tu bagus sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 10:53 AM | Show all posts
hahaha...biasa aa perangai karatz...bila org kutuk ct...
siap bagi nasihat...pendapat yg islamik lagi....
tp dia kutuk org tak hengatttt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2006 11:00 AM | Show all posts

Reply #6 esofagus's post

ko geng kak pah ker ?? .......
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 11:04 AM | Show all posts
tp ape yg ditulis tu mmg betul....bkn pitenah pun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2006 01:42 PM | Show all posts
hehe gado jagn tak gado..minum milo jap
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 01:44 PM | Show all posts
fitnah...confirm....kalu tidak CT x saman.....
Sebab tu la dia x saman Pak Habib + wartawan gossip pasal dia dan DK tu...sebab yg tu betul.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 01:57 PM | Show all posts
alahai.... otak cam budak2 x cukup umo..... belum aper dah maki hamun.....
Reply

Use magic Report

Minah_Flunxy This user has been deleted
Post time 18-7-2006 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by esofagus at 18-7-2006 10:39 AM


cepatnya kutuk...kaw kaw lagi...
hahaha...ini la perangai karatz yg sebenar...

paku dulang paku serpih....dah terbukti kannnn...

karatz tu ape? sorry noobies
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 04:51 PM | Show all posts
nak gak ye si shaharil ni doakan kebahagiaan siti..tak sakit hati ker dia ?? sebab siti bawak ke court kes  dia ngan kak pah....shaharil gak yg  kena tahan??
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by esofagus at 18-7-2006 10:53 AM
hahaha...biasa aa perangai karatz...bila org kutuk ct...
siap bagi nasihat...pendapat yg islamik lagi....
tp dia kutuk org tak hengatttt..

  setuju sgt2:setuju::setuju:

ziana2006: Contohi baginda Rasulullulah setiap kali ada orang ingin buat benda buruk kepadanya pasti dia membalas dengan perkara baik agar orang itu sedar akan kesilapannya......renung-renungkanlah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 12:27 AM | Show all posts
heloooooooooooooooooooooooo bro
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 11:37 AM | Show all posts
lepas tanpa bebas tu camana sebenor nye? kes kak pah ari tu pun lepas tanpa bebas gak kan.....xplainn sket leh tak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2006 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by esofagus at 18-7-2006 10:53 AM
hahaha...biasa aa perangai karatz...bila org kutuk ct...
siap bagi nasihat...pendapat yg islamik lagi....
tp dia kutuk org tak hengatttt..



kah kah kahhhhhhhhhh............ dia terlupa tu.... eso!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 08:49 AM | Show all posts
kat mana haku boley dapat balik surat yang pensyarah tu tulis dulu. haku nak baca balik sebab bila dah terjadi ketidaksemenggahan CT ni sekarang, haku rasa ader yang tertulis dalam surat tu boley dipercayai......
Reply

Use magic Report

Bu_er This user has been deleted
Post time 7-9-2006 09:11 AM | Show all posts
tak kisah la sape betul sape salah...yg penting si shaharil kata inilah akibatnya forward email fitnah org tanpa berfikir panjang...kirenye bukan die yang buat la, dia just forward je...dan yg pasti email tu fitnah la sebab die yg kata 'email fitnah'...
Reply

Use magic Report

fendy_ahmad This user has been deleted
Post time 8-9-2006 10:51 AM | Show all posts
Pada pandnagan fenDY....sama ada dia bersalah atau tidak..KES seperti ini mmg tak patut dibicarakan....Ianya hanya membazirkan masa dan wang untuk dibesar2 kan..... FItnah itu sendiri sebenarnya tidak langsung memberi impak NEGATIF yg nyata kepada masyarakat dan yg difitnah....

Walaupun fenDY mmg FANZ CT tapi fenDY tak setuju kes murahan macam mana ni dibesarkan....masa dapat emel tu dulupun..fenDy just anggap ianya adalah LAWAK terhebat tahun 2004 :D
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.556424 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list