CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: captain2104

Sejarah, Adat & Budaya N. Sembilan

[Copy link]
Post time 15-6-2009 11:24 PM | Show all posts

Reply #10 iloveyou's post

takpo laa

cuba elakkan thread2 yang den ado..

mungkin buleh ondo-an perasaan tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2009 07:35 AM | Show all posts
Seni persembahan bongai

Oleh HUSSAINI AMRAN
utusanN9@utusan.com.my


GURU pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar membuat persembahan bongai pada Program Jejak Budaya 2 di Kampung Lonek, Batu Kikir, Jempol, baru-baru ini.

JEMPOL 23 Jun - 'Bongai' merupakan sejenis lagu rakyat masyarakat keturunan Minangkabau di negeri ini yang lazimnya dipersembahkan dalam majlis perkahwinan.

Liriknya terdiri daripada pantun-pantun yang dinyanyikan secara spontan menerusi persembahan solo, duet atau berkumpulan.

Pada peringkat awal, persembahan bongai hanya diiringi dengan gesekan biola serta irama ketukan alu lesung padi yang lebih dikenali sebagai 'tumbuk kalang'.

Sesuai dengan peredaran zaman, sebahagian penggiat bongai kini menggunakan lirik-lirik lagu irama Minangkabau seperti Mudiak Arau dan Ayam Den Lapeh dengan iringan peralatan muzik moden seperti akordion serta gitar.

Menurut Lembaga Luak Ulu Muar, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, istilah bongai berasal daripada cantuman perkataan 'abong' iaitu panggilan manja masyarakat Minangkabau untuk anak perempuan serta partikel 'ai'.

Beliau berkata, bongai yang juga dikenali sebagai 'rentak kuda' merupakan satu bentuk hiburan semasa membuat persiapan untuk majlis perkahwinan.

Jelasnya, pada zaman dahulu, penduduk kampung yang berada di lokasi majlis perkahwinan berbalas pantun antara satu sama lain sambil memainkan biola dan 'tumbuk kallang'.

''Tema pantun yang dinyanyikan berkisar tentang kasih sayang, keindahan alam serta nasihat," kata Khalid kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada Program Jejak Budaya 2 anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar di Kampung Lonek dekat sini baru-baru ini.

Beliau menambah, selain majlis perkahwinan, bongai turut dimainkan dalam majlis berkhatan serta majlis menyambut kelahiran anak.

Jelas Khalid, rentak irama muzik bongai yang mengiringi seloka pantun dimainkan mengikut kesesuaian majlis dan kreativiti pemain alat muzik.

Katanya lagi, persembahan bongai yang pernah sepi seketika dihidupkan kembali selepas kerajaan negeri memulakan penganjuran Pesta Persekutuan Adat Perpatih pada 1999.

Menurut Khalid, sejak itu, usaha menjejak penggiat-penggiat bongai berpengalaman di sekitar negeri ini dijalankan bagi membantu mengaktifkan semula seni persembahan tersebut.

''Pesta Persekutuan Adat Perpatih 1999 turut mengenengahkan persembahan penggiat bongai terkenal iaitu Pak Din Bongai," jelas beliau.

Sementara itu, Khalid berharap lebih ramai golongan muda akan tampil mempelajari seni persembahan warisan masyarakat Minangkabau tersebut.

Kata beliau, langkah berkenaan akan membantu memberi nafas serta tenaga baru yang boleh melonjakkan populariti 'bongai' di kalangan masyarakat.

''Namun, sebaik-baiknya keaslian bongai perlu dipelihara agar identiti seni persembahan tersebut dapat dikekalkan.

''Penggiat-penggiat bongai generasi baru digalak menggunakan peralatan muzik asal seperti biola dan tumbuk kallang serta pantun-pantun tradisional," katanya.

Menurut Khalid lagi, sekiranya perlu, penggiat bongai boleh menambah peralatan muzik caklempong seperti bonang, 'gereteh' dan tingkah serta tetawak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 04:34 PM | Show all posts
Jendela khazanah adat

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

Bertepatan dengan lokasinya di Negeri Sembilan yang kaya dengan pelbagai adat, Muzium Adat membawa khazanah yang berbeza kepada pengunjungnya.



HIDUP dikandung adat, mati dikandung tanah. Demikian dalamnya maksud peribahasa Melayu tentang kepentingan institusi adat yang semakin dilupakan generasi masa kini.

Di Malaysia sahaja, rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, agama dan bangsa menjadikan adunan kepelbagaian adat sesuatu yang luar biasa sehingga negara ini dicemburui dunia.

Bahkan sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dianugerahkan kepelbagaian adat resam sehingga membuatkan negara ini begitu unik.


REPLIKA rumah tradisional Minangkabau turut dipamerkan.

Menyedari kepentingan adat agar ia tidak terhakis dan dilupakan khususnya daripada minda generasi muda, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) melalui cetusan idea menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, sebuah Muzium Adat telah didirikan di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

Muzium pertama seumpama ini mula dibina pada tahun 2005 memberi penekanan kepada kegiatan menghimpunkan beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia.


MUZIUM ADAT terletak di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma.

Dibina di Negeri Sembilan, ia dilihat paling tepat dengan imej serta identiti negeri itu sebagai Tanah Beradat.

Pengunjung yang berpeluang melangkah masuk ke dalam muzium empat tingkat ini pasti teruja melihat khazanah yang dipamerkan di empat galeri. Ditambah pula dengan teknologi canggih sistem interaktif yang menyeronokkan, pasti lawatan ke muzium ini lebih mengujakan.

Menyusuri galeri pertama, pengunjung didedahkan dengan segmen yang menyentuh secara umum tentang pengenalan, definisi dan konsep adat. Selain itu, kategori adat serta masyarakat beradat pelbagai kaum di Malaysia turut diterjemahkan di galeri ini.

Apabila sudah mengenali erti adat, barulah singgah ke galeri kedua untuk mendekati paparan tentang adat-adat yang dikaitkan dengan kitaran hidup manusia seperti kelahiran, perkahwinan, kematian, kegiatan ekonomi dan amalan ritual masyarakat di negara ini.

Galeri ketiga pula mendekatkan pengunjung tentang kegiatan intelektual di istana dan rakyat serta institusi kesultanan Raja-Raja Melayu.

Memandangkan muzium ini terletak di Tanah Beradat, galeri keempat menyingkap adat merantau masyarakat Minang dari Tanah


PENGUNJUNG begitu teruja melihat artifak yang dipamerkan di muzium ini.

Minangkabau sehingga bertapak di Negeri Sembilan dan keutuhan Adat Perpatih daripada sudut struktur.

Dr. Rais berkata, Muzium Adat yang mempamerkan pelbagai artifak dan replika berkaitan adat setiap bangsa dan kumpulan etnik di Malaysia akan disenaraikan dalam kalendar pelancongan negara sebagai produk mesti dilawati.

"Kita juga menyediakan jurupandu di muzium ini supaya pelawat mendapat maklumat yang tepat dan mendalam.


"Teknik pencahayaan di sini juga adalah yang pertama diperkenalkan dan ia akan turut digunakan di Muzium Negara," katanya.

Katanya, antara artifak dipamerkan di muzium berkenaan ialah replika keris dari Pagar Ruyung, Sumatera yang dipercayai berusia hampir 1,300 tahun, sejarah Kesultanan Melayu serta Adat Perpatih.

Perasmian Muzium Adat berkenaan telah disempurnakan Dr. Rais bersama Undang Jelebu, Datuk Musa Wahab dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KeKKWA, Datuk Zakiah Ahmad dan Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Ibrahim Ismail.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penubuhan muzium ini cukup penting dan memberi imej serta wajah baru kepada daerah Jelebu, sekali gus mewujudkan suasana lebih meriah di pekan itu.

Muzium empat tingkat berkenaan turut menyediakan kedai cenderamata yang menjual barangan kraf tempatan serta buku-buku bersejarah untuk dijadikan 'buah tangan'.

Ia dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Hari Raya Puasa serta Hari Raya Haji tanpa mengenakan bayaran masuk. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendekati cebisan sejarah adat yang ditinggalkan nenek moyang kita.

Bak kata pepatah Melayu biar mati anak, jangan mati adat!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 04:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 11:02 AM | Show all posts
Pesta adat perpatih meriah

Oleh HUSSAINI AMRAN
utusanN9@utusan.com.my


Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (dua dari kanan) dan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud (kanan) berkenan bersantap makanan tradisional di gerai pameran Luak Rembau sambil diiringi Undang Luak berkenaan, Muhamad Sharip Othman (kiri) selepas menyempurnakan perasmian Pesta Adat Perpatih 2009 dan 100 Tahun Istana Lama Seri Menanti di Seri Menanti, Kuala Pilah, baru-baru ini.

KUALA PILAH 14 Julai - Pesta Adat Perpatih 2009 dan 100 Tahun Istana Lama Seri Menanti berlangsung dengan penuh meriah dan gilang-gemilang di Seri Menanti dekat sini kelmarin.

Tema 'adat nan diuca pakai' atau bermaksud 'adat yang diucap diamalkan' dipilih tahun ini bagi menggambarkan kesungguhan masyarakat Minangkabau mengekal serta mengamalkan adat perpatih dalam kepesatan arus dunia moden.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menyempurnakan upacara perasmian program anjuran kerajaan negeri itu di perkarangan Istana Lama Seri Menanti pada 11 Julai lalu.

Baginda turut berkenan menerima pengiktirafan Istana Lama Seri Menanti sebagai istana kayu tertinggi di negara ini yang disampaikan oleh Pengarah Urusan 'Malaysia Book of Records', Danny Ooi.

Dua buah buku bertajuk '100 Tahun Istana Lama Seri Menanti' tulisan Raja Nafida Raja Shahminan serta 'Jejak Adat Perpatih Luak Jempol' susunan panel penasihat adat perpatih Luak Jempol dilancarkan oleh baginda pada program sama.

Turut berangkat Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirul Zaman Musa Wahab; Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Muhamad Sharip Othman; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail serta Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan turut hadir.

Dalam ucapannya, Mat Ali berkata, program tahunan itu dianjurkan dengan matlamat untuk meningkatkan kefahaman generasi muda tentang adat perpatih yang diamalkan di negeri ini sejak sekian lama.

"Ia juga untuk memberi pendedahan tentang amalan adat perpatih sekali gus menonjolkan keunikannya kepada pelancong dari dalam dan luar negara,'' katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata, pada upacara perasmian, pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan teromba (kisah sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan) oleh penggiat seni budaya tanah air, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd. Rosli Saludin.

Katanya, terdapat juga persembahan sketsa adat berkodin atau 'masuk suku' serta demonstrasi permainan dan masakan tradisional di gerai-gerai pameran luak.

"Pesta Masakan Tradisional yang sebelum ini dianjurkan secara berasingan dijadikan salah satu aktiviti dalam sambutan Pesta Adat Perpatih 2009.

"Pengunjung dapat menyaksikan proses penyediaan serta menikmati sendiri keenakan makanan-makanan tradisional yang dihidangkan oleh setiap luak," katanya.

Aktiviti lain termasuk persembahan istiadat berzanji, marhaban dan berendoi atau majlis cukur jambul, demonstrasi menyedia dan menghias panco atau hadiah bunga telur dan pulut serta caklempong.

Menurut beliau, terdapat beberapa siri bengkel dan ceramah berkenaan adat perpatih dianjurkan sepanjang program berlangsung bagi meningkatkan kefahaman pengunjung.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 12:58 AM | Show all posts
merged.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2009 05:32 PM | Show all posts
Edited by Flower007 at 2-4-2015 01:56 PM

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058984 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list